Anda di halaman 1dari 5

SKRIP MONOLOG : OBSES!.

PENULIS : EZRYN MOHAMED OLAHAN SKRIP : BONIFACE JANE


Sewaktu penonton sedang hampir selesai mengisi ruangan tempat duduk (dalam keadaan masih belum bersedia), lampu spotlight akan menyala ke tengah-tengah laluan penonton di mana Adam akan melakukan aksi melihat seorang wanita cantik lalu di hadapannya. Adam dikehendaki memilih mana-mana penonton perempuan yang sedang dalam perjalanan untuk duduk. Lampu spotlight dimatikan sesaat, sesaat kemudian Adam sedang bergelang-geliut dengan penonton perempuan itu menunjukkan betapa dirinya amat tergila-gilakannya. Lampu dimatikan. Adam bersedia di atas pentas. Suasana di dalam sebuah bilik kebal yang dilapisi span (padded room). Segalanya di dalam bilik itu serba kelabu. Terdapat patung wanita yang tercerai-cerai anggota badannya. Namun, ceraian patung itu ada yang tergantung di siling, di kipas, di lampu, di celahan dinding, berserakan di lantai dan dipegang oleh krew dalam kalangan penonton. ADAM : Sesungguhnya, dunia ini dicipta berpasang-pasangan. Siang dengan malam. Terang dengan kelam. Girang dengan diam. Sedangkan alam pun ada pasangannya, apatah lagi aku? Namaku Adam. Akulah satu-satunya lelaki yang wujud di atas muka bumi ini. Seperti yang ku katakan tadi, aku punya teman sejiwaku. Aku gelarkannya Hawa. Ya. Hawa sayangku. Dialah cinta pertamaku. Dan dialah cinta terakhirku. Hawa memang diciptakan untuk aku. Aku tahu itu semua. Kerana Hawa dibentuk daripada aku. Daripada tulang rusuk kiri AKU. Pastinya Hawa milik aku seorang. Dahulu, bumi ini dihuni oleh terlalu ramai manusia keparat yang cuba merampas Hawa dari aku. Tapi kini, SEMUAnya telah aku lenyapkan dengan tangan aku sendiri. Kewujudan mereka telah aku hentikan serta merta apabila mereka cuba mencabar tempat aku di hati Hawa. (ketawa dengan kuat bagaikan melepaskan segala sakit di hati. Namun bunyi hilaian tawa itu kedengaran seperti menangis dan meraung.) Adam ketawa melepaskan sakit hatinya sambil tangannya lincah memasang tangan pada pada patung wanita yang separuh lengkap itu. Adam hanya berhenti ketawa apabila kerja memasang patung itu selesai. Lagu berkumandang sambil Adam menyudahkan kerja-kerja pemasangannya. Adam seterusnya menutup patung yang sudah siap tetapi masih belum lengkap berpakaian dengan kain kelabu panjang termasuk dirinya sekali. Pancaran cahaya akan menampakkan bayang-bayang Adam yang memakaikan Hawa baju-bajunya tetapi kemudian lampu akan dipadamkan. Adam keluar dari kain putih bersama patung yang baru. Kemudian, Adam membawa Hawa dan didudukkannya atas kerusi yang tersedia sambil mengemaskan keadaan di sekeliling. Lilin dinyalakan. Lagu romantik berkumandang. Akhir sekali Adam duduk menghadap Hawa dan mengemaskan silanya. Adam terlupa. Adam bingkas bangun dan memakaikan rantai besi di leher Hawa. Adam

menguncinya. Adam duduk semula di tempat asalnya. Senyuman manis bermakna menghiasi wajah sinis Adam. ADAM : (berdehem mencari keyakinan untuk memulakan perbualan). Err, Hawa. Hawa nampak cantik malam ni. Baju Hawa tambahkan seri Hawa. Err, oh ya! (ke belakang dan mengambil makanan yang tersedia). Nah, ni Adam masak makanan kegemaran Hawa. Makanlah. Ini airnya. Hmm. Hawa malu ya? Sebab tu tak nak cakap dengan Adam? Oh. O.K. tak apa. Biar Adam mula dulu. (berfikir sejenak). Haa! Hawa masih ingat waktu Hawa mulamula terima Adam? (lagu romantik berhenti secara tiba-tiba. Mimik muka Adam berubah menjadi lebih serius dan garang) Masa tu, kita baru 20 tahun. Betul, Hawa?...adam tahu, Adam banyak buat salah dekat hawa...maafkan Adam. Bukan niat Adam ingin memperlakukan Hawa sebegitu. Ampunkan Adam Hawa. (Adam menjerit penuh kekesalan. Lampu dipadamkan) Adam mengetuk pintu dengan kuat sambil memanggil Hawa dalam nada yang tinggi. Hawa masih tidak mebukakan pintu untuknya kerana sedang menyiapkan makanan untuk Adam. Adam menendang pintu dan terus menuju ke arah Hawa. ADAM : Oi!!!Kau pekak ke??berapa kali aku memekik memanggil nama kau tadi ha???? HAWA : Maafkan Hawa abg. Hawa dekat bilik atas tadi. Hawa tengah kemas bilik. ADAM : Arghhh!! Banyak lah alasan kau. Nah! Rasakan penampar aku neyh!! Aku letih siang malam mencari duit untuk kau, kau layan aku macam binatang! Kau keluar berfoya-foya! Beli apa yang kau suka! (Adam menolak hawa. Hawa jatuh ke lantai. Adam menendang Hawa sekuat hatinya).. Puas hati aku, lain kali kalau kau buat lagi, aku lanyak kau lagi! (Hawa meraung kesakitan sambil menangis.) HAWA : maafkan Hawa abg. Hawa janji tak akan buat lagi. Hawa bersalah. Hawa berdosa dengan abg. Hawa tak patut abaikan abg. ADAM : Kau ingat aku nak sangat ke kat kau. Dulu itu aku buta!! Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan perempuan kampung mamcam kau! Aku menyesal! Mulai hari ini, aku tak nak dengar panggilan abg dari mulut seorang perempuan keji macam kau. Aku tak akan memberikan apa nafkah untuk kau! (Keluarkan duit daripada dompet dan teburkan ke arah Hawa). Nah, ini yang kau nak kan?? Duit? Amblah. Ini duit yang terakhir aku bagi kat kau. Lepas ni pandai-pandai kau nak cari duit sendiri. Kau tak pernah nak hargai aku. Setiap malam aku nak bemesra dengan kau, atas sejadah juga kau nak terus melutut! Kau ingat Tuhan boleh bagi kau segalanya? Harta? Duit? Kau ingat dengan hanya berdoa pada Tuhan kau boleh jadi kaya? AKU!. Aku ni yang boleh buat kau bahagia dengan kekayaan. Akulah orangnya. Kau patut melutut sujud pada aku. Bukan pada Tuhan yang tak tahu entah wujud ke tidak itu!

HAWA : Ya Allah. Mengucap abg. Mengucap. Kita ini Islam, Allah itu wujud abg. Allah lah punca rezeki abg selama ini. Kenapa abg cakap macam ini. Dulu abg pun orang yang susah. Keluarga abg ajar abg taat pada Allah sehignnga abg boleh berjaya macam ini. Tapi kenapa kini abg alpa dan taksub dengan kekayaan duniawi ini? ADAM : Arghh! Diam! (menampar muka Hawa dan terus masuk ke dalam bilik. Lagu Ku Bersujud Padamu dimainkan) (Dalam keadaan yang tidak bermaya, Hawa mengutip semula semua duit yang telah ditabur dan dilempar ke arahnya tadi. Dia berjalan ke arah bilik air mengambil wuduk dan terus menunaikan solatnya. Lagu dimainkan perlahan) HAWA : Ya Allah. Ampunkanlah hambamu yang lemah ini. Andai ini harus aku terima demi mengampunkan dosa dan khilafku, aku rela. Kau ampunkanlah suamiku. Kau bukakanlah hati suamiku, Adam untuk kembali ke jalanmu. Andai aku sudah tiada lagi, Kau bimbinglah dia ke jalan yang benar Ya Allah. Kau panjangkanlah umur suamiku Ya Allah. Sesungguhnya, kau tabahkan hatiku, kuatkan semangatku untuk terus taat pada suamiku. Amin. (Hawa menangis) (Pagi itu, Hawa menyediakan sarapan pagi seperti biasa. ) HAWA : Abg, sarapan dah siap. Sarapan lah dulu. Adam : Malas, tak ada selera tengok muka kau. (Beredar keluar terus dari rumah) HAWA : Abg, tunggu sebentar. Hawa tak salam dan cium tangan abg lagi. (Adam dah bertolak) Abg? Abg? Besarkah dosa aku? Aku tak sanggup lagi terus diseksa begini. Demi cintaku pada abg, aku harus terus besabar. Mudah-mudahan dia akan kembali seperti Adam Mukhriz yang pernah aku kenal sebelum ini. (Tiba-tiba, Hawa pening. Dia terbatuk-batuk sehingga mengeluarkan darah.) Ya Allah, dugaan apakah lagi yang kau berikan? Kau cabutlah nyawa ku ini. Aku sedar aku hanya makhluk kecil yang meminjam dunia ini buat sementara. Aku tahu aku hakMu Ya Allah, ambilah aku jika waktu ku sudah tiba. ( Hawa secara tiba-tiba teringatkan ibunya. Dia amat merindui ibunya sambil memeluk gambar ibunya yang ada di ruang tamu tersebut) Ibu, hawa amat merindui ibu. (Hawa menggambil telefon dan menelefon ibunya) Assalamualaikum ibu, hawa rindukan ibu. Ibu, hawa nak ucapkan terima kasih atas pengorbanan ibu membesarkan Hawa selama ini. Hawa nak minta maaf atas segala salah dan silap Hawa.Moga ibu baik-baik sahaja di sana. Hawa sayangkan ibu. (selesai perbualan bersama ibunya, Hawa membuat segala kerja rumah. Membasuh, Mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Tiba-tiba Hawa pening. Dia terbatuk-batuk sekali lagi. Namun kali ini darah keluar terlalu banyak. Dia meraung kesakitan dan akhirnya terkulai di atas lantai.Hawa pengsan)

(Adam balik dari kerja. Dia mengetuk pintu dengan kuat. Pintu terbuka sendiri. Adam kehairanan dan terus menyebut nama Hawa. Dia ternampak Hawa terbaring di atas lantai. Muka Adam menjadi semakin bengis. Dia menarik tangan Hawa, dia terkejut apabila melihat darah berlumuran di lantai. Adam ketakutan.) Adam : Hawa, bangun Hawa. Ini bukan masa begurau. Hawa, Hawa jawab abg Hawa. Hawa!!! Hawa maafkan abg Hawa, kita pergi berubat ek. Abg akan buat apa sahaja cara agar Hawa sembuh. Bertahan ye Hawa. Abg akan merantau seluruh negeri untuk menyembuhkan Hawa. (Lampu dipadam. Apabila lampu dibuka, Adam berada di belakang layar putih. Adam membuat ulik mayang, Ngajat dan juga wayang kulit. ) Ulik Mayang dan wayang kulit Ngajat

(Hawa masih lagi dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Adam akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang ustaz) Adam : Ustaz, tolong saya ustaz. Saya dah buntu ustaz, saya tak tahu lagi cara nak menyembuhkan isteri saya. Saya menyesal. Saya banyak dosa terhadapnya. Saya mengabaikanya, saya menderakanya. Saya buntu ustaz. Saya buntu. Ustaz : Kita ni umat Islam. Allah lah satu-satunya tempat kita meminta. Berdoalah. Kembalilah ke jalan yang diredhaiNya. Allah itu maha pengasih, maha penyayang dan maha pengampun. Ingatlah, dunia kita ini hanya pinjaman semata-mata. Jangan taksub dengan duniawi yang penuh dengan drama ini. Insaflah. Isteri umpama syurga buat suami. Kita abaikan isteri seolah-olah kita abaikan syurga yang menanti. Pernahkah saudara menyedari betapa besar pngorbananya? Pernahkah saudara sedar akan kasih sayang nya, taat setianya pada saudaraz? Berdoalah agar Allah memudahkan segala urusan. Adam : Ya allah. Butanya aku. Kekayaan itu yang aku kejar. Aku tak tahu betapa hancurnya hatimu Hawa melalui semua ini. Maafkan abg Hawa..maafkan Abg. (Adam mula kembali menunaikan kewajipanya. Dia sudah berubah. Dia berdoa agar isterinya disembuhkan dengan segera.) Adam : Ya Allah, ampunkan dosaku. Dosa isteriku. Kau permudahkanlah urusan isteriku suapaya dia tidak lagi menderita keranaku. Kau bimbinglah aku ya Allah. (Tiba-tiba adam terkejut bila Hawa membuka mata dan memegang tanganya. ) Hawa. Hawa sedar dah. Hawa. Ini abg hawa. Hawa cepat sembuh ye. Abg janji abg akan menjaga Hawa sehingga hujung nyawa. Maafkan abg ye Hawa. Hawa : Abg, Hawa dah lama maafkan abg. Abg, kalau hayat hawa dah tak lama, abg jaga diri ye. Maafkan Hawa atas segala kesalahan Hawa. Hawa cintakan abg. Abg, Hawa rasa penat

sangat. Pandangan Hawa kabur. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kesempatan kepadaku untuk melihat wajah suamiku. Bolehlah aku pergi dengan penuh ketenangan. Abg, Hawa tak larat dah. Hawa cintakan abg. Selamat tinggal abg. (badan Hawa lemah dan akhirnya Hawa menghembuskan nafasnya yang terakhir) Adam : (menggoncang tubuh hawa) Hawa, bangun Hawa.Hawa, Jangan pergi Hawa. Hawa!!! (sambil memeluk Hawa dengan sekuat yang mungkin). Maafkan abg Hawa. (Lampu dipadam. Adam berdiri di atas satu pentas kecil) Adam : Isteri itu syurga suami. Kan Hawa kan. Abg akan mencintai Hawa hingga hujung nyawa. (di tanganya ada sebuah kotak yang berisi barang-barang Hawa, dia terjumpa satu surat dan sebuah buku akaun) Ke hadapan suamiku yang tercinta. Duit yang abg bagi, Hawa tak pernah sentuh walau satu sen pun. Hawa tahu masa Hawa untuk pergi akan tiba. Hawa simpan semuanya untuk abg. Dari isteri tercinta, Hawa. (terkedu dan menangis teresak. Ketawa seolah-olah gembira tetapi bercampur penuh kekesalan). (lagu ayat-ayat cinta.)

-tamat-