Anda di halaman 1dari 1

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan pengurusan sebagai satu perihal mengurus sesuatu, manakala pembelajaran pula

ialah satu proses atau kegiatan belajar. Menurut apa yang saya faham, pengurusan pembelajaran adalah pengelolaan proses menimba atau menerima ilmu. Ia merangkumi perancangan, pengstrukturan dan pengawalan sesuatu bahan pengajaran menggunakan sumber-sumber tertentu untuk mencapai suatu matlamat yang telah ditentukan. Pengurusan pembelajaran ini melibatkan segala aktiviti yang dilaksana untuk membentuk dan mewujudkan keadaan yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Pengurusan pembelajaran adalah proses mengatur dan melaksana segala urusan bagi memastikan sesi pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna. Peranan guru sebagai pengurus sesi pembelajaran adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai pengurus pembelajaran memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan pengawal. Jesteru itu, untuk menjadikan sesi pembelajraran yang berkesan, guru hendaklah memahami elemen-elemen pengurusan pembelajaran serta berusaha menguasai kemahirankemahirannya. Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran. Seharusnya segala usaha pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar. Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sistem yang digunakan dalam proses P&P tersebut. Sistem atau kurikulum memainkan peranan utama dalam mencorakkan hala tuju pembelajaran. Kurikulum merupakan perkara atau tahap-tahap yang perlu dilalui dalam suatu proses pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dalam mencapai matlamat tertentu dalam pendidikan. Sesuatu pembelajaran dapat diuruskan dengan sempurna berdasarkan nilai tambah yang ada pada sesebuah kurikulum. Selain itu, keseimbangan juga perlu dipertimbangkan dalam menentukan konsep kurikulum yang diguna pakai. Ini melibatkan keseimbangan kepada pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta spiritual. Keseimbangan kurikulum ini juga perlu dilihat dari aspek kebolehan pelajar mengikut tahap umur serta keupayaan sekolah dalam mengaplikasikan pembelajaran yang disediakan agar memberi peluang sama rata kepada semua pelajar untuk mendapat pembelajaran yang baik menerusi kurikulum yang seimbang. Oleh itu, pembelajaran di dalam kelas mampu diuruskan dengan baik serta menjadi aktiviti pembelajaran dapat diikuti dengan sempurna oleh semua pelajar.