Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam
lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat
Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman
animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar
dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak
mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau
acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang
bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan
wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk
asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang
diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi
menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan
pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan
orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat
tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.
Filem hantu Melayu seperti 'Pontianak', 'Dendam Pontianak', dan 'Pontianak Gua
Musang' mendapat sambutan hangat daripada para penonton pada masa itu. Akibat
kejahilan dalam agama dan ramai orang yang tidak terpelajar pada ketika itu, filem-
filem itu mempengaruhi mereka. Ini mendorong kerajaan untuk menghentikan
pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan
akidah. Bagaimanapun, cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah seperti
majalah 'Mastika' dan 'Tok Ngah'. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa
kebanyakan orang pada masa kini lebih terpelajar dan faktor kebanjiran masuk filem-
filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik sekatan tersebut sekitar
tahun 2000. Malah dokumentari alam ghaib seperti 'Filem Melangkah ke Alam Ghaib'
dan 'Misteri Nusantara' di saluran TV3 turut membincangkan mengenai kewujudan
hantu.
Mengapa hantu
Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara
yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :
• Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat
selepas pindah ?
• Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
• Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang
baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
• Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada
waktu malam.
• Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat
haiwan buas?)
Ciri-ciri umum
Kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah.
Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya
selepas menghisap darah.
Jenis-jenis hantu
Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi Abdullah
dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu
ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
Menghalau hantu
Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan
rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik
mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit
menganggap sipesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan
traditional bagi cuba mengobati pesakit.
Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan
dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu
mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana
keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Persahabatan
dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarak seperti ada
yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian setiap waktu
tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan
amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat
dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai
jin Islam atau kaum bunian.