Anda di halaman 1dari 18

Tamattu' bermakna jemaah Haji berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul

dari ihram Umrah. Setelah itu dia berihram untuk mengerjakan Haji dari Mekah. Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji seperti memakai pakaian berjahit, memakai wangian, bersetubuh dengan perempuan ... Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji Tamattu' langkah demi langkah. Firman Allah Taala:

( * .)
Yang bermaksud:

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia

(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai

tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), sekalian makhluk.

maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari

Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian disusuli dengan talbiah. Berihram Haji Ifrad: Berihram ialah niat dan talbiah. Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu. Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya. Mandi dan berwuduk. Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru. Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata: . Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram: 1. Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya. 2. Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan. 3. Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian. 4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki). 5. Memotong rambut. 6. Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian). 7. Memotong kuku. 8. Menutup kepala bagi lelaki. 9. Berburu. 10. Memotong Pokok. 11. Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki. 12. Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.

Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram: 1. Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi. 2. Mencabut gigi. 3. Membelat kawasan yang patah. 4. Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan. 5. Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting. 6. Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

Miqat Makani Ihram: Iaitu tempat yang tidak harus bagi orang yang ingin memasuki Mekah Al-Mukarramah melepasinya melainkan dalam keadaan berihram dan bagi setiap penduduk terdapat tempat miqat untuk dia berihram darinya. Miqat Miqat Miqat Miqat penduduk penduduk penduduk penduduk Madinah: Zul Hulaifah dan dikenali dengan nama (Abar Ali) Syam: Juhfah (Rabigh) Iraq: Zaatu Irqin Yaman: Yalamlam.

Sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah sedangkan dia berada di Mekah, dia hanya perlu keluar ke Tan'im (Masjid Sayyidah Aisyah r.a) dan dia berihram dari sana. Memasuki Mekah: Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca: , ( .) Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca: , , , ,( .) , , Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w. Memasuki Masjidilharam:

Sunat masuk melalui Bab As-Salam. Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:

)( ( .)

Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir () sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab: )( )( .)(

Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca: ( .) , Tawaf:

Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk menghadap Hajarulaswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum). Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca: ( ) . Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian. Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium tangannya. Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut () kemudian dia memulakan tawaf.

Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga ke paras bahu sambil menjadikan tapak tangan ke arah Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebanyak sekali sahaja)

Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan

yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie. (Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya. Dipintu Kaabah dia membaca: ( ) . Dirukun Iraqi dia membaca: ( .( Dirukun Syami dan Yamani dia membaca: ( .( Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin.

Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah berhenti betulbetul dari berjalan ketika istilam rukun Yamani.

Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca:

)
() .

Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca: ( .) Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca: ( , ) Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.

Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat: Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak. Pada rakaat pertama dia membaca: ( ) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca ( ) selepas membaca Al-Fatihah. Allah s.w.t berfirman:

Yang bermaksud:

Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang.


Selepas sembahyang dia berdoa: ( , , , , ( ,

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.

Multazam: Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana: .) , , , ( Berdoa di Multazam adalah mustajab. Air Zamzam: Kemudian selepas itu dia disunatkan pergi ke telaga zamzam kemudian minum airnya sehingga rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya: ) ( : ( ) dan sesungguhnya aku meminumnya dan berdoa: .)( ( ( .)) Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w. Saie Di Antara Safa dan Marwah: Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

).
Kemudian dia membaca:

( , : ( Sebanyak tiga kali. Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca: ( ( Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja). Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah: ( , .( Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah. Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

).
Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah). Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam. Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie. Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie: () . Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)).

Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.
Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu disempurnakan dari pusingan yang terputus. Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat selepas berihram pada 8 Zulhijah kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam. Tahallul Dari Umrah Untuk Tamattu': Iaitu secara bercukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (1 sm) kemudian dia bertahallul dari ihram dan ketika itu dia dihalalkan melakukan semua perkara termasuk bersetubuh dengan isteri kecuali berburu dan dia terus berada di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah. Tempoh Kekal Berada Di Mekah Sehingga Hari Ke 8 Zulhijah: Di dalam tempoh ini sepatutnya jemaah Haji menggunakan peluang untuk:

Banyak mendirikan sembahyang di Masjidilharam kerana (Sembahyang di dalamnya menyamai seribu sembahyang) Banyak melakukan tawaf kerana tawaf yang dilakukan oleh Al-Aafaaqi adalah sebaikbaik ibadat di dalam Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w: (Sesiapa yang tawaf di Baitullah selama seminggu dan mendirikan sembahyang dua rakaat seolah-olah dia memerdekakan hamba). Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w: (Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 untuk orang-orang yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan 20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah) Oleh yang demikian ketika seseorang jemaah Haji melakukan tawaf dan melihat kepada Kaabah, bererti dia mendapat 80 rahmat. Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w: (Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya). Sekali adalah sebanyak tujuh pusingan dan selepas setiap kali selesai tujuh pusingan dia hendaklah mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.

Hari Pertama: Hari Kelapan Zulhijah. Pada pagi hari Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah, jemaah Haji Tamattu' berihram semula dan dia mendirikan sembahyang sunat ihram dua rakaat kemudian membaca: ( .) Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata: . Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah supaya tidak membebankan dirinya selepas dia pulang dari Arafah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat, dia ittiba' (sopan) pada setiap pusingan dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji. Bertolak Ke Mina: Selepas sembahyang Subuh di Mekah, semua jemaah Haji keluar ke Mina selepas terbit matahari dan sembahyang sunat Dhuha, kemudian dia menunggu di sana sehingga terbit matahari hari Arafah iaitu dia mendirikan sembahyang lima waktu di Mina iaitu (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari berikutnya iaitu hari kesembilan Zulhijah). Ketika menghala ke Mina jemaah Haji membaca: . Manakala di Mina pula, jemaah Haji banyak berzikir sambil membaca: .)( Jemaah Haji sunat menunggu dan sembahyang di masjid Al-Khif. Hari Kedua: Hari 9 Zulhijah (Hari Arafah)

Selepas terbit matahari pada hari Arafah jemaah Haji akan beredar dari Mina menuju ke Arafah sambil membaca di dalam perjalanannya:

, ,( .)

Jemaah Haji hendaklah banyak bertalbiah dan membaca Al-Quran seperti firman Allah: (.....) dan dia wuquf di Arafah. Arafah semuanya tempat wuquf tetapi yang paling afdhal ialah di

tempat wuquf Rasulullah s.a.w di batu-batu yang besar di bawah Jabal Rahmah. Apabila pandangan baginda terlihat kepada Jabal Rahmah, baginda bertasbih kepada Allah dan bertakbir kepadaNya. Sunat dia menghala ke masjid Namirah untuk mendengar khutbah, mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur dengan satu azan dan dua iqamat bersama-sama imam umum tanpa mendirikan sembahyang sunat di antara kedua-duanya. Jemaah Haji hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya tetap khusyuk bersamanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangisi dosa yang dilakukan. Dia hendaklah banyak berdoa, bertahlil dan membaca Al-Quran samada sambil berdiri atau duduk serta memperlahankan suaranya ketika berdoa, turut menyebut kaum keluarganya di dalam doa dan mengulanginya sebanyak tiga kali. Dia hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa dia menghadap kiblat dan memulakan serta menutup doa dengan tahmid dan tamjid di samping bertasbih kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Jemaah Haji disunatkan supaya mandi untuk melakukan ibadat Arafah.

Doa-doa Arafah: Sebaik-baik apa yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para Nabi sebelum baginda ialah: .) ( Disunatkan banyak menyebut bacaan ini (sekurang-kurangnya seratus kali). ,( .) ( .) .( .) , , ,( (. , .)) ( .) ( , , , , , , ,

, , .) Dia terus kekal berada dalam keadaan sedemikian sehinggalah sampai hari Nafar dan dia diwajibkan terus berada di tempat wuquf sehingga tenggelam matahari di mana dia menghimpunkan di tempat wuqufnya di antara malam dan siang, dia tidak mendirikan sembahyang Maghrib di Arafah bahkan dia mendirikan sembahyang Maghrib jamak ta'khir bersama Isyak pada waktu Isyak di Muzdalifah dengan satu azan dan satu iqamat. Banyakkan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik pada hari Arafah dan juga sepanjang hari 10 Zulhijah. Ifadhah Dari Arafah Ke Muzdalifah:

Apabila tenggelam matahari hari Arafah jemaah Haji menuju ke Muzdalifah sambil bertalbiah, bertakbir, bertahlil dan memuji kepada Allah sambil berkata: ( )

Serta berkata: ( , , , .( , ,

Jemaah Haji berjalan ke Muzdalifah dalam keadaan tenang, perlahan-lahan serta tetap tanpa tergesa-gesa supaya tidak menyakiti orang lain. Ketika jemaah Haji sampai ke Muzdalifah, dia cuba berhenti berhampiran dengan masjid Masy'arilharam (Jabal Qazah) jika tidak menjadi kesulitan untuk berbuat demikian. Dia disunatkan banyak berdoa, berzikir, bertalbiah dan membaca mana-mana ayat Al-Quran yang mudah baginya.

Yang bermaksud:

Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah

memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. Selain daripada itu kamu hendaklah bertolak turun dari

(Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu

kepada Allah (dengan memohon ampun) sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.

Kemudian dia mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak selepas masuk waktu Isyak secara jamak dengan sekali azan dan sekali iqamat serta melewatkan sembahyang sunat Maghrib, Isyak dan witir sehingga selepas selesai mendirikan fardhu Isyak. Di antara doa-doa yang ma'thur di Muzdalifah ialah:

( , , , .( , Dia banyak beristighfar dan bermalam di Muzdalifah sehingga tengah malam.

Kemudian jemaah Haji berbekal dengan batu-batu kecil dengan jumlah sebanyak 70 ketul batu (saiz lebih besar sedikit dari kacang kuda dan kecil sedikit dari kacang itik) untuk melontar ketiga-tiga jamrah. Apabila terbit fajar, jemaah Haji disunatkan mendirikan sembahyang Subuh pada awal waktunya, kemudian dia berkata: ( , ( ,

Dia juga berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya ke langit. Perlu diperhatikan bahawa Muzdalifah kesemuanya tempat berhenti untuk bermalam melainkan Wadi Muhassir.

Hari Ketiga: (Berjalan Ke Mina / Hari Menyembelih)

Selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari, jemaah Haji beredar menuju ke Mina sambil mengerahkan tenaganya di dalam banyak bertalbiah, malah sebaik-baiknya dia membaca di dalam perjalanannya:

( ( dan dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Apabila sampai di Wadi Muhassir jemaah Haji mempercepatkan perjalanannya dan ketika sampai di Mina dia membaca:

( .(

Beberapa pekerjaan yang dilakukan di Mina pada hari menyembelih ialah: Melontar Jamrah Aqabah - Menyembelih - Bercukur - Tawaf Ifadhah - Bersaie jika masih belum bersaie sebelum itu.

1- Melontar Jamrah Aqabah:

Jemaah Haji melontar tujuk ketul batu di mana dia membaca ketika melontar setiap ketulan batu: )

( ,

Jemaah Haji memberhentikan talbiah dengan lontaran yang pertama. Waktu melontar adalah dari fajar hari menyembelih sehinggalah ke fajar hari yang berikutnya tetapi sunat melontar pada waktu di antara terbit matahari sehingga gelincir matahari dan harus melontar selepas maghrib sehingga fajar tetapi makruh melainkan kerana keuzuran. Melontar jamrah ialah secara melontar ketulan batu kecil pada tiang Jamrah atau jatuh ke dalam kawasan sekitarnya, jemaah Haji hendaklah berada dalam keadaan berdiri menghadap Jamrah di mana dia menjadikan Mina berada di kanannya dan jalan Mekah berada di kirinya manakala melontar dari atas jambatan ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.

2- Menyembelih Dam:

Ia diwajibkan kepada jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' dan Qiran sahaja dan di Mekah terdapat beberapa Yayasan yang boleh diwakilkan oleh jemaah Haji untuk membeli Dam (biri-biri), menyembelih dan mengagihkannya kepada orangorang fakir di pelbagai pelusuk dunia, sekiranya dia tidak dapat membayar dam dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji sebelum hari Arafah dan tujuh hari apabila dia pulang ke tanah airnya.

2- Bercukur Atau Bergunting:

Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: (Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orangorang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting). Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.
Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa rambut ialah sesuatu yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.

Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

( , (. Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca: ( ) .

Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah. Tawaf Ifadhah: Selepas kembali dari Mina Ke Mekah, jemaah Haji melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan, dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya dia pergi ke Multazam dan zamzam, kemudian dia bersaie di antara Safa dan Marwah jika dia masih belum bersaie sebelum itu. Selepas tawaf Ifadhah jemaah Haji bertahallul dengan tahallul akbar di mana selepas tahallul ini jemaah Haji dibenarkan melakukan semua perkara. Kemudian jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam di sana untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada ketiga-tiga hari yang berikutnya. Saie Di Antara Safa dan Marwah: Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

).
Kemudian dia membaca: ( , : ( Sebanyak tiga kali. Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

( ( Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja). Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah: ( , .( Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah. Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

).
Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah). Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam. Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie. Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie: (.(

Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)). Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.
Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu disempurnakan dari pusingan yang terputus. Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat selepas berihram pada 8 Zulhijah kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam.

Hari Keempat: (Pertama Hari Tasyrik, Kedua Hari Menyembelih).

Di Mina jemaah Haji melontar ketiga-tiga jamrah pada hari ini, sunat dia mulakan dengan Jamrah Sughra, kemudian wusta, kemudian kubra (Aqabah), setiap jamrah tadi dilontar dengan tujuh biji batu kecil sambil membaca pada setiap lontaran: .) (

Selepas setiap jamrah kecuali jamrah Aqabah Kubra, dia berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya menghadap Kaabah serta berselawat kepada Nabi s.a.w dan memohon permintaannya sambil membaca: .)(

Waktu melontar adalah dari gelincir matahari (waktu Zuhur) sehingga terbit matahari hari yang berikutnya tetapi sunat di antara gelincir matahari dan Maghrib. Jamrah Aqabah dilontar dalam keadaan menghadap ke arah Jamrah dan menjadikan Mina berada di kanannya manakala jalan Mekah pula berada di kirinya. Manakala melontar dari atas jambatan, ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun. Adapun jamrah Sughra dan Wusta pula, ia dilontar dari semua arah.

Hari Kelima: (Kedua Hari Tasyrik, Ketiga Hari Menyembelih). Jemaah Haji juga diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah sebagaimana yang dilontar pada hari sebelumnya dengan mengikut susunan yang sama dan cara serta waktu yang sama kemudian jemaah Haji bergegas untuk ke Mekah. Hari Keenam: (Ketiga Hari Tasyrik, Keempat Hari Menyembelih).

Jika jemaah Haji terlewat di Mina sehingga ke masa selepas tenggelam matahari hari ketiga iaitu hari menyembelih, dia wajib melontar ketiga-tiga jamrah pada hari keempat. Waktu melontar adalah dari terbit matahari sehingga ke waktu tenggelam matahari (Maghrib).

( .)
Yang bermaksud:

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan

beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa. Dan kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 203).
Setelah itu jemaah bergegas pergi ke Mekah. Tawaf Wida':

Haji) dalam

(meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan

hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya

Apabila jemaah Haji ingin musafir, dia hendaklah tawaf di Baitullah tanpa berlari-lari anak dan tidak juga perlu intiba' serta saie. Tawaf ini dinamakan dengan tawaf Wida' dan ia adalah wajib, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya pergi ke telaga Zamzam dan meminum airnya sambil menghadap ke arah Kaabah serta rasa Tadhallu' dengan meminumnya sekadar termampu kemudian dia pergi ke Multazam, dia merayu kepada Allah Taala memohon apa sahaja dari urusan dunia dan akhirat yang dia inginkan di mana dia mulakan doa dengan pujian dan selawat kepada Nabi s.a.w. begitu juga dengan penutupnya. Di dalam doa dia menyebut: , ,( , , .) , , , ,( .) , ,( .) , Kemudian dia istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan dia mengucupnya atau mengisyarat kepadanya jika tidak dapat mengucupnya serta dia berjalan keluar dari AlHaram dalam keadaan mukanya menghadap ke arah pintu dan jangan berjalan secara berpatah kembali ke belakang, dia berpaling berkali-kali ke Kaabah teragak-agak untuk meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala.

Anda mungkin juga menyukai