Anda di halaman 1dari 3

.

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesyahduan . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menghadirkan diri untuk berusaha menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini . Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan, Sesungguhnya pada hari ini dan hari esok merupakan hari-hari yang penuh bermakna bagi organisasi kami, kerana sistem pengurusan organisasi kami akan diaudit oleh pihak SIRIM untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan mematuhi piawaian MS ISO 9001:2000 yang bertaraf dunia, maka permudahkanlah segala urusan kami sehingga kami dapat mencapai objektif pengurusan berkualiti. Sesungguhnya kami amat mengetahui melalui lidah Nabi Mu bahawa Engkau amat mengasihi hambaDoa sempena Majlis Pembukaan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 Jabatan Pelajaran Selangor 26 27 Ogos 2004
1

hamba Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap kecemerlangan. Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan. Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati , Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.

Doa sempena Majlis Pembukaan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 Jabatan Pelajaran Selangor 26 27 Ogos 2004

Doa sempena Majlis Pembukaan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 Jabatan Pelajaran Selangor 26 27 Ogos 2004