Anda di halaman 1dari 30

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

PROSODI
Trask, R.L. (1996:343) Mengatakan bahawa prosodi itu ialah unsur fonologi yang ranahnya lebih luas daripada sebuah segmen bunyi bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa realisasinya hanya dapat dihuraikan dengan merujuk kepada ranah yang berhubungan dalam ujaran yang sama.

Crystal, D. (1977:373) Mengenal pasti unsur unsur yang wujud dalam ranah ujaran tersebut. Beliau menggunakan istilah suprasegmental apabila merujuk kepada unsur prosodi ini.

Prosodi itu sebagai bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi- bunyi yang mengiringi bunyi bunyi segmental dalam ujaran. Unsur unsur itu adalah seperti kelangsingan, tekanan, jeda, kadar tuturan dan sebagainya.

Suprasegmental

bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, (tona)nada, jeda dan panjang pendek.

FONEM SUPRA-SEGMENTAL
Konsep kontras dalam bunyi penggalan , itu boleh juga dipakai untuk bunyi bukan penggalan. Bunyi bunyi penggalan disertai juga dengan bunyi supra penggalan. Mungkin dalam bahasa Melayu tidak semua bersifat fonemis, tetapi dalam bahasa lain unsur supra-penggalan bersifat fonemis.

Dalam linguistik, suprasegmental(suprapenggalan) adalah kajian terhadap penyertaan struktur rima bunyi- bunyi pertuturan dalam setiap pewujudan bunyi bahasa. Ada empat unsur supra-penggalan yang selalu bersifat fonemis dalam bahasa bahasa lain, iaitu tekanan, panjang pendek, tona persendian.

Fonem Suprasegmental

Fonem supra segmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama sama fonem penggalan dengan cara menumpangi atau menindihi bunyi penggalan

Tekanan

Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Unsur tekanan ini lebih sesuai dibicarakan dalam perkataan. Bunyi penggalan tidak mempunyai unsur ini. Tekanan wujud pada suku kata perkataan. Ini biasanya ditandakan dengan [ ] .

Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan, misalnya [ rumah], dan [ kam pung]. Tetapi , ada bahasa yang menggunakan unsur tekanan ini bagi membezakan perkataan, yakni berkontras dalam pasangan terkecil. Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku yang kedua seperti dalam perkataan ki ta ba pa sa tu

sambungan

Misalnya bahasa Inggeris membezakan pasangan seperti export , dan export. Kalau tekanannya di suku kata awal export, ia bermakna perbuatan mengeksport, tetapi export bermakna benda yang dieksport. Dengan itu unsur tekanan itu juga boleh dianggap sebagai unsur fonemis dalam bahasa Inggeris, iaitu suatu fonem / /

Panjang Pendek

Ada bunyi yang panjang dan ada bunyi yang pendek. Ini bukan bunyi yang diucapkan dua kali, atau bunyi biasa yang diucapkan dengan panjang. Bunyi panjang itu memang sifatnya panjang. Dalam bahasa Melayu unsur ini tidak ada, walaupun mana mana bunyi boleh dipanjangkan, tetapi ia tidak membawa apa apa kepentingan fonemis.

sambungan

Unsur panjang pendek ini diberi lambang [ : ] yang dipanggil mora, [ : ] dikatakan satu mora, [ : : ] dikatakan dua mora dan [ . ] dikatakan setengah mora. Ada bahasa yang memakai unsur ini sebagai fonemis atau dapat membezakan erti.

Dalam bahasa Inggeris ada pasangan terkecil seperti [ ip ] kapal , dan [i:p] kambing biri biri [sit] duduk dan [si:t] tempat duduk. Jadi ternyata unsur / : / bertaraf fonem.

Dalam bahasa Arab , panjang pendek bunyi disebut harkat Pada umumnya bunyi bunyi vokal , konsonan sengau, geseran, sisian dan getaran boleh dipanjangkan.

Tona

Tona merupakan unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan Tona merupakan naik turunnya suara dalam pengucapan perkataan. Tona ini mungkin mempergunakan unsur lain seperti nada , kelantangan, panjang pendek, tekanan dan lain- lain dalam menimbulkan pola lagu dalam perkataan yang dipanggil tona itu. Unsur ini khusus dibincangkan dalam lingkungan perkataan sahaja. Kalau dalam ayat dipanggil intonasi atau lagu ayat.

sambungan

Bahasa Mandarin memakai empat tona:


datar meninggi turun naik menurun ` [ma] [ma] [ma] [ma] ibu guni [mai] kuda menanam marah [mai] membeli [mai] menjual

Tona Tona Tona Tona

Yang kedua memakai tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona seperti berikut:
Tona Tona Tona Tona tinggi ( keras) sederhana tinggi (keras) rendah (lemah) sangat rendah (sangat lemah) 1 2 3 4

Persendian / Jeda
Jeda yang juga disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan , ayat atau rangkaikata . Jeda dilambangkan [ + ] Dalam bahasa Inggeris jeda membezakan makna.

Contoh bahasa Inggeris


I scream / ai + skri:m /

saya menjerit

Ice scream /ais + kri:m/

eskrim

Contoh bahasa Melayu


Dalam bahasa Melayu terdapat rangkaikata yang boleh mengelirukan makna sekiranya tidak dipakai tanda jeda. Contoh : / belikan + tin / membelikan tin =tin yang dibeli /beli + kantin/ membeli kantin = kantin yang dibeli

Sebenarnya jeda / persediaan merupakan unsur pembeza dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat
/ #Saya membaca buku kakak #/ Maksudnya : Saya membaca buku kepunyaan kakak. / #Saya membaca buku#kakak/ Maksudnya : Saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku.

/#Kami makan sate kambing#/ Maksudnya : Kami makan sate daging kambing. /#Kami makan sate#kambing/ Maksudnya : Kami memberitahu kambing bahawa kami makan sate.

Intonasi

Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai bagai intonasi atau lagu terdapat pada ayat. Intonasi ialah turun naik nada suaradalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa.

Contoh
Lagu 1

Ayat berita:

Intonasi menurun pada akhir ayat

Warna kain itu sungguh cantik. Beliau belum pernah ke sana .

Ayat tanya :

Intonasi meninggi pada akhir ayat. Ayat tanya yang mengambil kata tanya ( mana, berapa, siapa, bagaimana, apa) dan partikel kah

Mereka telah bertolak ke Mekah ? Benda itu apa?

Apabila kita bertutur kita menggunakan ayat- ayat yang diucapkan secara bersambung sambung. Ayat- ayat yang dituturkan itu turut menggunakan intonasi atau lagu bahasa yang berbeza beza Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam perkataan.

Lagu II

Intonasi golongan ini diakhiri dengan menaik. Ayat tanya yang tidak mengambil kata tanya atau partikel kah diujarkan dengan menggunakan intonasi ini. Nada atau tinggi rendahnya penyuaraan dilambangkan : \\ menurun beransur ansur \ menaik pada bukan akhir ayat // menaik beransur ansur = tinggi tetapi mendatar menurun dan menaik

Ranah

lingkungan bidang atau lapangan sesuatu ilmu pengetahuan

FONEM

Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem yang berasingan. tabah - tapah tekak - tegak sabun - sabung baru - balu wang - bang siang - tiang Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/. Selain daripada pasangan minimal yang dinyatakan di atas , terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

SEKIAN TERIMA KASIH


khwap khun khrap