Anda di halaman 1dari 14

Number the pages, top right of each page Do not use any header or footer

Pembelajaran bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): Tinjauan Kecenderungan Pelajar
Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06-7988449 06-7988451 Fax: 06-7988598 Wanazura@usim.edu.my Lubna@usim.edu.my

Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin Pensyarah (Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Karung Berkunci 12, 25000, Kuantan, Pahang. Tel: 09-5492432 Fax: 09-5492477 fazullah@ump.edu.my

Abstrak
Bahasa Arab merupakan salah satu subjek yang ditawarkan di beberapa Institusi Pengajian tinggi Awam (IPTA) di Malaysia seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kursus bahasa ini ditawarkan oleh institut-institut tersebut sama ada secara kursus wajib ataupun elektif. Subjek bahasa yang menekankan kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca ini memerlukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang. Gabungan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terancang dibantu ilmu psikologi asas yang dimiliki oleh guru dan pelajar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini menjurus kepada tinjauan kecenderungan pelajar USIM terhadap pembelajaran bahasa Arab yang merupakan salah satu subjek wajib universiti. Untuk mendapatkan maklumat, borang soal selidik diedarkan kepada 100 orang pelajar USIM yang pernah mengikuti kursus bahasa Arab di universiti ini. Menerusi kajian soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa faktor psikologi memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran bahasa seperti latar belakang pelajar, minat, persekitaran dan teknologi pendidikan yang digunakan. Dalam kertas kerja ini, beberapa teknik pengajaran dan pendekatan yang berkesan terutamanya untuk meningkatkan kemahiran bahasa disarankan bagi memaksimumkan hasil pembelajaran bahasa ini. Kata kunci: Kecenderungan

Proceedings

1. Pengenalan Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang penting di dunia. Bahasa yang menduduki tempat keenam di dunia dengan anggaran 186 milion penutur ini telah dinobatkan sebagai salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Bahasa Arab juga berkembang sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global. Penubuhan unit dan institusi-institusi pengajian di negara-negara selain negara Arab seperti di Amerika, Britain, termasuk Malaysia membuktikan penerimaan bahasa ini di peringkat antarabangsa. Antara institusi luar Tanah Arab yang menawarkan program bahasa Arab ialah Universiti of London menerusi The School of Oriental and African studies, Heriot-Watt University, Edinburgh, Universiti Islam antarabangsa (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Wan Azura Wan Ahmad et. al, 2006). Pembelajaran bahasa Arab seperti juga pembelajaran bahasa lain, memerlukan teknik yang tersendiri bagi memudahkan kefahaman pelajar di samping memaksimumkan kemahiran yang diperolehi. Di USIM, bahasa Arab dijadikan kursus wajib bagi semua pelajar tanpa mengira jurusan. Walaupun para pelajar di USIM mempunyai latar belakang pendidikan bahasa Arab bermula di peringkat sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah, namun didapati mereka masih belum mampu menguasai bahasa ini dengan baik. Kertas kerja ini meninjau apakah faktor kecenderungan mereka terhadap pembelajaran bahasa ini. Pengetahuan terhadap faktor kecenderungan tersebut diharap dapat membantu para pensyarah meneroka teknik baru dalam pengajaran bagi memaksimumkan penguasaan bahasa pelajar.

2. Persoalan kajian Tinjauan ini menjurus kepada kecenderungan para pelajar USIM terhadap pembelajaran bahasa Arab. Menyedari hakikat bahawa bahasa Arab mula dipelajari oleh mereka bermula di peringkat sekolah (sama ada rendah ataupun menengah), kelemahan penguasaan mereka dalam bahasa ini menjadi satu persoalan kerana mereka telah mempelajarinya sekian lama. Oleh itu, kertas kerja ini cuba mencari faktor yang boleh membantu mendorong minat dan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab seterusnya mencadangkan kaedah atau pendekatan yang bersesuaian. 3. Tinjauan Literatur i) Pengunaan metod SCL sebagai pendekatan yang berkesan dalam proses pembelajaran: Mengandungi unsur psikologi dan pembelajaran kendiri Kecemerlangan ilmu dan keunggulan akademik dalam sesebuah universiti sangat berkait rapat dengan pengunaan metod yang berkesan dan sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berkualiti. Apa yang lebih penting berlakunya proses pembelajaran yang aktif secara dua hala antara pendidik dengan pelajar. Salah satu kaedah pendekatan yang menarik minat dalam kalangan para akademik di Institut pengajian tinggi (IPT) adalah kaedah yang diistilahkan sebagai pembelajaran aktif. Keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti sangat bergantung kepada pelbagai faktor dan ciri-ciri seperti pengunaan pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dan relevan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (Opdenakker & Damme, 2006). Di samping itu, faktor gaya dan tingkah laku pengajaran pensyarah (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, et. al, 2005), ciri-ciri guru/pensyarah, hasil objektif (learning outcomes) yang menepati objektif pembelajaran (learning objectives) juga menyumbang kepada keberkesanan dan kualiti tersebut. Secara umumnya, faktorfaktor ini, melibatkan proses pembelajaran yang aktif dan koperatif secara dua hala antara

Proceedings 3 pensyarah dengan pelajar. Dalam erti kata lain, pelajar dan pensyarah seharusnya berada dalam keadaan dan situasi menang-menang (win-win situation) dalam mencapai sasaran hasil pembelajaran yang bertepatan dengan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Di samping itu, situasi ini juga akan dapat mewujudkan satu bentuk penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dan integratif sama ada secara teoritikal mahu pun praktikal yang relevan dengan keperluan pelajar.

Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) didefinisikan sebagai satu pendekatan pendidikan yang memfokuskan kepada keperluan pelajar, berbanding dengan penglibatan sepenuhnya oleh pendidik (guru atau pensyarah). Menurut Cannon (2000), SCL merujuk cara berfikir (ways of thinking) tentang pembelajaran dan pengajaran yang menekankan tanggungjawab pelajar terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti perancangan pembelajaran (planning learning), proses interaksi antara guru/pendidik dengan pelajar lain, menyelidik dan menilai hasil pembelajaran. Manakala, menurut Gibbs (1992, dalam Sparrow, et.al, 2000), SCL merujuk proses memberikan autonomi/kebebasan serta kawalan yang luas kepada pelajar berkenaan dengan kursus yang mereka ambil, penggunaan kaedah pembelajaran dan sejauh mana kecepatan penerimaan ilmu sepanjang pengajian mereka. Definisi ini mengetengahkan 3 ciri utama dalam pendekatan SCL dengan menyatakan bahawa pelajar seharusnya mendapat lebih banyak input tentang;- (1) Apa yang dipelajari tentang kursus tersebut, (2) Bagaimana kursus ini dipelajari, dan (3) Bila berlakunya proses pembelajaran untuk kursus tersebut. Dengan itu, implikasi definisi konsep SCL ini ialah pelajar perlu bertindak, berperanan serta bertanggungjawab dalam situasi dan konteks pembelajaran mereka, dan secara tidak langsung, aktif dalam menentukan matlamat dan objektif dan mengurus proses pembelajaran mereka. Dalam erti kata lain, pelajar diberi kebebasan untuk meneroka secara mendalam kefahaman ilmu dalam proses pembelajaran tersebut berdasarkan keinginan dan minat mereka sendiri terutamanya dalam menyelesaikan permasalahan dengan bantuan dan sokongan daripada pensyarah (yang berperanan sebagai fasilitator). Fokus pencapaian dalam pembelajaran tersebut bukan hanya tertumpu semata-mata kepada pencapaian keputusan akademik yang tinggi, malah pelajar diberikan ruang untuk mempraktik dan meningkatkan nilai-nilai peribadi murni seperti fleksibel, keyakinan diri, kemahiran sosial, ketelusan, keterbukaan komunikasi (MotschnigPitrik & Holzinger, 2002). Di samping itu, pelajar tidak bergantung sepenuhnya kepada guru/pensyarah untuk memenuhi 3 ciri pembelajaran di atas (Sparrow, et.al, 2000). American Psychological Association (APA) telah mengariskan 14 prinsip SCL yang dibahagikan kepada empat bahagian (McCombs, 2003). Prinsip-prinsip tersebut adalah:-

A) Faktor-faktor Kognitif dan Metakognitif (Cognitive and Metacognitive Factors) 1. The learning process is most effective when meanings are constructed from experience. 2. Over time, learners can create meaningful and coherent representations of knowledge. 3. Learners are able to link new information with existing knowledge in meaningful ways. 4. Learners can create and use thinking strategies to achieve complex learning goals. 5. Learners with higher order strategies can develop creative and critical thinking. 6. Learning is influenced by environmental factors namely culture and instructional practices.

B) Faktor-faktor Motivasi dan Afektif (Motivational and Affective Factors) 7. Learners motivation will affect what and how much is learnt. 8. Learners motivation to learn is shaped by creativity, higher order thinking and natural curiosity. 9. Motivation is a crucial factor that can determine learners effort towards learning.

C) Faktor-faktor Perkembangan dan Sosial (Developmental and Social Factors) 10. Learning is most effective when differential development within and across physical, emotional, intellectual and social domains is considered. 11. Learning is influenced by social factors like communication and interactions.

Proceedings
D) Faktor-faktor Perbezaan Individu (Individual Differences Factors) 12. Prior experiences and heredity can mould learners learning strategies and approaches. 13. Learning is most effective when learners differences are taken into account. 14. Setting high and challenging standards is an integral part of the learning process.

ii Hubungan psikologi (contoh motivasi dan minat) dengan pembelajaran Menurut Bidjerano dan Yun Dai (2007) dalam kajiannya terhadap 219 pelajar ijazah pertama berkenaan dengan hubungan model personality Big Five (Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability, (neuroticism) and Openness to Experience (intellect) dan strategi pembelajaran akses kendiri yang teratur (self-regulated learning) mendapati bahawa wujudnya hubungan korelasi yang signifikan antara personaliti dengan prestasi CGPA akademik pelajar dalam pembelajaran aktif. Kajian ini juga membandingkan sumbangan relatif faktor-faktor tret personaliti dengan strategi pembelajaran self-regulated dalam meramal pencapaian akademik pelajar. Secara amnya, pembelajaran akses-kendiri yang bersistematik berasaskan teori psikologi pendidikan yang berkaitan dengan penyelidikan kawalan-kendiri (Schunk, 2005 dalam Bidjerano dan Dai, 2007). Antara model-model pembelajaran tersebut merupakan cambahan daripada teori sosio-kognitif dalam fungsi manusia. Menurut Pintrich (1995 dalam Bidjerano dan Dai, 2007; 1999) menyatakan bahawa pembelajaran kendiri melibatkan elemen pengubahsuaian aktivitiaktiviti kognitif dan prosesnya dalam menghadapi situasi pembelajaran di samping aspek motivasi. Fasa-fasa pembelajaran tersebut merangkumi 4 elemen iaitu aspek kognisi, motivasi, tingkah laku dan konteks (persekitaran). Dengan itu, proses pembelajaran berkait rapat secara signifikan dengan aspek personaliti, tabiat belajar dan motivasi yang merupakan kajian dalam bidang psikologi pendidikan. Pintrich (1999) telah menjalankan kajian tentang peranan motivasi dalam proses pembelajaran secara kendiri. Kajian beliau menunjukkan bahawa 3 jenis kepercayaan motivasi (kepercayaan keupayaan-kendiri, kepercayaan nilai tugasan, dan kepercayaan orientasi matlamat) adalah bersesuaian dan dapat membantu dalam menggalakkan dan mengekalkan proses pembelajaran kendiri dan akademik pelajar. Hal ini kerana aspek psikologi terutamanya melibatkan aspek motivasi merangkumi keupayaan dan keyakinan diri, keseronokan dalam melakukan tugasan dan minat dalam belajar, tahu kepentingan nilai belajar, dan mengetahui matlamat pembelajaran dalam membaiki prestasi pembelajaran mereka secara positif dan aktif. Kajian oleh Duff et.al (2004) berkenaan hubungan antara personaliti, pendekatan pelajar dalam proses pembelajaran dan prestasi akademik. Kajian ini telah dijalankan terhadap 146 pelajar sains sosial di universiti di Scotland dengan menggunakan 16PFi Cattell bagi mengukur personaliti Big-Five dan Entwistle & Tait (1995) Revised Approaches to Studying Inventory (RASI) bagi mengukur pendekatan pembelajar. Hasil kajian mendapati bahawa orientasi belajar, pendekatan pembelajaran oleh pelajar ditentukan dan berkait dengan aspek personaliti mereka dalam menentukan pencapaian prestasi akademik. Kajian oleh Laidra et.al. (2007) berkenaan dengan kajian aspek personaliti dan kecerdasan (intelligence) sebagai peramal pencapaian akademik. Kajian ini telah dijalankan terhadap 3618 pelajar sekolah Estonia Tingkatan gred 2,3,4,6,8,10 dan 12 orang lain yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen Ravens Standard Progressive Matrices bagi mengukur kecerdasan dan alat ukur Estonian NEO Five Factor Inventory NEO-FFI) dan Big-Five Questionnaire-Children version (BFQ-C) bagi mengukur personaliti Big-Five. Hasil kajian

Proceedings 5 mendapati bahawa kecerdasan merupakan peramal terbaik dalam menentukan Purata Gred (GPA) bagi semua gred yang dinyatakan. Manakala tret personaliti (Openness, Agreeable dan Conscientiousness) menunjukkan hubungan korelasi yang positif (manakala Neurotism menunjukkan korelasi yang negatif dengan GPA dalam setiap gred/tingkatan. Secara amnya, walaupun terdapat tret personaliti memberi kesan terhadap GPA, pencapaian akademik pelajar sangat berkait rapat dengan keupayaan kognitif dalam setiap peringkat gred tersebut.

Kajian oleh Witcher, et. al (2007) berkenaan hubungan antara 3 dimensi perfectionisme (self-oriented perfectionism, other-oriented perfectionism dan socially prescribed perfectionism) dan pencapaian dalam kursus Metodologi Penyelidikan di kalangan 130 orang pelajar psikologi. Aspek pencapaian merangkumi pengetahuan pelajar tentang konsep penyelidikan, metodologi, dan aplikasi. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang mencapai tahap tinggi dalam self-oriented perfectionism dan other-oriented perfectionism cenderung untuk mendapat pencapaian yang tinggi dalam kelas. Secara keseluruhannya, dimensi Self-Oriented Perfectionism merupakan peramal terbaik dalam menentukan prestasi pelajar bagi kursus yang dinyatakan. 4. Analisis Data Berikut adalah analisis data yang diperoleh daripada borang soal selidik: (1) Bahagian pertama: Jadual 1 : JANTINA Jantina Responden Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 31 69 100 Peratus 31 69 100.0

Jadual 2: FAKULTI Fakulti FPBU FPQS Jumlah Keseluruhan Kekerapan 59 41 100 Peratus 59 41 100

Proceedings 6 (a) Responden terpilih seramai 100 orang. 31 orang pelajar lelaki (31%) dan 69 pelajar perempuan (69%) yang terdiri dari 59 pelajar FPBU (59%) dan 41 pelajar FPQS (41%). Keseluruhan responden ialah pelajar tahun satu yang mengikuti kursus bahasa Arab di USIM.

Jadual 3: TEMPOH PENGAJIAN Tempoh Mempelajari Bahasa Arab 1-5 6-10 11-15 16 ke atas Jumlah Keseluruhan

Kekerapan 3 74 22 1 100

Peratus 3.0 74.0 22.0 1.0 100.0

b) Seramai 3 orang responden atau (3%) telah mempelajari bahasa Arab bagi tempoh 1-5 tahun, manakala 74 orang (74%) 6-10 tahun, 22 orang (22%) bagi tempoh 11-15 tahun dan 16 tahun hanya seorang (1%). Jadual 4: MULA MEMPELAJARI BAHASA ARAB Mula Mempelajari Bahasa Arab Semenjak sek ren sek men Jumlah Keseluruhan

Kekerapan 28 72 100

Peratus 28.0 72.0 100.0

c) Majoriti responden mula mempelajari bahasa Arab semenjak sekolah menengah iaitu seramai 72 orang atau (72%), manakala selebihnya di sekolah rendah iaitu seramai 28 orang atau (28%). 2) Bahagian Kedua : Bahagian ini merupakan soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden. Pertanyaan/Pernyataan f 1. Adakah anda berminat untuk 94 mempelajari bahasa Arab? Ya % 94% f 5 Tidak Pasti % 5% f 1 Tidak % 1%

Proceedings

7 4% 45 45% 51 51%

2.

Adakah anda menguasai 4 bahasa Arab dengan baik?

3. Apakah faktor utama yang mendorong anda mempelajari bahasa ini ? (pilih satu sahaja jawapan) i. Persekitaran ii. Teknik pengajaran guru iii. silibus 10 7 8 10% 7% 8% 11% 6%

iv. Sokongan ibu bapa, guru dan 11 rakan-rakan v. Peluang kerjaya masa hadapan 6

vi.

Sebagai medium untuk 10 memahami subjek-subjek lain yang berkaitan

10%

vii.Tuntutan memahami 48 kandungan al-Quran dan halhal keagamaan. 4. Pada pendapat anda silibus 77 kursus bahasa Arab di USIM sesuai dan menepati keperluan pelajar? 5. Adakah teknik pengajaran 99 penting dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab pelajar?

48%

77%

22

22%

1%

99%

1%

0%

6. Adakah faktor psikolgi seperti 92 minat, latar belakang dan sebagainya penting dalam meningkatkan penguasaan bahasa pelajar? 7. Pada pendapat anda, setiap 80 kemahiran dalam bahasa Arab (menulis, membaca, bertutur dan mendengar) mempunyai pendekatan yang berbeza ?

92%

3%

5%

80%

14

14%

6%

Proceedings

8 43% 37 37% 20 20%

8. Pada pendapat anda, adakah 43 teknik pengajaran yang digunakan oleh pensyarah USIM memadai untuk menambah minat pelajar seterusnya membantu penguasaan mereka dalam pembelajaran bahasa ini? 9. Adakah aktiviti ko-kurikulum 92 tambahan seperti program perkhemahan bahasa Arab, mentor mentee, kursus intensif bahasa Arab membantu menambah kecenderungan pelajar terhadap bahasa ini?

92%

5%

3%

(d) Beberapa orang responden juga telah memberikan cadangan untuk menambahkan minat para pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab, antaranya: 1. Memperbanyak kursus intensif bahasa Arab seperti ALSP kepada pelajar di samping aktiviti ko-kurikulum tambahan yang lain. 2. Menyediakan lebih banyak kemudahan yang dapat membantu peningkatan bahasa pelajar seperti buku, majalah, iklan, memo dan sebagainya dalam bahasa Arab serta menyediakan sudut bahasa (persekitaran yang kondusif). 3. Menampal perkataan baru di segenap penjuru untuk menimbulkan motivasi pelajar memperbanyak perbendaharaan kata. 4. Para pensyarah perlu mengadakan perjumpaan dengan pelajar yang lemah bagi mengenal pasti masalah mereka. 5. Menambah jam kredit bagi kursus bahasa Arab serta mengadakan program pertukaran pelajar ke Timur Tengah. 6. Mengadakan pertandingan berkala seperti kuiz dan menulis esei untuk menarik minat pelajar mendalami bahasa ini. 7. Pensyarah perlulah mempelbagaikan teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar seperti penggunaan kaset, melalui aktiviti nyanyian dan sebagainya serta memperbanyak penyertaan pelajar di dalam kelas (SCL). 8. Para pensyarah menggunakan bahasa Arab yang mudah agar senang difahami oleh pelajar. 9. Mengadakan replacement test bagi kursus bahasa Arab seperti bahasa Inggeris (MUET). 10. Mewajibkan semua pelajar menggunakan bahasa Arab di kampus serta menggalakkan mereka menyertai persatuan bahasa tersebut. . 5. Metode Kajian Kajian ini mengaplikasikan metode kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Seramai 100 orang pelajar USIM yang yang mengikuti kursus bahasa Arab dijadikan responden kajian, iaitu 59 orang pelajar (59%) dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan 41 orang pelajar (41%) dari Fakulti

Proceedings 9 Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Kajian ini meninjau faktor yang menggalakkan mereka menyertai kursus tersebut serta keberkesanan teknik pengajaran yang diikuti.

Soal selidik tersebut mengandungi 2 bahagian utama iaitu: Bahagian pertama: Bahagian ini mengandungi latar belakang responden yang meliputi maklumat peribadi dan pengalaman mempelajari bahasa Arab di USIM. Bahagian kedua: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan mengenai minat mempelajari bahasa Arab, penguasaan terhadapnya, faktor kecenderungan, silibus yang digunakan, pendekatan dan teknik pengajaran serta aktiviti ko-kurikulum tambahan. Dalam bahagian ini juga dimuatkan ruangan komen atau cadangan bagi penambahbaikan agar tahap penguasaan bahasa Arab mereka dapat ditingkatkan. Analisa data dari borang soal selidik dilakukan menerusi proses taburan frekuensi (Kekerapan distribution). Bahagian seterusnya merupakan analisis data yang diperoleh daripada responden serta dapatan kajian dan kesimpulan daripada analisis tersebut. 6. Dapatan kajian dan kesimpulan Berdasarkan kepada kajian soal selidik, penyelidik mendapati beberapa perkara penting dalam tinjauan kecenderungan pelajar terhadap bahasa Arab. Antaranya: 1. Walaupun kebanyakan pelajar ini telah lama mengikuti pembelajaran bahasa Arab iaitu melebihi 6 tahun pengajian, namun mereka mengakui bahawa mereka masih kurang menguasai bahasa tersebut atau tidak dapat menguasainya dengan baik. Walau bagaimanapun, majoriti daripada mereka meminati bahasa tersebut. Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan atau menambah minat pelajar terhadap bahasa ini. 2. Tuntutan memahami kandungan al-Quran dan hal-hal keagamaan merupakan faktor paling utama bagi pelajar mempelajari bahasa Arab. Di samping itu, antara faktor penting yang mempengaruhi kecenderungan pelajar mempelajarinya ialah sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan serta persekitaran, selain menjadi medium untuk memahami subjek-subjek lain di universiti yang dipelajari dalam bahasa ini. 3. Pihak universiti dan institusi pengajian perlu menyesuaikan aktiviti pembelajaran yang dimuatkan dalam silibus pembelajaran dengan kehendak pelajar. Hal ini bertujuan menjadikan pembelajaran lebih menarik bagi menambah minat dan motivasi serta mengekalkan kecenderungan mereka terhadap bahasa ini. Selain itu, teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru juga banyak mempengaruhi kecenderungan dan peningkatan penguasaan bahasa Arab mereka. 4. Faktor psikologi pelajar termasuklah minat dan latar belakang keluarga yang menitikberatkan pembelajaran bahasa ini merupakan faktor yang penting untuk meningkatkan minat terhadap bahasa tersebut. 5. Majoriti pelajar berpendapat bahawa subjek-subjek kemahiran bahasa seperti Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis mempunyai pendekatan yang berbeza. Justeru,

Proceedings 10 para guru disarankan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai agar kecenderungan dan minat pelajar dapat dipertingkatkan.

6. Pihak universiti dan institusi pengajian juga perlu mengadakan pelbagai bentuk program atau aktiviti kokurikulum tambahan berbahasa Arab kerana ia dilihat mampu membantu pelajar mengikuti bahasa tersebut dengan lebih baik serta dapat menambah minat dan kecenderungan pelajar terhadapnya. Berdasarkan dapatan kajian di atas, terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab, antaranya faktor psikologi yang melibatkan minat serta dorongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Persekitaran juga memainkan peranan dalam menjana kecenderungan pelajar kerana persekitaran yang kondusif untuk belajar serta mempraktikkan bahasa tersebut pastinya mampu mencetuskan semangat, motivasi dan minat pelajar. Selain itu, peranan tenaga pengajar dan pihak institusi pengajian atau universiti juga tidak kurang pentingnya dalam membantu meningkatkan penguasaan pelajar dan melahirkan minat mereka terhadap pembelajaran bahasa ini. Guru perlu lebih kreatif menggunakan pendekatan yang sesuai dalam kemahiran bahasa kerana setiap kemahiran bahasa tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza untuk meningkatkan minat dan penguasaan pelajar. Sebagai contoh, kemahiran mendengar memerlukan lebih banyak menggunakan peralatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya lebih efektif. Pihak universiti termasuklah tenaga pengajar perlu kerap menganjurkan program dan aktiviti kokurikulum tambahan berbahasa Arab di luar waktu kelas untuk meningkatkan penguasaan serta menambah minat mereka terhadap bahasa Arab. Pembelajaran yang hanya tertumpu di dalam kelas boleh menjadikan pelajar mudah jemu dan akhirnya mengikis minat mereka terhadap subjek tersebut. Minat semata-mata tanpa disulami usaha pelbagai pihak termasuklah diri pelajar itu sendiri, guru dan pihak institusi pengajian tidak dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa Arab. Justeru, pendekatan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang berkesan perlu diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa ini. Penggunaan peralatan teknologi dalam proses pengajaran bahasa, contohnya, perlu dilaksanakan oleh guru untuk mendapatkan refleksi dan respon positif daripada pelajar. Penggunaan ICT dalam proses tersebut hakikatnya dapat menimbulkan minat pelajar dan membantu mereka menguasai bahasa ini dengan lebih berkesan. Selain itu, pelajar perlu dilatih mengaplikasi dan mempraktikkan bahasa tersebut melalui pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centred learning) agar mereka lebih berdikari dan lebih aktif dalam pembelajaran serta tidak semata-mata mengharapkan bantuan daripada guru. Pendekatan pembelajaran seperti Problem-based learning (pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah) dan activity-based learning (pembelajaran berasaskan aktiviti) boleh diterapkan dalam pembelajaran bahasa Arab. Kepelbagaian aktiviti di dalam kelas mampu mencetuskan minat pelajar dan sekali gus menambah kecenderungan mereka terhadap pembelajaran bahasa ini. Kesimpulannya, kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab banyak dipengaruhi oleh faktor psikologi pelajar itu sendiri serta peranan yang dimainkan oleh pihak guru dan institusi pengajian. Justeru, setiap pihak harus mempertingkatkan usaha masing-masing demi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut.

Proceedings

11

Rujukan:
Adelsberger, H. H., Bick, M., Pawlowski, J. M. (2000). Design principles for teaching simulation with explorative learning environments. In J. A. Joines, R. R. Barton, K. Kang, & P. A. Fishwick (Eds.), In Proceedings of the 2000 Winter Simulation Conference (pp. 1684-1691). Retrieved from Web site: http://portal.acm.org/citation.cfm?id=5106254coll=GUIDE&dl=GUIDE&CFID=256160108& CFTOKEN=73106697. Bidjerano, T. & Dai, D.Y. (2007). The relationship between the Big-Five model of personality and self-regulated learning strategies. Learning and Individual Differences 17: 69-81. Retrieved from Science Direct Web site: http://www.sciencedirect.com/ or www.elsevier.com/locate/lindif Chwif, L. & Pereira Barretto, M. R. (2003). Simulation models as an aid for the teaching and learning process in operations management. In S. Chick, P. J. Snchez, D. Ferrin, & D. J. Morrice (Eds.), In Proceedings of the 2003 Winter Simulation Conference (pp. 1994-2000). Retrieved from Web site: http://portal.acm.org/citation.cfm?id=1030818.1031094. Claxton, G., Edwards, L., Scale-Constantinou, V. (2006). Cultivating creative mentalities: A framework for education. Thinking Skills and Creativity 1: 57-61. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/18711871 Crookes, G. & Chaudron, C (1991). Guidelines for Classroom Language Teaching. In M. CelceMurcia, (Ed.). Teaching English as a Second or Foreign Language. New York: Newbury House. Duff, A., Boyle, E., Dunleavy, K., & Ferguson, J. (2004). The relationship between personality, approach to learning and academic performance. Personality and Individual Differences 36: 1907-1920. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/ or www.elsevier.com/locate/paid Estrada Duek, J. L. (2000). Whose Group Is It, Anyway? Equity of Student Discourse in ProblemBased Learning (PBL), (pp. 75-108). Fischer, M. (2004). Simulation engage students in active learning. Retrieved on 8 October, from Web site: http://www.educationworld.com Greeson, L. E. (1998). College classroom interaction as a function of teacher and student-centered instruction. Teaching and Teacher Education 4(4): 305-315. Retrieved on July 12, 2002, from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/0742051X. Hmelo, C. and Lin, X. (2000). Becoming Self-Directed Learners: Strategy Development in Problem-Based Learning. In Evensen, D.H & Hmelo, C.E (Eds.). Problem-Based Learning: A Research Perspective on Learning Interactions, (pp. 227-250).

Proceedings 12 Hogan, M. J. (2006). Cultivating thought-full and creative thinkers: A comment on quality merging Costa with Claxton et al. Thinking Skills and Creativity 1: 152-154. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/18711871

Karwowski, M., Gralewski, J., Lebuda, I., & Winiewska, E. (2007). Creative teaching of creativity teachers: Polish perspective. Thinking Skills and Creativity 2: 57-61. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/18711871 Korthagen, F., Loughran, J., & Russell, T. (2006). Developing fundamental principles for teacher education program and practices. Teaching and Teacher Education 22: 1020-1041. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/0742051X Laidra, K., Pullman, H., & Allik, J., (2007). Personality and intellgence as predictors of academic achievement: A cross-sectional study from elementary to secondary school. Personality and Individual Differences 42: 441-451. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/ or www.elsevier.com/locate/paid McCombs, B. (2003). Assessing the role of educational technology in the teaching and learning process: A learner-centered perspective. Retrieved on January 22, 2006, from Web site http://www.ed.gov/rschstat/eval/tech/techconf00/mccombs_paper.html Motschnig-Pitrik, R., & Holzinger, A. (2002). Students-Centered Teaching Meets New Media: Concept and case study. Educational Technology & Society 5 (4): 2002. Retrieved from Web site: http://ifets.ieee.org/periodical/vol_4_2002/renate.html Opdenakker, M-C., & Damme, J. V. (2006). Teacher characteristics and teching style as effectiveness enhancing factors of classroom practice. Teaching and Teacher Education 22: 121. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/0742051X Pintrich, P.R. (1999). The role of motivation in promoting and sustaining self-regulated learning. International Journal of Educational Research 31: 459-470. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/ or www.elsevier.com/locate/ijedures Sawyer, R. K. (2006). Educating for innovation. Thinking Skills and Creativity 1: 41-48. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/18711871 Schuh, K. L. (2004). Learner-centered principles in teacher-centered practices?. Teaching and Teacher Education 20: 833-846. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/science/journal/0742051X. Sparrow, L., Sparrow, H., & Swan, P. (2000). Students centered learning: is it possible? In Proceeding of Teaching and Learning Forum 2000. Retrieved from World Wide World: http://lsn.curtin.edu.au/tlf/tlf2000/sparrow.html. Student-centred learning. Retrieved from Web site: http://en.wikipedia.org/wiki/student-centered learning.

Proceedings

13

Student-centred learning. Retrieved from Web site: www.wcer.wisc.edu/step/ep301/Fall2000/Tochonites/stu_cen.html Tan, O. S. (Ed.). (2004). Enhancing thinking through problem-based learning approaches: International perspectives. Singapore: Thomson Learning. What is hands-on learning, and is it just a fad? (Q&A). Columbus: The ERIC Clearinghouse for Science, Mathematics and Environmental Education. Retrieved from Web site: http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/content/cntareas/science/eric/eric-1.htm Wan Azura Wan Ahmad et.al. 2006. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Witcher, L.A., Alexander, E.S., Onwuegbuzie, A.J., Collins, K.M.T., & Withcer, A.E. (2007). The relationsip between psychology students levels of perfectionism and achievement in a graduate-level research methodology course. Personality and Individual Differences 43: 13961405. Retrieved from ScienceDirect Web site: http://www.sciencedirect.com/ or www.elsevier.com/locate/paid

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Jamaliah Abdul Hamid, & Rahyl Mahyuddin. (2005). Choice of teaching strategies by business lecturers. In National Seminar on Higher Education Teaching and Learning 2005 (June 2005). Selangor: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia.

Proceedings

14

Anda mungkin juga menyukai