Anda di halaman 1dari 2

IPG KAMPUS KENINGAU 2013

Nota Semantik. Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173) Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Mnakala dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik. Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.

PM3312P4

IPG KAMPUS KENINGAU 2013

Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Sperber dan Wilson (1980) pula, Buku Bahasa Melayu II mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logiknya. Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik. Manakala menurut R. H. Robins (1992:24) mendefinisikan semantik sebagai Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik. Seterusnya Aminuddin (1988:15) menyatakan Semantik berasal daripada bahasa Yunani mengamdungi makna untuk memaknainya. Hasil dapatan ini, makna-makna yang dikemukakan oleh ahli-ahli semantik tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa semantik merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang membahas tentang makna. Kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. http://bkree66.blogspot.com/2012/03/semantik.html

PM3312P4