Anda di halaman 1dari 19

PENDIDIKAN MORAL TAJUK: INSAN MORAL

NAMA AHLI KUMPULAN: LIEW PEI YI OLIVIA SHEE XIN LI NAMA PENSYARAH: DR.MOHAMMAD HAIRUDIN BIN AMIN IC: 930203-12-6086
941001-13-5594

PPISMP SEJ

2.1 DIMENSI MORAL


2.1.1 PENAAKULAN MORAL Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Individu dapat -Memahami sesuatu isu moral. - Mengenal pasti alternatif-alternatif yang ada dan kesannya. - Memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternatif itu. - Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional. -Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.

Contoh 1 Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebutmempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Keputusanyang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2: Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walaubagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.

2.1.2 EMOSI MORAL Mempunyai emosi moral seperti suara batin, perasaan ini membawa kepada perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting untuk mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sesuatu yang bersifat antisosial. Contohnya, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu orang yang miskin tanpa mengira kepentingan diri.

*Individu dapat - Mengetahui asal usul sesuatu isu atau situasi. - Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain. - Menyatakan perasaan diri sendiri dalam keadaan yang sama. - Membuat keputusan yang adil dan rasional. - Empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa.

2.1.3 TINGKAH LAKU MORAL Merujuk kepada segala kelakuan yang dilakukan oleh individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat. Dapat bertingkah laku moral, iaitu bertindak dengan penuh tanggungjwab mengikut kemampuan diri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral. Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama.

Contoh:
memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugasdengan hati yang ikhlas memimpin orang buta menyeberang jalan tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerjapekerja lain dalam unittersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akanmerosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiadatangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolahsejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

2.2 SIFAT-SIFAT INSAN MORAL


2.2.1 PRINSIP AUTONOMI (AUTONOMOUS)

Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya, maksudnya seseorang individu tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau memberi sebabsebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan atau apakah jenis kemahuan yang ingin dibuat atau apakah jenis paksaan yang perlu diketepikan?

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Hal ini demikian kerana individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang bermanfaat diri sendiri, maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.

2.2.2 PRINSIP KEADILAN

Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud law, right. Kini justice. Menurut Kamus Dewan keadilan bererti sifat (orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang ,hukuman dan lain-lain) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya). Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama. Contohnya, dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.

2.2.3 PRINSIP ALTRUISME

Nagel, Thomas (I970) menjelaskan perkataan altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan. Nagel, T. berpendapat untuk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat empati, bersifat terbuka dan mempercayai orang Iain, bertoleransi serta boleh menerima orang lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai