Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM AJMAL SOLEHAH 1.

MUQADDIMAH Sejak kebelakangan ini, isu moral di kalangan remaja masakini sering diperkatakan samada oleh individu atau masyarakat dan sering dipaparkan samada di media cetak atau elektronik. Masyarakat sering menuding jari mengatakan perkara ini terjadi kerana kegagalan pihak tertentu membendung gejala tersebut khasnya pihak guru di sekolah serta ibubapa atau penjaga di rumah. Ini ditambah pula dengan suasana persekitaran yang menjadi pemangkin perkara tersebut berlaku secara berleluasa seperti pengaruh rakan sebaya, media cetak dan elektronik serta kekurangan pengetahuan agama di kalangan remaja tersebut. Semua pihak harus berganding bahu membendung perkara ini dari terus berlaku. Oleh yang demikian, kita sewajarnya menyusun pelbagai program dan aktiviti bagi mencegah perkara tersebut dan tidak hanya menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu perkara yang berkaitan dengan sahsiah murid di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa bidang Kemanusiaan merasa terpanggil untuk menyusun aktiviti pemantapan sahsiah ini agar perkara tersebut dapat di atasi secara berperingat-peringkat sejak dari bangku sekolah lagi. Adalah diharapkan dengan terlaksananya kem pemantapan sahsiah ini, sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah sahsiah dan moral murid di sekolah seterusnya dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik. Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT ke arah melahirkan modal insan yang berjiwa merdeka dari perkara-perkara yang tidak baik yang dilarang oleh agama Islam yang mulia ini. 2. MATLAMAT Melahirkan modal insan yang mempunyai niat (qasad) yang betul di dalam memenuhi kewajipan menuntut ilmu (taradh) ke arah membudayakan sahsiah mithali di dalam kehidupan (tayin).

3. OBJEKTIF 3.1 Murid dapat mengetahui secara mendalam berkaitan ilmu fardhu ain ( Wuduk dan Solat) 3.2 Murid dapat mengamalkan akhlak mulia dan berfikiran positif. sepertimana yang dikehendaki oleh syarak. 3.3 Murid dapat membuat persediaan sebelumhidup masyarakat selepas tamat persekolahan. 4. SASARAN Fasa 1 Fasa 2 5. TARIKH DAN TEMPAT Tarikh Tempat : 12 Julai & September 2012 : Surau SMKTSR : : Murid tingkatan 4 seramai 40 0rang. Murid tingkatan 2 seramai 40 0rang

6. STRATEGI PELAKSANAAN 6.1 Ceramah 6.1 Bengkel (LDK)/Amali Wuduk & Solat 6.3 Soaljawab

7. JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi Naib Pengerusi : Pn. Hjh Ishah Saidin : Pn. Nurul Aznim mohd razalli : Pn. Nur Asikin Othman : En. Azizan Ali : Pn. Hafizah Mohd Khir : Pn. Khairianh Mat Saad : Pn. Siti Nor Rothiah Syed Abd. Malek : Cik Nor hafeda Hashim : Guru Cemerlang Pendidikan Islam : Semua Guru Pendidikan Iskam

Penyelaras Setiausaha AJK

8. KEWANGAN Pendapatan Pelajar RM 5.00 X 150 orang Koperasi Kebajikan PIBG Ehsan Guru Panitia PI, BA, PSK Penghayatan Islam UBK JUMLAH Perbelanjaan Makan Pelajar Makan Guru Penceramah Banner Cenderahati Rencam Dokumentasi JUMLAH RM 18.00 X 150 orang RM 18.00 X 30 orang RM 20.00 X 30 0rang = RM 2 700 = RM 540 = RM 300 = RM 64 = RM 600 = RM 100 = RM 100 = RM 4 500 = RM 750 = RM 200 = RM 100 = RM 300 = RM 500 = RM 350 = RM 2 000 = RM 300 = RM 4 500

9. TENTATIF PROGRAM
HARI MASA 4.30 Pagi 7.00 Pagi 7.00 Pagi 8.00 Pagi 8.00 Pagi 9.00 Pagi 9.00 Pagi 10.00 Pagi 10.00 Pagi 12.00 Tgh 12.00 Tgh 1.00 Ptg 1.00 Ptg 2.30 Ptg 2.30 Ptg HARI PERTAMA HARI KEDUA PENGURUSAN DIRI/SOLAT SUNAT/SOLAT SUBUH RIADAH HARI KETIGA QIAMULLAIL/SOLAT SUBUH/TAZKIRAH/SOLAT DHUHA MAKAN PAGI/BERSURAI

PENGURUSAN DIRI MAHABBAH INSAN/MINUM PAGI CERAMAH PENCERAMAH JEMPUTAN MAKAN TENGAHARI PENGURUSAN DIRI/SOLAT ZOHOR LDK AMALI SOLAT/SOLAT

4.00 Ptg 4.00 Ptg 6.00 Ptg 6.00 Ptg 7.00 Mlm 7.00 Mlm

PENDAFTARAN/SOLAT ASAR/TAKLIMAT PROGRAM PENGURUSAN DIRI/ MAKAN MALAM/SOLAT MAGHRIB/BACAAN YASSIN/SOLAT ISYAK

ASAR/MAKAN PETANG

RIADAH

PENGURUSAN DIRI/MAKAN MALAM/SOLAT MAGHRIB/TAZKIRAH/SOLAT

9.00 Mlm 9.00 Mlm CERAMAH 10.00 Mlm 10.00 Mlm 11.00 Mlm 11.00 Mlm PENCERAMAH JEMPUTAN

ISYAK /BACAAN ALQURAN

KUDAPAN/TIDOR

KUDAPAN/TIDOR

10. PENUTUP Usaha-usaha ke arah pembentukan modal insan yang berakhlak memerlukan berbagai persedian dan pengisian. Dengan berlakunya pembentukan persekitaran Iklim yang baik di sekolah adalah diharapkan ia

dapat memberi kesan yang besar terhadap pertumbuhan dan penghayatan nilai akhlak yang mulia di kalangan pelajar seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam akhlak dan akademik.

Anda mungkin juga menyukai