Anda di halaman 1dari 5

Tajuk Kajian Tindakan : Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Ringkas Dalam Bahasa Melayu

Disediakan oleh : Cik Nur Fadhilah bt Maksom


1. Refleksi Masalah Saya mengajar di S.J.K.(C) Chong Hwa Pt Kadir. Masalah utama bagi saya ialah semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3A. Pelajar dalam kelas

saya terdiri daripada pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah penguasaan akademiknya. Kebanyakan mereka sukar untuk membina ayat ringkas dalam kerja rumah ataupun ujian bulanan. Oleh itu, mereka tidak dapat memperolehi sebarang markah pada bahagian A dalam ujian bulanan yang lepas . Masalah utama ialah mereka tidak tahu membina ayat dengan stuktur ayat yang betul. Justeru itu, saya perlu menggunakan strategi yang sesuai supaya dapat membantu mereka dalam bahagian tersebut.

2. Fokus Kajian Kajian yang dijalankan berfokus kepada meningkatkan penguasaan pelajar untuk membina ayat ringkas dengan struktur ayat dan yang betul. Bagi tujuan itu, saya akan menggunakan strategi yang dapat membantu pelajar meletakkan Subjek, Kata Kerja dan Objek pada tempat yang betul dalam sesuatu ayat ringkas.

3. Objektif Kajian a)Objektif Am Meningkatkan kemahiran membina ayat dalam Bahasa Melayu serta mempertingkatkan keyakinan diri supaya menguasai Bahasa Melayu muridmurid kelas 3A.

b)Objektif Khusus Membantu murid membina ayat mudah dan mengubah sikap persepsi murid dengan mengatakan Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang mudah dikuasai.

4. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 18 orang murid Tahun 3A.

5. Tindakan Yang Dicadangkan a) Tinjauan Masalah Menyediakan latihan yang lebih mudah difahami dan dibuat oleh murid sendiri.

b) Intervensi Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut : Aktiviti 1 Mengketegorikan subjek, kata kerja dan objek..

Aktiviti 2 Membina ayat dengan menggunakan kata kunci yang diberikan dan letakkan mereka pada tempat yang betul.

Aktiviti 3 Membina ayat berdasarkan gambar-gambar yang diberikan.

Aktiviti 4 Menampal latihan-latihan yang telah dibuat dalam buku latihan.

Aktiviti 5 Membaca buku latihan itu bersama kawan-kawan pada masa yang lapang.

6. Jadual Pelaksanaan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 3 Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan-individu/kumpulan Melaksanakan tindakan-aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan-aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan 3-aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Ujian untuk mengesan perubahan klien Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian untuk makluman Jabatan Tempoh Pelaksanaan 1 minggu 1 minggu 1 hari 1 hari 2 hari 1 hari 2 hari 2 hari 2 hari 1 hari 2 hari 1 minggu 1 Hari

7. Bahan Yang Diperlukan Kertas A4 Kad Manila Buku Catatan Gunting Pen Marker

8. Kos Kajian Bil 1. 2. 3. 4. 5. Jenis Bahan Kertas A4 Kad Manila Buku Catatan Gunting Pen Marker Jumlah Kuantiti x Harga Seunit 100x RM 0.10 20x RM 0.50 1x RM 3.00 5x RM 1.50 1x RM 2.00 Jumlah Kos RM 10.00 RM 10.00 RM 3.00 RM 7.50 RM 2.00 RM32.50

Anda mungkin juga menyukai