Anda di halaman 1dari 10

Nyatakan nilai murni untuk huraian di bawah : Contoh : Sudir suka bergaul dengan jirannya.

Nilai Murni :semangat kejiranan

Huraian Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah. Raju akan menggosok giginya sebelum tidur Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah. Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung. Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan. Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri. Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya, Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Nyatakan nilai murni :

Jawapan : Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah. Raju akan menggosok giginya sebelum tidur Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah. Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung. Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan. Membantu menjaga kebersihan diri berdisiplin / bertatatertib berjimat-cermat menjaga keselamatan diri

Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri. Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya, Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

cinta akan negara / semangat patriotik Berdikari berterima kasih / bersyukur Berkerjasama Rajin

SENARAI NILAI MORAL DAN DEFINISI/PENERANGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. 3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. 4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. 7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yangwajar. 12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 13 Kasih sayang terhadap keluarga Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. 14 Hormat dan taat kepada anggota keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis. 15 Mengekalkan tradisi kekeluargaan Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga. 16 Tanggungjawab terhadap keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. 17 Menyayangi dan menghargai alam sekitar Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. 18 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara. 19 Kemapanan alam sekitar

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. 20 Peka terhadap isu-isu alam sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri. 22 Taat Setia kepada Raja dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara. 23 Sanggup berkorban untuk Negara Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara. 24 Melindungi hak kanak-kanak Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. 25 Menghormati hak wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. 26 Melindungi hak pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. 27 Menghormati hak golongan kurang berupaya Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. 28 Melindungi hak pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi. 29 Mematuhi peraturan dan undang-undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di manaseseorang itu berada. 30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. 32 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. 33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. 34 Hidup bersama secara aman Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. 35 Saling membantu dan bekerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat. 36 Saling menghormati antara Negara Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah

MENJAGA KESIHATAN

Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/ bermain badminton

MENJAGA KESELAMATAN

Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan

kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK

Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/ CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/ dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA

Bertanya khabar/menyapa kawan

IKHLAS

Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI

Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEJIRANAN

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit Ziarah kematian ucap takziah Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB

Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

Norzila Binti Otoh ( Guru BM Tahun 6 ) BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

KEBEBASAN

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu

BERSIKAP SEDERHANA

Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA / BIJAK BERFIKIR /

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR

Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI

Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguhsungguh

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI

Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI

Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah / mempertahankan diri

Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa

HORMAT / MENGHORMATI

seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.

ibu

Beliau merupakan orang yang sentiasa membantu, menasihati, mencurahi saya dengan penuh kasih sayang. Beliaulah yang mendidik dan membimbing saya selama ini. Beliau yang dimaksudkan adalah ibu saya, iaitu orang yang paling saya segani. Ibu saya merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Oleh sebab keluarga saya tidak mampu mengupah pembantu rumah, ibu sayalah yang menghabiskan semua kerja-kerja rumah termasuk memasak, mencuci dan menjaga adik-adik. Selain itu, ibu saya juga bertugas sebagai pemandu yang menghantar saya serta adikadik pergi ke dan balik dari sekolah. Kadang-kala beliau juga menyediakan bekalan makanan untuk kami bawa sebagai sarapan petang. Ibu saya merupakan seorang pemain piano yang handal. Lagu-lagu klasik seperti Elise, Fantasia importu, Ave Maria dan lain-lain merupakan lagu-lagu yang hebat dipersembahkan oleh ibu saya. Saya amat mengagumi kebolehan dan kehandalan ibu saya. Kami adik-beradik sentiasa berpeluang menikmati lagu-lagu yang dimainkan oleh ibu saya. Sejak kecil saya dapat merasai kasih sayang ibu saya yang tidak terhingga. Semasa saya belajar berbasikal pada umur 5 tahun, saya terjatuh lalu menangis. Ibu saya tidak membantu saya berdiri. Namun, beliau berdiri di sisi dan terus memberi galakan dengan memberitahu saya jangan mengaku kalah dengan mudah, saya perlu bergantung kepada sendiri dan belajar menjadi berdikari. Beliau berharap saya dapat menjadi orang yang berjaya dan berkeyakinan pada masa depan. Sebelum tidur ibu dan ayah akan berdoa bersama kami adik-beradik. Mereka mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kerana kasih sayang merupakan teras keluarga bahagia. Saya berharap agar ibu akan sentiasa sihat dan ceria. Saya akan belajar bersungguhsungguh untuk membalas jasa ibu.