Anda di halaman 1dari 14

Lagu Ais kacang

Terdapat beberapa sebab mengapa lagu Ais Kacang ini sesuai untuk di gunakan semasa dalam kelas nyanyian dan lima daripadanya ialah yang pertama, lirik lagu ini amat menarik dan berulang-ulang serta mudah difahami. Kedua, nada lagu serta renj lagu ini amat sesuai untuk dinyanyikan sama ada oleh murid lelaki atau murid perempuan. Ketiga, Melodinya yang menarik dan mudah untuk diikuti oleh murid-murid. Keempat, Iramanya yang rancak dan boleh dimainkan dalam pelbagai genre seperti pop, masri, inang dan sebagainya. Kelima, lagu ini mudah untuk disampaikan kepada kanak-kanak dan mudah juga di persembahkan oleh kanakkanak kerana hanya terdiri dari 14 bar.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tahun Tarikh Masa Bilangan Pelajar Tajuk Pengajaran Aspek : 3 Dahlia : 20 Jun 2012 : 8.00 8.30 pg (30 minit ) : 25 orang : Amali : Pengalaman Muzikal 1.1 Kemahiran Nyanyian 1.1.2 Melodi ( Skel D major ) Konsep Muzik Objektif Pengajaran : Melodi : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharapkan pelajar dapat: i) ii) Mengenal pasti lirik lagu Menyanyikan lagu Ais Kacang mengikut melodi yang betul

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar pernah mempelajari teknik nyanyian dan permainan alat perkusi sebelum ini Penerapan Nilai Alat Bantu Mengajar KBKK Pedagogi : Membina keyakinan diri, bekerjasama dan berdisiplin : Kibod, papan putih, carta lirik : Membanding beza, membuat rumusan : Kecerdasan Pelbagai

Langkah/Masa

Fokus Pembelajaran Menarik perhatian murid dalam pengajaran dan pembelajaran ( Sesi pemanasan suara )

Input Pengajaran/Pembelajaran

ABM

Catatan

Set Induksi ( +/- 3 minit )

Guru melakukan sesi pemanasan suara terhadap murid-murid Guru meminta murid-murid melakukan pemanasan mengikut pic yang dimainkan Pelajar melakukan pemanasan dengan iringan guru

Kibod

Langkah 1 ( +/- 8 minit )

Memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran Konsep muzik: Melodi ( pic dan skel )

Guru mempamerkan carta lirik kepada murid Guru menerangkan konsep muzik kepada pelajar bagi pic dan melodi iaitu skel D major

Carta lirik Kibod

Langkah 2 ( +/- 8 minit )

Irama

Guru membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan Guru memainkan lagu Ais Kacang dalam pelbagai rentak. Pelajar memberi perhatian dan menyanyikan lagu Ais Kacang dalam pelbagai rentak

Carta skel

Langkah 3 ( +/- 8 minit )

Triangle Permainan Alat Perkusi Guru memberikan beberapa alat perkusi dan cara menunjukkan cara untuk menyanyikan lagu Ais Kacang melalui permainan alat perkusi. Pelajar dapat mengikuti corak permainan alat perkusi mudah melalui bimbingan guru sambil menyanyi Kastanet Tamborin

Penutup ( +/- 3 minit )

Penerapan nilai murni

Guru menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat hasil daripada pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dan pelajar mendengar dengan teliti.

Berdisiplin Kerjasama Tekun

Teliti

Refleksi: _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________

Analisa Skor Lagu Ais Kacang

Lagu kanak-kanak Ais Kacang merupakan karya yang sangat menarik . Lagu ini merupakan lagu yang popular kanak-kanak tahun 3 dan sangat terkenal pada peringkat sekolah rendah. Skor lagu ini bertanda masa 4/4 iaitu 4 krocet dalam satu bar.Tempo lagu ini adalah dalam allegro dan nadanya ialah dalam D major di mana ianya mempunyai dua syap iaitu C syap dan F syap. Terdapat penggunaan anarkusis di awal lagu ini. Not yang tertinggi picnya dalam lagu ais kacang ini ialah not B. Not yang terendah picnya dalam lagu ini ialah D. Not yang terkecil nilainya ialah not jenis kuaver. Lagu ini mengandungi sebanyak 14 bar. Kord-kord yang digunakan dalam lagu Ais Kacang ini ialah D, A, Em dan A7 Terdapat sistem pengulangan pada bar yang ke 12 ulang ke bar 9. Not-not yang

digunakan dan terdapat dalam lagu ini ialah minim bertitik, krocet, kuaver dan juga semibrif.

Ianya juga merupakan lagu yang kerap digunakan dalam persembahan kanak-kanak pada masa kini. Pernah juga lagu ini dimainkan dalam pelbagai cara dan genre muzik seperti inang, masri, pop, rock dan sebagainya. Muzik kanak-kanak seperti lagu Ais Kacang ini mempunyai ciri-ciri muzik yang

tersendiri dan menarik. Gubahan yang dibuat adalah untuk pelbagai alat muzik seperti gitar, kibod, piano juga alat-alat perkusi. Merupakan karya yang mempunyai suasana yang riang dan gembira. Melodinya amat menarik.

Kaedah Mengajar Yang Digunakan


Setelah lagu Ais Kacang ini di analisis, terdapat satu pendekatan yang telah digunakan iaitu Pendekatan Carl Orff. Pendekatan Orff yang mengikut transisi digunakan setelah seorang kanakkanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik. Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu Eksplorasi( mencari sendiri ), Imitasi ( mengajuk balik ), Improvisasi dan juga Literasi. Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri. EKSPLORASI melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu Eksplorasi Bunyi, Eksplorasi Ruang dan Eksplorasi Bentuk. a) EKSPLORASI RUANG kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi

kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati. b) EKSPLORASI BUNYI sekeliling bermula dengan penerokaan bunyi- bunyi di Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian kanak-kanak.

explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan

alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya. c) EKSPLORASI BENTUK - berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corakcorak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang. d) IMITASI adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak- kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada muridmuridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti- aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama. e) LITERASI adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan notnot muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia

mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori. f) IMPROVISASI adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanakkanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Aplikasi Pendekatan Orff Dalam Bilik Darjah


Sebutan Berirama Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara. Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka. Alat Perkusi Badan Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza.

Alat Perkusi Orff Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan

(removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain. Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4

Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan . menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid- murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi. Kelebihan Pendekatan Orff Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti- aktiviti muzikal. Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka. Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanakkanak. Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik. Kelemahan Pendekatan Orff Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja. Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja. Fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen. Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.

KOD KOD LAGU AIS KACANG

RUJUKAN
http://www.wikipedia.org/ http://home.earthlink.net/~bluesman1/Kodaly.htm http://www.britishkodalyac.demon.co.uk/ http://www.kodaly.org.au/ http://www.kodaly-inst.hu/ http://www.emeory.edu/music/arnold/kodaly_context.html Khalijah Mohamed ( 1995). Pedagogi Muzik