Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan

Teks Ucapan Majlis Perasmian Pameran Alam Akuatik : Penyu dan Spesies Terancam Di Malaysia (19 Mac 2009) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Saudari pengacara majlis. Yang Berusaha, Tuan Haji Suhaili bin Hj. Lee Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perikanan Malaysia Yang Berbahagia, En Teo Siong Wan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah Yang Berbahagia, Tn Haji Bustamah bin Bakar Ketua Cawangan Logistik Perlindungan Jabatan Perikanan Malaysia Yang Berbahagia, En Badeli Hassan Ketua Daerah Perikanan Daerah Langkawi Yang Berbahagia, Tuan Ishak Hassan Ketua Polis Daerah Langkawi

Teks Ucapan

Yang Berbahagia, En Hafizul Ahmad Salim, Mewakili Pegawai Daerah Langkawi. Yang Berbahagia, En Shuib Hussin Timbalan Pengerusi PETEKMA Pengurusan dan kakitangan Underwater World Langkawi Sdn Bhd. Yang diraikan para : pegawai kerajaan dan korporat, agen pelancongan, pengurusan hotel, media massa, dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul di majlis Perasmian Pameran Alam Akuatik; Penyu dan Spesies Terancam Di Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia yang sedang berlangsung di Underwater World Langkawi hingga 31 Mac 2009. Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Teks Ucapan

Dalam usaha Underwater World Langkawi untuk mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerjasama dengan Jabatan Perikanan Malaysia merupakan satu peluang untuk merealisasikannya. Pameran ini merupakan yang pertama seumpamanya yang pernah dianjurkan oleh Underwater World Langkawi. Di harapkan pameran ini akan memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar mengenai kepentingan memulihara dan mengurus spesies-spesies akuatik dari ancaman kepupusan. Bahkan Ia juga bertujuan untuk menyedarkan orang ramai ini. terhadap kepentingan melindungi penyu dan spesies haiwan akuatik lain yang terancam di negara

Dengan

adanya

pameran

sedemikian,

orang

ramai

yang

berkunjung ke pameran ini berpeluang melihat dengan lebih dekat hidupan akuatik seperti anak penyu, kima, gamat, dan pelbagai spesis lain yang dipamerkan di dalam akuarium. Selain hidupan akuatik, pengunjung juga dapat menyaksikan rangka ikan Yu Paus bersaiz gergasi, Ikan Lumba-lumba serta Dugong yang juga dibawa khas oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk tatapan umum.

Sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial, UWL berbangga kerana dapat memberi ruang kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan terima kasih dan syabas diucapkan kepada Jabatan Perikanan
3

Teks Ucapan

kerana komitmen mereka dalam menjayakan pameran ini untuk bersama-sama menyumbang ke arah memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara spesies-spesies terancam. Diharapkan juga kita dapat meneruskan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Perikanan Malaysia dalam aktiviti sedemikian pada masa akan datang. Hadirin Sekalian, Saya sekali lagi menyampaikan penghargaan UWL kepada : Yang Berusaha, Tuan Haji Suhaili bin Lee Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perikanan Malaysia Yang Berbahagia, En Teo Siong Wan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah Dan lain-lain tetamu kehormat di atas kehadiran pada majlis ini sebagai tanda sokongan jitu kepada Underwater World Langkawi khasnya dan Eden Inc Berhad amnya. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada para hadirin dan semua kakitangan dan pihak Jabatan Perikanan Malaysia yang terlibat di dalam menjayakan Pameran Alam Akuatik; Penyu dan Spesies Terancam Di Malaysia di Underwater World Langkawi.
4

Teks Ucapan

Wabilahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera.