Anda di halaman 1dari 1

Tarikh: 15 Mac 2013 Akademi Fasilitator Universiti Teknologi Mara 40450, Shah Alam, Selangor Pengetua Rumah Anak

Yatim dan Miskin Penyayang Bestari Kg. Sg. Buaya Banting, Selangor Tuan, PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami Kelab Akademi Fasilitator UiTM bercadang untuk mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Penyayang Bestari pada 20 dan 21 April 2013. 3. Sehubungan dengan itu, di antara objektif program ialah untuk membantu anak-anak yatim dalam membentuk jati diri yang cemerlang, keseimbangan sahsiah dan pendidikan yang dinamik selaras dengan keperluan agama,bangsa dan negara. 4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja cadangan program untuk perhatian dan rujukan pihak tuan. Sekian, pertimbangan dan kelulusan pihak tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

Asiera binti Mohd Ridzuan, Pengarah Projek Program Masih Ada Yang Sayang Akademi Fasilitator UiTM

Keperluan program: 1. 2. 3. 4. RPB menyediakan dewan dan PA System Fasilitator membawa LCD dan laptop RPB menyediakan minum pagi, makan tengahari, makan malam untuk anak-anak yatim dan fasilitator RPB menyediakan rumah tamu dua unit untuk fasilitator lelaki dan perempuan.

Anda mungkin juga menyukai