Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan

dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini dari semasa ke semasa berkembang selaras dengan keperluan dan cabaran; atau dengan kata lain pendidikan mengalami proses kritalisasi, iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara. Kesan daripada itu, kita dapat melihat Pendidikan di Malaysia terus mengalami proses

transformasi ke arah mencapai dasar pendidikan terulung dan berkualiti.Namun begitu dalam kita meneruskan agenda memartabatkan bidang pendidikan kita, kita juga harus sentiasa membandingkannya dengan sistem pendidikan di negara lain agar sistem yang digunapakai dapat selari malah lebih baik lagi dari negara-negara yang dianggap maju seperti England dan Jerman. Melalui tugasan ini akan membincangkan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dan United Kingdom dari era sebelum penjajahan Inggeris sehingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. Perbincangan juga melibatkan bagaimana pendidikan yang berlangsung di kedua-dua negara tersebut demi membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara.

Berdasarkan laporan berita pada 31 Mac 2012 sebelum ini, kita telah dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin bin Yassin selaku Timbalan Perdana mEnteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia bahawa pendidikan di negara ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman

(Sistem Pendidikan di Malaysia lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?) kami ada mempersoalkan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Menteri Pelajaran mendapat data yang mengatakan system pendidikan di Malaysia lebih baik berbanding 3 negara maju yang lain termasuklah Amerika Syarikat, Britain dan juga Jerman? Kami sama sekali tidak mengatakan system pendidikan di Malaysia begitu teruk sekali. Ini kerana semua yang ada di sini telah dan bakal melalui system pendidikan yang menggunakan acuan yang sama. Memang ada keberkesanannya. Cuma pastinya, masih perlu ada lagi ruang untuk mempertingkatkan system pendidikan ke arah yang lebih baik lagi berbanding sekarang.Ini kerana Malaysia mampu bergerak ke arah itu sebenarnya.

Dan zaman sekarang menjadi menteri tidak semudah menteri-menteri yang sebelum ini ketika memberikan kenyataan di media.Jika didapati kenyataan yang diberikan agak bercanggah dengan fakta yang sedia ada, akan ada kalangan yang mula mempersoalkannya. Inikerana, semakan kami menunjukkan kenyataan yang diberikan oleh Tan Sri MuhyiddinYaasin yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini bercanggah dengan semakan yang kami lakukan pada Laporan Daya saing Global 2011/2012 yang telah dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebelum ini. Hakikatnya, kualiti pendidikan di Malaysia di kalangan negara-negara di dunia termasuklah negara-negara seperti Singapura, Jerman, Britain dan juga Amerika Syarikat yang cuba dibandingkan dengan Malaysia adalah seperti berikut :

Malaysia tangga ke 38 Singapura tangga ke 4 Amerika Syarikat tangga ke 13 Britain tangga ke 16 Jerman tangga ke 7

Kualiti Pendidikan Britain, Amerika Syarikat Dan Singapura di Dunia?

Kami sendiri tidak merasakan kedudukan pendidikan di Malaysia di dunia ketika ini tidak terlalu teruk.Walaubagaimanapun, system pendidikan di Malaysia sememangnya perlu ada rombakan yang menyeluruh.Tetapi jikalau menteri sendiri malu untuk mengakui ranking pendidikan Malaysia di dunia ketika ini dan tidak bersedia menerima teguran di atas beberapa kelemahan sedia ada, bagaimana rakyat Malaysia mahu mengharapkan satu perubahan yang lebih baik dalam system pendidikan di Malaysia?

Finland masih lagi memegang status sebagai sebuah negara yang menyediakan system pendidikan yang terbaik dunia.Tetapi di sana pendidikan percuma telah disediakan daripada peringkat awal sehinggalah ke peringkat tertinggi. Malaysia? Masih lagi jauh ke arah itu. Caj pentadbiran pun PTPTN pun masih lagi berkira-kira untuk dihapuskan.

Anda mungkin juga menyukai