Anda di halaman 1dari 5

- Terdapat satu lampu isyarat untuk kenderaan (LIK) dan satu lampu isyarat untuk pejalan kaki (LIPK).

- LIK mempunyai tiga penunjuk; merah, oren dan hijau - LIPK mempunyai dua penunjuk; merah dan hijau - Terdapat satu butang untuk pejalan kaki (BPK). BPK di tekan menandakan terdapat pejalan kaki yang mahu melintas jalan. - Secara asasnya, kenderaan mempunyai prioriti dan LIK akan kekal hijau selagi BPK tidak ditekan. Dalam konfigurasi ini, BPK kekal merah. - Jika BPK ditekan, ianya akan diambil kira oleh sistem dan LIK akan bertukar menjadi oren. Selepas dua saat, LIK akan bertukar menjadi merah. - Selepas dua saat, LIPK akan bertukar menjadi hijau menandakan pejalan kaki boleh melintas jalan. - LIPK akan kekal hijau selama 8 saat. Pada 4 saat terakhir, LIPK akan berkelip-kelip kemudian bertukar menjadi merah. LIPK dan LIK akan kekal merah selama 2 saat sebelum LIK bertukar menjadi hijau.

BANTU MULA ATAU CPR


Bantu mula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.

Teknik-teknik CPR
CPR ialah singkatan Cardio Pulmonary Resuscitation. Cardio bermakna jantung. Pulmonary bermaksud paru-paru dan Resuscitation bermakna pemulihan. Tujuannya adalah untuk menyelematkan nyawa sehingga mangsa mendapat rawatan pakar di hospital. Tambahan pula, CPR yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut ataupun pernafasan bantuan dengan cara yang lain dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organorgan penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

PRINSIP DAN PROSEDUR BANTU MULA


Risiko kecederaan biasanya berlaku semasa aktiviti sukan atau aktiviti harian. Semua kecederaan sukan berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti diuruskan dengan segera supaya kemampuan atlit untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kecederaan harus dirujuk kepada pakar perubatan. Jenis- jenis kecederaan selalunya berlaku di bahagian tisu lembut serta tulang dan bahagian lain. Keadaan yang membawa kepada kecenderungan kecederaan adalah disebabkan oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan faktor-faktor lain Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DRABC dan RICER.

TOTEPS T -Talk

Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat kecederaan yang di alami
O -Observes

Perhatikan dan periksa tempat yang kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami di bahagian kepala
T Touch

Sentuh tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformity yang dialami anggota badan yang terlibat.
A - Active Movement

Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggita badan yang tercedera. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
P -Passive Movement

Bantu pergerakkan secara perlahan bahagian yang tercedera. Tujuan tindakan ialah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti kecederaan adalah tidak serius.
S -Stand

Arahkan mangsa berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Benarkan atlit beraksi jika tiada berlakunya kecederaan yang khusus.

DRABC

Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlit yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan. Maksud akronim DRABC serta langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula tersebut adalah berdasarkan di bawah.

D Danger Bahaya

Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda, pada prisipnya alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya. Contohnya, jika atlit tersepit, singkirkan bendasing yang menyepit.
R Respons Tindak balas

Cuba gerakan atau perhatikan sebarang gerak balas atlit untuk mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang respons.
A Airway Saluran Udara

Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan dengan kaedah Head Tilt Chin Lift/ Dongak Kepala Angkat Dagu. Pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut atlit agar tiada bendasing yang menghalang salur pernafasan.
B Breathing Pernafasan

Periksa sama ada atlit masih masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada pernafasan, berikan bantuan permulihan pernafasan dengan segera.
C Circulation Peredaran Darah

Bermaksud memeriksa peredaran darah atlit melalui pemeriksaan kadar denyutan nadi. Kedar yang rendah menunjukkan denyutan nadi. Kadar yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.
RISER

Akronim bagi RICER merujuk kepada perkataan-perkataan Rest, Ice, Compression, Elevation dan Refer. Kaedah bantu mula RISER adalah bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami, mengurangkan bengkak, mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera, mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama. Pengurusan RICER ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan kekejangan otot. Atlit yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan ditempat yang cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan. Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan rawatan ini. Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. Bahagian yang cedera harus dibalut bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah ke jantung. Hal ini akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Semua kaedah rawatan dan bantu mula yang dijelaskan ini adalah berkesan untuk tempoh 48 jam selepas kecederaan dialami oleh atlit. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut, atlit tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana proses

mengurut berpotensi menimbulkan komplikasi kepada kecedeaan tersebut. Proses-proses yang terlibat dalam terapi kecederaan biasanya dilakukan setelah diberi kebenaran oleh pakar perubatan. R- Rest

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
I- Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
C- Compression

Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

E- Elevation

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlit tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.
GAMBAR-GAMBAR