Anda di halaman 1dari 12

ANCAMAN SISTER IN ISLAM DAN ISLAM LIBERAL, Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak

masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka. Kerajaan sendiri mengambil berat dalam soal ini. Ada idea-idea yang menggambarkan mereka ada umpamanya al-Quran mesti diolah semula. Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki. Perempuan perlu tafsir al-Quran menurut cara berfikir wanita, poligami tidak lagi relevan, lelaki superior dalam keluarga juga sudah out-of-date. Hukum Faraid perlu penafsiran baru, sebab hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki. Mereka itu menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia.Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini. Oleh itu daripada setiap pendangan, wacana dan pemikiran yang memperjuangkan prinsip-prinsip atau tema-tema dapat di katakan sebagai sebahagian daripada matlamat mereka. Terdapat pelbagai nama yang telah di berikan kepada diri mereka iaitu antara nama yang popular adalah Jaringan Islam Liberal (JIL), Muslim Refusenik, Islam Progressif, Islam Moderat, Islam Substansial, Islam Fundamental dll. Golongan ini adalah golongan yang tidak berselindung dengan identiti sebenar pemikiran mereka dan juga tidak sedikit berselindung disebalik idea-idea yang kontroversi. Oleh kerana itu, kita tidak perlu menunggu pengakuan daripada golongan ini sebagai Islam Liberal ini kerana dengan memahami inti pemikiran dan prinsip-prinsip yang dipegang oleh golongan ini dan akan dapat memastikan identity mereka yang sebenar walaupun

fokus wacana yang dikemukakan mungkin berbaza menurut pertimbangan strategi dan pendekatan yang sesuai. Ancaman dan bahaya SIS bukan sesuatu yang dibuat-buat. Demonisasi hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku. Banyak fakta yang telah membuktikan bahawa ancaman SIS bukan terhadap keadaan fizikal atau ekonomi umat islam, tetapi terhadap keyakinan keadaan fizikal ekonomi umat islam itu sendiri. Krisis Pemikiran Umat Islam Kemunculan golongan ini sangat dipengaruhi oleh kewujudan krisis dalaman (pemikiran) umat islam. Menurut kajian sosiologi, krisis ini amat wajar berlaku setelah perjalanan panjang yang dilalui oleh umat islam dan boleh menyebabkan umat hilang arah pedoman sehingga semangat serta keaslian misi Islam semakin kabur. Dalam hal ini penelitian Malik Bennabi sangat relevan untuk dicermati: as soon as it loses genuine contact with its archetypes or its original master ideas imparted so it at its birth a society will ultimately lose sense of its mission in history. Sebenarnya sarjana-sarjana Muslim telah cukup lama menyedari wujudnya krisis pemikiran dalam tubuh umat Islam. Gerakan-gerakan Islam lainnya, semuanya menyeru kepada perlunya pembaharuan (tajdid) dalam pemikiran umat Islam agar reformasi tercapai, sama ada daripada segi sosial, politik, ekonomi mahupun pemikiran. Kesedaran wujudnya krisis dalam memahami Islam dapat ditelusuri dalam buku-buku Hasan al-Banna, Yusuf al-Qaradawi, Adul Ala Maududi dan pengikut-pengikut mereka. Namun apa yang terlihat kemudian adalah perbezaan pendekataan mereka dalam mengatasi krisis, sesuai dengan kecenderungan masing-

masing. Walau bagaimanapun perbezaan pendekataan tersebut tidaklah substansial kerena mereka semua berpegang pada sumber Islam dan tradisi Islam. Muhammad Iqbal menyedari kewujudan pemikiran islam dan menyeru agar pemikiran islam dihidupkan semula. Malik Bennabi berbicara mengenai The Problem of Ideas in the Muslim World dan qabiliyyat li al-istimar, manakala Sayyid Qutb pula menyentuh tentang krisis tamadun Barat yang dapat membingungkan umat islam. Al-Attas mungkin di antara tokoh terawal yang menganalisa secara mendalam tentang kegentingan umat islam dan hubungannya dengan budaya dan tamadun Barat. Al-faruqi pula membangkitkan perlunya usaha untuk mengeluarkan umat daripada apa yang beliau sebut sebagai The Malaise of the Muslim Ummah yang kemudian diikuti oleh Abdul Hamid Abu Sulayman yang menulis The Crisis of the Muslim Mind. Oleh kerena itu, kewujudan krisis pemikiran ini perlu diakui dan disedari oleh umat Islam. Golongan cendekiawan juga sangat perlu menyedarinya agar dapat mengorak langkah untuk mengatasi krisis ini dalam kapasiti masing-masing, sama ada pada tahap individu mahupun seterusnya memperkasakan minda masyarakat. Tanpa menyedari kewujudan krisis ini dikhuatiri dan ternyata telah terjadi, golongan intelektual justeru terjerumus dalam krisi itu sendiri yang akhirnya malah keliru dan mengelirukan. Maju mundurnya sesuatu bangsa ditentukan oleh kekuatan pemikirannya. Ungkapan ini membuktikan bahawa tahap kecerdasan dan pemikiran masyarakat sangat signifikan dalam membangunkan bangsa dan negera. Oleh yang demikian, kemunduran sesuatu bangsa juga sangat berkait rapat dengan rnadahnya budaya ilmu. Pemikiran rasional, kritis dan inovatif menandakan tingginya budaya ilmu, sedangkan pemikiran yang fanatic, taasub dan sempit menunjukkan rendahnya budaya ilmu. Perpecahan dan permusuhan sering berlaku sesame masyarakat yang tidakk mampu berfikir secara rasionall dan bijaksana, sangat ironis apabila al-

Quran banyak menekankan pentingnya ilmu pengetahuan, kebijaksanaan serta kebenaran sedangkan umat Islam masih lagi bergelumang dengan sengketa sesama umat yang dipicu oleh sikap fanatisme, emosional dan taasub. Di sisi lain, terdapat satu gambaran kemajuan yang dipromosikan oleh para pengkagum tamadun Barat yang beranggapan bahawa agama adalah penyebab kemunduran, manakal ilmu-ilmu moden adalah penyebab kemunduran manakala ilmuilmu moden adalah pintu kemajuan. Golongan modenis yang berpengaruh dan mempergunakakn legasi al-Afghani dan Abduh berpandangan bahawa kemajuan umat islam terletak pada penerimaan terhadap sekularisasi dan modenisasi. Pandangan sebahagian pemikir modenis ini kemudian menjadikan asas terbentuknya pemikiran yang lebih radikal dan liberal. Kemunculan golongan ini adalah kemuncak kepada krisis pemikiran yang selama ini menghantui umat Islam. Apabila Malik Bennabi menganalisa faktor berlakunya penjajahan Barat terhadap dunia Islam, beliau mengakui terdapat faktor luaran di mana penjajah berusaha memastikan umat islam sentiasa dalam keadaan lemah, baik dari segi intelektual mahupun ekonomi. Namum bagi Bennabi faktor luaran tersebut tidak dapat menghalang kebangkitan (al-nahdah) ummah seandainya umat islam memiliki kekuatan dalaman. Kelemahan dalaman sebenarnya yang menyebabkan berlakunya penjajahan terhadap umat islam. Bagi Bennabi, umat islam telah memiliki alqabiliyyah li al-istimar (kecenderungan untuk dijajah) jauh sebelum penjajahan berlaku. Penelitian Bennabi ini sanagt tepat dan penulis berpendapat analisi yang sama dapat dibawa ke reality hari ini. Berangkat daripada kajian Bennabi tersebut, jika diperhatikan krisis umat islam pada hari ini menjadi parah dengan kemunculan golongan daripada umat islam sendiri yang menyerah kepada kerangka berfikir Barat yang secular. Sehinggakan dalam menilai setiap sesuatu yang mereka hadapi, mereka lebih selesa menggunakan parameter atau kecamata Barat.

Walaupaun penjajahan dalam bentuk tradisional tidak lagi berlaku, namun penjajahan baru berbentuk penjajahan minda tidak dapat dinafikan masih wujud sehingga sekarang. Berbeza dengan penjajahan tradisional, penjajahan minda ini dilakukan tanpa paksaan dan kekuatan, sebaliknya diterima secara sukarela serta hati terbuka akibat wujudnya penyakit rendah diri (inferiority complex) yang sangat kronik. Golongan ini menerima sekularisasi, modernisasi, dan globalisasi dengan sepenuh hati tanpa menaruh sedikit kecurigaan terhadap niat disebalik keramahan musuh-musuh Islam. Bahkan segala bantuan kewangan diterima dengan bagga kerena merasakan diri mereka dihargai dan dianggap penting oleh institusi-institusi Barat. Golongan ini merasa bangga memiliki identity dan pemikiran yang serupa dengan teman dan sekutu mereka di Barat serta mendapat sokongan dari mereka, sepertimana terdapat segolongan umat Islam yang bangga menggunkan bahasa penjajah berpakaian dan bekerja denga penjajah ketika zaman penjajahan. Irshad Manji, penulis buku kontroversi berjudul The Trouble with Islam Today, mungkin termasuk di antara mereka yang menyerah sepenuhnya terhadap kehebatan Barat. Manji mendapat tempat yang istimewa di mata Barat kerena telah menyatakan dengan terbuka bahawa sebenarnya bukan sahaja umat islam yang bermasalah, akan tetapi agama Islam itu sendiri yang bermasalah. Oleh itu, menurutnya, Islam (bukan pemikiran Islam) memerlukan pembaharuan agar tidak lagi dibelenggu dengan literalisme dan keganasan (terorisme). Pandangan Manji tentunay mendapat tepukan gemuruh daripada masyarakat barat kerena ia memandakan kejayaan barat dalam menundukkan umat Islam. Dalam usaha mengatasi krisis pemikiran umat Islam, sejak tahun 1970-an lagi al-Attas telah merumuskan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya krisis tersebut.

1. Kekeliruan serta kesilapan mengenai faham ilmu 2. Keruntuhan adab di kalangan kaum Muslimin 3. Kemunculan pemimpin-pemimpin palsu dalam semua bidang. Beliau menjelaskan, kesemua faktor tersebut bermula daripada krisis ilmu, manakala dua faktor pertama menyebabkan munculnya faktor ketiga, iaitu kemunculan pemimpin-pemimpin palsu. Analisa beliau dapat difahami denga lebih baik apabila kita menyedari bahawa segala masalah yang kita hadapai berpunca daripada kekeliruan atau ketiadaan ilmu, dan sesuatu masalah akan dapat dihindari apabila seseorang dapat menyelesaikannya dengan tepat dan betul. Kelemahan umat islam dalam bidang ekonomi misalnya berpunca daripada kurangnya penguasaab terhadap ilmu pengetahuan moden dan situasi ini timbul disebabkan sikap sebahagian umat Islam yang menganggap ilmu sains moden kurang penting dan hanya mementingkan ilmu-ilmu agama. Walhal kedua-duanya merupakan satu kewajipan (fard) yang sangat penting untuk dikuasai dan didalami. Jadi di sini jelas bahawa semuanya bermula dengan persepsi terhadap ilmu yang salah.

Kesan Krisis Pemikiran dan Pengaruh Pascamondenisme a.Hilang Kepercayaan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam Kekeliruan dan kejahilan terhadap Islam yang berpunca daripada terputusnya golongan Liberal daripada tradisi keilmuan Islam akhirnya menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap tokoh-tokoh Islam. Bahkan konsep-konsep penting dalam Islam yang telah disepakati juga mula dipertikaikan, dan golongan Liberal turut mengkritik tokoh-tokoh tersohor dalam Islam. Antaranya, al-Ghazali dianggap sebagai penyebab kemunduran sains dan falsafah dalam

islam. Malah, kritikan al-Ghazali terhadap ahli falsafah Muslim dianggap telah membunuh pemikiran kritis dan kreatif dalam umat Islam. Hakikatnya beliau hanya memperbetulkan kesilapan yang telan dilakukan oleh para filosof Muslim yang telah menyeleweng. Seandainya berlaku kemunduran dalam bidang sains dan falsafah tindakan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan kerana pada hakikatnya terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan kemunduran tersebut. Golongan Liberal juga menganggap Iman Shafii sebagai penyebab ilmu Usul Fiqh menjadi beku dan tidak berkembang selama lebih dua belas abad. Mereka menginginkan agar ijtihad tidak dimonopoli oleh golongan ulama sahaja. Bagi mereka, kebebasan berijtihad tanpa syarat dan batasan, amat perlu supaya Shariah tidak jumud dan kaku seperti yang mereka gambarkan. Sebahagian besar tokoh Liberal juga mempersoalkan hukum-hukum islam yang merupakan komponen penting dalam agama Islam. Mereka menyeru agar hukum-hukum Islam melalui proses dekonstruksi (pembongkaran) dan rekonstruksi (pembangunan semula). Menurut mereka, ini kerana penafsiran yang dominan pada hari ini dikuasai oleh satu pihak dalam masyarakat Islam yang mendakwa hanya penafsiran mereka sahaja yang benar (objektivisme). Sedangkan golongan Liberal berpegang kepada relativisme dan subjektivisme ilmu pengetahuan. Oleh itu, satu bentuk penafsiran baru (bermeneutika) perlu dilakukan tanpa perlu terikat pada mana-mana pandangan. Di sini, penggunaan framework pascamodenisme untuk mengubah pemahaman terhadap ajaran islam amat ketara. Contohnya, bertolak daripada definisi sendiri serta tidak mengiktiraf definisi yang disepakati sepanjang sejarah Islam, mereka menyatakan bahawa Shariah sebenarnya hanyalah jalan menuju Tuhan, manakala hukum-hukum Shariah sedia ada bagi mereka hanyalah ciptaan para ulama belaka.

Sebahagian pemikir Liberal menyeru kepada rethinking (memikirkan semula, menakar ulang) ajaran Islam yang selama ini dianggap tuntas. Muhammed Arkoun berpandangan bahawa al-Quran yang selama ini dianggap korpus tertutup sebenarnya adalah manifestasi perjalanan sejarah yang membawa satu kelompok kecil orang beriman kepada kekuasaan: the expression of the historical process which led the small group of believers to power. Oleh itu, bagi beliau langkah menghimpunkan al-Quran menjadi satu mushaf oleh Sayyidina Uthman r.a sebenarnya untuk kepentingan politik beliau, Andaian ini jelas merupakan pengaruh pemikiran pascamodenisme yang bermuara di atas idea will to power. b. Meletakkan Kepercayaan Terhadap Tradisi Keilmuan Barat Akibat krisis ilmu juga, golongan ini memilih untuk menerima sepenuhnya ilmu yang dihidangkan oleh Barat. Golongan ini kemudian menerima sekularisma dan liberalism sebagai kaedah untuk membebaskan masyarakat daripada kongkongan agama dan golongan agama. Sebahagian tokoh Liberal atau SIS secara terang-terangan mengunggulkan sekularisme, bahkan percaya ajaran Islam sesuai dengan tuntutan sekularisme. Tindakan golongan yang mengikut arus pemikiran Barat dan menerima falsafah liberalism, humanism dan rasionalisme ini jelas bertentangan dengan tawhid sebagai asa worldview Islam. Akibat meletakkan kepercayaan yang keterlaluan terhadap tradisi kelmuan Barat, maka segala gagasan Barat yang tidak berasas sama sekali seperti pluralism agama, relativisme moral serta idea yang menyatakan bahawa agama hanya sebatas iman kepercayaan- disokong penuh oleh golongan Islam Libera ini. Perancangan liberalisasi Islam sememangnya cukup rapi dan tersusun. Di zaman ini pula, muncul para pengkaji Barat yang begitu serius ingin mempromosikan pendekatan baru terhadap Islam. Di samping itu, para pemikir Barat berusaha untuk meyakinkan masyarakat dunia bahawa

pemikiran barat memberikan yang terbaik kepada umat manusia. Mereka melihat bahawa umat Islam mengikuti solusi yang di tawarkan oleh Barat agar mereka tidak disisihkan. Atas dasar ini jugalah dalam buku terbarunya, The Crisis of Islam. Bernard Lewis menyatakan satu-satunya pilihan bagi umat islam untuk mencapai keamanan sejagat adalah dengan tidak menentang Barat. Beliau cuba membuktikan bahawa sebahagian ajaran islam perlu difikirkan semula, khususnya hukum-hukum yang berkaitan dengan orang-orang bukan islam. Tulisan pemikir Barat ini mengandaikan bahawa masalah sebenarnya terletak pada Islam itu sendiri. Oleh itu, tentunya pihak Barat akan menyambut baik segala usaha untuk mengubah dan menyesuaikan Islam agar selari dengan modernity acuan Barat. Atas keyakinan yang tinggi terhadap Barat ini, maka sebahagian intelektual Muslim berpandangan bahawa modenisasi islam adalah satu kemestian bagi memastikan Islam sesuai dan relevan pada hari ini. Dari itu, ramai di kalangan intelektual Muslim yang mencari kelemahan dan keburukan ulama silam untuk membuktikan kehebtan dan pedekatan kontemporer mereka. Namun, tindakan memburuk-burukkan ulama silam serta mencari kelemahan tradisi Islam merupakan sesuatu yang merugikan umat Islam sendiri. Apa yang lebih baik dan penting dilakukan sekarang ialah agar umat Islam berfikir ke hadapan serta membentuk masa hadapan dengan apa yang kita miliki, bukan dengan meminjam kepunyaan orang lain. Ini kerana jika apa yang dipinjam ialah barang, mungkin ia tidak memberi kesan kepada peminjam, tetapi apabila yang dipinjam adalah pemikiran maka yang meminjam akan terpengaruh dan teriku-ikut dengannya. Adakah lebih baik seandainya usaha intelektual dilakukan untuk menggali dan mengembangkan ilmu-ilmu Islam yang telah lama ditinggalkan daripada berusaha untuk membuktikan inadequacy (kekurangan) pada tradisi Islam.

c. Meragui Arus Perdana dan Mengunggulkan yang Terpinggir Salah satu pemikiran Barat yang banyak mewarnai pemikiran Islam Liberal ialah falsafah pascamodenisme. Muhammed Arkoun jelas mengisyaratkan bahawa baginya tiada kebenaran yang boleh diakui oleh mana-mana pihak. Sejarah Islam dikatakan dimonopoli oleh golongan arus perdana (mainstream) kerana golongan ini mempunyai kepentingan politik. Maka menurut Arkoun, golongan subaltern perlu diangkat dan tiada pihak yang wajar mengatakan pandangan golongan lain salah dan pandangan mereka sahaja yang benar. Golongan Islam Liberal sering menggunakan helah kristisisme dan keterbukaan dalam perbezaan pendapat yang wujud dalam tradisi Islam. Pada dasarnya, kritisisme adalah sesuatu yang baik dan digunakan untuk kebaikkan. Namun, seringkali yang berlaku adalah sebaliknya. Jika diteliti, isu-isu yang dibangkitkan oleh golongan ini ternyata lebih kepada isu-isu provokatif yang mempunyai agenda besar dibelakangnya. Walaupun perbezaan pendapat diraikann oleh para cendekiawan Muslim, namun ia sentiasa merujuk kepada ajaran Islam, bukan mengikut hawa nafsu dan falsafah Barat. Mengenai wacana keagamaan, argumentasi para pemikir Liberal sebenarnya bertitik tolak daripada asumsi bahawa sebagaimana agama yang lain, islam adalah suatu hasil kebudayaan (cultural product). Oleh itu, mereka mendakwa Islam harus sentiasa berubah serta menuruti perubahan zaman. Pandangan seperti ini hanya benar dalam konteks agama selain Islam, tetapi ia merupakan kesalahan yang fatal apabila digeneralisasikan untuk mencakup semua agama. Dalam menanggapi salah faham ini, sejak 1970an lagi al-Attas telah mengingatkan bahawa Islam sudah jadi serta lengkap sempurna dari awal-mulannya. Oleh yang demikian, Islam tidak memerlukan sebarang perubahan mehupun penyempurnaan.

Salah satu pegangan golongan ini yang dapat dikaitkan dengan pemikiran relativisme adalah penolakan terhadap autoriti ulama. Bagi mereka, mengikut pandangan ulama dalam memahami agama bermakna menjadikan mereka penguasa terhadap agama, seperti yang berlaku dalam agama Katholik. Oleh itu, melalui proses liberalisasi Islam, agama tidak akan lagi dimonopoli oleh golongan ulama dan setiap orang bebas mentafsirkan teks agama sesuai dengan kefahaman masing-masing yang relative. Ini kerana bagi mereka, pentafsiran teks-teks agama tabiinya bersifat subjektif dan relative, justeru mana-mana pihak tidak boleh mendakwa bahawa kebenaran berpihak kepada mereka. Kekeliruan golongan ini juga terletak pada asumsi bahawa posisi ulama dalam Islam adalah sama dengan golongan tersebut ternyata tersasar daripada kebenaran kerana golongan ulama dalam islam bukanlah satu institusi yang eksklusif seperti dalam agama lain. Sebaliknya, ia bersifat terbuka untuk semua lapisan masyarakat yang menepati cirri-cirinya. Ia juga bukanlah satu jawatan untuk diperebutkan dan dipertandingkan. Bahkan, masyarakat dan komuniti intelektual yang mengangkat dan mengiktiraf seseorang itu sebagai seorang ulama. Apa yang lebih penting adalah seorang ulama tidak memiliki hak mutlak dalam memahami kebenaran ataupun mentafsirkan ajaran agama. Pandangan yang dikemukakan mestilah berdasarkan hujah dan dalil yang kuat, bukan berdasarkan kedudukan tanpa dasar ilmu yang kukuh. Seandainya terbukti pandangan seseorang ulama itu salah dan pendapat yang lebih baik dan benar, tanpa melihat sama ada orang tersebut ulama ataupun bukan, maka pandangan yang benar itu mestilah diterima oleh umat Islam. Hal ini diperkuatkan lagi dengan konsep amr maruf nahi munkar dan konsep shura yang terbuka kepada seluruh masyarakat dan bergantung kepada kekuatan hujah.

Anda mungkin juga menyukai