Anda di halaman 1dari 1

KESAN- KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PENAGIH

1. Kesan fizikal Kesan fizikal jika ketagihan dadah ialah kadar penafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar dengupan jantung berkurangan dan tubuh penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Selain itu, keadaan mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih juga akan mengalami penurunan secara mendadak. 2. Kesan mental dan emosi Juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan pergunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang mengambil dadah akan mengalami rasa khayal dan seolaholah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesan khayal ini akan hilang dan ini menyebabkan penagih perlu mengambil mengambil dadah secara berterusan. Namun, jika penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami gian iaitu ketagihan dadah, hidung berair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan gian penagih tidak dapat diatasi, kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah. 3. Kesan sosial Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja akan merosot, kehancuran dalam keluarga.

Anda mungkin juga menyukai