Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu Tahun 4

Tema: Keluargaku Sayang Tajuk: Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

Hargailah Jasa Ibu Bapa


Ibu bapa telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.Sebelum kita diwajibkan sekolah,ibu dan bapa telah mengajar kita tentang asas kehidupan seperti berjalan,berlari dan sebagainya.Setelah kita pandai berfikir,ibu bapa mula menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sejak dari kecil lagi kita telah diterapkan dengan nilai kasih sayang,hormat-menghormati,keberanian dan kesabaran.Ibu bapa juga sering kali menasihatkan kita agar pandai membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.Oleh itu,sebagai anak kita hendaklah membalas jasa ibu bapa kita dengan menjaga mereka dengan baik apabila kita dewasa kelak.Iklan petronas yang disiarkan sempena Hari Raya tahun ini hendaklah dijadikan teladan.Nilai kasih sayang yang diterapkan oleh mereka ketika kita kecil,hendaklah dicurahkan pula kepada mereka.Selain itu,mereka juga perlulah dihormati.Sebagai seorang anak,kita juga boleh menghargai jasa kedua-duanya ibu bapa kita dengan melayan rakan-rakan mereka dengan baik.Hal ini kerana budi bahasa dan sopan santun yang kita pamerkan melambangkan kedua-dua ibu bapa kita.Bak kata pepatah,bapak borek anak rintik.Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diterapkan oleh ibu bapa kepada kita dianggap seperti bagaimana acuan,begituhlahkuihnya.Rakanrakan ibu bapa kita akan berpandangan positif kepada kedua-dua ibubapa kita.

Anda mungkin juga menyukai