Anda di halaman 1dari 18

KURSUS ASAS BINA WEBSITE

JABATAN TEKNOLOGI SAINS KOMPUTER DAN MAKLUMAT

PENGENALAN KEPADA
ADOBE PHOTOSHOP
III

By
cikguiti

Disediakan oleh:
Pensyarah MOHD KHAIRULNIZAM BIN MOHD SALLEH
Jawatan Pen.Pensyarah Kanan
Jabatan Teknologi Sains Komputer
ITI Mersing

68
TAJUK : JENIS-JENIS PERALATAN PILIHAN (SELECTION TOOL)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai cara-cara membina kawasan pilihan iaitu
objek dengan struktur yang tetap ,struktur yang tidak tetap dan melakukan transformasi objek menggunakan
ikon-ikon pilihan yang berkaitan di Toolbox dengan betul dan tepat.

PENERANGAN

ASAS PEMILIHAN KAWASAN MENGGUNAKAN IKON MARQUEE TOOL

Untuk membina kawasan pilihan, Adobe Photoshop menyediakan pelbagai ikon yang berkaitan di Toolbox yang
boleh digunakan seperti ikon Marquee, Lasso, Magic Wand dan sebagainya.

Ikon Marquee Tool biasanya digunakan untuk membuat kawasan pilihan atau objek yang berbentuk tetap
seperti segiempat, bulatan, bujur, garis lurus, garis mendatar dan sebagainya. Pemilihan kawasan ini boleh
digunakan dalam banyak keadaan seperti memilih elemen tertentu pada imej, memadam elemen tertentu pada
imej, merekabentuk antaramuka skrin dan banyak lagi.

Marquee Tool : Memadam Elemen Pada Imej

Dalam latihan kerja ini , kita akan melihat bagaimana ikon Marquee Tool digunakan bagi memilih dan seterusnya
memadamkan elemen tertentu yang tidak diperlukan lagi pada sesuatu imej.

1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini, fail Monitor.jpg akan digunakan.

Fail Monitor.jpg

69
Code No. : Cikguiti Muka : 2 drp. 17

2. Klik tanpa lepas ikon Rectangular Marquee Tool di Toolbox dan pilih ikon Rectangular Marquee Tool.

3. Kelihatan penunjuk tetikus bertukar kepada tanda +. Bawakan penunjuk tetikus ke atas fail tersebut.
4. Seterusnya klik tetikus tanpa lepas pada penjuru kiri imej skrin komputer (bahagian yang mengandungi
imej kanak-kanak) serta heret tetikus agar membentuk suatu kawasan pilihan berbentuk segiempat seperti
ditunjukkan berikutnya:
5. Kelihatan kawasan pilihan berbentuk segiempat (yang diwakili oleh garis putus-putus) akan terbentuk.

6. Seterusnya, tekan kekunci Delete pada papan kekunci.


7. Hasilnya, paparan imej yang dilingkungi oleh garis putus-putus tadi akan dipadamkan.
8. Berikut merupakan hasil yang dapat diperhatikan kesan dari proses memadam tadi. Warna putih yang
terbentuk pada lokasi yang dipadamkan adalah disebabkan kerana warna tersebut merupakan warna
semasa pada kotak warna Background Color (pada Toolbox).

9. Biarkan fail ini terbuka untuk aktiviti kerja yang seterusnya.

70
Code No. : Cikguiti Muka : 3 drp. 17

Marquee Tool : Menyalin Elemen Tertentu Pada Imej

Dalam latihan kerja ini, kita kan melihat pula bagaimana ikon Marquee Tool digunakan bagi memilih elemen
tertentu pada sesuatu imej dan kemudiannya menyalinnya untuk digunakan pada suatu imej yang lain pula.

1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini, fail Bengkel .jpg akan digunakan.

Fail Bengkel.jpg

2. Dalam masa yang sama pastikan juga fail Monitor.jpg masih sedia terbuka. Sekiranya perlu, gunakan ikon
Marquee Tool bagi memastikan kawasan dalam skrin komputer telah sedia aktif.

Fail Monitor.jpg dengan kawasan dalaman skrin komputer telah sedia aktif

3. Seterusnya, aktifkan kembali fail imej Bengkel.jpg. Gunakan ikon Marquee Tool bagi membuat kawasan
pilihan pada sebahagian daripada imej seperti yang berikut:

4. Gunakan arahan Edit>Copy bagi menyalin paparan imej yang telah dipilih tadi.

71
Code No. : Cikguiti Muka : 4 drp. 17

5. Aktifkan kembali fail Monitor.jpg dan gunakan arahan Edit>Paste Into.


6. Arahan ini menyebabkan paparan imej yang telah dipilih tadi (dari fail Bengkel.jpg) akan dimasukkan ke
dalam ruangan pilihan yang sedia aktif pada fail Monitor.jpg.
7. Hasilnya, anda telah pun berjaya memindahkan sebahagian imej dari fail Bengkel.jpg ke dalam fail imej
Monitor.jpg di dalam ruangan yang disediakan.

Marquee Tool : Membuat Kawasan Pilihan Berbentuk Bulatan

Dalam latihan kerja yang seterusnya, kita akan lihat bagaimana ikon Elliptical Marquee Tool boleh digunakan
bagi pelbagai tujuan.

1. Buka fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini fail BugsCD.jpg digunakan. Imej CD-ROM ini akan
disalin untuk dimasukkan sebagai elemen tambahan di dalam fail imej Monitor.jpg yang telah diusahakan
dalam latihan kerja sebelum ini.

2. Dapat diperhatikan imej ini berbentuk bulatan dan untuk memilihnya, ikon Elliptical Marquee Tool
merupakan salah satu cara yang boleh digunakan.
3. Bagi membolehkan imej CD-ROM tersebut boleh dipilih dengan lebih berkesan, gunakan arahan
View>Show>Grid bagi membolehkan garisan grid dipaparkan pada skrin.
4. Seterusnya, klik pada lokasi yang ditunjukkan (bayangkan bulatan tersebut sebagai satu segiempat dan
mulakan proses pemilihan pada penjuru kiri atas bayangan segiempat tersebut).
5. Heretkan tetikus bagi membentuk bulatan yang betul-betul memenuhi imej CD-ROM yang dikehendaki.

72
Code No. : Cikguiti Muka : 5 drp. 17

6. Cuba beberapa kali proses kerja yang sama sehingga anda berjaya membentuk kawasan pilihan yang
benar-banar memuaskan.
7. Seterusnya, gunakan arahan Edit>Copy. Aktifkan fail Monitor.jpg dan laksanakan pula arahan Edit>Paste.
8. Dapat diperhatikan, imej CD-ROM yang berjaya dipilih tadi di salin ke dalam fail Monitor.jpg seperti yang
berikut:

9. Gunakan arahan Edit>Transform>Scale. Arahan ini akan digunakan bagi mengecilkan sedikit saiz imej
CD-ROM tersebut.
10. Dapat diperhatikan imej CD-ROM tersebut dikelilingi oleh garisan dengan kotak segiempat kecil pada
setiap penjurunya.
11. Klik pada salah satu penjuru dan heretkannya ke arah dalam bagi mengecilkan sedikit saiz CD-Rom
tersebut.

12. Bagi menerima kesan perubahan saiz yang dilakukan, tekan kekunci Enter pada papan kekunci atau klik
pada ikon bertanda betul pada penjuru atas kanan skrin Adobe Photoshop.

13. Seterusnya, klik pada ikon Move Tool pada Toolbox.


14. Klik pada imej CD-ROM tersebut dan heretkan ianya ke lokasi lain yang bersesuaian dengan keperluan.

73
Code No. : Cikguiti Muka : 6 drp. 17

ASAS PEMILIHAN KAWASAN MENGGUNAKAN IKON LASSO TOOL

Ikon Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan tertentu pada objek yang tidak mempunyai bentuk
yang khusus seperti bentuk badan manusia, pokok, kenderaan dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis ikon Lasso yang disediakan oleh Adobe Photoshop iaitu ikon Lasso Tool itu sendiri,
Polygonal Lasso Tool dan Magnetic Lasso Tool. Setiap satunya mempunyai kelebihan serta kelemahan yang
tersendiri. Ianya boleh digunakan secara sendirian mahupun digabungkan dengan penggunaan ikon-ikon yang
lain.

Penggunaan Ikon Lasso Tool Dalam Pemilihan Kawasan

1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini fail Shrek_01.jpg digunakan.
2. Aktifkan ikon Lasso Tool dan klik pada mana-mana lokasi yang membentuk garis luar watak Shrek di
dalam fail imej tersebut.

3. Dalam contoh ini, permulaan bagi proses pemilihan kawasan dilakukan pada penjuru kanan bawah skrin.
Klik dan heretkan tetikus bagi membuat kawasan pada watak utama.

4. Kawasan pilihan yang diperlukan boleh diperolehi dengan membawa tetikus secara sikit demi sedikit
mengikut garis di keliling objek tanpa melepaskan tetikus. Elakkan mengheret tetikus secara sekaligus
kerana ia akan menyebabkan pemilihan kawasan yang tidak tepat akan terhasil.

5. Hasilkan kawasan pemilihan sehingga meliputi keseluruhan imej. Penamat bagi kawasan pilihan ialah
apabila kursor anda bercantum kembali dengan titik mula di mana ianya dimulakan dan pada masa itu,
lepaskan tetikus anda.

Berikut merupakan satu contoh pilihan kawasan yang bermasalah. Perhatikan terdapat beberapa
bahagian yang gagal dipilih dan terdapat juga bahagian yang tersalah pilih. Sekiranya dibiarkan, kesan
potongan imej kelak kelihatan kurang menarik dan ianya perlu diperbaiki.

74
Code No. : Cikguiti Muka : 7 drp. 17

6. Klik pada ikon Add to Selection pada Bar Pilihan bagi ikon Lasso Tool. Ikon ini boleh digunakan bagi
menambah kawasan pilihan yang perlu dibuat pada kawasan pilihan yang sedia ada.

7. Bentukkan kawasan pilihan yang diperlukan. Dalam contoh ini, kawasan pada kepala dan tangan imej
yang sebelum ini tersalah pilih akan dipilih untuk ditambahkan ke dalam seleksi kawasan sedia ada.

8. Hasilnya, kesan kawasan pilihan pada bahagian kepala yang lebih sempurna berjaya dihasilkan seperti
berikut:

9. Ikon Subtract from Selection pula boleh digunakan bagi membuang lebihan kawasan pilihan yang telah
dilakukan sebelum ini.

10. Dalam contoh ini, kawasan pada salah satu telinga dan juga atas tangan imej perlu dinyah-aktifkan.
11. Pilih garis luar telinga yang diperlukan dan seterusnya buatkan kawasan pilihan mengelilingi kawasan
yang telah tersalah pilih tadi.

75
Code No. : Cikguiti Muka : 8 drp. 17

12. Hasilnya kawasan pilihan pada imej yang lebih sempurna dapat dihasilkan seperti yang berikut:

13. Lakukan perkara yang sama pada mana-mana bahagian pada imej yang masih belum sempurna. Berikut
merupakan kawasan pilihan yang lebih sempurna.

14. Seterusnya, gunakan arahan Select>Feather dan tetapkan 2 piksel sebagai nilai bagi Feather Radius.
Arahan ini bagi memberikan kesan yang lebih “lembut” pada kawasan pilihan. Ianya membuang gerigi
atau garis kasar pada kawasan pilihan sedia ada.
15. Dengan menggunakan arahan Edit>Copy dan Edit>Paste atau dengan menggunakan kombinasi kekunci
ALT dan ikon Move Tool, imej yang telah dipilih tadi boleh dipindah atau disalinkan ke mana-mana lokasi
atau fail imej yang lain.
16. Berikut merupakan satu contoh bagaimana imej yang telah dipilih tadi diletakkan bersama-sama dengan
imej-imej yang lain.

Penggunaan Ikon Polygonal Lasso Tool Dalam Pemilihan Kawasan

Ikon Lasso Tool memerlukan anda menggerakkan tetikus tanpa boleh ianya dilepaskan sehinggalah keseluruhan
kawasan pilihan berjaya dibentuk. Ini sering menimbulkan masalah akibat pergerakan tangan yang sukar untuk
dikawal. Ikon Polygonal Lasso Tool merupakan kemudahan yang sering digunakan bagi menangani keadaan
yang sedemikian. Ikon Polygonal Lasso Tool juga sering digunakan bagi memilih objek atau kawasan yang lebih
bersegi sifatnya.

1. Buka kembali fail Shrek_01.jpg yang telah digunakan dalam latihan kerja sebelum ini.
2. Aktifkan ikon Polygonal Lasso Tool pada Toolbox. Proses pemilihan kawasan kali ini akan dilaksanakan
menerusi penggunaan ikon Polygonal Lasso Tool.

76
Code No. : Cikguiti Muka : 9 drp. 17

3. Seterusnya bawa penunjuk tetikus yang telah berubah bentuk ke Polygonal Lasso Tool ke lokasi di mana
proses pemilihan ungin dilakukan dan klik di situ sekali.
4. Seterusnya, gerakkan tetikus sedikit demi sedikit di sepanjang garis luar objek sambil mengklik tetikus di
kedudukan yang tertentu untuk mengubah laluan penunjuk tetikus. Ulangi langkah ini sehingga
keseluruhan objek di dalam imej telah diaktifkan.

Sekiranya dan melakukan kesilapan, gunakan kemudahan Add to Selection dan juga Substract from
Selection seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini.

Penggunaan Ikon Magnetic Lasso Tool Dalam Pemilihan Kawasan

Untuk memudahkan operasi memilih sesuatu objek yang tidak mempunyai bentuk atau struktur yang tetap, ikon
Magnetic Lasso Tool juga sesuai untuk digunakan. Kemudahan Magnetic Lasso Tool ini berkerja berdasarkan
kesetaraan warna pada garis luar objek yang ingin dipilih. Ianya akan memegang maklumat mengenai warna
yang ditetapkan dan kemudiannya memilih keseluruhan objek berdasarkan kesetaraan warna tersebut.

1. Buka kembali fail Shrek_01.jpg yang telah digunakan dalam latihan kerja sebelum ini.
2. Aktifkan ikon Magnetic Lasso Tool pada Toolbox.

Proses pemilihan kawasan kali ini akan dilaksanakan memerusi penggunaan ikon Magnetic Lasso Tool.
3. Seterusnya bawa penunjuk tetikus yang telah berubah bentuk ke Magnetic Lasso Tool ke lokasi di mana
proses pemilihan ingin dilakukan dan klik di situ sekali.
4. Kemudian gerakkan tetikus agar ianya bergerak pada garisan luar yang memisahkan objek di dalam imej
dengan latar belakangnya.

77
Code No. : Cikguiti Muka : 10 drp. 17

5. Dapat dilihat, ianya secara automatik akan mengikut garisan sisi badan objek tersebut. Garisan sisi badan
objek tersebut bertindak seperti magnet yang menyebabkan garisan pilihan yang dibentuk oleh ikon
Magnetic Lasso seolah-olah tertarik atau melekat dengannya.

6. Akhirnya, keseluruhan objek di dalam imej telah berjaya dipilih untuk tindakan atau proses kerja lain
mengikut keperluan masing-masing.

ASAS PEMILIHAN KAWASAN MENGGUNAKAN IKON MAGIC WAND TOOL

Ikon Magic Wand Tool juga merupakan kemudahan yang boleh digunakan untuk membuat kawasan pilihan yang
tertentu pada sesuatu imej. Ikon ini berfungsi untuk memilih kawasan tertentu pada imej berdasarkan julat warna
yang setara pada sesuatu imej.

1. Buka mana-mana fail imej yang bersesuaian. Dalam contoh ini fail Ducky.tif digunakan.

Fail Ducky.tif
2. Aktifkan ikon Magic Wand Tool pada Toolbox. Proses pemilihan kali ini akan dilaksanakan menerusi
penggunaan ikon Magnetic Lasso Tool.

78
Code No. : Cikguiti Muka : 11 drp. 17

3. Tukarkan nilai di ruangan Tolerance di bar pilihan kepada 15. Nilai ini mewakili julat warna yang ingin
dipilih.

4. Gerakkan tetikus ke dalam paparan objek itik berwarna kuning dan klik sekali padanya di lokasi yang
dirasakan sesuai.
5. Dapat diperhatikan sebahagian daripada objek atau badan itik tersebut telah diaktifkan. Pemilihan
kawasan yang berjaya dipilih adalah berdasarkan kesetaraan warna yang ada imej dengan warna asal di
mana lokasi awal yang telah ditetapkan (dalam langkah kerja no. 4).

6. Gunakan arahan Select>Deselect untuk menyah-aktifkan kembali kawasan pilihan yang telah dibuat
sebelum ini.
7. Kali ini pinda nilai pada medan Tolerance pada bar pilihan kepada nilai yang lebih tinggi. Nilai 50 akan
digunakan di dalam latihan kerja kali ini.
8. Klik sekali lagi pada badan objek itik. Perhatikan bahawa kali ini, kawasan badan itik yang lebih luas
berjaya diaktifkan.

Ini berlaku disebabkan nilai Tolerance yang lebih tinggi telah digunakan. Nilai Tolerance merujuk kepada
tahap kepekaan ikon Magic Wand Tool kepada pemilihan warna yang setara. Dalam banyak keadaan nilai
Tolerance bersamaan dengan 32 sering digunakan.

9. Aktifkan ikon Add to Selection pada bar pilihan atau pun dengan menggunakan kombinasi kekunci Shift,
klik pada bahagian badan itik yang lain pula bagi menambah kawasan pilihan.
10. Laksanakan proses kerja yang sama berulang kali bagi membolehkan keseluruhan kawasan pilihan badan
itik yang berwarna kuning berjaya dipilih.

Sekiranya diperhatikan pada imej, terdapat bahagian di mana mata dan muncung itik yang bukannya
berwarna kuning. Kawasan ini masih boleh diaktifkan dengan menggunakan ikon Magic Wand Tool
sekiranya perlu. Walau bagaimanapun, dalam latihan kerja ini kita akan menggunakan ikon Lasso Tool
bagi menyokong penggunaan Magic Wand Tool.

79
Code No. : Cikguiti Muka : 12 drp. 17

11. Aktifkan ikon Lasso Tool dan aktifkan juga ikon Add to Selection pada bar pilihan.
12. Buat bentuk atau kawasan pilihan yang mengelilingi mata dan juga muncung itik seperti berikut:

13. Hasilnya, paparan yang lebih sempurna dapat dihasilkan seperti yang berikutnya.

TRANSFORMASI OBJEK

Transformasi objek merujuk kepada proses meminda struktur sesuatu objek dari pelbagai aspek seperti
perspektif, saiz, sudut pandangan dan sebagainya. Melalui proses transformasi ini, keseragaman imej-imej dapat
dihasilkan sama ada dari segi saiz, pandangan, pencahayaan dan sebagainya bagi membentuk paparan ataupun
gabungan imej yang lebih sempurna.

Proses ini juga membolehkan sesuatu objek ataupun imej diletakkan pada sudut atau lokasi yang diperlukan
dalam keadaan yang lebih realistik dan menepati keperluan.

Asas Transformasi Objek Di Dalam Adobe Photoshop

Untuk melakukan proses transformasi, terdapat beberapa cara utama yang boleh digunakan seperti menerusi
arahan Edit>Transform atau pun menerusi arahan Edit>Free Transform di bar menu. Arahan yang pertama
membahagikan proses transformasi kepada beberapa bahagian seperti Scale, Perspective, Skew dan
sebagainya. Arahan yang kedua pula membenarkan pengguna menentukan sendiri jenis atau spesifikasi proses
transformasi yang diperlukan.

1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Dalam latihan ini, dua fail imej digunakan iaitu Apple.jpg
dan bunga.jpg akan digunakan.

Fail Apple.jpg Fail bunga.jpg

80
Code No. : Cikguiti Muka : 13 drp. 17

2. Aktifkan fail bunga,jpg. Gunakan arahan Select>All bagi memilih keseluruhan imej tersebut.
3. Seterusnya, aktifkan ikon Move Tool pada Toolbox dan tekan kekunci ALT pada papan kekunci. Klik pada
imej dan heretkan ianya ke dalam fail Apple.jpg.

Fungsi kekunci ALT ditekan ialah bagi memastikan proses menyalin (Copy) fail imej dilakukan dan
bukannya proses memotong (Cut).
4. Hasilnya, paparan imej dari fail bunga.jpg akan menindih imej dari fail Apple.jpg seperti yang berikutnya:

5. Selain dari itu, sekiranya anda melihat tetingkap palet Layers, didapati satu layer baru (Layer 1) yang
mengandungi imej dari fail bunga.jpg akan terbentuk.

6. Memandangkan imej dari fail bunga.jpg agak besar maka ianya perlu dikecilkan sedikit. Semasa Layer 1
diaktifkan, gunakan arahan Edit>Transform>Scale.
7. Arahan ini akan menyebabkan keseluruhan imej pada Layer 1 diaktifkan dengan setiap penjurunya
dikelilingi kotak-kotak kecil seperti berikut:

8. Klik pada mana-mana penjuru (pada kotak kecil) dan gerakkan ianya ke arah yang bersesuaian
(bergantung kepada proses pembesaran atau pengecilan imej yang diperlukan).

Dalam contoh ini, penjuru bawah kanan akan diheretkan ke arah dalam bagi membolehkan saiz imej
tersebut dikecilkan.

Tekan kekunci Shift semasa proses meminda saiz imej bagi mengekalkan nisbah pemindahan saiz dapat
dilakukan.

81
Code No. : Cikguiti Muka : 14 drp. 17

9. Tekan kekunci Enter apabila anda telah berpuas hati dengan saiz baru imej yang diperolehi.

10. Seterusnya, dengan menggunakan ikon Move Tool, gerakkan imej bunga itu agar penjuru atas kirinya
berada di lokasi yang ditunjukkan.

11. Seterusnya, laksanakan arahan Edit>Transform>Distort. Apabila imej tersebut diaktifkan, klik penjuru
bawah kiri imej dan heretkan agar membentuk paparan seperti yang berikutnya:

12. Laksanakan proses yang sama pada penjuru-penjuru imej yang lain agar keseluruhan imej tersebut
memenuhi skrin komputer secara lebih realistik.

13. Hasilnya, paparan seperti yang berikut diperolehi berdasarkan kemudahan transformasi Scale dan Distort
yang disediakan oleh Adobe Photoshop.

82
Code No. : Cikguiti Muka : 15 drp. 17

Transformasi Objek: Flip

Kemudahan ini membolehkan anda mentransformasi sesuatu objek secara horizontal mahupun vertikal.

1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Dalam latihan ini, fail imej USA.jpg digunakan.

2. Gunakan arahan Select>All bagi mengaktifkan keseluruhan imej.


3. Seterusnya, gunakan pula arahan Edit>Transform>Flip Horizontal. Kesannya, paparan imej akan
ditransformasi secara horizontal seperti yang berikutnya:

4. Guna arahan Edit>Undo atau kemudahan History pada tetingkap palet History untuk mengembalikan imej
kepada kedudukan asalnya.
5. Laksanakan pula arahan Edit>Transform>Flip Vertical pada imej tersebut. Kesannya, paparan imej
ditransformasikan secara vertikal seperti yang berikut:

Selain dari melakukan proses transformasi pada keseluruhan imej, ianya juga boleh dilakukan pada
mana-mana bahagian imej yang telah diaktifkan.

6. Dengan menggunakan ikon Marquee Tool, pilih sebahagian dari imej tersebut seperti yang berikutnya:

83
Code No. : Cikguiti Muka : 16 drp. 17

7. Seterusnya, laksanakan arahan Edit>Transform>Flip Horizontal. Kesannya, hanya bahagian imej yang
diaktifkan sahaja yang akan ditransformasi secara horizontal seperti yang berikutnya:

Transformasi Objek: Rotate

Kemudahan ini membolehkan anda mentransformasikan sesuatu objek secara putaran lebih bebas mengikut
keperluan masing-masing.

1. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai. Dalam latihan ini, fail imej SkateBoard.jpg digunakan.
2. Dengan menggunakan ikon pemilihan kawasan yang bersesuaian (Magic Wand misalnya), aktifkan imej
pemain skateboard di dalam fail tersebut.

Fail SkateBoard.jpg Objek yang diaktifkan

3. Seterusnya, sediakan satu fail baru dengan saiz 450 x 350 piksel dan mempunyai latarbelakang berwarna
putih.
4. Salinkan (Copy) imej pemain skateboard tadi dan letakkan ianya di dalam fail yang baru dihasilkan.

Anda juga boleh memindahkannya dengan menggunakan ikon Move Tool serentak dengan menekan
kekunci ALT.
5. Ini akan akan menyebabkan imej pemain skateboard tersebut diletakkan pada satu layer yang berasingan
dengan layer Background. Ini akan memudahkan sebarang proses transformasi dilakukan padanya.

84
Code No. : Cikguiti Muka : 17 drp. 17

6. Perhatikan bahawa secara automatik imej tadi diputarkan sebanyak 180° dan menyebabkan ianya
dipaparkan terbalik (seolah-olah ianya telah mengalami proses Flip Vertical).
7. Semasa Layer 1 iaitu layer di mana imej pemain skateboard tadi sedang aktif, gunakan arahan
Edit>Transform>Rotate 180°.
8. Lakukan proses kerja yang sama beberapa kali bagi melihat kesan penggunaan arahan Rotate 90° CW
dan juga Rotate 90° CCW dari pilihan menu yang sama.

Rotate 90° CW : Putaran 90° mengikut arah pusingan jam.


Rotate 90° CCW : Putaran 90° melawan arah pusingan jam.

9. Berikut merupakan contoh hasil yang diperolehi menerusi penggunaan kemudahan Rotate yang
disediakan oleh Adobe Photoshop.

SOALAN :

1. Namakan tiga jenis ikon Lasso yang disediakan oleh Adobe Photoshop.

2. Jelaskan maksud transformasi objek.

3. Nyatakan fungsi nilai Tolerance pada ikon Magic Wand Tool.

RUJUKAN :

1. Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003, Adobe Photoshop 7 : Konsep dan Asas Penggunaan (Siri
1), Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

85

Anda mungkin juga menyukai