Anda di halaman 1dari 10

PruBSN Protect

Lindungi hak dan keutamaan kita. Lindungilah yang tersayang.

MEREKA YANG TERSAYANG BERGANTUNG KEPADA KITA


Di dalam apa jua yang kita lakukan, kita melakukannya untuk satu matlamat khusus. Matlamat untuk mencapai ketenangan minda pada usia emas dan meninggalkan warisan kepada yang tersayang. Mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat ini adalah pemberian terbaik yang dapat kita berikan kepada mereka. Namun, apakah yang akan kita lakukan jika kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam hidup kita? Tanpa satu pelan yang baik, kita membiarkan mereka yang tersayang tanpa punca pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka. Adalah penting untuk mempunyai satu perancangan kewangan yang kukuh. Ianya akan memberi anda dan mereka yang tersayang perlindungan yang diperlukan sekiranya sesuatu yang tidak diduga terjadi di dalam kehidupan anda.
10

Dengan PruBSN Protect, hidup diteruskan


PruBSN Protect membantu anda dan keluarga anda bersedia untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa atau hilang upaya. Walaupun anda tiada lagi bersama mereka atau pendapatan anda terhenti, PruBSN Protect mampu membantu anda dan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan dengan menyediakan sumber kewangan. Melalui pelbagai jenis komitmen, anda boleh memilih pelan yang khusus mengikut kehidupan dan keperluan anda. Perlindungan yang inovatif ini juga mengambil kira semua kemungkinan di dalam menyediakan pelan yang khusus supaya anda dan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan. PruBSN Protect. Pelan yang memikirkan kehidupan harian anda.

Bagaimanakah PruBSN Protect dapat membantu anda?


Perlindungan kewangan untuk keluarga anda Perlindungan kewangan untuk anda Perlindungan kewangan dalam menghadapi inflasi Meninggalkan warisan buat yang tersayang Menjamin supaya perniagaan anda diteruskan Sumbangan minimum bagi manfaat yang menyeluruh Jaminan tempat tinggal bagi keluarga anda Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan. Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh. Dengan PruBSN ProtectPlus, jumlah perlindungan anda meningkat 5% setiap 3 tahun sepanjang tempoh sijil dengan itu memberi perlindungan terhadap inflasi. Menjamin kesejahteraan kewangan orang tersayang sekiranya anda meningggal dunia. Memberi pampasan kepada rakan niaga anda kerana kehilangan anda sebagai rakan kongsi. Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah RM0.671 sehari! Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan gadai janji rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda. Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan hutang-piutang anda dan hindarkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan masa hadapan.

Selamatkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan

Anggaran berdasarkan pada umur dan pelan. 11

Pilihlah perlindungan yang sesuai untuk anda.


Jika anda inginkan... Pelan jangka panjang untuk memastikan perlindungan yang sewajarnya bagi mereka yang tersayang Pelan yang akan melindungi anda untuk tempoh yang lebih lama Perlindungan untuk si kecil Kami menyediakan... Perlindungan terhadap kematian sehingga anda berumur 80 tahun. Perlindungan terhadap hilang upaya kekal dan menyeluruh sehingga anda berumur 70 tahun. Perlindungan untuk anak anda yang bermula seawal umur 14 hari. Kemudahan untuk menukar perlindungan anak anda ke pelan dewasa pada hari lahirnya yang ke-19. Pelan berpatutan yang selaras dengan belanjawan anda. Penerimaan automatik bagi tahap perlindungan tertentu. Manfaat tambahan untuk melindungi anda terhadap kemalangan.Manfaat tambahan untuk melindungi pendapatan anda. Peningkatan automatik jumlah perlindungan anda setiap 3 tahun. Jumlah sumbangan yang tetap setiap tahun sepanjang tempoh perlindungan anda. PruBSN Protect PruBSN ProtectPlus

Pelan yang akan terus melindungi anak anda sehingga beliau dewasa Satu pelan perlindungan mampu bayar Proses penyertaan yang mudah Pilihan untuk meningkatkan tahap perlindungan anda

Perlindungan kewangan terhadap inflasi Pelan yang tidak memerlukan anda membayar lebih apabila umur anda semakin meningkat

12

ProtectPlus
Carta berikut memberi gambaran peningkatan jumlah perlindungan yang boleh didapati dengan PruBSN Protect Plus.

Jangkaan Jumlah Perlindungan


+5 Jumlah Perlindungan (SC) +5 ProtectPlus SC

+5

+5

+5

+5

+5

Protect SC Umur 30 33 36 39 42 45 48 51

Bagaimana anda boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Protect anda?


Anda boleh mempertingkatkan perlindungan PruBSN Protect anda menerusi manfaat-manfaat tambahan pilihan berikut. Untuk melindungi anda jika berlaku kemalangan Accidental Death and Disablement (ADD) Accidental Medical Reimbursement (AMR) Weekly Indemnity (WI) Memberikan keluarga anda wang tunai jika anda meninggal dunia serta wang tunai kepada anda jika anda hilang upaya akibat kemalangan. Dapatkan pembayaran balik untuk perbelanjaan perubatan anda jika anda menerima rawatan untuk kemalangan. Dapatkan pendapatan mingguan semasa anda mengalami hilang upaya sementara akibat kemalangan.

Nota: AMR dan WI perlu diambil bersama-sama dengan ADD.

13

Untuk melindungi anda jika hilang sumber pendapatan Family Income Benefit Memberikan mereka yang tersayang pendapatan bulanan jika anda meninggal dunia, disahkan menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. Membayar sumbangan masa hadapan jika anda telah hilang upaya kekal dan menyeluruh atau disahkan menghidap penyakit kritikal. Membantu membayar sumbangan masa hadapan jika pasangan anda: meninggal dunia, atau disahkan menghidap penyakit kritikal, atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh. Membantu membayar sumbangan masa hadapan jika ibu/ bapa kepada orang yang dilindungi: meninggal dunia, atau disahkan menghidap penyakit kritikal, atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Contributor

Spouse Contributor

Parent Contributor (hanya boleh diambil jika orang yang dilindungi berumur di bawah 19 tahun pada waktu penyertaan)

Siapakah yang boleh menyertai PruBSN Protect?


Anda boleh mengambil pelan ini seawal umur 19 tahun sehingga umur 65 tahun. Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal umur 2 minggu. Anda boleh memilih tempoh perlindungan tertakluk kepada minimum 5 tahun dan umur tamat tempoh sehingga 80 tahun.

Apakah manfaat-manfaat yang diberikan untuk umur 5 tahun ke bawah?


Jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, jumlah perlindungan asas yang dikurangkan akan dibayar seperti berikut. Ini dinamakan lien juvenil. Umur Peratusan Jumlah Perlindungan Asas yang Dibayar 1 20% 2 40% 3 60% 4 80% 5 dan ke atas 100%

14

Berapakah sumbangan bagi PruBSN Protect?


Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang berikut: umur anda jumlah dan tempoh perlindungan anda status kesihatan anda pekerjaan anda (jika berkenaan) jantina anda kaedah dan kekerapan pembayaran anda

Apakah caj-caj yang dikenakan dalam PruBSN Protect?


PruBSN Protect adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatanperkhidmatan yang kami sediakan. Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah. Jenis caj Caj wakalah pendahuluan Butiran caj Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta untuk menguruskan dan melabur Dana Tabarru. Caj sebagai peratusan2 daripada sumbangan anda adalah seperti di bawah. Tahun sijil Caj wakalah pendahuluan Caj sijil Tabarru 1 75% 2 55% 34 35% 56 20% 7 dan ke atas 0%

Caj sebanyak RM24 dikenakan setiap tahun. Caj ini adalah bagi kos pengurusan sijil anda. Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan) dan jumlah perlindungan sepanjang tempoh perlindungan.

Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci. 15

Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan berdasarkan prinsip-prinsip Mudharabah dilaksanakan?


Prinsip Mudharabah membenarkan sebarang keuntungan pelaburan daripada Akaun Khas Individu (ISA) dikongsi di antara anda dan kami. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan pelaburan, sementara kami akan menerima baki 20%. Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?


Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%3 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%3 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.

Amaun sebenar bagi lebihan yang boleh diberikan akan diputuskan secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.

16

Nota-nota penting
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Terma dan syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel terma-terma dan syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut. Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluan mana-mana individu tertentu. Dalam risalah ini, Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang, melainkan dinyatakan sebaliknya. Pulangan daripada pelaburan anda adalah berdasarkan pada prestasi sebenar dana dan ia tidak dijamin. Risiko pelaburan dana anda ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan anda. Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan bahawa anda atau anak anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu dari segi sumbangan anda sehingga RM6,000 setahun apabila anda mengambil bahagian di dalam pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). PruBSN Protect tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil. Pelan ini boleh dibatalkan melalui permintaan bertulis kepada kami di dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran dokumen-dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj pemeriksaan perubatan yang ditanggung oleh PruBSN semasa menilai risiko di bawah sijil. Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.

Pengecualian
PruBSN Protect tidak akan memberi perlindungan untuk situasi-situasi berikut. Sekiranya ini berlaku, manfaatmanfaat yang disediakan di bawah pelan TIDAK AKAN dibayar kepada anda. Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri di dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan sijil. Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh terjadi akibat percubaan membunuh diri atau kecederaan akibat perbuatan sendiri. Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh terjadi kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan. Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.

Ketahuilah bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga anda melalui satu pelan yang menyeluruh dan sesuai yang direka khas untuk anda. Dapatkan pelan yang paling sesuai untuk anda dan keluarga daripada kami di Prudential BSN Takaful dengan menghubungi kakitangan atau ejen kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pilihlah perlindungan yang terbaik untuk anda hari ini.

PruBSN Protect is a Shariah-compliant product. Prudential BSN Takaful Berhad is a registered Takaful Operator under the Takaful Act 1984 and is regulated by Bank Negara Malaysia. For more information/enquiries, please contact:

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)


Level 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel (603) 2053 7188 Fax (603) 2072 6188 Email : customer@prubsn.com.my SMS PruBSN<space>Feedback<space>Your Feedback and send to 33080 You can also log on to

www.prubsn.com.my

Important: You must ensure that you are satisfied that this product will best serve your needs and that the contribution payable under the certificate is an amount that you can afford.

All information is correct at the time of print. Printed 23 March 2013

Anda mungkin juga menyukai