Anda di halaman 1dari 19

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

UNIT 3 HURUF JAWI DAN PADANANNYA DENGAN HURUF RUMI DAN SEBALIKNYA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda dapat: 1. Mengenal selok belok huruf Jawi dan padanannya dalam huruf rumi. 2. Mempelajari kaedah mengeja Jawi mengikut suku kata.

PENDAHULUAN
uruf Jawi dikenali juga sebagai huruf Melayu mempunyai 37 huruf. Bilangan huruf jawi yang melebihi abjad rumi menyebabkan tidak semua huruf Jawi itu dapat dipadankan dengan huruf rumi. Abjad Jawi bermula dari huruf alif dan berakhir dengan huruf nya. Terdapat enam huruf tambahan rekaan para cendekiawan silam bagi melengkapi lambang bunyi bahasa Melayu.Berikut merupakan huruf Jawi mengikut urutannya.

ISI KANDUNGAN
Huruf jawi dan padanannya dengan huruf rumi
Huruf Jawi mempunyai bilangan abjad yang lebih banyak berbanding huruf rumi. Oleh itu, padanan semua huruf Jawi dengan huruf rumi bukan satu lawan satu.

32

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 1.

Terdapat 18 huruf Jawi sahaja yang mempunyai padanan huruf tunggal rumi

tersebut dan dikenali sebagai padanan jati. [p] [q] [k] [g] [l] [m] [n] [h] [v] [b] [t] [j] [c] [d] [r] [z] [s] [f]

Selain padanan jati, terdapat juga padanan gabungan, iaitu satu huruf Jawi dipadankan dengan dua huruf rumi.

2.

Terdapat lima huruf Jawi menggunakan padanan jenis ini dalam ejaan rumi

sekarang yang mempunyai padanan digraf (dua huruf) rumi, padanan tersebut ialah seperti huruf ga ( ) dipadankan dengan huruf [gh], huruf syin ( huruf [sy], huruf kho

) dipadankan dengan
( )
dipadankan

) dipadankan dengan huruf [kh], huruf nya

sebagai huruf [ny] dan huruf nga ( 3.

) dipadankan sebagai huruf [ng].

Terdapat juga huruf Jawi yang tidak mempunyai padanan jati dengan huruf rumi

kerana sebutannya yang berlainan dengan huruf rumi. Terdapat 14 huruf mempunyai padanan rumi lebih daripada satu huruf. Huruf-huruf tersebut seperti huruf (s,s) (sy,sh) , (dh,z) , (h, h) , (k,) , (th,s) , ( h,t) , (z,z) , (e,a) , (t,t) , (d,d) . , (w,o,u) , (q,k) , ,

(k,o,u,e,i,a, ) Sa (

, dan (y,e,i)

Bunyi huruf sa (

) dalam sebutan atau lidah Melayu

berhampiran dengan bunyi huruf sin dipadankan dengan huruf [s]

), maka huruf ini

33

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Zal

( )
)

Bunyi zal ( ) hampir serupa dengan huruf zai ( ), maka huruf ini dipadankan dengan huruf [z] Bunyinya hampir dengan sin ( sin ( ), maka huruf sod ( ) dan

Sod (

Dhod

(
)

) dipadankan dengan huruf [s] Bunyi huruf dhod ( ) berada di tengah lingkungan

huruf

To (

dal-sod, iaitu lebih kepada bunyi dal, maka huruf ini dipadankan dengan huruf [d] Disebabkan bunyinya lebih hampir sama dengan huruf [t], tetapi hanya disebut tebal, justeru huruf ini dipadankan dengan huruf [t]

Zo (

Bunyi huruf zo ( ) mirip kepada makhraj seperti dal ( ( ), ta ( huruf [z]

huruf zai ( ) ) dengan sod

dengan dhod (

), sin (

) dengan to ( ), huruf ini dipadankan dengan

Ain ( )

Tempat keluar huruf ain ( ) berhampiran dengan huruf alif ( ), cuma disebut agak sengau (bunyi ke hidung), maka huruf ini dipadankan dengan huruf [a] jika terdapat pada awal perkataan. Jika berada di tengah atau di hujung perkataan, huruf ain ( ) dipadankan dengan huruf [k], iaitu bunyi hentian glotis.

Huruf Jawi dan Padanan Huruf Rumi

Huruf Rumi Aa Bb Tt Hh, (t) Ss, (th) Jj C Hh (h) Kh, kh

Huruf Jawi

34

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Dd Zz (dh) Rr Zz Ss Sy (sy) Ss (s) Zz Tt (t) Zz (z) Aa, Kk, () Gh (gh) Ng Ff Pp Kk,(Qq) Kk Gg Ll Mm Nn Ww, Oo, Uu Vv Hh Kk, () Yy, Ii, Ee Ye Nya 35

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Huruf Tambahan

Huruf Rumi Ca Ga Nga Pa Va Nya

Huruf Jawi

Panduan Mengeja Jawi Kata dan suku-sukunya


erkataan Melayu terdiri daripada beberapa suku kata, sama ada satu suku kata atau lebih. Contoh-contoh yang berikut dapat memberikan gambaran tentang berapa suku kata yang membentuk perkataan sama ada kata dasar, kata berimbuhan ataupun kata majmuk.

Satu suku kata

Si

Pa

Cap

a+pa (apa) Dua suku kata ke+ta+ra (ketara) Tiga suku kata Empat suku kata se+jah+te+ra (sejahtera) ber+ke+li+ar+an (berkeliaran)

ma+ta (mata),

to+long (tolong)

ha+bu+an (habuan)

me+na+ngis (menangis)

ke+taq+wa+an (ketaqwaan) se+men+te+la+han (sementelahan)

se+men+ta+ra (sementara) me+menyem+bah+yang +kan (menyembahyangkan)

Lima suku kata

36

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya ber+pe+nge+ta+hu+an (berpengetahuan) ke+i+kut+ser+ta+an (keikutsertaan)

Enam suku kata

ber+ke+te+ram+pi+lan (berketerampilan)

Suku Kata terbuka dan Suku Kata Tertutup


Dalam Bahasa Melayu suku kata terbahagi kepada dua jenis, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

1.

Suku Kata terbuka


uku kata terbuka mempunyai tiga pola, iaitu pertama pola V yang terdiri daripada bunyi vokal sahaja; kedua pola KV, iaitu terdiri daripada satu bunyi konsonan diikuti bunyi vokal; dan ketiga pola KD, iaitu bunyi konsonan yang

diikuti oleh diftong. Contoh suku kata terbuka pola V adalah seperti dalam perkataan ada, enam, ekor, ikan, orang (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata terbuka pola V). Manakala, contoh suku kata terbuka pola KV terdapat pada perkataan malam, penat, buku, hilang, dan batu (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata terbuka pola KV). Seterusnya, contoh suku kata terbuka pola KD adalah seperti yang terdapat pada perkataan amboi, kerbau, pulau, lambai, tupai (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata terbuka pola KD).

Pola V Ada Ela Bau Ikan Orang

Pola KV Malu Beri Buku Hilang Batu

Pola KD Kaloi Gulai Pulau Lambai Tupai

37

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

2.

Suku Kata Tertutup


uku kata tertutup merupakan suku kata yang berakhir dengan huruf konsonan. Suku kata tertutup mempunyai dua pola, iaitu pola VK, iaitu yang terdiri daripada satu vokal diikuti oleh konsonan dan kedua pola KVK, iaitu konsonan

diikuti oleh vokal dan diakhiri oleh konsonan. Contoh suku kata tertutup pola VK dapat dilihat pada perkataan andai, entah, intai, untung, ambil dan anjal (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata tertutup pola VK). Manakala, contoh suku kata tertutup pola KVK terdapat pada perkataan tunggu, tangga, tinggi, senget, terus, roboh (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata tertutup pola KVK).

Pola VK Andai Entah Intai Untung Ambil Anjal

Pola KVK Tunggu Tangga Tinggi Senget Terus Roboh

Mengeja Suku Kata


ata-kata Melayu jati, termasuk kata serapan atau ambilan daripada bahasa asing, terbina daripada berbagai-bagai suku kata. Setiap suku kata itu mesti mempunyai vokal. Dalam tulisan rumi, semua bunyi vokal mesti dilambangkan dengan huruf yang telah ditentukan, apabila dalam tulisan Jawi tidak semuanya begitu. Ada tempat yang bunyi vokal itu mesti dilambangkan huruf yang ditentukan dan ada tempat yang bunyi vokal itu tidak perlu dilambangkan dengan huruf apa pun. 38

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

1. a.

Suku Kata yang Menggunakan Vokal [e] Pepet Pada Awal Kata

Vokal [e] pepet digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V, contoh dalam perkataan emak dan enam. Selain itu, vokal [e] pepet digunakan pada awal kata dalam suku kata tertutup pola VK. Contohnya dalam perkataan entah, erti dan engkau. Dalam hal ini, vokal [e] pepet hendaklah dilambangkan dengan huruf alif ( ).

Ejaan Rumi Emak (suku kata terbuka, pola V) Enam (suku kata terbuka, pola V) Entah (suku kata tertutup, pola VK) Erti (suku kata tertutup, pola VK) Engkau (suku kata tertutup, pola VK)

Ejaan Jawi

b.

Pada Tengah Kata

Vokal [e] pepet boleh digunakan pada tengah kata dalam suku kata terbuka pola KV. Contoh dalam perkataan kera dan telah. Demikian juga dalam suku kata tertutup pola KVK, [e] pepet digunakan dalam perkataan seperti kental dan mentah. Dalam keadaan ini, vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan huruf apa pun. Dalam tulisan Jawi perkataan kera, telah, kental dan mentah dieja seperti berikut:

Ejaan Rumi Kera (suku kata terbuka, pola KV) Telah (suku kata terbuka, pola KV) Kental (suku kata tertutup, pola KVK) Mentah (suku kata tertutup, pola KVK)

Ejaan Jawi

39

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

c.

Pada Akhir Kata

Vokal [e] pepet digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola KV, contoh dalam perkataan egoisme dan metode. Dalam keadaan ini, vokal [e] pepet hendaklah dilambangkan dengan huruf ye atau alif al-maqsurah (dalam bahasa Arab) ( ).

Ejaan Rumi Egoisme Metode

Ejaan Jawi

2.
a.

Suku Kata yang Menggunakan Vokal [a] Pada Awal Kata

Vokal [a] digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V. Contohnya dalam perkataan ayam dan aku. Apabila dalam suku kata tertutup, vokal [a] digunakan pada pola VK seperti dalam perkataan aksi, ambil dan angsa. Dalam konteks ini, vokal [a] hendaklah dilambangkan dengan huruf alif ( )

Ejaan Rumi Ayam Aku Aksi Ambil Angsa

Ejaan Jawi

b.

Pada Tengah Kata

Vokal [a] dipakai di tengah dalam suku kata terbuka pola KV seperti dalam perkataan tali dan berlari. Dalam keadaan ini, vokal [a] hendaklah dilambangkan dengan huruf alif ( ). Sebaliknya, dalam suku kata tertutup vokal [a] digunakan di tengah dalam 40

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

perkataan pola KVK seperti dalam perkataan sambal dan sumpah. Namun dalam konteks ini, vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf apa pun. Apa yang perlu ditulis ialah konsonan yang mengapit vokal itu.

Ejaan Rumi Tali Berlari Sambal Sumpah

Ejaan Jawi

c.

Pada Akhir Kata

Vokal [a] digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola V seperti dalam perkataan dua, ria dan sua. Dalam keadaan ini vokal [a] hendaklah dilambangkan dengan huruf alif ( ).

Ejaan Rumi Dua Ria Sua

Ejaan Jawi

Vokal [a] digunakan pada akhir kata dalam suku kata pola KV. Dalam suku kata yang begini, vokal [a] boleh didahului oleh suku kata terbuka atau suku kata tertutup. Huruf konsonan yang mendahului vokal ini juga ada bermacam-macam. Perbezaan pola suku kata terdahulu dan huruf yang mendahului vokal ini menjadi penentu sama ada vokal ini perlu dieja dengan memakai huruf alif ( ) atau tidak. Anda boleh mengikuti penjelasan berikut: (i) Jika suku kata terbuka yang menggunakan vokal [a] didahului oleh suku kata terbuka yang memakai vokal [e] pepet, maka vokal [a] itu hendaklah dieja dengan menggunakan huruf alif ( ). Contohnya dalam perkataan kera, kena,

41

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

lega dan peta. Perkataan-perkataan tersebut dalam ejaan Jawi dieja seperti berikut:

Ejaan Rumi Kera Kena Lega Peta

Ejaan Jawi

(ii)

Jika suku kata terbuka yang mengandungi vokal [a] ini didahului oleh suku kata terbuka yang memaki vokal [a] juga, dan huruf konsonan yang mendahuluinya ialah /d/, /r/, /ng/, /l/, dan /w/ ) [deranglu] (tanpa mengikut

urutannya, boleh juga disebut lu-dengar = lam+wau+dal+nga+ra) dan seperti dalam perkataan lada, cara, nganga, kala, dan bawa; maka vokal itu hendaklah dieja dengan huruf alif ( ) seperti berikut:

Ejaan Rumi Lada

Ejaan Jawi

Cara

Nganga

Kala

Bawa

(iii)

Jika vokal [a] itu didahului oleh suku kata terbuka seperti di atas, tetapi huruf konsonan yang mendahuluinya bukan /d/,/r/, /ng/, /l/ dan /u/ 42

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

misalnya dalam perkataan laba, kata, raja, baca, masa, bapa, baka, jaga, nama, mana, kaya, dan hanya, maka dalam ejaan Jawi vokal itu hendaklah dieja tanpa huruf alif ( ) seperti berikut:

Ejaan Rumi Laba Kata Raja Baca Masa Bapa

Ejaan Jawi

Baka Jaga Nama Mana Kaya Hanya

(iv)

Jika vokal [a] itu didahului oleh suku kata terbuka yang menggunakan vokal selain daripada [a] dan [e] pepet, atau didahului oleh suku kata tertutup, kita perlu lihat huruf yang mendahului vokal tersebut. Jika yang mendahuluinya ialah huruf konsonan k atau g ( ), maka vokal itu hendaklah dieja tanpa

menggunakan huruf alif ( ). Contohnya, perkataan reka, muka, tiga, bangka, dan rongga dalam ejaan Jawi dieja seperti berikut:

Ejaan Rumi Reka Muka

Ejaan Jawi

43

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Tiga Bangka Rongga

Sebaliknya, jika huruf yang mendahuluinya itu bukan kaf (

) atau ga ( ), maka

ejaannya hendaklah memakai huruf alif ( ) seperti dalam perkataan tiba, punya, kerja, harta dan panca.

Ejaan Rumi Tiba Punya

Ejaan Jawi

Kerja Harta

Panca

3. a.

Suku Kata yang Menggunakan Vokal [i] atau [e] Pada Awal Kata

Vokal [i] dan [e] digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V. Seperti pada perkataan ikan, ikut, elak, esok. Dan vokal [i] dan [e] digunakan pada awal kata dalam suku kata tertutup pola VK. Seperti pada perkataan inti, imbuh, enteng dan ekzos. Dalam keadaan ini, vokal [i] dan [e] hendaklah dilambangkan dengan huruf alif-ya ( )

Ejaan Rumi Ikan Ikut

Ejaan Jawi

44

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Elak Esok Inti Imbuh Enteng Ekzos

b.

Pada Tengah Kata

Vokal [i] dan [e] digunakan pada tengah kata dalam suku kata terbuka pola KV atau V. Seperti pada perkataan bila, lima, dewa, juita, puisi dan kuinin. Demikian juga dalam suku kata tertutup vokal [i] dan [e] pada pola KVK, seperti pada perkataan simpan, cuping, tembak. Dalam keadaan ini, vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya ( ).

Ejaan Rumi Bila Lima Dewa Juita Puisi Kuinin Simpan Cuping Tembak

Ejaan Jawi

Selain itu, vokal [i] atau [e] digunakan di tengah kata dalam suku kata tertutup pola VK, iaitu didahului suku kata terbuka seperti pada perkataan main, kail, buih dan keruing. Dalam keadaan ini vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf hamzah ( )+huruf ya ( ). 45

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Ejaan Rumi Main Kail Buih Keruing

Ejaan Jawi

c.

Pada akhir kata

Vokal [i] digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola V seperti dalam perkataan hantui, sukai, kenai. Dalam keadaan ini, vokal [i] hendaklah dilambangkan dengan huruf hamzah-ya ( ) (hamzah yang ke atas sedikit dari baris). Jika, vokal [i]

digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola KV seperti pada perkataan roti, kari dan sepi, maka keadaan ini vokal [i] hendaklah dilambangkan dengan huruf ya ( ). Ejaan Rumi Hantui Sukai Kenai Roti Kari Sepi Ejaan Jawi

4. a.

Suku Kata yang Menggunakan Vokal [u] atau [o] Pada Awal Kata

Vokal [u] dan [o] digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V. Contohnya dalam perkataan ulam, ugut, otak, Ogos. Demikian juga vokal [u] dan [o] digunakan dalam suku kata tertutup pola VK seperti dalam perkataan undi, umpat, ombak, dan oskar. Dalam keadaan ini vokal [u] dan [o] hendaklah dilambangkan dengan huruf alif-wau ( ). 46

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

Ejaan Rumi Ulam Ugut Otak Ogos Undi Umpat

Ejaan Jawi

b.

Pada Tengah Kata

Vokal [u] dan [o] digunakan di tengah kata dalam suku kata terbuka pola KV seperti dalam perkataan kuda, rugi, kota dan golok. Demikian juga vokal [u] dan [o] digunakan dalam suku kata tertutup pola KVK. Contohnya dalam perkataan sumpah, pikul, dan tonton. Dalam konteks ini vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau ( ).

Ejaan Rumi Kuda Rugi Kota Golok Sumpah Pikul Tonton

Ejaan Jawi

Vokal [u] atau [o] digunakan di tengah kata dalam suku kata tertutup pola VK, iaitu didahului suku kata terbuka yang menggunakan vokal [a]. Contohnya, dalam perkataan

47

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya

jauh, lauk dan paut. Dalam keadaan ini, vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf hamzah ( )+ huruf wau ( ) (hamzah ke atas sedikit dari baris).

Ejaan Rumi Jauh Lauk Taut

Ejaan Jawi

c.

Pada Akhir Kata

Vokal [u] digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola V seperti dalam perkataan bau. Dalam keadaan ini, lambang vokal [u] ialah hamzah-wau ( ). Demikian pula vokal [u] dan [o] juga boleh digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola KV. Seperti dalam perkataan batu, bisu dan logo. Dalam keadaan ini ejaannya hendaklah menggunakan huruf vokal wau

Ejaan Rumi

Ejaan Jawi

Bau (suku kata terbuka, pola V) Batu (suku kata terbuka, pola KV) Bisu (suku kata terbuka, pola KV) Logo (suku kata terbuka, pola KV)

RUMUSAN
1. Huruf Jawi asalnya hanyalah 31 huruf yang diambil daripada huruf Hijaiyyah Arab. 2. Terdapat enam huruf tambahan yang digubal bagi memenuhi keperluan lambang bunyi bahasa Melayu, menjadikan jumlah keseluruhannya abjad Jawi ialah 37 huruf. 3. Huruf tambahan tersebut ialah huruf ca, nga, pa, va, ga, dan nya. 48

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 4.

Dalam ejaan Jawi bunyi vokal perlu dilambangkan dengan huruf vokal di tempat tertentu sahaja dan tidak semua tempat.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. Abjad Jawi. Padanan huruf satu lawan satu. Padanan huruf dengan diagraf. Padanan huruf satu lawan berbilang. Suku kata terbuka. Suku kata tertutup.

LATIHAN
Setelah anda membaca unit ini, sila tulis semula huruf berikut mengikut bentuk dan kedudukannya yang betul.

Huruf

Di awal

Di tengah

Di hujung

Abu Dan Mata _______________ _____________ ____________ Baju Lembab Bab ______________ ______________ _____________ Tali Buta Tat ______________ ______________ ______________ Jari Baja Caj _______________ _____________ _____________ Had Sahih Sah ______________ _____________ _____________ Cantik Baca Mac ______________ ________________ _______________ Dari Dada Had _______________ _____________ _____________ Raja Biru Benar ______________ _______________ _____________ Zakat _______________ Satu ______________ Ilmu _______________ Nganga _______________ Beza ______________ Besar ______________ Nikmat _____________ Mangkuk _______________ Ustaz ______________ Jelas ______________ Jamak (solat) _____________ Menang _______________ 49

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya Fakta ____________ Pandai ______________ Kadar _____________ Kerusi _______________ Gali ______________ Lampu _______________ Makan ______________ Nasi _______________ Wajah _____________ Hari ______________ Iaitu ______________ . Telefon ______________ Pipi _______________ Makbul _______________ Kaki _____________ Jaga ______________ Tolak ______________ Nampak _____________ Minum ______________ Bulan ______________ Bahan ______________ Bila ______________

Maaf _____________ Lap _____________ Pokok _______________ Antik _______________ Jag _______________ Botol _______________ Malam _______________ Makanan _______________ Buku _______________ Bersih _______________ Beli _____________

RUJUKAN
Daftar kata bahasa Melayu rumi-sebutan-Jawi (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan menulis dan mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlob (2002) Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

50