Anda di halaman 1dari 4

Soalan 2 : Anda sebagai bakal cikgu.

Bagaimana anda dapat gunakan Silat dalam membentuk disiplin pelajar di Sekolah Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri di kawasan nusantara sejak beratusratustahun dahulu lagi (Wikipedia,2011). Seni ini sangat penting dalam membantu manusia mempertahankan diri mereka daripada sebarang ancaman bahaya yang tidak dapat dijangka. Pelbagai jenis silat yang boleh dipelajari, contohnya adalah seperti Silat Serimau Hitam, Silat Cekak, Silat Gayungdan sebagainya. Setiap jenis silat ini mempunyai gaya yang berbeza antara satu sama lain. Namunbegitu, semua jenis silat tetap mengamalkan teknik kuncian sama ada kunci urat saraf atau anggotatubuh (Wikipedia,2011). Sebenarnya seni mempertahankan diri ini amat diperlukan oleh setiap individukhususnya bagi seorang bakal guru di sekolah. Seni ini amat penting kepada mereka untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuklah pelajar ataupun rakan sekerja. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah sosial telah berlaku pada masa kini dalam kalangan pelajar, contohnya seperti masalah buli, samun, pergaduhan dansebagainya. Jadi, tidak hairanlah seorang bakal guru harus memiliki seni mempertahankan diri untuk membantu mereka menyelamatkan diri ketika ditimpa bahaya Sebagai seorang pesilat dan guru, pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan untuk menangani masalah disiplin seperti buli, peras ugut dan ponteng di samping dapat membentuk disiplin pelajar. Antaranya adalah seperti menubuhkan kelab atau persatuan yang bertujuan untuk pertahanan diri, contohnya seperti silat. Persatuan yang ditubuhkan ini mampu membantu pelajar mempelajari teknik-teknik untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Secara langsung, hal ini dapat membolehkan mereka lebih berani dan yakin untuk berdepan dengan musuh mereka kelak, khususnya bagi pelajar yang lemah dalam mempertahankan diri mereka. Pelbagai teknik-teknik yang akan didedahkan kepada pelajar, misalnya seperti gaya melawan musuh, teknik menggunakan senjata,teknik mengelak serangan musuh dan sebagainya. Bukan itu sahaja, persatuan ini jugamempunyai tujuan penting lain seperti mendidik pelajar taat kepada Allah dan menghormati ibu bapa. Secara tidak langsung, hal ini akan menyebabkan pelajar takut untuk melakukan kegiatan seperti buli, ponteng dan peras ugut apabila mereka tahu membezakan perkara yang baik dan buruk.

Kadangkala, unsur-unsur dalam silat juga boleh diterapkan oleh bakal guru dalam system pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutama di sekolah yang bermasalah. Salah satu unsur yangboleh diterapkan adalah seperti disiplin yang tinggi. Bagi seni silat, disiplin amat diperlukan dalam prosespembelajaran seni tersebut kerana disiplin akan menentukan sejauhmana seseorang itu dapatmenguasai sesuatu seni silat. Disiplin yang lemah akan menyukarkan seseorang untuk mendalami ilmusilat secara lebih mendalam. Justeru, unsur ini boleh diterapkan dalam proses pengajaran danpembelajaran untuk memastikan pelajar mempunyai disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharianmereka. Disiplin ini akan membantu pelajar menjadi seorang pelajar yang baik dan mengelakkan merekadaripada terlibat dalam sebarang masalah sosial. Hal ini demikian kerana disiplin yang tinggi bolehmenyebabkan mereka takut untuk melakukan sebarang masalah di sekolah. Sekiranya semua pelajarmempunyai disiplin dalam diri, suasana sekolah juga akan menjadi aman dan harmoni tanpa sebaranggangguan dan masalah daripada pelajar. Secara tidak langsung, sistem pengajaran dan pembelajaranyang dilaksanakan akan menjadi lebih berkesan. Selain itu, seni silat juga mementingkan unsur sikap yang merendah diri. Setiap individu yangmemiliki ilmu silat telah dididik dan dilatih supaya mempunyai sikap merendah diri dan tidak bersikapriak dengan ilmu yang dimiliki. Hal ini demikian kerana ilmu yang dimiliki bukan untuk ditunjukkankepada orang lain tentang kehebatannya tetapi digunakan ketika diri dilanda bahaya sahaja. Namunbegitu, sifat rendah diri yang dimiliki bersesuaian dengan tempat atau sesuatu situasi. Hal ini pentinguntuk mengelakkan keyakinan diri mereka hilang atau berkurangan. Secara tidak langsung, hal inimampu membolehkan mereka mampu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Oleh sebab itu,unsur sikap ini juga perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana sikapini amat penting untuk kehidupan seharian pelajar. Malahan, sikap ini dapat mendidik pelajar supayabertolak-ansur antara satu sama lain dan tidak saling menyakiti sesama mereka. Sikap rendah diri inijuga dapat mengelakkan masalah seperti buli dan samseng daripada berlaku di sekolah. Kebanyakanmasalah tersebut berlaku apabila pelajar merasakan diri mereka begitu kuat dan hebat sehinggamenyebabkan mereka menunjukkan kekuatan mereka itu kepada pelajar yang lemah. Namun, sikaprendah diri atau tidak riak dengan kekuatan yang dimiliki pelajar akan menyebabkan pelajar tidakmenyakiti pelajar lain yang lemah kerana mereka memiliki tanggapan bahawa mereka hanya akan memperlihatkan kekuatan diri ketika dilanda masalah ataupun semasa pembelajaran seni pertahanandiri sahaja.

Di samping itu, ilmu persilatan juga menerapkan unsur mendekatkan diri dengan Allah keranasegala ilmu persilatan sama ada zahir atau batin tidak bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini dapatdilihat dalam falsafah pendidikan silat yang menyatakan bahawa pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur (AnuarAbdul Wahab AMN,2010). Secara ringkas, dapat dilihat bahawa silat juga merupakan salah satu carauntuk mendekatkan diri dengan Allah kerana silat juga melibatkan pergerakan yang berunsurkan kerohanian. Dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah, unsur kerohanian juga perludiselitkan untuk kehidupan seharian pelajar. Hal ini amat membantu pelajar dalam mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya mereka akan melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Malahan, pelajar juga dapat membezakan antara yang baik dan tidak baik dengan lebih mendalam.Secara tidak langsung, hal ini dapat mengurangkan masalah yang berlaku di sekolah kerana pelajar tidakakan melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak baik dan seterusnya mampu mengurangkan masalah yang berlaku di sekolah. Oleh sebab itu, unsur kerohanian ini amat diperlukan di sekolah untukmembimbing pelajar ke arah yang benar dan menanam sifat diri yang baik dalam diri mereka. Selain itu, unsur-unsur kemahiran pertahanan diri juga boleh didedahkan serba sedikit kepadapelajar sebagai selingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat membantu pelajarmempraktikkan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian mereka terutamanya apabila merekaditimpa bahaya. Misalnya, seperti kemahiran memcari kelemahan lawan ataupun menghalangpergerakan musuh. Kemahiran ini dapat membantu pelajar menyelamatkan diri daripada sebarang ancaman. Oleh sebab itu, bukan suatu perkara sia-sia untuk seseorang mempelajari ilmu mempertahankan diri kerana ilmu tersebut akan digunakan suatu hari kelak. Bagi pelajar yang ingin mempelajari ilmu pertahanan diri dengan lebih mendalam, guru perlu memberikan motivasi kepadapelajar untuk menyertai persatuan atau kelab yang berunsurkan seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando, karate dan sebagainya. Bukan itu sahaja, seni mempertahakan diri boleh mengurangkan masalah buli yang berlaku di sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar yang melakukan buli ini biasanya menganggap mereka begitu kuat dan boleh menunjukkan kekuatan mereka kepada pelajar lain yang lemah. Namun,

pelajar yang lemah ini dapat mengatasi

pelajar yang kuat itu dengan adanya ilmu

mempertahankan diri. Secara tidak langsung, pelajar yang melakukan perbuatan buli ini akan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut kerana mereka akan beranggapan bahawa mereka tidak begitu kuat. Hal ini membolehkan masalah yang berlaku di sekolah semakin berkurangan. Di sampingitu, suasana di sekolah juga akan menjadi lebih harmoni dan pelajar dapat belajar dengan lebih baik daripada sebelumnya. Justeru, sebagai seorang guru, ilmu adalah untuk dikongsi dengan pelajar danmereka tidak harus menganggap pelajar seperti anak mereka sendiri melalui penjagaan kebajikan mereka.

Anda mungkin juga menyukai