Anda di halaman 1dari 4

Pilih kata hubung yang betul.

1. Saya _______________ Danial akan ke perpustakaan. A. sambil B. dan

2. Awak hendak ke kedai buku _____________ ke pasar raya ? A. dan B. atau

3. Adik menangis ______________ wang sakunya hilang. A. kerana B. sambil

4. Kaki adik luka ________________ dia tidak menangis. A. tetapi B. sejak

5. Amira belajar ______________ mendengar muzik. A. tetapi B. sambil

6. Shafik memasukkan pensel_______________ pen ke dalam kotak pensel. A. dan B. tetapi

7. Puan Aminah turun dari kereta ____________________ berjalan ke pejabatnya. A. lalu B. tetapi

8. Lutut Zaidi luka __________________ terjatuh dari basikal. A. atau B. kerana

9. Badan Zainal gemuk ________________ badan adiknya kurus.

A. sambil B. tetapi

10. Azim membaca buku _____________________ menunggu ayah menjemputnya. A. sambil B. tetapi Latihan Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 1. Ibu pergi ke pejabat. Mak cik pergi ke pejabat. (dan) __________________________________________________________________________ 2. Natalie hendak berenang di dalam kolam. Emak tidak membenarkan. (tetapi) __________________________________________________________________________ 3. Adam tidak dapat menghantare-mel kepada Shaamel. Komputer Shaamel rosak. (kerana) __________________________________________________________________________ 4. Ying Ger membuat kerja sekolah. Ying Ger mendengar radio. (sambil) __________________________________________________________________________ 5. Mimi memasukkan wang ke dalam mesin tiket komuter. Mimi menekan butang. (lalu) __________________________________________________________________________

Latihan (kata hubung) Latihan Isi tempat kosong dengna jawapan yang betul. 1. Saya __________ (dan, atau) kakak pergi pasar malam bersama-sama. 2. Azza cerdik __________ (atau, tetapi) dia sombong. 3. Abang bertepuk tangan ___________ (sambil, kerana) menyanyi. 4. Kita boleh menggunakan monorel __________ (tetapi, atau) konuter untuk ke destinasi yang

ingin kunjungi. 5. Mrid-murid masuk ke dalam kelas __________ (dan, kerana) loceng sudah berbunyi. Latihan : Ayat tunggal & ayat majmuk

Ayat Tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh : Lelaki muda itu sedang menembak burung. Subjek = Lelaki muda itu Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayattunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

Labelkan ayat tunggal (T) dan ayat majmuk (M) 1) Sang Tikus dan Sang Rama-rama datang membantu Sang Siput. ( ) 2) Ibu berasa bangga akan Nora. ( ) 3) Sila buang benda plastik dan aluminium ke dalam tong jingga. ( ) 4) Berjimat semasa gunakan air atau kertas. ( ) 5) Lalang itu tumbuh di tanah terbiar. ( ) 6) Rakyat Malaysia memasang Jalur Gemilang di bangunan perniagaan. ( ) 7) Sekolah saya kecil tetapi cantik. ( ) 8) Ada empat belas jalur pada bendera Malaysia. ( )

Jawapan : 1.M 2.T 3.M 4.M 5.T 6.T 7.M 8.T Pilih jawapan yang betul 1. Rambut kakak kamu panjang (atau , dan ) pendek ? 2. Mereka adalah abang (atau , dan ) adik saya. 3. Makanlah buah-buahan supaya badan kita sihat (atau , dan ) kuat. 4. Kamu suka warna biru (atau , dan ) warna hijau?

5. Bapa akan bertolak pada waktu petang (atau , dan ) waktu malam.

Jawapan :

1.atau 2.dan 3.dan 4.atau 5.atau