Anda di halaman 1dari 42

Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 1

GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN NILAI – NILAI


MURNI

Intisari Kandungan
Penghargaan

Takrif Globalisasi
3

Faktor Berlaku Dan Perkembangan Globalisasi


3

Sejarah Globalisasi
7

Kesan Perkembangan Globalisasi


8
Kesan Baik
8
Kesan Buruk
12

Takrif Nilai-Nilai Murni


19

Nilai Murni : Sebelum Dan Selepas Globalisasi


19

Keruntuhan Tamadun Insaniah (Nilai Murni Dan Moral)


23
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 2

Punca Keruntuhan Nilai-Nilai Murni Dan Moral


Masyarakat 30
Langkah-Langkah Mengatasi Keruntuhan Keruntuhan
Akhlak Dan Moral Masyarakat
33
Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial
Secara Lahiriah 33
Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial
Secara Rohaniah 36

Hubung-Kait Antara Perkembangan Globalisasi Dan


Pembangunan Nilai-Nilai Murni Dan Akhlak
40

Kesimpulan
41

Rujukan @ Bibliografi
42

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian,

terutama kepada Puan Norliah Kudus, Pensyarah bagi kursus Pembangunan Sosio-

Ekonomi Malaysia, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, dengan izin

dan bantuan Allah swt yang Maha Berkuasa keatas hamba-hamba-Nya, dapatlah jua kami

menyiapkan kertas kerja bagi kursus ini, yang bertajuk Globalisasi Dan Pembangunan

Nilai-Nilai Murni, tajuk yang dihasilkan dari ilham dan bimbingan Puan Norliah sendiri.

Sesungguhnya, kami sendiri amat merasakan ketidakmampuan untuk menyiapkan kertas


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 3

kerja ini dalam masa yang ditetapkan, apatah lagi berbagai topik disentuh, menyebabkan

bermacam-macam perkara perlu dititik beratkan.

Namun, dengan berkat para guru, ibubapa dan bimbingan rakan, serta tidak

dilupakan pada Allah yang Maha Segala-galanya. Tanpa-Nya, segala hasil usaha kami

tidak akan kemana, tetapi dengan harapan yang menggunung tinggi, serta dari kesedaran

kami bahawa kami cukup lemah, sehingga tak akan mampu melakukan apa-apa tanpa izin

dan kurnia-Nya. Terima kasih Tuhan, pimpinlah kami, janganlah Engkau tinggal dan

biarkan kami terkapai-kapai, disebabkan hijab oleh dosa-dosa kami pada-Mu, Tuhanku.

Harapan kami, dengan berakhirnya kertas kerja ini, ia bukan sekadar omongan

kosong, marilah kita mengaplikasi dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan, seperti

yang telah dihuraikan, agar ditengah perkembangan globalisasi yang kian membangun

ini, dapatlah kita menzahirkan satu masyarakat yang tetap berpegang teguh dengan

keyakinan kepada Tuhan, agama dan mengamalkan tuntutan-tuntutannya, serta nilai-nilai

murni yang disuburkan dengan sfat-sifat mahmudah, hasil dan natijah solat yang

khusyuk, dan hati yang baik, serta nafsu yang terpuji lagi terpimpin. InsyaAllah....

GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN NILAI – NILAI

MURNI

Takrif Globalisasi

Globalisasi merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan

yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Segala modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa

yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan

kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 4

Terdapat 2 pandangan tentang globalisasi

1) globalisasi merupakan sesuatu yang berfaedah, iaitu kunci kepada pembangunan

ekonomi dunia pada masa depan.

2) globalisasi dilihat sebagai sesuatu yang akan meningkatkan jurang perbezaan di dalam

negara antara bandar dengan luar bandar dan antara negara di dunia (negara maju dan

negara membangun), menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan

menghindarkan perkembangan sosial.

Faktor Berlaku Dan Perkembangan Globalisasi

1) Penjajahan Barat Di Seluruh Dunia

Seperti yang dimaklumi oleh segenap masyarakat bahawa, hampir tidak

ada dari permukaan bumi ini yang tersisa dari dizalimi oleh Barat semasa Zaman

Penerokaan hinggalah Zaman Imperialisme, yang menyaksikan penduduk peribumi

dikerah dan dieksploitasi sesuka hati, demi menjayakan kepentingan-kepentingan

penjajah. Hasilnya, seluruh dunia terkesan dengan Barat, dimana sistem pentadbiran,

politik, ekonomi, sosial dan perundangan, semuanya dirombak dan diBaratkan.

Generasi perbumi seterusnya, mendapat pendidikan yang berorientasikan Barat dengan

menganggap Barat adalah segala-galanya, yang terkuat, yang termaju, bertamadun dan

hebat. Kesan dari itu, generasi-generasi peribumi seterusnya amat dan sangat taksub

terhadap Barat, bahkan menganggapnya sebagai kiblat kemajuan dan ketamadunan.

Natijahnya, globalisasi yang dicanang dan dipelopori Barat, diterima dengan baik oleh

negara-negara yang telah dijajah ini. Sebenarnya, penjajahan telah melemah dan

mematikan akar semangat perjuangan bangsa, buktinya, bangsa-bangsa empayar dahulu

seperti Turki, Arab dan China serta tak dilupakan bangsa Melayu, telah lemah apabila
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 5

bertentang dengan Barat, kerana segala sistem yang membangunkan bangsa tersebut

telah dieksploitasi dan diubah oleh Barat, sehingga tak mampu bangun kembali.

2) Pengaruh Barat Terhadap Politik, Ekonomi Dan Sosial Masyarakat Dunia

Dunia hari ini menyaksikan bahawa Barat sedang berada di pundak

kejayaan, dimana mereka adalah pencatur bumi, segala-galanya dikawal dan dipegang

oleh mereka. Sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial masyarakat hari ini, tidak

kira dimana-mana semuanya berpaksikan kepada Barat. Walaupun berbagai

kepincangan dan pergolakan berlaku, disebabkan pengenalan dan percanggahan

pendapat kepada sistem-sistem tersebut, masyarakat dunia tetap bertegas dengan

memandang bahawa itulah sistem terbaik, contohnya demokrasi dan ekonomi

berasaskan riba. Mereka berkuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan bangsa-bangsa

lain dibawah telunjuk mereka, contohnya, mereka menaikkan Israel dengan meletakkan

Palestin sebagai tanah untuk bangsa Israel yang merempat didunia ini. Mereka juga

menjatuhkan bangsa-bangsa yang tidak disukai atau yang menentang, sama ada

terhadap mereka mahupun para sekutunya, seperti Afghanistan, Iraq dan Syria.

Ekonomi Barat dijadikan ikutan dan dijadikan sandaran nilai matawang negara masing-

masing, demi kepentingan mereka terhadap Barat. Begitu juga, sistem sosial masyarakat

dicerobohi dengan budaya-budaya yang bertentangan dengan kesejahteraan dan fitrah

manusia, seperti budaya kuning, lucah dan buruk, lantas menyebabkan muda-mudi

harapan bangsa hancur dibelai nafsu mereka sendiri. Bolehkah diharapkan kepada

bangsa yang sudah rosak keturunan dan peribadi mereka, untuk menegakkan agama dan

kemuliaan negara? Tidak mungkin sama sekali, buktinya Rasulullah sangat menjaga

kesucian keturunan keluarganya dan para sahabat, lalu tersaksilah dihadapan mata kita,

lahir satu bangsa yang sangat cinta dan takutkan Tuhan, dan bersemangat luar biasa
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 6

hingga ¾ dunia ditangan mereka, sedang dunia tidak terlekat didalam hati mereka

langsung.

3) Pemodenan Dunia Dan Konsep Tamadun Manusia Tanpa Sempadan

Realiti dunia yang harus diakui di kala kita menyelusuri abad ke-21 ini ialah,

dunia pesat membangun dalam teknologi informasi, teknologi satelit, dan multimedia,

yang memberi impak luar biasa terhadap masyarakat disegenap pelusuk dunia. Tidak

ada yang tidak terkesan dengannya, terutama dizaman ini. Orang yang tidak ada

televisyen dan radio dianggap ketinggalan zaman dan jumud, termasuk dikampung,

malahan suasana sekarang meletakkan perlunya teknologi sebagai sumber hiburan,

seperti Astro. Kehidupan manusia hari ini juga sangat bergantung kepada perkakasan

elektronik dan perhubungan, menyebabkan interaksi antara manusia, mahupun diantara

tamadun menjadi lebih mudah dan cepat tersebar. Manusia berkomunikasi dengan

berbagai cara, sehingga capaian maklumat dikatakan berada dihujung jari, seterusnya

mencipta satu istilah yang amat popular, iaitu ‘dunia tanpa sempadan’. Ini secara tidak

langsung adalah satu pengishtiharan perang dan cabaran terhadap bangsa lain, dimana

negara-negara didunia ini, perlu bersaing dengan cara yang pantas dan lebih sengit.

Negara yang lambat atau menutup pintu mahupun menentang arus, akan ketinggalan

dan tidak mustahil untuk diancam dari penjajahan dan kezaliman manusia. Semua ini

secara tidak langsung akan mengakibatkan, proses globalisasi menjadi lebih senang dan

tersebar dengan luas merentasi sempadan geografi, agama, bahasa mahupun budaya

masyarakat dunia. Hasilnya, satu dunia umpama dibawah satu ketamadunan iaitu

tamadun Barat, segalanya berkembang dan pertentangan atau kekangan yang wujud

hasil pertembungan antara tamadun, ditinggalkan dan menjadi sejarah bangsa, bukan

lagi untuk dijadikan pegangan dan diperjuangkan.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 7

4) Desakan Untuk Memperkasa Struktur Politik, Ekonomi Dan Sosial Masyarakat

Hasil persaingan yang wujud diantara masyarakat dunia, menyebabkan tidak

boleh tidak, pucuk pimpinan sesebuah negara terpaksa akur dan menyahut seruan

globalisasi untuk memperkukuhkan struktur-struktur politik, ekonomi, dan sosial di

negara tersebut, dari jatuh dan dikuasai, samada musuh dari dalam dan luar negara.

Globalisasi dijadikan sebagai senjata untuk menentang globalisasi itu sendiri, dengan

kebaikan diambil, dan keburukannya ditentang dan dihalang. Apa yang menakutkan

ialah, globalisasi tidak menjadikan negara itu terus jatuh, sebaliknya, menjatuhkan

moral, sivik, akhlak dan malu tonggak-tonggak negara hilang dan tercemar iaitu rakyat,

terutama muda-mudi dan tidak terkecuali para pemimpin dan orang tua. Ini wujud

kerana globalisasi itu sesuai dengan tuntutan nafsu mereka, menyebabkan nafsu sangat

memperjuang keinginannya seperti zina, rasuah, dan caci-maki dan lucah, lalu

seterusnya menewaskan tuntutan fitrah (hati) dan kesejahteraan mereka yang

menginginkan kebahagiaan dan hidup yang selamat, serta tidak dinodai dosa. Begitulah

yang dapat diungkaikan mengenai kekuatan globalisasi yang menyusup melalui

berbagai cabang didalam kehidupan manusia, menjadikan manusia tidak dapat duduk

senang akibat nafsunya yang diransang berbagai cara, seperti hiburan dan pergaulan

seharian yang telah rosak.

Sejarah Globalisasi

Sejarah globalisasi sudah bermula sejak dahulu kala, iaitu manusia berkembang

dan maju secara global, bukan khas kepada satu penempatan dan sesuatu masyarakat

sahaja. Islam telah menjadi global dengan perantaraan industri perdagangan di seluruh

dunia, ketika zaman kemuncaknya. Tetapi, globalisasi yang dimaksudkan dengan


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 8

pendedahan dunia atau permulaan satu lagi zaman perkembangan manusia bermula

pada saat meletusnya gerakan penjajahan Barat di seluruh dunia, termasuk Dunia Islam.

Disaat itu, masyarakat mula terdedah dengan teknologi moden seperti senapang, peluru

dan kenderaan pra moden, hasil pengubahsuaian dan kajian mendalam terhadap ilmu

yang telah dirampas dari Pusat Kegemilangan Ketamadunan Islam seperti Andalus,

Cordova, Madrid, Seville, Sicily dan Baghdad, serta Syria. Berlanjutanlah zaman ini,

tetapi kesannya terhadap masyarakat masih di tahap minimum disebabkan

ketidakmampuan masyarakat dan sikap berhati-hati penjajah. Tetapi, globalisasi

(kemajuan) dapat diterima hampir 30% dari rakyat apabila kita mencapai kemerdekaan

tanggal 31 Ogos 1957, dan setiap hari semakin ramai yang terdedah kepadanya sama

ada melalui pendidikan, pekerjaan, mahupun dari unsur-unsur kehidupan hariannya,

seperti radio dan televisyen. Akan tetapi, ledakan globalisasi meletus bermula pada era

90-an apabila masyarakat sudah ramai yang berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan

besar, serta keadaan negara yang sudah maju dan mantap, dari segi politik, ekonomi dan

sosial. Hampir ke era Millenium (2000), hampir tiada masyarakat yang masih tidak

pernah terdedah, malahan teknologi moden sudah melimpah ruah dan menggiatkan

persaingan ekonomi diarena antarabangsa. Tidak ketinggalan, masyarakat juga

berpeluang menikmati cara dan taraf hidup yang agak mewah, dimana kita dapat

saksikan hampir setiap orang dingara, malahan diseluruh dunia memiliki telefon bimbit,

serta alatan keperluan seharian yang moden dan lengkap-melengkapi antara satu sama

lain. Hinggalah ke era sekarang, 2006, peredaran teknologi masih lagi tidak berhenti,

dengan berbagai ledakan teknologi dan informasi yang kian mencabar dan mencatur

hidup manusia di segala segi.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 9

Kesan Perkembangan Globalisasi

Setiap perubahan itu pasti meninggalkan kesan sama ada dari segi

kebaikan dan keburukannya, seterusnya, kita akan melihat kesan-kesan kebaikan dan

keburukan perkembangan globalisasi terhadap masyarakat, negara dan dunia.

Kesan Baik

1) Dunia Berubah Kearah Lebih Maju Dan Berkembang Pesat

Tidak dapat dinafikan kemajuan dunia hari ini adalah sumbangan dari

perkembangan globalisasi, segalanya seperti kemudahan infrastruktur seperti bangunan

pencakar langit, jalan raya, penerbangan udara, kapal-kapal laut semuanya berkembang

pesat, hingga kadang-kadang menimbulkan takjub terhadap manusia itu sendiri. Begitu

juga keadaannya tentang perkembangan komunikasi dan multimedia, segalanya berlaku

dengan pantas, contohnya generasi muda yang baru setahun jagung sudah mampu

mengendalikan komputer dan internet, sedang generasi tua turut terpengaruh, hingga

sanggup menghadiri kelas komputer dalam keadaan bertongkat. Budaya masyarakat

berilmu dan mengaplikasi teknologi, dapat dilihat berkembang dengan pesat, bukan

sahaja di bandar, malah kampung-kampung juga turut terkesan akannya. Keindahan

alam turut tidak dilupakan, munculnya taman-taman yang mempesonakan dan

menawan, seperti yang dapat dilihat di Jepun dan kelompok Asia Timur yang amat

mementingkan keharmonian diantara pembangunan dan alam sekitar, cuma Malaysia

dilihat kurang berjaya dari segi itu, yang mungkin berpunca dari mentaliti masyarakat

yang kurang dari kesedaran siviknya. Kesimpulannya, seluruh infrastruktur dunia dan

mentaliti berubah semenjak globalisasi yang tercipta, semenjak kehadiran Barat di

tanah-tanah jajahan mereka.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 10

2) Perhubungan Antara Manusia Menjadi Lebih Pantas Dan Meluas

Satu lagi kesan baik dari perkembangan globalisasi ialah, segala

perhubungan yang wujud antara manusia menjadi pantas, hasil pertembungan antara

tamadun Barat dengan dunia keseluruhannya. Ini dapat dilihat melalui ledakan

teknologi yang berlaku dengan cepat hasil inovasi manusia terhadap peralatan elektrik

dan elektronik, contohnya televisyen dan komputer yang membentangkan informasi

dalam berbagai bentuk seperti perkataan, suara dan imej-imej digital, grafik, dan

animasi yang berbagai dimensi. Secara tidak langsung, teknologi-teknologi ini umpama

“lebuhraya informasi” dengan menggunakan jaringan optik gentian sebagai medium

pehubung informasi diantara manusia dan tamadun. Kesannya, ilmu pengetahuan dan

pertukaran maklumat antara negara, diperolehi dengan pantas oleh masyarakat,

malahan dapat mendorong kerajaan Malaysia, untuk melaksanakan pembinaan

prasarana teknologi informasi yang maju dan canggih, seperti projek Koridor Raya

Multimedia dan Cyberjaya, bagi memberi impak keatas corak pendidikan dan

perkembangan negara masa depan. Pengaruh kuat teknologi informasi juga menyerang

instisusi pengajian tinggi seluruh dunia, dimana rangkaian komputer dan internet telah

ditransformasi sebagai cara berinteraksi antara pensyarah dan pelajar, juga untuk

merujuk bahan-bahan rujukan yang telah didigitalisasikan menggunakan skrin

komputer. Begitulah berbezanya keadaannya perhubungan manusia di zaman globalisasi

dengan keadaan perhubungan zaman-zaman sebelumnya, umpama mimpi menjadi

realiti.

3) Cara Hidup Dan Taraf Ekonomi Masyarakat Dunia Meningkat

Begitu juga dengan keadaannya mengenai perubahan cara hidup dan taraf

ekonomi masyarakat dunia meningkat sedikit demi sedikit, selepas kemajuan yang
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 11

disebabkan perubahan sistem-sistem politik, ekonomi dan sosial keatas masyarakat.

Contoh yang dapat dilihat ialah Malaysia sendiri, dimana sebelum kemerdekaaan dan

penerimaan globalisasi secara maksimum berlaku, hanya golongan atasan sahaja yang

berupaya memiliki kehidupan yang mencukupi segalanya. Tetapi, semenjak penerimaan

negara kepada teknologi dari segi industri, pertanian dan perkhidmatan sosial,

menjadikan rakyat biasa juga mampu memiliki kehidupan yang baik, dengan

penyediaan kerja yang sesuai dan berbaloi. Hingga hari ini, pertambahan ekonomi

masyarakat meningkat dengan melihat kepada pertambahan kereta yang digunapakai

oleh rakyat. Kajian menunjukkan setiap tahun hampir 1 juta kenderaan di beli,

menggambarkan peningkatan sumber dan perolehan ekonomi (material) mereka. Begitu

juga keadaannya dengan infrastruktur yang lain seperti rumah-rumah, perkhidmatan

kemudahan asas seperti air, elektrik dan pengangkutan awam meningkat secara

berperingkat-peringkat, yang sekaligus menggambarkan kemakmuran, hasil globalisasi

terhadap rakyat dan negara..

4) Kesatuan Dan Toleransi Antara Negara-Negara Di Dunia

Kesan dari perkembangan globalisasi yang menonjolkan kemudahan

perhubungan antara manusia dan negara, wujud pula kesatuan-kesatuan yang bertaraf

antarabangsa dan global, yang bertujuan untuk membantu, menyelesai, mahupun

sebagai wadah (tempat) perbincangan dan keputusan bersama. Kemudahan

berkomunikasi antara satu sama lain telah menyebabkan negara-negara di dunia mencari

persamaan antara mereka untuk bersatu di bawah satu panji-panji, dengan kepentingan

tertentu. Contoh yang paling dekat ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

yang mempunyai bilangan ahli terbanyak di dunia, dengan tujuan sebagai badan bebas

yang menyelesaikan dan perbincangan masalah yang wujud antara negara-negara, tanpa
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 12

melibatkan peperangan dan keganasan. Namun begitu, tidak semua pertubuhan

antarabangsa mampu mengawal pergerakan negara anggotanya, kerana konsep “the

stronger wins” masih diamalkan oleh negara kuasa besar, untuk menyelesaikan

matlamat dan kepentingan-kepentingan di dunia. Namun, adanya satu wadah

perbincangan sudah cukup baik, sebagai tempat lahirnya toleransi dan kesefahaman di

antara kerajaan-kerajaan di dunia ini.

5) Taraf Kesihatan Dan Pertumbuhan Masyarakat Dunia Meningkat

Tidak ketinggalan untuk dinyatakan mengenai kesihatan dan pertumbuhan

masyarakat dunia meningkat, hasil kepantasan perhubungan antara manusia, juga hasil

hubungan baik yang terjalin di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa itu tadi.

Pelbagai penawar dan vaksin untuk pelbagai penyakit, dapat dicipta hasil teknologi

perubatan. Begitu juga mengenai wabak (tentera Tuhan) yang melanda dunia, seperti

selsema burung yang meresahkan dunia, pelbagai informasi dan cara pencegahan, serta

kaedah penyiasatan, di sebarkan di seluruh dunia, untuk mencegah dan menghalang

penularan wabak yang berbahaya terhadap manusia ini. Begitu juga mengenai kebuluran

dan keganasan peperangan di negara-negara miskin di Afrika, hasil bantuan globalisasi,

bantuan kemanusiaan dan keamanan, dapat disampaikan melalui petubuhan-pertubuhan

antarabangsa dengan cepat dan berkesan. Hasilnya, penyakit kurang, seterusnya

pertumbuhan masyarakat tidak terbantut, sebaliknya berkembang dengan pesat hingga

mampu mencecah angka 6 billion manusia di dunia ini, yang hanya berasal dari moyang

yang satu, Adam alaihissalam.

Kesan Buruk

Tidak ketinggalan dinyatakan mengenai kesan buruk perkembangan

globalisasi terhadap masyarakat, negara dan dunia. Umpama membangunkan negara,


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 13

tangan kanan membangunkan negara dengan begitu menakjubkan, sedang tangan kiri

menjatuhkan dan meletakkan akhlak dan insaniah masyarakat di tempat terendah di

kalangan makhluk Tuhan. Begitulah perumpamaan perkembangan globalisasi ini.

1) Eksploitasi Dan Penggunaan Secara Maksimum Keatas Sumber Alam

Perkembangan globalisasi menyebabkan alam semula jadi yang bernilai

seperti pokok, minyak dan binatang, menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan

manusia. Sebelum globalisasi (pengenalan kepada penggunaan teknologi tinggi),

manusia hanya dapat mengumpulkan sumber alam melalui tenaga manusia dan haiwan,

tetapi dengan teknologi yang tidak mengenal letih dan penat ini, menyebabkan manusia

seronok mengaut keuntungan alam sekitar, tanpa menjaga dan mengelak pembaziran,

kepupusan dan pemuliharaan sumber-sumber tersebut, disebabkan permintaan dan

kehendak pasaran yang tinggi. Contohnya, minyak dan pokok yang dieksploitasi

manusia demi mengejar keuntungan yang berlipat ganda, akibat permintaan yang

mendesak dari manusia, tanpa kawalan mereka menggondol kurniaan Tuhan demi

kepentingan diri dan kroni-kroni mereka. Malahan, unsur-unsur gejala negatif dan tidak

amanah didapati, apabila para pemimpin sendiri yang merelakan pemusnahan sumber

alam, akibat gejala rasuah yang berleluasa di dalam pentadbiran negara dan darah

daging para pemimpin yang berkhianat.

2) Sistem Politik, Ekonomi, Dan Sosial Dunia Di Catur Barat Dan AS

Rahsia di sebalik perkembangan globalisasi yang dicanang-canang Barat

dan Amerika Syarikat adalah untuk melebar dan memperkukuhkan pengaruh mereka, di

dalam segala bentuk sistem yang terdapat di dunia ini. Biarlah mereka tidak dapat

menguasai tanah (penjajahan), tetapi apabila mental dan hati para pemimpin dan rakyat

dapat dikawal, melalui sistem pendidikan yang dilagang oleh mereka sendiri (Barat),
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 14

maka lahirlah peribadi pemimpin yang sama dengan peribadi mereka (Barat), itu sudah

cukup menghiburkan. Ini kerana, apabila hati berhajatkan benda yang sama, maka tidak

perlulah untuk menjajah lagi, kerana mereka sendiri akan datang menyerahkan maruah

bangsa, negara dan agama mereka sendiri. Hasilnya, apabila semua sudah diserahkan

secara sukarela, tersebarlah dan tercengkam sistem-sistem yang dicipta dan dilagang

mereka (Barat), terhadap sistem-sistem yang mencorak dan mentadbir masyarakat

dunia, dengan semuanya berpaksikan Barat, tanpa sedikit penolakan. Dari cara

mentadbir, berekonomi, bersosial, bahkan cara berfikir dan bertindak, serta berpakaian,

ditiru bulat-bulat oleh masyarakat dunia, tanpa penolakan langsung. Hasilnya, Barat

mencapai cita-citanya sebagai penakluk terhebat, tanpa satu pun tanah taklukan,

melalui para pemimpin masyarakat yang telah dididiknya dengan tarbiyah yang amat

berkesan, iaitu cinta dunia dan takut mati, dan sekularisme yang telah diIslamisasikan.

3) Perubahan Amalan Masyarakat Mengenai Tata-Nilai Dan Nilai Murni

Globalisasi bukan sahaja menyentuh fizikal seperti pakaian kita, bahkan

menyentuh dan mengubah pemikiran dan selanjutnya mempengaruhi amalan seharian

kita. Perubahan yang dimaksudkan ialah mengenai pandangan masyarakat terhadap tata-

nilai dan nilai-nilai murni. Jika satu masa dahulu, masyarakat kita dikatakan kaya dari

nilai-nilai murni, umpamanya senyum apabila berjumpa dan berbudi bahasa, tapi

selepas negara menerima tempias globalisasi dan pengenalan kepada zaman moden,

tata-nilai masyarakat berubah dari amalan budaya berbudi bahasa dan kepada budaya

nafsi-nafsi (diri sendiri). Dulu, kita bebas untuk senyum dan memberi salam kepada

sesiapa sahaja, tetapi sekarang kita mempersempitkannya hanya kepada keluarga dan

sahabat handai. Suasana masyarakat harmoni tidak lagi dilihat di pasaraya dan pusat

membeli-belah, bahkan ahli masjid turut terkesan akannya. Sikap hormat-menghormati


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 15

dan suka membantu orang lain telah hilang dari amalan masyarakat, termasuk dari sudut

pelajar – guru/pensyarah, anak – ibubapa, dan rakyat – pemimpin. Segala hubungan itu

telah rosak akibat kesan globalisasi, dan konsep hidup nafsi-nafsi yang memperlihatkan

nafsu menguasai amalan masyarakat, tidak ada lagi masyarakat yang sangggup

berkongsi penderitaan dan kesengsaraan. Masing-masing tidak mahu susah, malahan

tidak memikirkan pun keadaan jiran yang bersebelahan dengan rumahnya. Begitu

berubahnya tata-nilai dan nilai murni, hingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen

Pembudayaan Nilai-Nilai Murni, peringkat kebangsaan secara besar-besaran untuk

menyedarkan masyarakat akan kepentingan pengamalan nilai-nilai murni dalam

kehidupan seharian.

4) Sistem Ekonomi Dunia Yang Berqiblatkan (Dolar dan Euro) Barat

-Satu Bentuk Penjajahan Baru-

Globalisasi juga menyebabkan perubahan qiblat sistem ekonomi dunia dari

pergantungan matawang kepada emas, kepada pergantungan terhadap nilai matawang

Dolar Amerika dan Euro Eropah. Selepas zaman penjajahan yang menyaksikan penjajah

menukarkan penggunaan matawang Dinar Emas yang dipelopori oleh Tamadun Islam,

kepada penggunaan matawang berasaskan kertas dan kuprum. Dimana-mana tanah

jajahan, sama ada di Timur Tengah mahupun Timur Tenggara, sistem Dinar dihapuskan

sama ada secara keganasan seperti di Melaka, mahupun secara penipuan dan muslihat

seperti di Mesir dan Turki. Ini kerana, semasa Daulah Mamlukiah memerintah Mesir,

yang pada waktu itu Barat sudah menjejak dan berdagang disana, Al-maqrizi (ilmuan

Islam) dan Sultan Barkuk (pemerintah) telah termakan kata Barat mengenai sistem

Dinar dan Dirham yang mengurangkan bekalan emas dan perak dunia. Apatah lagi

dikala itu berlaku kekurangan perak, maka diperkenalkan kuprum sebagai transaksi
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 16

perdagangan. Apa yang berlaku sebenarnya ialah Barat dapat melihat kekuatan

Tamadun Islam yang menjalankan ekonomi berasaskan emas, lalu ditipu segelintir umat

Islam, menyebabkan tindakan Sultan Barkuk itu didikuti kerajaan Islam lain, demi

mendapatkan perhatian dan tumpuan Barat. Mendarah-daginglah sistem itu sehingga

hari ini di seluruh dunia.. Wang kertas yang besandar kepada Dolar dan Euro sangat

berbeza daripada wang sebenar. Kestabilannya bergantung kepada kekuatan ekonomi,

sistem kewangan dan polisi fizikal dalam sesebuah kerajaan yang menyokongnya. Ini

menampakkan betapa rapuhnya sistem matawang kertas yang berasaskan Dollar US

yang digunapakai sekarang. Dinar emas disarankan sebagai satu mekanisma

penyelesaian dagangan antarabangsa di antara negara-negara Islam, kerana nilai emas

adalah lebih stabil dan tidak berubah-ubah dalam jangka masa yang panjang, jika

dibandingkan dengan matawang flat. Selain itu, Amerika menggalakkan negara lain

menyandarkan nilai kewangan kepada dolar, supaya pengaruh Amerika meluas, dan

Amerika menjadi penentu, dan kuasa ekonomi terbesar di dunia. dengan menampilkan

kononnya ia sangat stabil. Padahal, telah terbukti berbagai krisis dan penyelewengan

berlaku sejak ia disabitkan sebagai nilai standard dunia. Malahan, Amerika dapat

mengawal ekonomi dunia kerana, adalah mustahil untuk nilai matawang negara lain

mengatasi nilai matawang Amerika, lalu selama-lamanyalah dunia dikuasai Amerika,

jika tidak ada negara yang berani menentang dan memperkenalkan kembali sistem dinar

emas yang terbukti berkesan, dimana tiada berlaku langsung kegawatan atau

penyelewengan didalam seluruh Tamadun Islam. Sistem kapitalisme yang digunapakai

telah terserlah kecacatan dan kelemahannya, hanya sistem ekonomi Islam yang selamat

lagi menyelamatkan mampu mencorak dunia yang lebih gemilang.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 17

5) Gejala Sosial Dan Ikon-Ikon Hiburan Barat Menjadi Idola Remaja Dunia

Satu perkara yang menghairan berlaku pada hari ini, hasil perkembangan

globalisasi dan teknologi penyiaran moden, lahir satu generasi remaja yang terdiri dari

seluruh dunia, yang amat taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan yang terdapat

di Barat. Tidak ketinggalan juga diperkatakan mengenai ikon-ikon bolasepak di Eropah

yang menguasai jiwa remaja-remaja di dunia, termasuk yang beragama Islam. Ini kerana,

ikon-ikon yang berlatar belakang keluarga berpecah-belah, dan mengamalkan cara hidup

yang tidak berTuhan dan songsang itu, cukup diminati oleh remaja dan mempengaruhi

kehidupan mereka, selaras dengan kehendak nafsu mereka. Daripada cara berhibur,

berlanjutan ke cara berpakaian, yang seterusnya berlanjutan ke dalam cara hidup dan

amalan seluruh kehidupan, serta cara berfikir dan bertindak ikon-ikon tersebut, ditiru dan

diaplikasikan pula didalam kehidupan generasi terbabit. Hasilnya, kita melihat betapa

berleluasanya gejala sosial yang melanda remaja hari ini. Dadah, arak, zina, pil khayal

dan rokok serta pendedahan aurat, juga pengguguran haram menjadi mainan kehidupan

mereka. Ketaksuban mereka meniru segalanya, memungkinkan dan membenarkan mereka

menderhaka kepada ibubapa, guru dan pemimpin, seperti yang berlaku hari ini.

Kerosakan semua ini berpunca dari tersalah memilih hiburan yang tidak berpaksikan

keTauhidan kepada Allah, dan lari dari fitrah manusia. Akibat dari itu, ada diantara

mereka yang sesat terlalu jauh akibat dipandu syaitan, sehingga mereka menyembah dan

memuja musuh manusia dan Allah itu, seperti yang berlaku kepada Black Metal dan JIT

(Jangan Ikut Tuhan), Wanauzubillah. Segala bentuk hiburan yang melalai dan

merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi zat dan vitamin

yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara

senyap tanpa disedari. Pada masa yang sama ia juga merupakan pil penyubur kepada
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 18

nafsu yang tidak pernah rehat merosakkan manusia. Tidak membawa manusia kepada

fitrah kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan. Malah Tuhan langsung diketepikan.

Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar, lalu terbentuklah

peribadi yang rosak dan merosakkan. Hanya memberi kelegaan dan kepuasan yang

bersifat sementara. Tidak kekal dan tidak selamat, malah ramai yang tertipu dengan

hiburan sementara ini. Mereka akhirnya memerangkap dan menjerat diri, hingga

menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan

nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan sekadar

untuk 'release tension' tapi, akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan diri dan

mengakibat kerosakan yang cukup besar dan kronik. Hiburan yang mendidik manusia,

akan membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan,

serta kesannya berkekalan. Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup

dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan

fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan.

Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam

mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya, serta mampu mencorak dan

melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. InsyaAllah....

6) Kebebasan Media Massa Menyebar Fitnah Dan Khabar Angin

Perkembangan globalisasi menyebabkan perkembangan dan kemajuan manusia

didalam bidang percetakan dan penerbitan. Dengan akal yang diberi, serta keizinan

Tuhan, menyebabkan berbagai penciptaan teknologi dapat dicipta dalam kehidupan

manusia. Begitulah kekuatan akal, sekalipun manusia itu tidak mengiktiraf kewujudan

Tuhan yang menciptakannya, kasih sayang Tuhan tetap meliputi orang kafir dengan sifat

Rahman-Nya. Dengan kemajuan yang dikecapi, media massa menjadi satu medium yang
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 19

penting dalam memberi maklumat dan informasi dunia terkini. Ditambah lagi dengan

kewujudan televisyen dan internet, yang sangat penting didalam kehidupan manusia,

menjadikan kemajuan media massa diambil kesempatan oleh orang yang tidak bermoral

dan berkepentingan, untuk menyebar fitnah dan bahan-bahan lucah dan keji, kepada

masyarakat. Terdedahlah masyarakat dengan berbagai penipuan, propaganda dan khabar

angin, serta fitnah dan bahan lucah yang tersebar di seluruh alam, tanpa sekatan,

perlindungan dan halangan dari mana-mana pihak. Hasilnya, berbagai masalah timbul

ditengah masyarakat seperti keamanan tidak lagi wujud, contohnya perogolan yang

berleluasa, tanpa mengira lagi umur dan kecantikan, disebabkan tidak mampu mengawal

nafsu yang diransang oleh persekitarannya, iaitu media massa, sama ada televisyen,

gambar dan dokumen-dokumen yang penuh dengan bahan-bahan yang menjelekkan dan

keji, serta didedahkan dengan kejahatan manusia angkara fitnah dan pembohongan.

Takrif Nilai-Nilai Murni

Takrif Nilai-Nilai Murni dapat disimpulkan sebagai istilah yang mana kalau dikaji,

Nilai sahaja membawa makna berharga dan bermutu serta mempunyai nilai yang tinggi

disebabkan keadaannya. Sedang, Murni membawa makna sesuatu yang suci lagi bersih

dan indah. Oleh itu, Nilai Murni umpama bunga diri pada seseorang, sebagaimana bunga

pada sesuatu pokok yang membezakannya dengan pokok yang tiada bunga.

Nilai Murni : Sebelum Dan Selepas Globalisasi

Dalam bahagian ini, kami akan menunjukkan kesan globalisasi yang dikhususkan

terhadap orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Penerimaan Malaysia secara

besar-besaran terhadap globalisasi, adalah selepas kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos

1957 di Padang Merdeka, Kuala Lumpur. Kerana sejak itu, kita dapati Malaysia mula
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 20

membangun dan menerima kesan perkembangan globalisasi yang ketara disebabkan

kemajuan yang dialaminya. Oleh itu, kita akan melihat perubahan masyarakat dari

sebelum dan selepas merdeka yang berlaku, sama ada disedari atau tidak.

Perbezaan budaya masyarakat sebelum dan selepas kemerdekaan (globalisasi) :

1. Dahulu, boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang

kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (rumah kos

murah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-

orang kaya.

2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah, justeru

hidup nafsi-nafsi (diri sendiri) telah menebal.

3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-

sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang

merotan, betapa orang biasa.

4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi menyorok-nyorok, sekarang orang membuat

maksiat secara terang-terangan.

5. Dahulu orang alim, cikgu dihormati dan disegani, sekarang orang tidak

peduli.

6. Dahulu kalau pengantin baru di dalam masa sebulan menziarahi keluarga kedua belah

pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak dan juga orang yang

dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 21

7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan sama ada untuk menerima atau

menolaknya, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding. Hari ini

suasana ini sudah tiada lagi, bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.

8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan lebih-lebih lagi hendak berjalan

berdua-duaan, dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua

yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak

mengambil upah, bahkan setengah-setengah guru, dia menanggung makan lagi murid-

muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi kerja komersil.

10. Dahulu kalau alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.

11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung sudah menjadi adat setiap

orang boleh mengambilnya, makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa

balik. Sekarang jangan, akan dianggap mencuri atau menceroboh.

12. Dahulu kalau orang menangkap ikan sungai, dapat banyak mereka agih-agihkan

kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.

13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung orang-orang tua akan mendamaikan dan

dibuat kenduri, adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.

14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan tidur di masjid atau di

surau. Sekarang sudah tiada lagi.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 22

15. Dahulu kalau anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh bersunat, begitu

juga anak-anak perempuan khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang

bersunat atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.

16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran mereka

menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, kalau

nakal anak saya ini rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang

larang.

17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak

berlaku lagi.

18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang

tidak pakai songkok, sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.

19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di

jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-dua lelaki perempuan bukan muhrim jadi

budaya.

20. Dahulu pasangan yang berkahwin lelaki dengan yang perempuan mesti ada jarak

umur, di antara isteri dengan suami ialah suami lebih tua daripada isteri paling tidak lima

tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.

21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain seperti sebagai

polis, askar, kalau balik cuti bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan tuan-tuan guru dan

orang-orang penting di kampung itu diziarahi sama. Kalau tidak dianggap tidak beradab.
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 23

Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada

lagi.

22. Dahulu perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah, kecuali dengan

keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati tidak kira sama ada seorang diri atau

dengan orang lain perkara biasa.

23. Dahulu di dalam masa pertunangan jangan mimpi hendak bertemu lebih-lebih lagi

hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-dua,

betapa pula setelah bertunang.

Inilah perbezaan yang kadang-kadang kita perasan, ada juga yang tidak pernah sedar pun,

betapa budaya masyarakat kita telah berubah disebabkan perkembangan globalisasi, apa

yang baik kita ambil dan suburkan kembali, dan apa yang hilang, perlulah dicari dan

diamalkan semula, agar budaya kita tidak hanya menjadi sejarah dan kenangan manis

kegemilangan dan keluhuran bangsa kita sahaja.

Keruntuhan Tamadun Insaniah (Nilai Murni Dan Moral)

Keruntuhan nilai-nilai murni atau insaniah manusia bukanlah suatu perkara yang

dapat disangkal lagi. Bukan sahaja bangsa kita mengalaminya, bahkan negara-negara

maju turut dan terkesan, malahan pelopor cara hidup, sekaligus diantara penyebab

keruntuhan tamadun rohaniah ini. Kemajuan fizikal semata-mata, tidak kira betapa

hebatnya akan cepat jatuh dan musnah kalau orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah

mereka. Contohnya, kemajuan yang dicapai tanpa akhlak yang mulia, akan menyebabkan

bangsa-bangsa di dunia mengutuk dan sakit hati. Musuh pun banyak. Inilah yang berlaku

kepada bangsa Eropah, Amerika dan Rusia. Di zaman kemegahannya, mereka kuat tetapi
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 24

dunia benci dengan mereka. Mereka maju, tetapi dunia tidak senang. Dunia akui mereka

berilmu dan maju, tetapi dunia benci perangai dan akhlak mereka yang mirip kepada

perangai haiwan. Di dalam kemajuan dan tamadun mereka, mereka membawa bermacam-

macam penyakit dan masalah kepada dunia. Tidak ada bahagian dunia yang tidak diserang

dan terlepas oleh penyakit-penyakit dari Barat dan Amerika seperti penzaliman,

pendedahan aurat, pelacuran, disko, pergaulan bebas, perjudian, minum arak, tidak hormat

ibu bapa, menyayangi binatang dan membenci manusia, homoseks, lesbian dan seribu

satu macam penyakit kekufuran dan moral. Ini berbeza dengan keadaan umat Islam yang

pernah membina tamadun dan peradaban fizikal dan spiritual, yang bertahan beratus-ratus

tahun lamanya. (Mursyidah Mustaffa Dan Maryam Shafie,2004:15) Tamadun Islam

pernah membawa manusia kepada keamanan dan keharmonian. Mereka menguasai dunia,

tetapi tetap disenangi. Mereka menjadi guru yang dihormati, penaung yang melindungi

dan adil dalam melayani. Tetapi semua itu sudah hilang. Namun prinsip dan kaedahnya

masih ada, tetapi tersembunyi dalam Al Quran dan As Sunnah. Kita wajib keluarkannya

kembali.Untuk itu, mari kita teliti bentuk-bentuk keruntuhan tamadun ini.

1) Gejala Sosial Meluas Di Kalangan Masyarakat

Gejala sosial adalah perkataan umum untuk menggambarkan keadaan masyarakat

terutamanya muda-mudi tonggak negara yang telah dipengaruhi budaya arak, dadah,

syabu, zina, dan berbagai lagi termasuk pengguguran kandungan secara haram. Budaya

ini telah mencorak remaja hari ini kearah kerosakan, sama ada pada individu mahupun

masyarakat. Tapi, apa yang peliknya masyarakat hari secara tidak sedar, telah menerima

maksiat dan ia diterima bersama. Manusia tidak sukakan maksiat tetapi, pintu kepada

gejala itu dibuka seluasnya. Umpama buah-buahnya hendak dibanteras, tetapi pokoknya
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 25

ditanam, bahkan disuburkan. Hari ini, para pengkaji sosial, mengkaji punca dan kaedah

menangani gejala sosial dengan menyandarkan kepada gejala tersebut. Sedang, manusia

yang melakukannya terlepas pandang, ini kerana manusia ada roh, akal ,nafsu dan fizikal.

Maksudnya, sudah ada benih yang dicipta Allah sejak ia dilahirkan. Benih-benih itu

adalah seperti sifat dan tabiat-tabiat malaikat, syaitan dan haiwan. Itulah yang dikatakan

keadilan Tuhan. Sebagai muslim malahan manusia, secara fitrahnya dan selaras denangan

kehendak Tuhan, pasti mahukan sifat malaikat disuburkan, manakala sifat syaitan

hendaklah dibuang, dan sifat haiwan bukanlah dibuang, tapi hendaklah didisiplinkan.

Tetapi, yang memilih untuk menentukan salah satu perangai ialah, nafsu manusia itu

sendiri, sebab itu nafsu jangan dibunuh, cuma didisiplinkan, dididik dan diarah-arah.

Semasa nafsu berkehendak benih malaikat, rasa malu, kasih sayang, bertimbang rasa,

rendah diri, dan belas kasihan muncul dengan perantara pancaraindera manusia. Sedang,

apabila nafsu dikawal oleh benih syaitan, sombong, riya’, pemarah, adu domba, dan hasad

dengki pula muncul. Manakala, benih haiwan pula, seperti banyak makan, tidur,

keinginan seks, bergaduh dan pentingkan diri. Nafsulah yang memilih, sebab itu dalam

Islam ilmu tasawuf amat ditekankan, sebagai cara untuk mendisiplinkan akal, hati dan

nafsu manusia. Tabiat-tabiat (benih) inilah yang sedang berperanan di tengah masyarakat.

2) Sifat Pentingkan Diri Dan Hasad Dengki

Diantara ciri lain keruntuhan Tamdun Insaniah manusia yang lain, yang dapat kita

lihat ialah, suburnya sifat pentingkan diri (nafsi-nafsi) dan hasad dengki dikalangan

masyarakat. Ditengah arus pembangunan ini, dapat pula kita lihat satu gejala lain yang

mula merebak keatas bangsa kita, tetapi diperingkat orang yang berkuasa dan pemimpin.

Tabiat pentingkan diri menyebabkan ada masyarakat yang hendak maju, tetapi wujud

segelintir masyarakat yang hendak meruntuhkan atau menghalang mereka. Setengahnya


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 26

yang ada kuasa, menyalahgunakan kuasa. Ada orang tidak ada daya dan semangat

maju, dibantu akhirnya gagal maju. Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha

gigih tetapi tidak dibantu, bahkan disekat agar tidak boleh maju. Berlakunya begini,

kerana sikap orang kita dan niatnya tidak sama. Ada yang berslogan maju, bertujuan

politik sahaja, bukan dari hatinya. Ada juga yang berkuasa, memilih-milih orang untuk

memberi bantuan, kroni-kroninya sahaja untuk mengambil hatinya, sedang yang tidak

dibantu adalah musuhnya. Manakala, yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang

dihalang-halangnya, ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang

tersendiri. Tetapi, tidak ada golongan yang pandai mengubati penyakit ini, agar kemajuan

tidak terhalang menuju sasarannya. Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan

(keuntungan) senang. sedang memberi kaedah bagaimana masyarakat boleh baik itu

susah. Kesimpulannya, kemajuan di semua bidang kehidupan ini, ada hubungan dengan

pembangunan insan, agar berubah fikirannya, jiwanya, nafsunya dan sikap mereka,

selaras dengan kemajuan material. Membangun material rupanya ada hubungan dengan

membangun insan. Membangunkan insaniah itulah yang jarang dan hampir tiada orang

boleh melakukan, kecuali anugerah dan pilihan Tuhan seperti para Nabi, Rasul, dan Orang

yang Bertaqwa seperti Sultan Muhammad al-Fateh (Othmaniyah) dan Sultan Salahuddin

al-Ayubi (Ayyubiah), sahaja mampu melakukan tugas berat dan rumit ini.

3) Fitnah Meluas Di Kalangan Masyarakat

Satu lagi bentuk keruntuhan tamadun insaniah ialah, fitnah yang meluas di tengah

masyarakat. Kewujudan akhbar dan kemajuan dalam bidang perhubungan dan

telekomunikasi dunia, menyebabkan fitnah menjadi satu industri yang menguntungkan,

tanpa mengira kesan kekeliruan dan akibatnya, serta dosa yang ditimbulkan. Hari ini kita

disogokkan dengan berbagai cerita yang diragui kesahihannya, sedang dengan cerita itu
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 27

menimbulkan keaiban mangsa. Berlanjutan dari kes fitnah itu, kita dapat lihat sesetengah

masyarakat menyaman dan mendakwa pihak media tertentu, juga orang-orang tertentu

yang dirasakan bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut. Apatah lagi kes itu melibatkan

orang yang popular dan kenamaan, banyak kata-kata dan sikap yang buruk diluahkan

seperti meludah dan mencarut, bahkan berlanjutan sekian lama, menyebabkan rakyat

bosan dan tertekan dengan budaya fitnah ini. Padahal, fitnah sangat dilarang keras oleh

Allah dan Rasul kerana ia menimbulkan kekeliruan, kejahatan dan aib masyarakat. 4)

Hilangnya Amanah Dan Pemimpin Yang Tidak Bertanggungjawab

Ciri kemerosotan Tamadun Insaniah lain yang dapat dilihat ialah melalui

hilangnya amanah, serta lahir dan zahirnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Perkara seperti ini bukan lagi suatu yang asing bagi kita, kerana contohnya banyak

terdapat disekeliling kita. Politik wang menjadi budaya pegawai-pegawai dan orang yang

mempunyai kuasa, bukan rakyat tidak sedar, tetapi amalan ini menjadi kebiasaan,

malahan menular ke peringkat tertinggi sesebuah pimpinan. Begitu juga mengenai

pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dengan menipu dan

menyeleweng wang rakyat. Contoh yang dapat dilihat ialah mengenai krisis politik di

Thailand dan Filipina sekarang ini, rakyat memberontak disebabkan penyelewengan yang

dilakukan atas nama negara, demi kepentingan diri sendiri dan kroni. Di Malaysia juga

turut berlaku, tetapi tindakan terhadap mangsa sekadar kambing hitam, sedang yang lain

terlepas, demi memaut hati rakyat. Sebenarnya, keadaan hilangnya amanah dan pemimpin

yang tidak bertanggungjawab ini telah disabdakan oleh lidah Sayyidul Mursalin saw 1427

tahun dahulu, termasuk fitnah yang meluas. Ini adalah tanda yang dialamatkan Baginda

sebagai Zaman Fitnah, dimana kerosakan dan kemungkaran merata dan melata, seperti

melatanya alam semulajadi. Masyarakat dan sistem yang diamalkan semuanya rosak, dan
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 28

saling merosakkan antara satu sama lain, melahirkan satu masyarakat dunia sesat, hingga

tak nampak kebenaran dan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

Bertambah pelik, semakin cuba membaiki, semakin rosak dan teruk masyarakat jadinya.

Ini kerana, Tuhan sudah tidak lagi dikenali, bahkan peranan Tuhan sudah tidak lagi

dirasakan dalam setiap urusan kehidupan, samalah seperti sekularisme.

5) Media Massa Yang Menipu, Lucah Dan Merosakkan

Ciri kedua terakhir yang dapat kami kaji mengenai ciri dan bentuk keruntuhan

tamadun insaniah ialah, media massa yang menipu, lucah dan merosakkan. Media massa

adalah sumber terpenting dalam memberi penjelasan dan maklumat semasa negara dan

dunia. Namun begitu, media massa telah diperalatkan sesetengah pihak demi kepentingan

dan keuntungan mereka, dengan menyembunyikan kebenaran dan kezaliman yang mereka

lakukan. Bertambah buruk lagi pengeluaran majalah dan bahan yang menjadikan unsur

lucah dan maksiat sebagai wadah mencari makan tidak dihalang, seperti VCD dan video

lucah. Perbuatan ini bukan sahaja tidak dihalang, bahkan disuburkan dengan produk lain

yang sama, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa dan majalah yang

menjual dan menayangkan tubuh wanita dan lelaki dalam keadaan memalukan dan

mengaibkan, serta mendedahkan aurat menjadi lumrah intisari bahan tersebut. Perbuatan

ini bukan saja menimbulkan kerosakan ditengah masyarakat, bahkan menyebabkan gejala

sosial bertambah subur, bukan sahaja lagi melibatkan muda-mudi, tetapi orang tua turut

terkesan akannya. Keuntungan dan kehendak pasaran, didahulukan mengatasi dosa dan

kesan kerosakan yang ditimbulkan. Bukan tidak sedar, tetapi apabila nafsu tidak dapat

dikawal dan dididik lagi, menjadikan mereka tak mampu melawan nafsu, dan

menegakkan kemahuan fitrah nurani mereka sendiri.

6) Hiburan Yang Melalaikan Dan Merosakkan


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 29

Kemerosotan Tamadun Insaniah bertambah punah ranah apabila hiburan, makanan

dan alunan jiwa sudah turut rosak sama sekali. Hiburan sebagai salah satu keperluan

manusia sudah salah dipilih, hiburan rock, pop rock, balada yang bukan sahaja

membesarkan dunia, tetapi menyesatkan seperti memuja manusia (wanita), ganas bahkan

sampai satu tahap, ada yang memuja syaitan, serta maksiat lahir dan batin sama ada

didepan dan dibelakang pentas, malahan cara hidup artis dan penghibur itu sendiri

bertentangan dengan syarak, seperti minum arak, terlibat dengan dadah dan pergaulan

bebas.Hiburan jika selalu didengar akan menjadikan seseorang itu terpengaruh dan secara

automatik, melahirkan manusia yang mengamalkan dan menzahirkan ciri-ciri, dan

kehendak sampingan dari lagu tersebut. Contohnya, lagu cinta melahirkan manusia yang

jiwang dan buaya darat, sedang lagu rock dan ganas melahirkan manusia yang ganas dan

memberontak, seperti lari dari rumah di tengah malam untuk melihat konsert. Alangkah

indahnya jika begitu juga, dengan lagu-lagu yang berunsurkan Tuhan dengan

membentangkan segala keBesaran dan keAgungan sifat dan ciptaan-Nya, didengar dan

menjadi buah jiwa dari hari-kehari lantas menyuburkan sifat kehambaan kepada Rabb,

maka, secara automatik lahirlah Pecinta Allah dan Rasul yang sangat bermujahadah

dengan nafsu mereka sendiri. (Dr.Ing Gina Dan Abdurrahman,2003:78) Inilah yang kita

harap-harapkan. InsyaAllah...

Punca Keruntuhan Nilai-Nilai Murni Dan Moral Masyarakat

Masalah gejala sosial atau secara lebih umum iaitu keruntuhan nilai-nilai murni

dan moral masyarakat bukan sahaja berlaku dikalangan orang bodoh dan tidak

berpelajaran, tetapi orang kaya, berpelajaran dan beragama turut melakukannya. Jika
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 30

begitu, tidaklah boleh kita katakan punca keruntuhan Tamadun Insaniah ini berpunca dari

kemiskinan, kebodohan, atau kejahilan didalam sudut agama. Ini kerana, bukan faktor

luaran seperti pasaran arak dimana-mana, sahaja memainkan peranan, tetapi ia berkait

dengan rohani (hati), atau faktor dalaman manusia itu sendiri.Mari kita lihat dan kaji satu

persatu. Moga dapat kita cungkil rahsia penyakit jiwa ini. InsyaAllah...

1) Faktor dalaman

Sebenarnya apakah yang menyebabkan seorang datuk sanggup merogol cucunya

yang masih kecil? Juga seorang ayah yang sanggup membunuh masa depan anak

daranya?, dan suami yang menyuruh isterinya melacurkan dirinya untuk keluarga?.

Didalam masyarakat Melayu, kita selalu dengar mereka berkata istilah “orang yang tidak

berhati perut”. Mengapa hati menjadi tempat cacian mereka?. Nampaklah kita akan

peranan hati dan kerohanian manusia didalam kehidupan seharian kita. Berpunca dari hati

yang sudah rosak, menyebabkan manusia resah gelisah, putus asa dan harap dengan

Tuhan, aqidah terlalu lemah, tidak sabar dengan dugaan hidup, kekosongan hati dan

berbagai lagi penyakit jiwa melanda jiwa manusia. Malang sekali, manusia yang

intelektual dan pandai, selalu terlepas pandang kepentingan rohaniah ini, sehingga

penyakit lahir seperti sakit jantung lebih diutamakan, padahal implikasi penyakit lahir

tidak seberapa, sedang implikasi penyakit batin, bukan sahaja rosak dan merana individu

tersebut juga, hidup dalam ketakutanlah masyarakat disekitarnya.

2) Faktor Luaran

Faktor luaran juga tidak kurang penting, kerana ia ibarat pagar. Apabila pagar

sudah berlubang maka, pagar setinggi mana pun tak lagi berfungsi dan berguna. Diantara

faktor luaran yang menyebabkan sumbang mahram ialah tidak faham syariat dan batas-

batas pergaulan sesama ahli keluarga, syariat tidak dididik menjadi disiplin keluarga, tidak
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 31

dapat melawan kehendak seks, suka berbual dan menonton bahan lucah, dan memakai

pakaian yang menaikkan syahwat dan menjolok mata. Sedang, faktor luaran untuk

penagihan dadah adalah disebabkan rokok menjdi budaya diri dan keluarga, anak-anak

dibiarkan melepak dan membuang masa, keluaraga tidak bertanggung jawab dan

mengambil tahu akan anak-anaknya serta tersilap memilih kawan. Juga, faktor

perkelahian dan pergaduhan ialah seperti buruk dan salah sangka, tidak puas hati,

sombong dengan kepandaian sendiri, sehingga tidak boleh ditegur dan dicabar, serta

makan upah untuk menjatuhkan orang lain. Menyamun dan mencuri juga dapat kita

gariskan faktornya, iaitu tiada pekerjaan yang tetap, kos sara hidup yang tinggi, keinginan

hidup mewah, orang kaya sombong dan menunjuk-nujuk, serta peranan orang kaya dalam

masyarakat, sebagai penderma dan bertanggungjawab terhadap orang miskin dan

pembanguna masyarakat sekitar, diabai dan dilupakan. Juga tidak dilupakan mengenai

penzaliman dan penderaan terhadap kaum wanita, adalah disebabkan faktor hilang kasih

sayang terhadap kaum wanita, suami tidak bertanggungjawab dengan menganggap isteri

sebagai hambanya, juga isteri tidak menghormati dan mentaati suami, serta masalah

rumah tangga yang tidak diselesaikan bersama dari hati ke hati.

3) Kesimpulan

Jelaslah pada kita segala kejahatan-kejahatan lahiriah itu lahir dari hati dan

rohaniah manusia itu sendiri, serta faktor luar sebagai mangkin dan mempercepatkan

proses kejahatan itu. Ia berpunca dari hati yang kotor dan melibatkan hasad dengki, tiada

tolak ansur, tidak jujur, buruk sangka, pendendam dan sombong, bangga, gila dunia serta

tamak. Jika kita lihat, Islam sangat menegah dan menghina perlakuan tersebut serta
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 32

melaksanakan ilmu tasawuf dengan tegas yang membina jiwa dan hati manusia. Ini

selaras dengan firman Allah swt “ Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya,

rugilah orang yang mengotorinya.”(Asy-Syams:9-10) dan sabda Rasulullah saw “Allah

tidak memandang rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang hati dan amalan

kamu”. Untuk membersihkan hati, kita mesti merujuk kepada Allah kerana Dialah yang

Maha Tahu dan arif dengan hati, kerana Dia yang menciptakan kejadian manusia itu

sendiri. Dia yang menciptakan kita, pasti setiap masalah yang kita hadapi, Dia ada cara

untuk menyelesaikannya. Maha susi Dia dari Tidak Mengetahui. Menyucikan hati, iaitu

dengan sentiasa membesarkan Allah dan merasakan pada hati bahawa Tuhan adalah

segala-galanya, serta sentiasa bermuhasabah dan menghisab diri serta insaf hingga

bercucuran air mata meyesali dosa-dosa dan kesalahan. Juga, kita hendaklah sentiasa

menjalani hidup berlandaskan syarak, dan menyertakan Allah didalam setiap perbuatan

dan gerak-geri kita. Yakinlah, dengan demikian itulah yang disebut Taqwa, iaitu perasaan

berTuhan. . (Dr.Ing Abdurrahman Dan Gina,2003:48)

Langkah-Langkah Mengatasi Keruntuhan Keruntuhan Akhlak Dan

Moral Masyarakat

Langkah untuk membetulkan dan membina manusia ini adalah pekerjaan yang

sukar dan paling rumit untuk dilakukan. Ia tidak boleh dibuat dan dilakukan sesuka hati,

kerana jika tersilap mendidik, lahirlah masyarakat yang ada seperti hari ini. Hasilnya juga

bukan boleh dilihat dalam masa yang singkat, kerana jiwa manusia merupakan wadah

yang ingin dipenuhi dan direbutkan oleh berbagai unsur, seperti malaikat, syaitan dan
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 33

haiwan, dan nafsu kitalah yang memilih, dengan dibantu akal yang terpimpin oleh syariat

dan keyakinan kepada Tuhan (ketauhidan). Untuk mengatasi keruntuhan Akhlak yang

termasuk didalamnya mencakupi berbagai aspek seperti gejala sosial, sumbang mahram,

tidak berakhlak, dan sebagainya. Oleh itu, perlulah kita mengatasinya secara lahiriah dan

batiniah (hati), kerana gejala yang rosak ini menyerang manusia juga melalui lahir dan

batin, tidak ada jalan lain, inilah jalan untuk mengembalikan manusia kepada peri

kemanusiaan yang sebenar, yang selama ini bertopengkan peri kehaiwanan.

Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Secara Lahiriah

Usaha menangani gejala yang gila ini, kita perlukan strategi dalam perjuangan iaitu,

1) Tumpaskan lebih dahulu pintu kejahatan hati (batiniah).

2) Laksanakan halangan terhadap terbitan pintu kejahatan lahiriah, iaitu tutup pintu-

pintu kejahatan dalam kehidupan seharian manusia.

3) Lahirkan dan zahirkan sebanyak mungkin amalan kebaikan dalam diri dan

masyarakat.

4) Kita perlukan pemimpin yang bertanggungjawab dan bertaqwa.

5) Hukum manusia yang jahat sebagai pengajaran.

Contoh usaha dan langkah untuk mengatasi gejala sosial secara lahiriah ialah, bagi

masalah sumbang mahram, kita perlulah fahamkan syariat kepada masyarakat, iaitu

yakinkan tentang dosa dan melanggar Hukum Tuhan yang mengharamkan zina

dikalangan ahli keluarga. Juga, batasi pergaulan antara sesama ahli keluarga, agar sifat

malu itu sentiasa wujud, kerana maksiat berlaku apabila sifat malu telah hilang. Sekat

juga bahan bacaan dan tontonan yang tidak berfaedah, tidak kejam jika kita berbuat

demikian kerana untuk menutup pintu kejahatan, serta galakkan perkahwinan bagi

golongan yang sudah cukup umur, tetapi berseorangan, termasuk orang tua. Jaga juga
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 34

batasan aurat dan susunlah infrastruktur rumah mengikut syariat, iaitu rumah yang ada 3

bilik. Akhirnya, kukuhkanlah taraf ekonomi keluarga, agar ibu sentiasa dirumah

mengawal anak-anak semasa ketiadaan bapa. Ini kerana, ketiadaan ibu dirumah

menyebabkan haruan makan anak, sama ada dari kalangan bapa, mahupun adik-beradik.

Begitu juga bagi masalah penagihan dadah, rokok mestilah dibanteras, kerana dari

rokoklah, dadah berleluasa dikalangan masyarakat. Kita juga boleh mengadakan aktiviti

yang berfaedah, bagi mengelakkan masa masyarakat terbuang dan terdedah kepada

perkara negatif. Ibu bapa juga seharusnya memberi kasih sayang dan perhatian lebih

kepada anak-anak, bagi mengisi kekosongan jiwa anak-anak. Kita juga wajib menyekat

aktiviti yang menggalakkan penagihan seperti konsert Black Metal, woodstock hippies

dan konsert rock, lebih-lebih lagi dari luar negara, yang mana artisnya menggunakan

dadah sebagai cara hidup, bagi mengisi kekosongan jiwa mereka yang tidak tentu arah.

Bagi masalah arak pula, hentikan pengeluaran permit dan lesen bagi menjualnya

dihentikan, agar masyarakat aman, serta larang penjualannya di kelab malam dan sosial

bagi orang atasan dan kenamaan, atas nama keadilan pihak kementerian yang

bertanggungjawab. Larang juga arak sebagi hidangan di majlis umum, dan sebarang iklan,

promosi dan tajaan arak hendaklah disekat dan dihalang.

Masalah judi pula, kita boleh tanganinya dengan menutup pusat perjudian, dan

menghapuskan perjudian umum, seperti menyabung ayam dan nombor ekor, toto, dan

seumpamanya. Tidak dilupakan, banteras sebarang bentuk pertaruhan, sama ada dari segi
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 35

semangat kesukanan dan politik, kerana ia meningkatkan gejala sosial, sehingga

berbunuhan, bahkan ia mendidik masyarakat mendapat untung berlipat lipat kali ganda.

Menangani rasuah dan penyelewengan pula, kita memerlukan ketelusan

didalam semua urusan, dengan mencatat aktiviti pengeluaran wang dengan kewujudan

panel pengawas dari semua golongan masyarakat, agar pilih kasih tidak wujud.

Pembahagian tender dan projek juga mesti adil dan merata, serta kelulusan projek juga

ditentukan atas dasar meritokrasi (kelayakan), bukan atas dasar kroni masing-masing.

Begitu juga dalam menangani pengangguran, beri latihan dan ilmu untuk mereka

berdikari sendiri, serta ubah masyarakat untuk mengukur kejayaan bukan kepada sijil,

tetapi kepada kemahiran dan bakat. Masyarakat kita menentukan sistem pendidikan ,

seolah-olah orang yang tidak ada sijil dan hanya mempunyai kemahiran, adalah mereka

yang hina dan gagal dalam hidup. Walhal, Rasulullah saw sangat menyanjung orang yang

berdikari dan bekerja sendiri, serta tidak mengharap gaji dan bergantung padanya 100%.

Seterusnya, untuk menangani pembunuhan, yang sudah menjadi lumrah hari ini.

Rogol, bersekedudukan, zina dan lain-lain gejala sosial kebanyakannya berakhir dengan

bunuh-membunuh. Seolah-olah pembunuhan itu akan terus menutup terus kes dan skandal

yang berlaku. Mereka lupa pada Akhirat, bahawa adanya mahkamah Allah yang Maha

Adil, bahkan senang apabila terlepas dari polis dan mahkamah dunia.

Bagi menangani zina, liwat dan bersekedudukan pula, pergaulan bebas,

pakaian yang nipis, ketat dan mengghairahkan hendaklah dielakkan. Kemampuan untuk

mengawal diri dari pergaulan yang tidak sihat, yang boleh menimbulkan zina dan liwat,

seperti bergurau-senda, usik-mengusik, dan bertepuk-tampar sesama manusia.


Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 36

Yang terakhirnya, bagi menangani rogol yang semakin ganas dan mempengaruhi

masyarakat yang semakin tak terkawal, hingga kanak-kanak yang kecil pun menjadi

mangsanya. Nafsu syahwat sudah menguasai pertimbangan akal manusia. Didalam

masyarakat yang sudah rosak ini, anak perempuan perlulah dijaga dan tidak dibiar

keseorangan, dimana jua hatta (sehingga) dalam rumah sekalipun.Untuk menyelamatkan

diri, kembalilah kepada syariat, jangan berjalan seorang diri, mahupun sendirian dirumah.

Hati juga mesti sentiasa cemas dan bimbang dan curiga terhadap keselamatan anak dan

orang perempuan kita.

Usaha Dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Secara Rohaniah

Gejala sosial dan keruntuhan nilai murni berlaku kerana roh dan hati orang atau

masyarakat telah rosak. Maka, ada juga cara pembaikan untuk mengembalikan manusia

kepada fitrahnya yang asal, yang selamat lagi menyelamatkan.

Diantara Usaha Dan Kaedah Perubatan Secara Rohaniah:

1) Kembalikan kenalkan manusia kepada Tuhan (AllahuRabbi)

Manusia perlu dikenalkan kembali dengan Tuhan dan dirasakan peranan Tuhan

dalam setiap gerak-laku kehidupan kita. Rasulullah saw pernah bersabda “Awwaluddin

Makrifatullah” iaitu, “Awal-awal agama itu mengenal Allah”, kenapa dikatakan kenal,

bukan perkataan “tahu”. Kita mengetahui bahawa Allah itu Maha Esa, Maha Mengetahui,

Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa dan

Dialah yang Maha Segala-galanya. Tapi, Rasulullah kata “kenal”, kenapa?. Ini kerana

“tahu” adalah kerja akal, sedang “kenal” adalah kerja hati dan roh manusia. Begitu juga

perjuangan Rasulullah selama 13 tahun di Mekah, mengenalkan Allah yang Maha Esa
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 37

kepada manusia, sedang Baginda berjuang menegakkan syariat selama 10 tahun di

Madinah, membawa syariat yang beribu-ribu itu. Kenapa lebih lama masa digunakan

untuk mengenalkan Allah, dari mengenalkan syariat? Ini kerana, bila Tuhan sudah

dikenali, maka syariat akan menjadi mudah. Baginda hanya menanamkan iman dan

keyakinan Para Sahabat, hingga Para Sahabat terasa kebesaran Allah dan kePerkasaannya.

Dikenalkan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sehingga benar-benar

timbul rasa cinta yang mendalam kepada Tuhan, serta tercetus pula rasa rindu kepada-

Nya. Dalam pada itu juga, baginda tanamkan rasa Maha Hebat-Nya Tuhan, hingga Para

Sahabat terasa gerun, cemas, dan bimbang dengan Tuhan. Tetapi, bukan semudah itu

untuk menanamkan rasa-rasa berTuhan, dan rasa bahawa diri adalah hamba yang hina.

Sebab itulah terpaksa mengambil masa yang lama. Manusia hari ini bukan sahaja tidak

kenal, bahkan tidak tahu dan mahu mengambil tahu tentang Tuhan, apatah lagi untuk

merasakan peranan Tuhan (Allah) dalam segala aspek kehidupan kita.

2) Membersihkan hati dan jiwa manusia

Hati mempunyai peranan yang besar dan hebat pada diri manusia, kerana ia adalah

raja didalam diri dan roh manusia. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw yang

bermaksud, “Didalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah

orangnya. Jika jahat daging itu maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati.” (Riwayat

Bukhari dan Muslim). Begitulah besarnya peranan hati manusia. Maksudnya, jika

hatinya bersih, maka baiklah anggota badan yang lain. Contohnya, orang mengatakan

baik “hati” orang tersebut, apabila dia bersedekah kepada fakir miskin. Kenapa hati yang

dirujuk orang itu, ini kerana dari hati yang baik, akan lahir darinya perbuatan yang baik.

Kalau begitu, sifat-sifat hati yang terpuji (mahmudah) mesti disuburkan dengan

sesuburnya, sedang sifat-sifat keji hati (mazmumah) dibuang dan dihalusi, agar ia dapat
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 38

menghasilkan kembali peribadi agung, seperti Para Sahabat r.a dan tabi’in-tabi’in r.a.

Antara sifat yang mesti disuburkan ialah sifat suka meminta maaf serta memberi maaf,

bertolak ansur, berkasih sayang, merendah diri, ikhlas, jujur, amanah, baik sangka,

pemurah dan sifat-sifat yang lain. Bila sifat-sifat ini sudah mendarah daging, maka akan

berkuranglah kes rogol, zina, rompak, mencuri, minum arak pelacuran, bergaul bebas,

pendedahan aurat dan sebagainya. Justeru itu, proses membersihkan jiwa mesti menjadi

program penting dalam hidup kita, sebagaimana program lahiriah yang diusahakan,

pembangunan rohaniah mesti lebih pesat dan diutamakan, agar akhlak kita membangun

bersama dengan kemajuan material yang kita nikmati sekarang ini. Kerajaan mesti

mengusahakan program rohaniah dan membina roh ini melalui dakwah dan pendidikan,

biar semua manusia dengar, tahu, dan ikut perjuangan membina akhlak dan

membersihkan hati, sekaligus menentang kehendak nafsu yang bertentangan dengan

syarak. Supaya semua umat Islam bercita-cita tinggi untuk mencapai darjat orang soleh

(melakukan apa yang disuruh, tinggal dan jauhi apa yang dilarang) dan darjat nafsu yang

terpuji, bukan nafsu yang dikeji.

3) Sembahyang membina Peribadi Agung

Islam sangat menegaskan kepentingan solat secara berjemaah dan khusyuk

didalam beribadah kepada Rabb, Allah. Biarlah kita bersungguh-sungguh mengerjakan 2

rakaat solat yang khusyuk, dari banyak rakaat, tetapi fikiran kita mengelilingi seluruh

dunia dan lalai dalam bersembahyang. Ini kerana, tidak dikatakan agama, jika tidak ada

upacara penyembahan, bermakna penyembahan ini didalam solat berhadapan dengan

Allah. telah telah berfirman, dengan firman-Nya yang sangat mahsyur, “Neraka Wail

bagi orang yang lalai dalam solatnya”. Lawan lalai ialah ingat, bermakna Allah ingin

kita sentiasa mengingati-Nya dalam setiap saat, sama ada dari segi fikiran, perkataan
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 39

mahupun perbuatan didalam solat. Solat yang khusyuk amat dipentingkan kerana, selagi

solat tidak khusyuk, penyakit hati (mazmumah) seseorang itu tidak dapat ditumpaskan,

seperti sombong, pemarah, hasad, megah, tamak dan dendam. Dari sinilah lahirnya

penyakit masyarakat, ertinya jika sembahyang yang tidak khusyuk, mazmumah masih

wujud. Jika mazmumah wujud, penyakit masyarakat masih wujud. Kalau begitu, untuk

menangani gejala masyarakat, betulkan sembahyang terlebih dahulu. Sembahyang adalah

ubat penyakit masyarakat. Beginilah metodologi cara membaiki masyarakat menurut

Islam. . (Mursyidah Mustaffa Dan Maryam Shafie,2004:115) Wallahua’lam....

4) Hiburan yang selamat lagi menyelamatkan menggantikan hiburan yang rosak

lagi merosakkan

Jika disoroti kehidupan remaja tonggak agama, bangsa dan negara hari ini, hiburan

dari Barat yang rosak lagi keji menempati jiwa mereka, bahkan sudah mendarah daging

dalam kehidupan mereka. Hiburan adalah fitrah yang selaras dengan keinginan dan

keperluan manusia. Tiada siapa yang dapat nafikan sedemikian. Jika begitu, tidak adakah

lagi hiburan yang selamat lagi menyelamatkan. Kami, sebagai remaja yang berhaluan

yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa industri hiburan, akhirnya menjumpai

sebuah kumpulan nasyid perempuan yang mampu untuk menjadi laluan alternatif kepada

masyarakat. Kumpulan tersebut ialah Mawaddah dengan cogan kata mereka, Cintai

Tuhan, Sayangi Manusia, bukan sahaja dapat memuaskan hati, malahan membina

sifat=sifat berTuhan. Ini kerana hampir keseluruhan lagu dan liriknya cukup indah,

menginsafkan, mengkagumkan dan mampu menenangkan jiwa, serta bersifat keTuhanan

(tauhid). Apatah lagi jika dilihat kepada keikhlasannya memperjuangkan Islam dan nilai-
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 40

nilai murni, dalam masa 3 tahun bergerak, 22 album telah dikeluarkan, menjadikannya

satu wadah nasyid yang unik, menarik untuk dikuti dan diperjuangkan.

Hubung-Kait Antara Perkembangan Globalisasi Dan Pembangunan

Nilai-Nilai Murni Dan Akhlak

Setelah dihuraikan secara panjang lebar, dapatlah kita huraikan bahawa

perkembangan globalisasi mempunyai hubung kait yang sangat mendalam dengan

pembangunan nilai murni dan akhlak masyarakat dan manusia sejagat. Ini kerana

perkembangan globalisasi telah merubah tata nilai dan menghakis nilai murni dan akhlak

manusia dari berbagai aspek, seperti yang telah dihuraikan. Begitu juga dengan

kepentingan pembangunan insaniah dalam membetulkan kembali hati-hati masyarakat,

untuk mencipta tamadun manusia yang cemerlang dari sudut material dan kemajuan

fizikal, serta terbilang dalam soal pembangunan roh dan batin manusia, selanjutnya

lahirlah masyarakat yang sangat cinta dan takutkan Tuhan, hasil mujahadah (jihad)

terhadap nafsu dan taqwa (perasaan berTuhannya) yang tinggi dan teguh. InsyaAllah...

Kesimpulan

Hakikatnya, perkembangan globalisasi dan pembangunan nilai-nilai murni dan

akhlak manusia mempunyai kaitan yang cukup rapat, dan menarik untuk dikaji serta

dihayati. Sesungguhnya, dari rentetan sejarahlah yang mencipta fenomena-fenomena yang

sedang berlaku keatas masyarakat hari ini. Disaat kemajuan material dan teknologi

memuncak hebatnya, disaat itu jugalah tamadun roh dan insaniah manusia jatuh

menjunam sejunam-junamnya, hingga melata kejahatan, walaupun bijak pandai dan alim

ulama sudah bertimbun. Seluruh dunia umpama masih tidak sedar lagi akan kepentingan
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 41

roh dan hati manusia, biarlah dengan terhasilnya kertas kerja ini, dapatlah manusia

mengambil tahu tentang perkembangan hati dan rohnya yang sudah lama dipinggir dan

diketepikan. Moga, dengan demikian juga, tercapailah cita-cita kami untuk melihat

kembali manusia kembali kepada kemanusiaan dan fitrah semula jadinya, agar kebaikan

melata banyaknya, sepertimana melatanya kejahatan dan kezaliman di hari ini.

Rujukan

Kitab

Al-Quran Kitabullah

As-Sunnah dan Hadis Rasulullah saw

Kamus

1. Kamus Dewan (cetakan ke-11)


2. Kamus Pelajar (cetakan ke-10)

Buku

1. Abdul Rahman Haji Abdullah.1998.”Pemikiran Islam Di Malaysia” : Dewan


Bahasa Dan Pustaka & Pusat PJJ USM
2. Dr. Ing Abdurrahman R Effendi & Dr. Ing. Gina Puspita.2003.”Ilmu Dan
Hikmah, Jilid 2” : Penerbitan Minda Ikhwan
3. Dr. Said bin Musfir Al-Qahthani.2003.”Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-
Jailani”: Darul Falah, Indonesia
4. Mejar (B) Abu Dzar & Ustaz Mohd.Rasidi .2004.“Ekonomi Islam Menurut
Kehendak Tuhan” : Penerbitan Minda Ikhwan
5. Murshidah Mustaffa & Maryam Shafie.2004. “Menangani Gejala Sosial
Menurut Islam” : Penerbitan Minda Ikhwan
6. Wan Liz Ozman Wan Omar.2002.”Mengurus Agenda Abad 21, Cabaran Dan
Persiapan Dalam Era Globalisasi” : GBC
Globalisasi Dan Pembangunan Nilai-Nilai Murni 42

Internet

1. http://id.wikipedia.org

2. http://www.dikti.net

3. http://www.ekonomirakyat.org

4. http://www.uitmppl.edu.my

5. http://www.familyplace.com.my