Anda di halaman 1dari 9

1. Kemahiran Mendengar: satu proses yang melibatkan dua kemahiran: a.

menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama, cth: b p (badang padang) d t (datang tatang) l r (lali lari) k g (kalah galah) b. memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Untuk memahami bunyi bahasa, murid perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman berikut: i. Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan bagaimana bahasa digunakan. ii. Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar. iii. Pengetahuan tentang sistem bahasa. Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar. Mendengar melibatkan dua proses utama, iaitu: i. Membuat jangkaan: Apabila kita mendengar sesuatu, kita akan membuat jangkaan dalam fikiran terhadap apa yang kita dengar seterusnya. Contoh: apabila kita mendengar berita kebakaran, kita akan membuat jangkaan tentang kemungkinan peristiwa yang akan berlaku berkaitan dengan kebakaran. Apabila jangkaan seperti ini dibuat, kita dapat mendengar dengan lebih berkesan lagi. ii. Menentukan tujuan: Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk hiburan, pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak berguna. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar (a) Fizikal murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. (b) Jantina terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. (c) Status sosioekonomi latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang

didengar. (d) Gangguan bunyi bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar. (e) Mental kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka.

Kemahiran mendengar dalam KBSR Program Bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kemahiran ini diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran ini akan mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain. Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan memerlukan kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur. Begitu juga, kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kemahiran mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia mungkin menulis menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran sebenar. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu pengukuhan kemahiran mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Masalah dalam menguasai kemahiran mendengar (a) Kekeliruan dalam membezakan bunyi (b) Kelemahan dalam memahami apa yang didengar (c) Tidak cekap dalam memproses maklumat (d) Kelajuan dalam pertuturan (e) Gaya pertuturan tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek.

Pemilihan bahan dalam kemahiran mendengar (a) Alat elektronik radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan sebagainya. (b) Bahan rangsangan bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar, contohnya: Bahan bentuk prosa: Cerita, kuiz Pesanan, temu ramah Peraturan, syarahan Iklan, laporan Pengumuman, perbahasan

Perbualan/dialog, taklimat Berita, wawancara Ucapan, mesyuarat Perbincangan, kempen Surat, drama Bahan bentuk puisi: Pantun, syair Sajak, nyanyian Bahasa berirama Bahan bentuk grafik Pelan, rajah Jadual, peta Borang, graf Gambar foto, carta Gambar rajah Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.

Aktiviti mendengar Ada 2 peringkat: i. mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh: a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi: ladang - padang pantai - pandai lali - lari galah - kalah b. latih tubi pemintal lidah: Pandang pandan depan padang. Letak tulang atas dulang Berat beras dua belas kilo Dari darah dari nanah yang punah di tanah c. memadankan perkataan dengan gambar: Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai. A = buku B = kuku C = duku

ii. Mendengar untuk memahami dan bertindak balas. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah: (a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. (b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama. (c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. 1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas: a. Melakukan pergerakan mengikut arahan: Duduk Tutup pintu Berdiri tegak, rapatkan kaki. Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan Pusing kiri Pusing kanan b. Menandakan butiran yang berkaitan. Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman. Contoh: Seorang perempuan membawa tiga orang anaknya ke sebuah restoran dan memesan makanan daripada pelayan restoran tersebut. Berikan saya secawan teh, dua pinggan nasi lemak dan sepinggan bihun goreng. Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiran-butiran berkenaan. Makanan; Minuman Pulut panggang; Kopi Mi rebus; Teh Bihun goreng; Nescafe Kek; Milo Karipap; Air sejuk Nasi lemak; Sirap c. Menandakan betul atau salah. Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataanpernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul

dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi. d. Menyusun gambar. Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul. e. Mendengar dan memilih gambar. Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar. f. Melukis bahan berbentuk gragik. Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh: Guru bercerita: Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul. Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan. g. Menandakan lokasi dan arah perjalanan. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar. Contoh: Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta berkenaan. h. Mengisi jadual. Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual

tersebut dengan data yang diperlukan. i. Teka siapa saya. Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki. Contoh: Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?

2. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama. Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar. Contoh aktiviti: i. Menjawab soalan kefahaman. Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada Hari Guru. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.

ii. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan. Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.

3. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini

memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali. Contoh aktiviti: i. Mengkategorikan fakta. Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan. ii. Menilai perwatakan. Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur. iii. Mendengar untuk mencantum maklumat. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut: (a) Peringkat pramendengar (b) Peringkat semasa mendengar (c) Peringkat selepas mendengar (a) Peringkat pramendengar Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi. Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti. (b) Peringkat semasa mendengar

Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan. Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan. (c) Aktiviti sesudah mendengar Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka. Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan. Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan. Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur. Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana kemahirankemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid. Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar seperti teknik bercerita, soaljawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.

Penilaian Dalam Kemahiran Mendengar Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan. Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek kemahiran mendengar: (a) Sebutan, tekanan, jeda, intonasi: Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik. (b) Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan: Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh: dedak - ledak bagi - baki

keras - kerat, dll

(c) Kefahaman terhadap teks yang didengar: Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif. Contoh soalan mengikut aras kognitif: i. Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan) ii. Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawat-pelawat tersebut. (kefahaman) iii. Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis) (d) Daya memahami dan memproses maklumat: Segala maklumat yang didengar perlu difahami dan dapat disampaikan dengan betul kepada orang lain. Murid yang cekap dapat menyampaikan maklumat itu tanpa mengubah maksud asal. Contoh: Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Guru menyampaikan suatu berita kepada seorang murid dalam setiap kumpulan. Murid berkenaan diminta menyampaikan berita itu kepada kawan di sebelahnya. Aktiviti ini diteruskan sehingga berita itu sampai kepada murid terakhir dalam kelas tersebut. Murid yang terakhir diminta menerangkan berita yang diterimanya kepada kelas. Melalui aktiviti ini guru boleh menilai sejauh manakah maklumat yang diterima itu disampaikan dengan betul dan tepat. (e) Kemahiran menentukan isi-isi penting: kemahiran ini boleh dinilai melalui latihan mengambil pesanan daripada perbualan melalui telefon. Guru boleh memperdengarkan perbualan melalui telefon antara seorang kakak dengan adiknya. Daripada perbualan yang didengar, pelajar diminta untuk mencatatkan beberapa isi penting.

Anda mungkin juga menyukai