Anda di halaman 1dari 6

__________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM


( ASSIGMENT KUMPULAN )

TAJUK TUGASAN: PENULISAN JURNAL REFLEKSI

NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. KAD MATRIK

: : :

NOR AINI BT YUSOP 730414045108 730414045108001

SEMESTER JANUARI / 2012

Penulisan Jurnal Refleksi


Pendahuluan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya sempurnakan tugasan pertama yang diberikan secara berkumpulan bagi subjek HBEF2703 ( KOKURIKULUM ) ini seperti yang dikehendaki.Subjek Kokurikulum ini merupakan subjek tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak BPG untuk pelajar-pelajar di bawah tajaannya. Taklimat pertama yang kami terima daripada pihak OUM pada 19 Februari 2012 yang lalu menyebabkan sebahagian besar kami terkedu.Dalam tugasan ini saya telah diletakkan di bawah bimbingan EOS iaitu Dr. Rosli b. Yacob. Bersama saya terdapat empat puluh sembilan orang pelajar yang lain. Kami diminta menubuhkan kumpulan yang dianggotai antara 3 hingga 5 orang pelajar.

Kekuatan Kekuatan yang dapat dikenalpasti sepanjang menyiapkan tugasan ini antaranya, saya dan rakan -rakan bebas untuk memilih aktiviti yang hendak dilaporkan. Memandangkan sekolah saya telah merancang untuk mengadakan perkhemahan unit beruniform, maka kami bersepakat untuk menjadikan program ini sebagai topik pilihan. Prosedur kerja yang teratur menjadikan setiap dokumentasi yang diperlukan mudah untuk diperoleh daripada jawatan kuasa perkhemahan yang ditubuhkan . Sebagai setiausaha saya juga terlibat dalam merancang aktiviti sepanjang perkhemahan. Keadaan ini memberi peluang kepada saya untuk mencadangkan beberapa aktiviti yang terkandung dalam tugasan antaranya permainan tradisional galah panjang. Ternyata idea ini memberi kelainan berbanding perkhemahan yang diadakan sebelum ini. Selain itu, dapat memberi kesedaran terhadap semua yang terlibat dalam aktiviti ini agar menghargai permainan tradisional masyarakat Malaysia .

Guru-guru dan tenaga pengajar di pusat kokurikulum merupakan kumpulan yang sangat komited terhadap aktiviti yang dijalankan. Rasa tanggungjawab dan kerjasama ditunjukkan dengan jelas sepanjang program ini. Nilai ini juga dapat diterapkan dalam diri peserta-peserta perkhemahan. Ini dibuktikan dalam setiap aktiviti yang mereka sertai. Selain itu, kemudahan infrastruktur yang terdapat di pusat kokurikulum ini membolehkan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar dapat dilaksanakan. Kemudahan-kemudahan ini juga sentiasa diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatan pelajar ketika menjalani aktiviti. Sudah tentu saya dapat memahami bahawa dalam mengendalikan sebarang aktiviti aspek keselamatan perlu diletakkan di tempat yang teratas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Di samping itu hubungan baik antara guru-guru bersama PIBG dan masyarakat setempat juga menjadi kekuatan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Peranan mereka dalam menyumbang tenaga dan membantu dari sudut kewangan menjadikan program ini dapat diatur dan dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang dapat saya pelajari daripada hal ini ialah, dalam kehidupan ini kita tidak mampu bersendirian untuk menjayakan sesuatu

perancangan . Oleh yang demikian sentiasa berbuat baik dan bersikap mesra dapat membantu dalam banyak perkara. Kekuatan lain yang ada sudah tentulah ahli kumpulan ini sendiri. Kerajinan, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan membolehkan kami membuat perjumpaan sebanyak enam kali walaupun jarak tempat tinggal dan tempat bertugas masing-masing agak jauh. Kami

merancang dan menyusun masa perjumpaan dengan sebaik mungkin. Di mana ada kesungguhan , di situ ada jalan. Pengurusan masa yang baik membolehkan kami merancang tugasan mengikut masa yang ditentukan. Walaupun tugasan ini tidak memerlukan perjumpaan bersama tutor, tetapi Dr. Rosli telah sudi meluangkan masa untuk menemui kami bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Ini juga merupakan satu kelebihan kepada kami. Penerangan secara bersemuka lebih berkesan kerana segala persoalan dapat dikemukakan dan diselesaikan pada masa yang sama. Pastinya kesudian beliau untuk membimbing secara bersemuka sangat kami hargai.

Kelemahan Dalam menceritakan tentang kelebihan ataupun kekuatan sepanjang melaksanakan program perkhemahan mahupun menyiapkan tugasan ini, tidak terkecuali kami juga berhadapan dengan beberapa kelemahan. Cabaran pertama yang perlu dihadapi ialah kaedah pembelajaran secara online. Ini bermakna kami tidak dapat bersemuka dengan tutor untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Walaubagaimanapun ini tidak

mematahkan semangat kami. Dalam menghadapi situasi ini saya dan rakan-rakan telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami juga telah menghubungi Dr. Rosli b. Yacob iaitu EOS kami untuk meminta izin bertemu dengan beliau. Syukur Alhamdulillah, beliau sudi berjumpa dan memberi penerangan lanjut tentang tugasan yang diterima. Seterusnya kami turut berdepan dengan kekangan masa dalam menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula dengan situasi kami yang belajar sambil bekerja. Sudah tentu pertindihan tugas hakiki dan tugasan belajar memberi tekanan yang bukan sedikit untuk dihadapi. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat jadual waktu sendiri. Setiap hari saya akan memastikan kerjakerja hakiki disiapkan terlebih dahulu sebelum saya pulang ke rumah. Di rumah pula saya akan peruntukkan masa selama dua jam bagi memberi perhatian terhadap tugasan belajar pula. Dengan cara ini, saya dapat menyiapkan tugasan ini sedikit demi sedikit. Sebagai ketua kumpulan, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan tugasan dihantar kepada tutor dalam jangka masa yang ditetapkan. Saya menghadapi masalah untuk menghantar tugasan melalui portal Epic. Portal tidak memaparkan senarai nama kumpulan yang telah didaftar. Oleh sebab itu saya tidak pasti sama ada kumpulan yang saya daftarkan sebelum ini telah direkod ataupun tidak. Saya bimbang kerana tugasan yang cuba dihantar tidak dapat diterima oleh sistem. Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghubungi Dr. Rosli dan beliau mencadangkan supaya satu salinan tugasan dihantar terus menerusi email beliau. Ini agak melegakan saya. Walaubagaimanapun saya akan menghubungi pihak OUM untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah ini.

Dalam merancang dan menganjurkan perkhemahan ini pula terdapat rasa kurang yakin dalam kalangan guru-guru memandangkan perkhemahan yang bakal diadakan agak besar. Tambahan pula ini adalah kali pertama sekolah menganjurkan perkhemahan di luar kawasan sekolah. Walaubagaimanapun melalui siri mesyuarat yang diadakan rasa kurang yakin itu dapat diatasi . Tambahan pula kami mendapat kerjasama baik daripada kakitangan di Pusat Kokurikulum. Saya dan rakan-rakan guru yang lain dapat mempelajari pelbagai perkara sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Menguruskan pelajar sekolah rendah bukan satu perkara yang mudah. Apatah lagi apabila aktiviti yang dijalankan memerlukan mereka bermalam di dalam khemah. Menyedari hal ini saya dan rakan-rakan guru bersepakat untuk memastikan murid-murid sentiasa berdisiplin sepanjang program dijalankan. Oleh yang demikian kami telah memberi taklimat kepada murid-murid dari semasa ke semasa , mengajar mereka perkara-perkara asas berkaitan perkhemahan dan sebagainya supaya tidak berlaku kejutan apabila berada di pusat kokurikulum nanti. Pemilihan ketua komandan yang tegas juga dapat membantu mengawal disiplin murid-murid. Selain itu dalam setiap aktiviti yang dijalankan, guru-guru telah ditugaskan untuk membantu para fasilitator di samping memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan.

Rumusan Sebagai konklusinya, saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam mengendalikan programprogram yang besar pada masa akan datang. Walaupun aktiviti perkhemahan bukanlah satu perkara baru bagi saya, tetapi saya suka akan perkhemahan kali ini kerana menggabungkan tenaga pengajar luar yang sudah tentu memiliki kepakaran yang lebih lagi. Faktor ketahanan mental dan kesabaran di samping kerjasama dan ikhlas dalam menjalankan tugas menjadi nadi utama untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang melibatkan pelbagai pihak. Berkaitan dengan tugasan ini pula, sebagai seorang pelajar apatah lagi seorang guru, saya perlu sentiasa berfikiran positif dan bersedia dengan perubahan dalam sistem pendidikan yang semakin moden. Malu bertanya sesat jalan. Tugasan berkumpulan walaupun memerlukan komitmen

yang lebih, sekurang-kurangnya saya dan rakan-rakan berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran dan saling membantu dalam menghadapi kesulitan. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr. Rosli b. Yacob, rakan-rakan kumpulan, pihak sekolah selaku penganjur perkhemahan dan semua yang terlibat dalam memberi sokongan sama ada ketika menjalankan aktiviti perkhemahan mahupun dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai