Anda di halaman 1dari 20

APLIKASI KAEDAH LAWATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.

DI SAMPAIKAN OLEH: SITI ROHANI BANGI & KHADIJAH ABD. RAZAK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FOKUS PEMBENTANGAN
DEFINISI KAEDAH LAWATAN KONSEP KAEDAH LAWATAN FAEDAH KAEDAH LAWATAN KEPADA MURID KELEBIHAN DAN CABARAN CADANGAN

PENDAHULUAN
Penggunaan Kaedah P&P yang sesuai adalah sangat penting untuk membantu perkembangan dan pencapaian pelajar. Kaedah Lawatan merupakan kaedah yang paling diminati oleh pelajar (Laporan penyelidikan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar 2004; Ab. Halim dan Nik Rahimi 2010). Oleh itu, wajarlah kaedah lawatan ini menjadi amalan kepada guru-guru semasa melaksanakan p&p

DEFINISI KAEDAH LAWATAN


Pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa.
(Ahmad Mohd Salleh 2011).

Satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah dan pelajar-pelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang dapat diperhatikan serta dikaji secara langsung.
(Ee Ah Meng 1997)

Kesimpulannya kaedah lawatan adalah aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan di tempat yang sebenar di mana murid dapat melihat, merasai dan mengalami sendiri situasi yang hendak dipelajari.

sambungan
Kaedah yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Maha Suci Allah, yang Telah menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjid Haram ke Al Masjid Aqsa yang telah kami berkat sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Israk :1)

Pengajaran
Manusia akan memperoleh ilmu melalui pengalaman yang dilalui. Dalam konteks pendidikan, pembelajaran secara langsung yang di lalui oleh murid akan membantu meningkatkan keyakinan, kefahaman serta daya ingatan mereka. Ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan seterusnya dapat meningkatkan motivasi belajar pelajar.

Kaedah Lawatan Menurut Ibnu Kaldun


Beliau menyebut beberapa kata kunci seperti; makrifat, memperbanyakkan guru-guru, akhlak, mazhab, cara penyampaian, pandang dengar, peniruan dan pengalaman secara langsung. Makrifat membawa maksud ilmu mengenali sesuatu. Memperbanyakkan guru-guru merujuk kepada sumber pembelajaran bukanlah tertumpu kepada guru yang mengajar dalam bilik darjah sahaja sebaliknya guru itu ialah semua perkara yang berada di sekeliling kita seperti alam sekitar, masyarakat, rakan, peristiwa dan lain-lain. Sementara cara penyampaian, pandang dengar, peniruan dan secara langsung adalah merujuk kepada bagaimana kedah penyampaian dan penerimaan sesuatu ilmu.

Kaedah Lawatan di Malaysia


Merujuk kepada program pembelajaran luar bilik darjah (PLBD). Di perkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 dengan tujuan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan dilaksanakan secara kontekstual. Ini selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan Four Pillar of Education: Learning To Know, Learning To Do, Learning To Live Together And Learning To Be
( Sabine Von Schorlemer & Peter Tobias Stoll 2012).

Prinsip dan Langkah Pelaksanaan


SEBELUM Menentukan tujuan dan objektif lawatan. Menguasai kemahiran mengumpul maklumat. Memenuhi syarat lawatan.

SEMASA Mengawal ,menyelia dan memerhati aktiviti pembelajaran dan keselamatan murid

SELEPAS Bimbing pelajar membuat rumusan. Menilai keberkesanan pembelajaran dan aktiviti. Menulis Laporan

Teori Pembelajaran Sosial


Behavior Motor responses Verbal responses Social interactions

Person Cognitive abilities

Environment Physical surroundings

Physical characteristics
Belief and attitudes

Family and Friends


Other social influences

Rajah 1: Banduras model of reciprocal determinism Sumber: David R. Shaffer. (2009). Sosial and personality development. USA: Wadsworth Engage Learning.

Teori pembelajaran berasaskan pengalaman (John Dewey)


Beliau percaya bahawa pembelajaran melalui pengalaman secara langsung merupakan satu pendekatan yang terbaik di mana pelajar belajar melalui persekitaran mereka. Empat prinsip 1; Pengalaman sebenar. 2; Aktiviti yang sesuai dan melibatkan semua murid. 3; Aktiviti yang terancang. 4; Guru mesti membimbing pelajar.

1. Pengalaman Sebenar
Guru perlu menyediakan suasana yang sebenar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, apabila guru ingin mengajar Akidah bertajuk beriman kepada Allah, sebelum guru dapat menanamkan keyakinan kepada murid, guru perlu menunjukkan bukti tentang kewujudan Allah. Dengan membawa pelajar meninjau persekitaran sekolah, minda pelajar akan terbuka dengan luar lagi apabila melihat persekitaran mereka dengan tumbuh-tumbuhan, gunungganang, langit, awan , matahari, burung dan bermacam-macammacam lagi. Persekitaran sebenar merupakan sumber pembelajaran semula jadi. Dengan adanya rangsangan tersebut, pembelajaran murid akan menjadi lebih bermakna dan murid dapat menguasai pembelajaran dengan cepat dan mudah.

2. Aktiviti yang sesuai


Faktor yang perlu di ambil kira oleh guru. Ini adalah untuk menjamin pembelajaran dapat dilalui oleh semua pelajar. Guru tidak seharusnya mementingkan aktiviti yang kelihatan menyeronokkan dan mencabar namun tidak dapat dilakukan oleh pelajar. Sebaliknya aktiviti yang sederhana, menyeronokkan dan melibatkan semua pelajar adalah lebih baik dan bermakna. Oleh itu, guru perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dengan objektif dan kebolehan murid mengikut peringkat umur mereka.

3. Aktiviti yang terancang


Tujuannya adalah untuk merancang pengalaman yang akan di alami oleh murid. Misalnya pembelajaran Jawi. Guru ingin murid mencari perkataan berimbuhan melalui buku cerita yang bertulis jawi, sebelum melakukan aktiviti di perpustakaan sekolah, terlebih dahulu guru perlu memastikan bahawa terdapat bahan bacaan yang ditulis dalam tulisan jawi di perpustakaan tersebut. Sekiranya guru gagal memastikan bahan bacaan tersebut bukan sahaja mengakibatkan objektif pembelajaran tidak tercapai malahan akan berlaku pembaziran masa dan tenaga.

4. Guru sebagai fasilitator


Prinsip keempat ialah guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator semasa aktiviti lawatan dijalankan. Ini bermakna guru perlu membimbing murid sepanjang aktiviti berjalan agar murid mendapat maklumat yang jelas dan tepat selaras dengan objektif pembelajaran.

Faedah Kaedah Lawatan


1. Meningkatkan komitmen belajar pelajar.
(Rohani Arbaa, Hazril Jamil, Nordin Abd. Razak 2010).

2. Pembelajaran berpusat kepada pelajar mendatangkan lebih banyak faedah berbanding pembelajaran berpusatkan guru. pelajar aktif, fokus, bertanggungjawab, kritis, kreatif dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
(Sabar Afifuddin, Muhammad Taufik, Fatimah Zahrah & Zuazlina 2010).

3. Menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran (kemahiran

generik).
(Husin Othman, Buhannuddin, Syed Muhammad Dawilah & Abdullah Sulaiman (2008).

Cabaran
Prosedur lawatan yang rumit. Insiden kemalangan. Kurang pengetahuan mengendalikan lawatan dalam kalangan guru. Kos yang tinggi Kurangnya kajian yang saintifik yang membuktikan keberkesanan kaedah lawatan

Cadangan

1. Pembinaan modul aplikasi kaedah lawatan. (Mengandungi standard pembelajaran, aktiviti dan cadangan lokasi). 2. Manual pelaksanaan aktiviti lawatan. ( Mengandungi panduan menyediakan kertas kerja, merancang perbelanjaan dan Standard Operations Procedure (SOP). 3. Menual Pertolongan Cemas (Mengandungi prinsip serta panduan menghadapi situasi cemas.

KESIMPULAN
Kesimpulannya kaedah lawatan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian oleh golongan pendidik berdasarkan kepada faedah dan manfaat yang akan diperoleh oleh para pelajar. Kecekapan dan kebijaksanaan guru melaksanakan kaedah ini akan menentukan tahap kejayaan sesebuah pengajaran dan pembelajaran seterusnya melenyapkan halangan mentaliti yang mengongkong minda mereka selama ini.

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH.