Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A [ Masa dicadangkan : 15 minit ] [ 10 Markah ] Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Bahagian B [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 30 Markah ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Tulis sebuah karangan bertajuk Ibu Saya .

ATAU

2. Pada cuti sekolah yang lalu anda mengikuti keluarga bercuti ke tempat yang menarik. Ceritakan pengalaman anda itu.

ATAU

3. Lengkapkan cerita di bawah Aku dan adik membantu ayah memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Kemudian

Mulakan karangan kamu dengan Kemudian..

Bahagian c [ Masa dicadangkan : 20 minit ] [ 20 Markah ]

Tulis beberapa nilai murni yang dapat diambil daripada petikan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Setiap hari, Amran pergi ke sekolah seawal pukul 7.00 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan makanan kegemarannya iaitu nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Amran supaya makan dulu sebelum ke sekolah.. Namun begitu, Amran tidak mempedulikannya. Dia memberi pelbagai alasan. Selain tidak bersarapan pagi, Amran juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia habiskan masa rehat itu dengan bermain. Oleh sebab hendak cepat bermain, Amran tidak mencuci tangan sebelum makan. Dia sering mengalami sakit perut. Suatu hari,ketika mengikuti pendidikan jasmani , Amran pengsan.Doktor mengesahkan Amran mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu Amran menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktunya.

Asyraf kelihatan ceria. Pakaiannya juga sangat sopan dan kemas. Dia sentiasa ambil berat akan harta bendanya. Sama ada buku atau peralatan sekolahnya, semuanya dijagai dengan cermat.

Asyaraf berbasikal ke sekolah. Setiap kali tiba, dia akan mengunci basikalnya pada palang pondok basikal. Dia bukan murid yang boros. Wang belanja sekolah yang diberikan bapanya tidak pernah dihabiskan. Dia pasti akan menyimpan lebihannya di dalam tabung.

Namun begitu, dia tidak tamak. Setiap kali waktu rehat tiba, dia sering membelanja rakanrakannya yang tidak membawa bekalan. Dia tidak pula mengharapkan apa-apa balasan. Rakan-rakan selalu memujinya. Akan tetapi, dia tidak pula berasa megah