Anda di halaman 1dari 61

PPG.

JOM TURUN AIR


TAJUK : AKTIVITI AIR

IPG KAMPUS IPOH

Definisi Aktiviti Air

Kenapa Perlu Mempelajari Aktiviti Air


1. Sunnah Rasulullah s.a.w. Rasulullah SAW bersabda, Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah (Riwayat Bukhari dan Muslim) Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular). Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani. Rasulullah SAW bersabda: Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah. (Hadis riwayat Muslim)

Kenapa Perlu Mempelajari Aktiviti Air


2. Memenuhi prosedur keselamatan di air 3. Meningkatkan keyakinan semasa melaksanakan aktiviti air 4. Memastikan aktiviti air berjalan lancar

5. Meminimakan risiko kemalangan

Selain itu, aktiviti air ini juga membentuk seseorang individu kaya dengan nilai-nilai murni. Pembentukan personalitI Pembangunan insan Pembangunan negara Gaya hidup sihat Kepimpinan Kecerdasan Sosialisasi Pendidikan sepanjang hayat Dinamik kumpulan

PERKARA SEBELUM AKTIVITI AIR


1. Surat atau arahan -punca kuasa melaksanakan aktiviti. 2. Surat kebenaran ibu bapa/ penjaga. 3. Proforma atau Modul perlaksanaan aktiviti 3. Mesyuarat penubuhan AJK aktiviti. 4. Penetapan masa dan tempat. - Pastikan masa yang sesuai dan bukan musim tengkujuh. Tempat mestilah memenuhi ciri-ciri keselamatan yang tingg.

Samb.. PERKARA SEBELUM AKTIVITI AIR


4. Pengagihan tugas;
Kem Komandan dan Pen. Kem Komanden Ketua Jurulatih Air dan Pembantu Jurulatih air ( salah seorang mestilah mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil menyelamat bronze medalion). 5. Jawatan kuasa peralatan. 6. Jawatan kuasa disiplin dan keselamatan

PERALATAN

ALATAN KEYAKINAN DI AIR


Buoyancy Aid

Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta perlu memakai Buoyancy Aid (Alat apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau lebih dikenali sebagai jaket keselamatan. Para peserta akan diajar cara yang betul untuk memakai BA agar tahap keselamatan para peserta terjamin.

Sambungan Buoyancy Aid


Terdapat juga wisel di dalam poket kecil BA bertujuan untuk penggunaan ketika terdapat sebarang kecemasan. Adalah penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan ketika berada di dalam air agar para peserta tidak panik dan tahu cara-cara untuk mengapungkan badan dan menyelamatkan diri ketika berlakunya sebarang kecemasan.

Kasut Air
Amat penting bagi memastikan tiada sebarang risiko kecederaan ketika mmelakukan aktiviti di dalam air. Terdapat beberapa jenis kasut yang boleh digunakan seperti;

AKTIVITI AIR
PERKARA SEBELUM AKTIVITI AIR

Water confidence / water Treading:


PENGENALAN

Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum peserta dibenarkan masuk ke tasik, laut atau yang lain-lain. Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta perlu memakai Buoyancy Aid (Alat apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau lebih dikenali sebagai jaket keselamatan.

TEKNIK KEYAKINAN DI AIR


Teknik Pemakaian BA Para peserta perlu belajar cara memakai BA dengan betul. Pastikan ikatan pada BA ketat dan tidak longgar

Teknik Apungan Di Darat


Para peserta belajar cara apungan di darat Peserta baring dan cuba untuk tenangkan diri Cuba untuk mempelajari agar tidak panik ketika berada di dalam air

Keyakinan Di Air
Sentiasa mendengar arahan dari jurulatih Beratur atau berada dalam kumpulan masing-masing Rendamkan kaki dan basahkan muka untuk merasa air

Apungan Kawasan Cetek


Dalam kumpulan peserta cuba apungkan diri. Ulang semula jika kaki mencecah tanah. sentiasa berpegangan tangan sesama rakan

Gerakan Tangan
Para peserta cuba untuk menggerakkan tangan Cuba untuk mengawal apungan Bergerak dengan manghayun tangan kiri kanan

Apungan Kawasan Dalam


Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa berpegangan tangan Dalam bulatan cuba mengapungkan badan

Keyakinan Di Air
Melakukan teknik apungan masing-masing (dipantau oleh jurulatih) Para peserta boleh bergerak setelah berjaya menguasai teknik apungan.

Mengapung diri
Apabila terjatuh ke dalam air, pastikan anda dalam keadaan tidak panik. Cuba berbaring dan buka kaki (kangkang). tangan didepakan dan ikutlah aliran arus. Apabila tali keselamatan dilontarkan kepada anda, segera capai dan rapatkan ke bahagian dada. Tunggu sehingga anda ditarik naik ke tebing.

KEMAHIRAN MENYELAMAT DI AIR (PINGAT GANGSA)

LIFE BUOY Durable life ring suitable for rescue exercises in pool, sea, lake and river. Available in orange color. Measures in 1620 in diameter. Comes with 8mm holding line.

RESCUE TUBE WT BRASS CLIPS Water Safety Products of USA. Durable nylon mesh completely encases the tube with Brass Clips. Measures 40" x 6" x 3 1/2. Adjustable 2" wide shoulder strap. Red color with lettering Guard.

RESCUE CAN Water Safety Products of USA. Ideal for open water beach/lake patrol and singlevictim rescue. Length 28", weight 3 lbs. Velcro shoulder strap and poly tow line. Available in red color.

LIFE LINE
Light weight material. 50 feet long. Complete with wrist & storage loop. Orange color storage bag.

SPINE BOARD Heavy-duty solid plastic spine board. Available in orange color.

SCOOP STRETCHER Made of heavy duty aluminium poles. Lightweight, compact and durable. Both end have hinge type lock to separate the stretcher into right & left part. Adjusted body length with safety belt. Unfolded: 172cm(L) x 43cm(W) x 8cm. Folded: 123cm(L) x 43cm(W) x 7cm. Adjustable length: 172cm 208cm. Weight: 8kg. Max Load: 159kg.

FULL SET BAXSTRAP SPINE BOARD Consist of five items 1x BaxStrap Spine Board, 1x Head Immobilizer, 1x Cervical Collar Adult, 1x Cervical Collar Paediatric, and 4 x Straps with Clips Ends.

TELESCOPIC RESCUE POLE Wetline aluminium telescopic boat hook. Extendable from 120cm to 215cm. Manufactured from heavy duty aluminium pipe.

FOX 40 LIFEGUARD WHISTLE Used by official referees, rescue personnel and sports professionals around the world, the Fox 40 line of classic whistles is sure to blow you away.

BERKAYAK

AKTIVITI BERKAYAK
Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

BAHAGIAN KAYAK

PENDAYUNG
Tangan kita amat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kayak dengan menggunakan pendayung ini.

SEBELUM AKTIVITI BERKAYAK


Jurulatih Jurulatih mengenalpasti tempat, lokasi bagi aktiviti berkenaan. Mengenalpasti arus dan air pasang surut. Mengenalpasti keadaan cuaca dan musim termasuk hujan, gelombang, rebut dan lainlain.

SEBELUM AKTIVITI BERKAYAK


Membiasakan diri dengan keadaan tempatan termasuk keadaan laut, cuaca, alam sekitar yang membahayakan seperti batu karang, tukun, bangkai kapal, tanda-tanda nelayan yang sedang memukat ikan dan lain-lain. Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan aktiviti. Hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta , agihan kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan.

Peserta
Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai . Gunakan pakaian yang cerah seperti warna kuning, oren atau merah kerana mudah dilihat / di laut. Gunakan baju lengan panjang dan berkasut sewaktu berkayak. Adakan pedoman dan tentukan haluan. Peserta mesti memakai jaket keselamatan sepanjang masa samada mereka tahu atau tidak tahu berenang. Peserta tidak dibenarkan berkayak berseorangan.S etiap pergerakan hendaklah mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.

Peserta
Peserta tidak di benarkan memakai kasut yang berat dan pakaian yang berat dan sendat yang menyukarkan pergerakan badan. Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat. Setiap peserta perlu ada wisel. Sebelum memulakan aktiviti, semua peserta perlu membuat warming up . Botol air dan lain-lain keperluan perlu diikat pada kayak.

Peralatan
Kayak dan alat kelengkapan seperti paddle, jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah berada dalam keadaan baik dan boleh di gunakan. Kayak hendaklah di lengkapi dengan beg-beg buoyancy atau built in buoyancy .Kayak hendaklah diperiksa untuk memastikan yang ianya tidak bocor. Kadar bilangan antara kayak dengan peserta hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan. Repair Kit dan alat ganti hendaklah di bawa bersamasama semasa aktiviti kayak. Pastikan tali toggle ada pada kayak.

Hal-hal lain
Polis Marin, Pejabat Daerah, Polis Tempatan, tuan rumah, Hospital dan lain-lain badan yang berkaitan hendaklah di maklumkan tentang aktiviti yang akan di jalankan. Rangkakan route / perjalanan anda sebelum ekspedisi.

Taklimat
Taklimat awal berikut perlu diberi kepada peserta untuk makluman dan tindakan. Corak aktiviti Pakaian Makanan / minuman Waktu bersolat Langkah-langkah keselamatan

SEMASA BERKAYAK
Teori berkayak Bahagian-bahagian kayak Bahagian-bahagian pendayung Teknil mendayung Membawa (angkat) kayak Masuk dan keluar dari kayak Mengeluarkan air dari kayak Rescue Rafting Membersih dan menyimpan kayak

SEMASA BERKAYAK
Latihan amali / Tunjuk cara Mendayung ( latihan di darat ) Keyakinan diri di air ( menggunakan jaket keselamatan ) Pairing untuk menentukan pasangan berkayak dibuat oleh jurulatih.

Langkah-langkah keselamatan
Digalakkan sistem berpasangan buddy system lelaki dan perempuan dan tahap kebolehan berkayak serta berenang. Memastikan setiap peserta dan jurulatih sendiri untuk memakai jaket keselamatan pada setiap masa sewaktu berada di kawasan perairan. Ikatan jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat supaya jaket keselamatan tidak terlepas daripada badan para peserta sewaktu berada dalam air.Ini membahayakan dan boleh membawa maut. Elakkan daripada mendekati batu karang, whirpool, tide, rips, kapal, perahu dan lain-lain.Beritahu seseorang bila dan kemana anda tuju.

Peralatan ( penyediaan kayak,bot dan kelengkapan)


Pemeriksa buoyancy atau air bags dalam kayak. Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna sebelum dibawa ke laut. Bawa repair kit ,alat-alat keselamatan/survival seperti tali,tiub kereta dibawa bersama. Bot penyelamat dinghy perlu ada untuk mengawasi keselamatan peserta. Bawa kotak pertolongan cemas. Pastikan bilangan kayak,pendayung dan jaket keselamatan mencukupi.

Tugas jurulatih
Mempunyai keyakinan dan pengetahuan yang menyeluruh dan lengkap. Tidak membenarkan seseorang individu melakukan sesuatu melebihi daripada kemampuan. Mesti tahu keadaan air laut dan alam sekitar. Faktor keselamatan adalah menjadi perhatian utama. Berkemampuan mengagihkan tugas-tugas di kalangan pembantu-pembantu. Mempunyai pengetahuan mengenai tempat bagi mendapatkan bantuan kecemasan semasa membuat ekspedisi. Mempunyai kebolehan untuk menyelamat dan berenang.

Urutan perjalanan aktiviti


Bahagikan peserta kepada pasangan berkayak ( pairing ). Aturkan kedudukan pendayung, kayak dan jaket keselamatan di gigi air. Doa Aktiviti

SELEPAS AKTIVITI
Penyelenggaraan alatan Bersihkan dan simpan semua alatan dengan sempurna. Pastikan bilangannya mencukupi. Laporkan alatan yang rosak atua hilang untuk tindakan selanjutnya. Rasional / renungan Terangkan rasional aktiviti yang di jalankan Adakan sesi renungan Jurulatih hendaklah menyediakan Laporan aktiviti dengan menggunakan borang prosuder kerja aktiviti dalam 3 saliann: - 1 salinan fail aktiviti - 1 salinan fail siri kursus - 1 salinan fail peribadi jurulatih aktiviti

Aktiviti Berakit
CABARAN BERAKIT Ia diperbuat daripada buluh dan boleh digabungkan dengan beberapa benda lain seperti tiub lori mahupun pelampung plastik. Untuk membuat rakit, 10-12 batang buluh diperlukan. Buluh-buluh tersebut akan diikat rapi menggunakan tali, rotan atau akar kayu. Panjang buluh yang digunakan antara 25 kaki hingga 35 kaki. Ia boleh membawa 3-4 orang peserta berdasarkan saiz peserta dan kekuatan rakit. Setiap rakit dibekalkan dengan 3 batang galah/kayu bagi megemudi rakit

Membuat rakit
Buluh-buluh tersebut akan diikat rapi menggunakan tali, rotan atau akar kayu. Panjang buluh yang digunakan antara 25 kaki hingga 35 kaki. Ia boleh membawa 3-4 orang peserta berdasarkan saiz peserta dan kekuatan rakit. Setiap rakit dibekalkan dengan 3 batang galah/kayu bagi megemudi rakit

ELAK TRAGEDI INI

Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi.

Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan kayu. Pastikan juga api di padam betul-betul sebelum meninggalkannya.
Perbuatan membakar bahan-bahan kayu akan musnahkan makanan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam tanah. Abu dari api boleh mencemarkan sugai-sungai, tasik-tasik dan tapak perkhemahan serta membunuh banyak benda-benda hidup yang disentuh olehnya. Gunakan dapur yang kecil untuk memasak.

Jangan gunakan sabun atau bahan cucian lain di sungai atau tasik. Ambil air ke khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah.

Mendiri khemah jauh dari tebing sungai atau dari tepi tasik.
Minyak dan toxin yang keluar dari badan anda semasa mandi boleh memberhayakan benda-benda hidup dalam air. Mandilah jauh dari tasik dan anak-anak sungai. Basuhlah pinggan mangkuk jauh dari tebing sungai dan tepi pantai. Air yang kotor hendaklah dibuang dalam lubang yang digali khas.