Anda di halaman 1dari 22

DUNIA ISLAM KINI ISEU3125

TAJUK: PENUBUHAN NEGARA ISRAEL DAN MASALAH-MASALAH DI TIMUR TENGAH

NAMA: MASITAH BT RAMLI IEJ090015 TUTUR:CIK ZALEHA

LATAR BELAKANG PENUBUHAN ISRAEL


-Bangsa Yahudi merupakan bangsa yang menjadi kelas golongan menengah di Eropah, tinggal di perantauan, menjadi kuli bangunan,memajukan perekonomian dan lain-lain. -Dianggap sebagai bangsa asing di Eropah, ditindas di Sepanyol(500m),diusir Inggeris(1300m),(1400) diusir Perancis&1500m diusir Sepanyol. -Abad (1600-1700m),dalam tempoh 1 abad inilah, mereka mula bangkit&berjaya memperluaskan kuasanya ke Eropah Timur, Rusia, Amerika Selatan. -Mereka berhasil menguasai pasaran ekonomi Eropah dan melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan moden. -Akhirnya mereka mula melihat titik terang iaitu dengan melangkah menuju ke Palestin. -Para ilmuan mereka mula merumuskan teori revolusi bagi mempermudahkan jalan mereka menuju ke Palestin. -1 Mei 1776,tokoh Yahudi, Nathan Bernbaun menubuhkan Zionisme International, 2 bulan sebelum kemerdekaan Amerika dideklarasikan. -Mereka meniupkan revolusi nasionalisme kepada umat Islam,kesannya mereka telah berjaya memecahbelahkan negara Arab untuk melepaaskan diri dari Kerajaan Uthmaniyyah. -Bagi mereka, penghalang cita-cita utama mereka menuju ke Palestin ialah Kerajaan Uthmaniyyah.

-Pelbagai langkah dan strategi yang dilakukan Yahudi bagi menembusi dinding Kerajaan Uthmaniyyah,antaranya: i-1892,sekumpulan Yahudi Rusia membuat permohonan kepada Sultan Abd. Hamid 11,bagi mendapatkan keizinan untuk tnggal di Palestin.Permohonan mereka tidak diterima & telah menimbulkan kemarahan mereka,sehingga Amerika juga turut campur tangan. ii-Theodor Hertzl,penulis DerJudenstaat(negara Yahudi),memberanikan diri menemui Sultan Abd Hamid untuk meminta izin mendirikan penempatan di Al-Quds,namun ditolak. -Ekoran daripada itu, mereka merumuskan strategi baru bagi menghancurkan kerajaan Uthmaniyyah. -Tahun 1900,Sultan Abd Hamid mengeluarkan keputusan melarang pendatang Yahudi ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan. -Tahun 1901, Sultan melarang penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.

-Pada tahun 1902,Hertzl sekali laig memberanikan diri memujuk Sultan Abd Hamid untuk mendapatkan tanah Palestin dengan tawaran kewangan,antaranya:
1) 150 juta pound sterling Inggeris kepada Sultan 2) Membayar semua hutang Kerajaan Uthmaniyyah yang mencapai 33juta pound sterling British 3) Mendirikan kapal induk bagi menjaga pemerintah-anggaran : 120juta frank 4) Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga 5) Mendirikan universiti Uthmaniyyah di Palestin. -Tawaran tersebut ditolak,walhal Kerajaan.Uthmaniyyah ketika itu amat memerlukan dana kewangan.

PENUBUHAN NEGARA ISRAEL -Kerajaan British telah berselindung di sebalik Deklarasi Balfour,untuk menjustifikasikan sokongan keatas aspirasi Zionis di Palestin. -Isi Deklarasi tersebut penuh dengan kontradiksi,dimana British telah mengatakan,maksudnya: kerajaan berpandangan menyokong pembentukan Palestin sebuah negara bagi penduduk Yahudi, tetapi ditempat lain menyebut Kerajaan British sekarang berjanji akan mempertahankan hak2 sivil & keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin -Dengan kenyataan tersebut,Kerajaan British telah menukarkan 92%status penduduk Arab Palestin yang merupakan golongan majoriti&penduduk yang sah kepada status bukan Yahudi. -Ini memberikan 1 implikasi kepada mereka,yang tidak membolehkan mereka menikmati status penduduk pri-bumi. -Palestin kini menjadi hak istimewa masyarakat Yahudi yang merupakan etnik minoriti di Palestin sepanjang sejarah pemerintahan Islam &semasa pentadbiran Uthhmaniyyah. -Dengan itu,maka penghijrahan secara besar-besaran dari Eropah merupakan 1 perancangn tersusun golongan Zionis dengan sokongn kuasa-kuasa besar bagi melahirkan cita-cita negara Yahudi di Palestin

-Ekoran daripada itu,maka beberapa rusuhan telah berlaku. -Ekoran daripada penentangan Orang Arab,gerakan Zionis tidak lagi menyembunyikn hasrat mereka di Palestin. -Secara terbuka mereka menyatakan kepada dunia bahawa Palestin akan menjadi sebuah negara Yahudi&orang-orang Arab tidak mempunyai sebarang hak keatasnya. -Hanya 1 negara yang boleh wujud di Palestin iaitu Yahudi & tidak ada kesamarataan dalam perhubungan yahudi &arab,tetapi dominasi yahudi sebaik saja bilangan mereka bertambah -Untuk ini zionis melakukan apa saja bagi mencapai cita-citanya.Ianya dapat dibuktikn melalui kenyataan yang disampaikan oleh Chaim Weizman Yakinlah pada Tuhan bahawa negara Yahudi akan menjadi kenyataan,tetapi ia tidak akan wujud melalui deklarasi politik,tetapi melalui keringat bangsa yahudi -Ianya juga dapat dibuktikan dengan kata-kata Golda Meir,perdana menteri Israel suatu ketika dahulu: tidak wujud apa yang dikatakan sebagai rakyat Palestin, ia bukan seakan-akan wujudnya rakyat Palestin &kemudian kami datang & mengambil alih negara mereka.Mereka tidak wujud

-Disini jelas menunjukkan bahawa Zionis memainkan peranan dalam merancang&melobi pihak British untuk mendapatkan Palestin sebagai tempat untuk mereka menubuhkan negara. -Walaupun pada asalnya mereka bukan penduduk asal majoriti Palestin dari awal sebelum kedatangan Islam.Tetapi pada awal abad ke 20, mereka telah berusaha merampas tanah2 rakyat Palestin dan mendapatkn sokongan dari kuasa2 besar Barat,kerana itulah mereka berani menubuhkan negara di atas tanah yang dirampas dari golongan Muslimin. -Ekoran drpd itu, Pihak Zionis antarabangsa secara rasminya telah mengishtiharkan negara Israel pada malam 14Mei 1948 selepas menewaskan tentera Arab. -Ini menyebabkan pihak Zionis menguasai 77% bumi Palestin,lalu telah menghalau 800,000 dari 920,000rakyat Palestin dari Bumi yang mereka duduki. -Disamping itu, mereka turut menghancurksn 351 dari 585 perkampungan Palestin, dan melakukan 34 jenayah pembunuhan di wilayah jajahan. -Adapun wilayah2 Palestin yang berbaki adalah wilayah Tebing Barat yang telah dimasukkan ke dalam wilayah Jordan. -Manakala Mesir Pula meletakkan wilayah Gaza dibawah pemerintahannya. -Phk PBB pula bersetuju menerima negara Israel sebagai ahli PBB, dengan syarat pihak Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke Tanah air mereka.Ini tidak pernah dilaksnakan Zionis.

NEGARA TIMUR TENGAH -Timur Tengah mempunyai pengertiannya yang tersendiri, dari sudut sejarah ianya merupakan tempat kelahiran Nabi Junjungn Besar Muhammad saw,tempat asal agama suci Islam &tempat asal para Nabi & Para Rasul. -Timur Tengah mendapat perhatian seluruh umat Islam seluruh dunia, kerana disanalah tempat berkumpulnya umat Islam iaitu Mekah & Madinah. -Ianya terdiri daripada negara Arab saudi, Iran,Iraq,Kuwait,Palestin,Yaman,Syiria,Oman termasuklah Israel. -Dari segi geografi, ianya diliputi oleh banjaran gunung,dataran pamah & dataran tinggi serta padang pasir yang luas adalah merupakan bentuk utama di Timur Tengah -Ianya tidak sesuai untuk pertanian,kerana iklimnya yang kering & panas -Ianya juga merupakan rantau yang sentiasa bergolak sejak Israel ditubuhkan pada 1948. -Suasana politiknya tidak pernah aman. -Para sarjana meletakkan Timur Tengah sebagai region of confliks-rantau yang sukar diamankan -Konfliknya memberi kesan secara langsung kepada dunia,kerana ianya merupakan pengeksport petroleum dunia. -Perkembangan yang berlaku di rantau tersebut mempengaruhi politik & ekonomi seluruh dunia.

MASALAH- MASALAH TIMUR TENGAH


PERANG ARAB ISRAEL PERTAMA

-Pada 14Mei 1948,kaum Yahudi telah membentuk Negara Israel dengan

melantik Ben Gurion sebagai Perdana Menteri. -Amerika Syarikat terus mengiktiraf negara Yahudi & diikuti oleh Soviet Union -Kesannya telah timbul reaksi dari bangsa Arab yang telah meletuskan Perang Arab- Israel yang pertama. -Sayangnya kelompok Arab tidak bersatu dalam peperangan tersebut.Syaria & Lebanon tidak ikut serta,Iraq pada mulanya ingin mengikuti tetapi disaat akhir telah mengundurkan diri akhirnya Israel memenagi peperangan tersebut. -Telah wujud beberapa kesan daripada peperangan tersebut,antarnya: 1)PBB telah mengirimkan seorang utusan(Count Bernand) bagi menjadi perantaraan tetapi utusan tersebut telah dibunuh oleh organ-orang Yahudi. 2)Palestin & Baitul Muqaddis terpecah menjadi wilayah kekuasaan Israel & 4 negara lain masing2 Syria,Lubnan,Mesir& Jordan 3)Israel wujud sebagai sebuah negara Fait- accomplinegara yang tidak dapat di ganggu gugat lagi&Arab bersumpah akan terus berusaha menghapuskan Israel di muka bumi ini.

4)Arab mengambil langkah melaksanakan konfrontasi ekonomi, yang mana kepada kapal2 yang ingin membawa barang ke Israel tidak dibenarkan memasuki,melalui& melayari Terusan Suez. 5)Israel semakin teguh kerana mendapat bantuan daripada Amerika&orangorang Yahudi di negara lain disamping bantuan pampasan dari Jerman Barat. 6)Inggeris, Perancis &Amerika Syarikat dengan alasan ingin mencegah daripada terjadinya lagi perang Arab-Israel,tetapi telah menadatangani perjanjian 3 pihak pada1950,yang mana ketiga-tiga negara tersebut akan perimbangi senjata antara Arab dan Israel. 7)Kesannya juga telah menjadikan kuasa2 barat untuk campur tangan secara langsung di Timur Tengah -Hal ini tidak memberi apa2 natijah yang baik,kecuali menguntungkan Israel. -Ini diikuti oleh beberapa buah negara asing yang mengiktiraf kedaulatan Israel,ini telah menyebabkan pihak Zionis semakin angkuh.
KRISIS SUEZ- PERANG ARAB-ISRAEL KEDUA.

-Kekalahan Arab dalam peperangan pertama bersama Israel menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan perwira muda,khasnya di Mesir. -Tentera Mesir menyedari kekalahan mereka di sebabkan mereka jauh ketinggalan dari sudut persenjataan & kesalahan itu boleh diletakkan kepada kerajaan.

-Pada 1952,pemerintahan di Mesir bertukar corak.

-Raja Farouk di gulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera yang dipimpin oleh Jeneral Naguib& Kolenal Abd.Naseer. -Abd Naseer seorang pemimpin yang bersifat kebangsaan &antiimperialis terutamanya terhadap British. -Inggeris pada 1936 telah menandatangani perjanjian dengan Mesir untuk menempatkan 10 ribu tenteranya di Terusan Suez. -Mesir terpaksa setuju kerana sedang menghadapi kaum Fascist dari Itali. -Dalam masa yang sama,kuasa Barat lain cuba menanam pengaruh mereka di Mesir,tapi mereka gagal -1945,LigaArab telah terbentuk &Mesir menjadi pemimpin liga tersebut,maka bertambah susah untuk pihak Barat menegakkan pengaruhnya. -Naseer dalam perjuangannya,hanya mempunyai 2 matlamat iaitu meninggikan taraf ekonomi rakyat& memperkuatkan Mesir dari segi ketenteraan. -Projek besar yang dirancangnya ialah Empngn Aswan kerana baginya empngan tersebut mampu memberi kemakmuran kepada rakyatnya. -Pada mulanya Amerika & British berjanji untuk membantu dalam pembangunan empangan tersebut,tetapi menarik balik janji tersebut setelah Mesir mula membeli senjata dari Czechoslavakia(kerana inggeris, Amerika dan Perancis tidak mahu menjual senjata yang diperlukan Mesir berdasarkan kepada perjnjian Tri-Partite mereka.

-Ekorn daripada itu,Amerika mengumumkan akan membatalkan bantuan

untuk.pembinaan Empangan Aswan -Sebagai tindak balas, Naseer mengumumkan akan memiliknegarakan Terusan Suez & wang hasil terusan itu akan digunakan untuk membangunkan empangan Aswan. -Secara sulit,Inggeris&Perancis menghubungi Israel dengan maksud menggunakan paksaan,Israel tentu sahaja gembira kerana Mesir adalah musuh ketatnya. -Ekoran daripada itu, telah berlakunya perjanjian Rahsia antara Israel,Inggeris &Perancis,yangmana Israel akan membuat serangan keatas Mesir,tentera udara Perancis akan melindungi kota-kota di Israel &tentera udara Inggeris akan menyerang lapangan terbang Mesir. -Tanggal 29Oktober 1956,berlakulah serangan Israel terhadap Mesir di Sinai,kemenangan memihak kepada Israel.Sinai ditawan & Selat Tiran juga dikuasai Israel. -Ekoran itulah berlakunya peperangan terbuka antara Arab & Israel ,masing2 pada 1967&1973.

CAMPUR TANGAN ASING DAN PERANG SAUDARA DI LEBANON -Lebanon salah sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan,tetapi kemerdekaan tersebut bukan dalam erti yang sebenarnya,ini kerana shingga kini,negara yang majoriti penduduk nya adalah islam terus bergelora akibat campur tangan kuasa asing -Sehingga kini,Lebanon sering kali mengalami perang saudara,ekoran drpd kolonialis Perancis yang merangka perlembagaan Lebanon tanpa mengambil kira realiti masyarakat yang mendiami negara itu. -Majoriti penduduk Lebanon adalah beragama Islam,tetapi peliknya golongan minoriti kristian yang membolot jawatan-jawatan penting. -Menjelang penubuhan negara Lebanon pd 1926,Perancis merangka perlmbagaan tersebut dengan mengagih2kan kuasa mengikut sektor kaum,antaranya jawatan presiden diperuntukkn kpd seorang kristian,(dr puak Maronite), jawatan perdana menteri di berikan kepada golongan Sunni Islam sementara jawatan speaker golongn Syiah. -Ekoran itulah, babak pertikaian telah berlaku akibat jawatan presiden tidak di berikan kepada kelompok majoriti Islam -Bermulalah beberapa siri perang saudara, yang pertama pada 1958

-Peperangan ini tercetus apabila Presiden Lebanon ketika itu( Camille Chamoun) cuba mendapatkan penguasaan terhadap puak Maronite. -Ketika perang itu sedang memuncak,angkatan laut Amerika menyokong pihak tentera mengambil alih kuasa kerana pemimpin tertinggi angkatan tentera Lebonan diketuai oleh Jeneral Shihab daripada puak Moronite. -Nampaknya Amerika sengaja melibatkan diri pada waktu itu demi memastikan puak Moronite akan terus memegang jawatan nombor 1 di negara tersebut. -1975,tercetusnya perang saudara untuk kali yg kedua,disebabkan kebanjiran organ-orang pelarian Palestin. Di kawasan Lebanon Selatan. -Dalam hal ini,musuh2 Islam sengaja menyebarkan fitnah bahawa kedatangan orang-orang Palestin akan menggugat status quo mereka. -Menyebabkan masyarakat Kristian Lebanon pada awalnya yang memberi bantuan& bersimpati kepada pelarian Palestin ini berubah fkiran. -Ekoran daripada itulah,tercetusnya perang diantara tentera rakyat kristian dengan gerakan Nasional Lebonan(perikatan diantara org islam dngan orang kristian yang menentang kuasa mutlak puak Maronite)

-Ketika peperangan berlaku, rakyat Palestin yang berada di situ bersikap berkecuali. -Tetapi di sebabkan sikap mengganas kelompok Kristian terhadap mereka yang telah menghancurkan khemah2 mereka,Palestin mula bangkit menentang Israel. -Pada mulanya pejuang islam hampir menuju kejayaan,tetapi di saat akhir Syria mula berpaling tadah -Sejak dari awal, Syria telah memberi bntuan kepada pejuang Islam,tetapi di saat akhir Syria juga mengeluarkan arahan tragis menyekat bekalan agar tidak sampai ke khemah pejuang Islam. -1978,berlaku pula perang saudara yang ke tiga,masih lagi diantara puak Maronite dengan pejuang islam,tetapi peringkat ini lebih berbahaya kerana keterlibatan kuasa asing,termasuklah Amerika, Israel,Perancis & Syria -Pada hakiktnya,peperangan peringkat ini dapat dielakkn,jika Presiden Lebanon ketika itu yang mendapat sokongan padu dari Amerika,tidak membelakangi kepentingan orang-orang islam yang bermastautin di Beirut Barat,tetapi beliau terlalu memberi hati kepada Zionis Israel. -Pada Mac 1978,kerana bimbang akan munculnya kuasa Islam yang jitu di Lebanon, maka Israel dengan tipu helahnya berjaya menduduki kawasan Lebanon Selatan hingga ke Sungai Litani.Disebabkan tekanan Israel terpaksa mengundur diri.

-Kekosongn kuasa telah diisi oleh kumpulan pengganas Falangist di bawah Mejar Saad Hadad. -Kumpulan inilah dengan bantuan Yahudi telah melakukan pengganasan yg paling tidak berperikemanusiaan dengan melakukan pembunuhan beramai2(massacred)rakyt Palestin di 2 khemah iaitu Shabra & Chatilla. -Pd 6 Jun 1982, Israel sekali lagi menceroboh Lebanon. PERANG TELUK:KRISIS MINYAK DUNIA -Perang Teluk tercetus dengan serangan Iraq keatas wilayah Khorramshars pada 22 september 1980. -Kedua2 negara ini(Iran-Iraq) memiliki hasil minyak,jadi tidak hairanlah jika konflik antara Iran- Iraq ini meyebabkan krisis minyak melanda dunia. -Sebelum tercetusnya peperangan ini, beberapa pergolakan dalaman telah berlaku di ke dua-dua negara tesebut -Akhirnya berlakulah peristiwa 22 September ini apabila tentera Iraq menyerang Iran untuk mendaptkan semula haknya menggunakan jalur Shat Al Arab serta menebus kedaulatannya ke atas kawasan seluas 250 persegi,dipertengahan daerah yang memisahkan kedua-dua negara yg menurutnya di duduki Iran

-Tindakan paling ketara yang dilakukan Iraq tanggal 22 September 1980,antarnya lapangan-lapangan terbang Iran yang pentig terutamanya lapangan Mehrabad di Teheran &banyak lagi di bom oleh pejuang Iraq,dalam masa yang sama kawasan perumahan Tabriz,Kermanshah dan lain-lain serta kilang pembersih minyak turut di bom,hasil daripada bantuan2 asing termasuklah Britain&Perancis.Melalui bantuan itulah mereka dapat menyerap masuk ke Iraq & sekaligus menguasai Iran -Namun dengan kekuatan yang ada pada tentera Iran,mereka telah berjaya menyekat kemaraan askar Iraq yang lengkap bersenjata bahkan mampu mengambil kembali kawasan-kawasan Iran yang diduduki Iraq pada permulaan peperangan. -Menurut sejarah, Shatt Al Arab itu bukan sahaja menjadi rebutan diantara Iran- Iraq tetapi imprialis Eropah juga dari dulu lagi berusaha menguasainya.

PENCEROBOHAN YAHUDI ISRAEL TERHADAP BAITULMAQDIS -Kota ini dianggap suci oleh 3 agama iaitu Islam, Yahudi &Kristian -Tidakhairanlah ianya menjadi rebutan di sepanjang sejarah -Kuasa pemerintah silih berganti,kini akhirnya ianya berada dibawah jajahan Zionis bermula pada thun 1967 -Pd 20 Ogos sekumplan Yahudi berjaya menyerbu masuk &menawan Baitulmaqdis -Tentera Zionis telah berjaya menyerbu masuk & menawan tembok Buroq -Setelah menguasai bahagian Timur al-Quds,mereka telah membina penempatan Yahudi &menghalau rakyat Palestin,manakala rumah2 & masjid di bakar -Disinilah juga berdirinya Masjid Al-Aqsa yang dianggap masjid paling suci selepas Mekah & Madinah,ianya dianggap suci dalam akidah umat islam -Pada 21Ogos 1969,seorang pelampau Yahudi (Michael Dennis)tlh membakar Masjid Al-Aqsa -Ini adalah perancangan Zionis untuk meroboh Masjid Al- Aqsa bagi merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka -Pada Julai 1980,Rejim Zionis mengishtiharkan secara rasmi bahawa Al-Quds merupakan Ibu Kota Negara Israel

-Kesan daripada itu, rakyat Palestin terpaksa menghadapi berbagai masalah,lebih 435buah rumah penduduk Palestin telah diroboh & diusir dari tanah air mereka sendiri bermula pada tahun 1967-2005 -Bagi mereka yang keluar melanjutkan pengajian dan mendapatkan rawatan tidak dapat memasuki kota itu bahkn mereka dibuang daerah, ianya menjangkau 50,000 -Di Era Pemerintah Benjamin,lebih 2083 rakyat Palestin dilucutkan hak kerakyatan -Kesannya,hanya tinggal lebih kurang 70,000 sahaja penempatan rakyat Palestin di Al-Quds manakala penempatan Yahudi melebihi 400,000 -Pada hakikatnya,mereka telah berjaya menawan Baitulmaqdis &menukarkan masjid Al-Aqsa kepada rumah ibadat mereka

PERANG ISRAEL DI GAZA


-Tercetusnya pada Disember 2008 -Kesinambungan drpd perang-perang yang terdahulu bagi mempertahankan pembentukan negara Israel. -Perang ini boleh disifatkan sebagai asymmetrical(perang yang tidak seimbang) -Perang di Gaza untuk melemahkan Kerajaa Hamas yang telah menjadi pilihan rakyat Palestin di Gaza -Tujuan Israel bukan untuk memberikan demokrasi kepada Palestin tetapi mengekalkan dominasinya. -Barang-barang keluaran Gaza untuk dieksport keluar telah disekat -50% drpd penduduk palestin kehilangan peluang pekerjaan -Penduduk di Gaza dikepung dan disekat keperluan asas mereka. -Gaza & Tebing Barat dianggap sebagai kem pengasingan besar yang diwujudkan oleh Rejim Tel Aviv bagi penduduk Palestin

-Masyarakat di Gaza berhadapan dengan kebuluran dan penyakit -Pembunuhan,rampasan,dan penculikan di lakukan terhadap mana-mana pihak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. -Pada hakikatnya, Israel telah berjaya memusnahkan ekonomi Palestin,yang telah menjadikn 80%penduduknya bergantung kepada bantuan makanan. -60%drpd kanak-kanak menghadapi anemia -Dengan bantuan Mesir,Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.5 juta penghuninya. -Mesir kini telah menutup terowong bawah tanah yang di gunakan untuk membawa makanan dan bantuan ke Gaza. -Inilah ketidakadilan,penghinaan,penderitaan dan keganasan yang terpaksa di hadapi oleh Rakyat Palestin di tangan Israel

KESIMPULAN

-Tertubuhnya Israel memberi impak yang amat menyakitkan bagi umat islam khususnya di Timur Tengah. -Umat Islam terus dicabar oleh kuasa-kuasa Eropah khususnya golongan Kristian. -Kemunculan Barat di Timur Tengah dengan berbagai gagasan menyebabkan umat Islam terus berpecah belah -Kemelut dan permasalahan di Timur Tengah terus berlaku,yangmana hak rakyat Palestin yang dinafikan -Pihak Arab yang terpaksa berhadapan dengan Israel dalam beberapa siri peperangan yang menyebabkan umat Arab sendiri yang mengalami kerugian. -Disamping itu, terdapat juga beberapa buah negara Arab yang dilanda perang saudara ekoran daripada campur tangan asing -Lebonan terus bergolak dan Israel bertambah biadap, bahkan telah meletupkan pusat reaktor nuklear Iraq pada tahun 1982,diikuti dengan tindkan yang tidak berperikemanusiaan iaitu pencabulan terhadap Lebanon. -Tidak cukup dengan itu, di awal 1986,mereka telah mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis -Sehingga kini,umat islam terus berhadapan dengan ancaman Israel dan apa yang penting para pemimpin Islam dan umat islam di dunia ini harus bersatu bagi menjatuhkan Yahudi Laknatullah.

Anda mungkin juga menyukai