Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

Kumpulan Karangan Terbaik (SA1) 2013 Menengah 1 Normal Akademik

Bahagian B (Nur Haziqah Izni) 1C Soalan: Faruk selalu didapati tidak melengkapkan kerja sekolah. Di dalam kelas, dia selalu tertidur. Ceritakan peristiwa yang Faruk alami hingga dia tidak fokus terhadap pelajaran. Faruk seorang pelajar yang cemerlang. untuk semua mata pelajarannya. Dia sering mendapat gred A

Ibunya, Cik Lina, seorang ibu tunggal.

Bapanya, Encik Wan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Semasa kepergian Encik Wan, Cik Lina yang menanggung segalanya. Pada suatu hari, Faruk termenung jauh. Dia bertekad untuk menjaga

ibunya kerana ibunya tidak kuat lagi. Dia pun memberitahu ibunya yang dia ingin bekerja sambilan. Ibunya setuju dengan cadangannya itu. Pada keesokan hari, dia ke sebuah gerai yang inginkan seorang pekerja baharu. Dia cuba menanyakan kepada pengawal keselamatan kedai itu untuk meminta kerja. Alangkah gembiranya dia apabila dia diterima bekerja di tempat itu. Dia bersyukur kerana dia dapat menanggung keluarganya dengan sempurna. Pada hari pertama dia mula bekerja, salah seorang pekerja di situ yang bernama Rasidy, membuat kawan dengan Faruk. Mereka pun mula bertukar-tukar kisah pengalaman masing-masing. Pada suatu hari, dengan tidak semena-mena, Rasidy telah mengajak Faruk pergi ke pusat beli-belah di Bugis untuk berjalan-jalan. Faruk terperanjat kerana Rasidy sebenarnya bergaul dengan sekumpulan lelaki yang bertatu dan kelihatan bahaya. Dia tidak sangka bahawa Rasidy sebenarnya bukanlah Faruk berterus-terang kepada Rasidy seorang yang baik. Faruk hanya berdiam diri sahaja. Malang tidak berbau, Rasidy menghulurkan sebatang rokok. bahawa dia tidak merokok.

Rasidy telah memaksa Faruk untuk mencuba dengan memberi kata-kata positif untuk mempengaruhinya. Faruk akhirnya tunduk dengan desakan Rasidy dan menghisap rokok tersebut. Jam menunjukkan dua belas tengah malam. Faruk masih belum pulang juga. Cik Lina, risau sambil menunggu kepulangan anaknya itu. Tiba-tiba terdengar ketukan pintu yang sangat kuat. Cik Lina membuka pintu. Beliau terkejut melihat anaknya mabuk kerana minum arak terlalu banyak. Dia hanya mampu untuk menitiskan air mata kerana anaknya telah berubah. Di sekolah, dia sudah bukan seperti Faruk yang sering cemerlang dalam tugasan dan peperiksaanya lagi. Dia sering mendapat gred U untuk semua mata pelajarannya. Guru-guru dan rakan-rakannya juga kecil hati melihat perubahannya. Dia sering tertidur di dalam kelas dan juga tidak menyelesaikan kerja rumah yang diberi guru. Dia suah hilang fokus terhadap pelajarannya. Ibunya sangat kecewa dengannya. menjadi Faruk seperti dahulu. Apa yang dikatakan oleh ibunya hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sahaja. Namun, usaha gigih ibunya telah menampakkan hasil. Faruk telah cuba untuk berubah apabila memikirkan masa depannya. Dia tahu bahawa melakukan terbaik dalam bidang pelajaran mampu mencapai cita-citanya. Ibunya menasihatinya agar berubah dan

Anda mungkin juga menyukai