Anda di halaman 1dari 2

Aku selalu menganggap bahawa aku seorang bahawa aku seorang yang penyabar dan dapat menghadapi sebarang

cabaran dan dengan tenang. Rakanrakanku juga berasa begitu. Jika berlaku masalah, akulah yang akan menenangkan mereka. Namun, semua ini berubah dan kesabaranku tercabar apabila aku difitnah meniru jawapan pelajar di sebelahku pada hari peperiksaan. Ingatanku kembali mengjangkau suasana pada hari itu. Aku tiba di sekolah lebih awal pada hari itu kerana pada hari itu adalah hari pertama peperiksaan bermula. Aku membaca nota-nota yang telah aku tulis malam semalam. Aku berasa sungguh takut dan jantungku berdebar-debar. Aku khuatir aku akan gagal dalam peperiksaan ini. Para pelajar, sila pergi ke dewan sekolah sekarang. kata guru displinku. Aku mengangkat kaki terus berjalan menuju ke dewan. Kami disuruh meletakkan beg dan mematikan telefon bimbit kami. Setelah berbuat demikian, aku pun duduk dan menunggu guru memberikan arahan. Setelah diberikan arahan, pelajar-pelajar diberikan kertas peperiksaan masing-masing. Beberapa minit kemudian, peperiksaan dimulakan. Aku berasa sungguh takut dan jantungku berdegup pantas. Sedang aku berfikit, aku melihat ke arah seorang pelajar yang nakal di dalam sekolah ini bernama Rafi. Rafi melihat ke arahku. Aku melihat ke kiri dan kanan kerana takut akan kedatangan guruku. Dengan pantas aku melihat Rafi mengangkat tangannya. Aku berpendapat bahawa dia ada soalan untuk guru yang berdekatan dengannya mengenai kertas peperiksaan tetapi Rafi asyik menunjuk ke arahku. Tanpa mengetahui apa-apa, aku disuruh keluar dari dewan tersebut dan pergi ke bilik pengetua. Aku dimarahi sejurus tiba di bilik pengetua. Luqman! Kamu tahu tidak yang kamu telah membuat kesalahan yang besar? kata pengetua dengan perasaan yang marah. .Apa? Apa yang telah saya lakukan? aku bertanya. Apa awak tanya? Rafi nampak awak membuat isyarat untuk mendapatkan jawapan daripadanya. jawab pengetua sekolah. Mukaku berubah serta merta. Aku tahu bahawa aku tidak melakukan apa-apa kesalahan sekali pun. HUH?! Saya tidak penjelasanku dihentikan. Saya akan menelefon ibu bapa awak dan membincangkan perkara ini! Perkara ini akan menjejas pelajaran awak Luqman! sambung pengetua sekolah.

Aku dimarahi tanpa apa-apa bukti. Kesabaranku telah dicabar dan kali ini aku tidak dapat mengawalnya. Jaga kau Rafi! Mampus kau nanti! teriak hatiku. Setelah tamat kertas peperiksaan pada hari itu, aku mengekori Rafi dari jarak yang jauh. Aku tidak pasti mengapa aku tidak boleh mengawal kesabaranku pada hari itu. Oi! Rafi! aku memekik. Dengan tidak membuang masak aku menarik Rafi ke arah tangga di kolong blok berdekatan. Kenapa dengan kau? Tuduh-tuduh aku sembarangan? Apa masalah kau dengan aku! aku melepaskan kemarahanku kepadanya. Aku terus memukulnya tanpa rasa simpati terhadapnya. Aku tidak dapat mengawal kemarahanku. Aku membiarkan Rafi keseorangan

di tepi tangga itu.


Beberapa hari kemudian, aku dan ibu dipanggil oleh pengetua. Beliau memberitahu segala kesalahan yang aku lakukan kepada Rafi. Ibuku berasa hampa dan terkejut mendengar berita tersebut. Rafi sekarang dirawat di hospital. Mujurlah dia cedera sedikit sahaja, kata pengetua sekolah. Aku berasa amat bersalah dan sedar akan kesilapanku. Aku sepatutnya mengawal kesabaranku seperti mana aku mengawalnya selalu. Aku digantung sekolah buat beberapa minggu. Aku mengambil keputusan untuk melawat Rafi di hospital. Dalam perjalanan ke sana, aku berasa amat malu untuk memohon maaf kepadanya. Rafi! Aku memohon maaf atas kesalahanku terhadap kau! Tolong maafkan aku! aku merayu . Terlihat air mata jernih mengalir d ipipinya. Dia meminta maaf kepadaku kerana telah memfitnahku tanpa bukti. Rafi membuat keputusan untuk berjumpa dengan pengetua untuk menceritakan perkara yang sebenar.

Luqman Nur Hakim 4 Aspiration

Anda mungkin juga menyukai