Anda di halaman 1dari 2

ZAMAN ADA NABI ZAMAN AHLI SYURGA, ZAMAN TIADA NABI ZAMAN AHLI NERAKA

Jika pada satu masa itu ada nabi di kalangan sesuatu masyarakat maka masyarakat itu mendapat manfaat dari cahaya kewalian yang diterima dari seseorang nabi itu. Nabi-nabi kecil memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya sahaja (sahabat, saudara-mara, masyarakat kampung atau Bandar tempat tinggalnya dan orang-orang yang ditemuinya). Nabi-nabi besar memberi manfaat kepada lingkungan yang lebih besar. Cahaya kewalian akan tersebar dari nabi-nabi dan dari orang-orang yang telah menerima cahaya kewalian kepada orang-orang yang ditemui mereka di tempat-tempat yang mereka pergi atau merantau jauh.

Dengan adanya cahaya kewalian menjadikan seseorang itu wali dan ahli syurga jika timbangan amal kebaikan lebih berat dari amal kejahatan.Tanpa cahaya kewalian seseorang itu adalah kafir dan ahli neraka. Jika pada sesuatu zaman tiada nabi untuk sesuatu masa yang lama, maka ramailah orang kafir walaupun mereka mengaku mereka beragama. Walaupun nabi-nabi membawa pelbagai agama, tetapi yang paling asas dan penting adalah cahaya kewalian yang ditinggalkan mereka kepada umat mereka. Ia adalah asas kepada semua agama langit. Jika seseorang itu mengaku nabi dan membawa agama baru tetapi tidak membawa cahaya kenabian(cahaya kenabian menghasilkan cahaya kewalian) untuk diberikan kepada orang ramai, maka dia adalah nabi palsu dan tidak perlu diikuti. Cahaya kenabian adalah cahaya ghaib yang berada di dalam tubuh dan di sekeliling tubuh nabi-nabi dan boleh dilihat dengan pandangan batin.

Semua nabi-nabi ada cahaya kenabian, jika seseorang itu mengaku nabi tanpa cahaya kenabian, mereka mungkin hanya wali berdarjat tinggi atau orang yang telah tersesat. Apabila nabi-nabi besar muncul, akan ada penentangan secara
1

besar-besaran dari masyarakat atau kaumnya, dan biasanya ia diikuti dengan kematian banyak manusia secara besar-besaran sama ada akibat peperangan atau pun bala dari tuhan kerana mereka tidak mahu mengikuti nabi yang muncul dikalangan mereka. Ini adalah satu rahmat kepada mereka kerana mereka mati masuk syurga walaupun mereka menentang ajaran zahir nabi tersebut kerana mereka telah menerima cahaya kewalian. Mereka masuk syurga tanpa dihisab. Sedangkan nabi-nabi kecil tidak membawa ajaran zahir. Nabi-nabi kecil jarang membawa kematian, Zaman imam Mahdi membawa kematian manusia yang paling besar dalam sejarah umat manusia. Dan paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga.

Artikel lain di http://imam-mahdi.zxq.net atau http://mahdiketuamujadiddunia.blogspot.com

Al MAHDI AL MUNTAZAAR