Anda di halaman 1dari 11

SMK Belaga, Sarawak Peperiksaan Penggal Pertama Tahun 2013 Sijil Pelajaran Malaysia Tingkatan 4 PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2

SEJARAH KERTAS 2 (STRUKTUR DAN ESEI) Bahagian A (Struktur) [40 Markah]


Soalan 1 (a) 1 (b) Butiran Nyatakan maksud Mesopotamia dalam bahasa Yunani Tanah di antara dua sungai Tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, iaitu i. Sungai Tigris ii. Sungai Euphrates Berikan tiga contoh kerajaan dalam tamadun Mesopotamia i. Sumeria ii. Akkad iii. Ur - Babylon Lama - Assyria *Pilih mana-mana tiga Senaraikan tiga negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia i. Kish ii. Nippur iii. Lagash - Uruk - Ur - Eridu - Assur - Mari *Pilih mana-mana tiga Markah 1m 2m

1 (c)

3m

1 (d)

3m

1 (e)

Apakah peranan zigurat dalam tamadun Mesopotamia? - Pusat ibadat - Pusat Perdagangan - Pusat penyimpanan khazanah *Pilih mana-mana satu Butiran Selain sistem demokrasi, nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan oleh negara kota tamadun Yunani i. Monarki ii. Oligarki iii. Aristokrasi - Diktator (tirani) *Pilih mana-mana tiga Sebelum sistem demokrasi, negara kota Athens mengamalkan sistem beraja. Berikan dua peranan raja i. Ketua hakim ii. Ketua tentera - Ketua agama *Pilih mana-mana dua Nyatakan peranan Dewan Perhimpunan dalam sistem demokrasi Athens i. Bersidang tiga kali dalam sebulan ii. Setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan iii. Melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri iv. Mempunyai kuasa penuh terhadap ahli Majlis, Majistret dan Juri Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negara kota Sparta? Sistem pemerintahan tentera Butiran Berikan dua maksud jahiliah i. Jahil dan tidak mengetahui ii. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan Apakah sebab masyarakat Arab digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah? i. Tidak menerima kebenaran ii. Tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya iii. Tidak menyembah Allah Yang Maha Esa - Tiada nabi atau rasul dan kitab suci sebagai petunjuk 2

1m

Soalan 2 (a)

Markah 3m

2 (b)

2m

2 (c)

4m

2 (d)

1m

Soalan 3 (a)

Markah 2m

3 (b)

3m

3 (c)

3 (d)

- Akhlak yang teruk/rendah *Pilih mana-mana tiga Senaraikan kedudukan wanita dalam masyarakat Arab Jahiliah i. Tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa ii. Bayi perempuan dibunuh kerana akan menjatuhkan maruah keluarga Nyatakan tiga amalan Sistem Kabilah i. Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok ii. Ahlinya terdiri daripada suku tertentu iii. Mereka tinggal dalam sebuah kawasan - Mempunyai identiti dan peraturannya sendiri - Sikap taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing - Diketuai oleh seorang syeikh *Pilih mana-mana tiga Butiran Berikan sebab-sebab dakwah Islamiah dijalankan secara rahsia pada peringkat awal i. Islam masih baru dikenali dan bilangan orang Islam masih sedikit ii. Mengelakkan penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam Senaraikan dua golongan bawahan terawal memeluk Islam i. Bilal bin Rabah ii. Yassir - Sumaiyah - Amir bin Fuhairah - Zunainah *Pilih mana-mana dua Nyatakan tiga sebab penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan pada peringkat awal i. Tertarik dengan ajaran Islam yang memberi layanan sama rata kepada semua manusia ii. Mereka ditindas dan diberi layanan yang buruk oleh tuan mereka iii. Mereka inginkan keadilan Apakah pendekatan dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga berjaya menarik orang ramai memeluk Islam? i. Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam ii. Menunjukkan teladan yang baik iii. Membandingkan nilai masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak Islam

2m

3m

Soalan 4 (a)

Markah 2m

4 (b)

2m

4 (c)

3m

4 (d)

3m

Bahagian B (Esei) [60 Markah]


Soalan 5 (a) Butiran Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Barat dan Islam - Menurut Islam: tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat - Menurut Syed Naquib al-Attas: tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat - Menurut Richard Sullivan: unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun - Masyarakat Barat: pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran - Menurut Gordon Childe: pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat - Menurut Darcy Riberio dan R. A. Buchanan: menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun - Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral Huraikan empat ciri masyarakat bertamadun - Petempatan kekal - Kehidupan berorganisasi - Sistem pemerintahan - Pengkhususan pekerjaan - Agama dan kepercayaan - Bahasa dan sistem tulisan *Pilih mana-mana empat. Mesti ada huraian. Rujuk buku teks m/s 5-8 Namakan dua contoh sistem tulisan dalam tamadun awal dan nyatakan kepentingan sistem tulisan dalam masyarakat awal Contoh sistem tulisan - Cuneiform - Hieroglif - Piktograf - Ideogram *Pilih mana-mana dua contoh sistem tulisan Kepentingan sistem tulisan - Penyimpanan rekod - Penulisan undang-undang - Mencatat hal-hal keagamaan - Mencatat idea dan pemikiran manusia 4 Markah 6m

5 (b)

8m

5 (c)

6m

Soalan 6 (a)

6 (b)

6 (c)

Butiran Nyatakan enam keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa - Bandarnya terbahagi kepada bahagian utama dan bahagian kedua - Bahagian utama ialah pusat pentadbiran - Pusat pentadbiran menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimpan hasil pertanian - Bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan - Bandar dikelilingi oleh tembok - Bandar disusun berasaskan blok segi empat - Setiap blok dipisahkan dengan rangkaian jalan raya - Jalan raya berkeadaan lurus dan bersambung - Bandar dihubungkan dengan sungai Mengapakah masyarakat lembah Indus berjaya membina bandar terancang? - Memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar - Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik - Kemajuan dalam ilmu geometri dan pembinaan - Pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain - Pertukaran teknologi dengan tamadun lain - Peningkatan mutu bahan binaan - Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi - Penyesuaian pengaruh luar dengan keadaan tempatan Terangkan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia - Keupayaan masyarakatnya mengeksploitasi kelebihan yang ada untuk membina tamadun - Mereka mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka - Perancangan bandarnya - Mereka berjaya mewujudkan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa - Kejayaaan membina bandar adalah gabungan kepakaran dalam pelbagai segi - Contohnya kepakaran dari segi susun atur dan pengisiannya, kepakaran dalam ilmu geometri, kesenian dan matematik - Memberikan sumbangan dalam meningkatkan mutu bahan binaan - Menghasilkan batu bata menggunakan suhu yang tinggi - Masyarakat Indus bersifat terbuka dalam membuat hubungan dengan tamadun lain - Mereka bertukar pandangan dengan tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia - Segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan - Mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah faktor untuk mencapai kemajuan

Markah 6m

6m

8m

Soalan 7 (a)

7 (b)

Butiran Terangkan kemajuan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India - Perdagangan antara kawasan-kawasan di dalam wilayah India di Anga, Kalinga dan Karusa - Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara - Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara - Pelabuhan yang penting ialah Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay - Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar seperti persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit - Matlamat persatuan untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja - Undang-undang digubal bagi mengawal persatuan - Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja - Mata wang diguna sebagai medium jual beli - Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas digunakan - Telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik - Pengeluaran tekstil, kain kapas dan sutera - Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares - Terdapat juga perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata - Cukai dikenakan terhadap hasil pertanian dan hasil buah-buahan - Cukai untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan raja - Perdagangan maritim India dengan Alam Melayu - untuk mendapatkan rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi - Tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China Jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun India - Mementingkan pendidikan agama - Pendidikan berteraskan agama Hindu - Mempelajari kitab Veda - Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki sahaja - Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan - Menggunakan bahasa Sanskrit - Menggunakan kaedah hafalan - Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati - Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman - Sebelumnya di istana dan rumah - Lahir universiti agama Buddha iaitu, Nalanda - Mempelajari karya saintifik dan falsafah 6

Markah 7m

7m

7 (c)

- Pendidikan meningkatkan ilmu sains - Bertujuan menambahkan ilmu - Mengatasi buta huruf - Selain untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan ? - Meningkatkan ilmu pengetahuan - Menaikkan imej negara - Melahirkan masyarakat yang berilmu - Memajukan negara - Meningkatkan ekonomi negara *Mana-mana jawapan yang munasabah Butiran Nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria - Wujud di lembah sungai - Terdapat di kawasan pedalaman - Wujud di lereng tanah gunung berapi dan kawasan berbukit - Menjalankan kegiatan ekonomi pertanian seperti padi, jagung - Menjalankan kegiatan penternakan seperti lembu - Memungut hasil hutan seperti kayu gaharu/kapur barus/tanduk/gading - Menghasilkan pelbagai jenis rempah - Mencari sarang burung - Menjalankan kegiatan menangkap ikan - Mendapatkan kulit kura-kura - Membina sistem pengairan Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan agraria maju dalam bidang pertanian - Pembinaan sistem pengairan yang baik - Contohnya di Funan dan Angkor terdapat sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap - Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan - Contohnya Raja Indravarman I (877 M.) telah membina baray - Baray mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar - Kesannya hasil padi meningkat dan mempu menampung bekalan beras penduduk Angkor - Tanah di sekitar Tasik Tonle Sap sangat subur dan mempunyai iklim panas lembap sepanjang tahun, sesuai untuk penanaman padi

6m

Soalan 8 (a)

Markah 8m

8 (b)

6m

8 (c)

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kebergantungan kerajaan maritim kepada kerajaan agraria? - Kerajaan maritim memerlukan tenaga buruh dari kerajaan agraria - Kerajaan maritim menerima sumber makanan dari kerajaan agraria - Kerajaan maritim membekalkan barang mewah dari luar seperti China dan India kepada kerajaan agraria - Kerajaan maritim memasarkan barangan dari kerajaan agraria - Kedua-dua kerajaan saling bertukar barangan - Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dan agraria - Kerajaan maritim mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal - Kerajaan maritim memperoleh gajah sebagai kenderaan raja - Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan batu - Kerajaan maritim menjalankan perdagangan entrepot dengan bekalan barang dagangan seperti hasil hutan dari kerajaan agraria Butiran Apakah peranan pelabuhan dalam kerajaan maritim? - Berperanan sebagai pelabuhan pembekal kepada pedagang seperti logam, emas dan timah, hasil hutan, hasil laut dan makanan - Pelabuhan kerajaan menjadi tempat berdagang kepada pedagang berhampiran dan pedagang luar seperti China, India dan Barat - Terletak di kawasan perdagangan yang amat strategik seperti Kedah Tua/Srivijaya - Menjadi pelabuhan entrepot kerana kedudukannya di laluan perdagangan antara China dan India - Berperanan membeli barang daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkan kepada pedagang yang datang dari kawasan sekitar Huraikan sebab Srivijaya menjadi kuasa maritim pada abad ke-7 M. hingga abad ke-13 M.? - Memiliki bala tentera laut yang besar dan dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut - Tentera laut ditugaskan mengawal perdagangan di Selat Melaka/mengawal keselamatan kerajaan - Menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas kawasan yang berhampiran seperti Jambi, Kedah Tua, dan pesisir pantai Sumatera - Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda - Pelabuhannya yang berkedudukan strategik di Selat Melaka, Srivijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China - Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan kawasan taklukannya - Pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar - Menyediakan kemudahan seperti tempat membaiki kapal, penginapan dan menyimpan barang 8

6m

Soalan 9 (a)

Markah 5m

9 (b)

10 m

9 (c)

- Kemudahan mendapat bekalan makanan di kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya - Pengurusan di pelabuhan yang cekap Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara lain? - Menggalakkan pelaburan - Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang/hubungan diplomatik - Menambah peluang pekerjaan - Meluaskan pasaran - Menggalakkan penggunaan teknologi - Meningkatkan kecekapan pengeluaran - Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negeri - Menambahkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing *Mana-mana jawapan yang munasabah Butiran Jelaskan proses kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara? - Dibawa oleh Ksyatria/disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara - Dibawa oleh pedagang/vaisya - Disebarkan oleh golongan Brahmin/pendeta - Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan - Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain - Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke-5 S. M. telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara. Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara - Mengamalkan sistem pemerintahan beraja - Dipengaruhi sistem beraja dari India - Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan - Raja berada di puncak pemerintahan - Dibawahnya terdapat kerabat diraja - Selepas itu pembesar, iaitu Brahmin - Diikuti dengan rakyat - Hamba golongan paling bawah - Raja berkuasa mutlak - Meliputi pentadbiran/hubungan luar/ketenteraan - Perintah raja menjadi undang-undang - Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka/mereka tidak diampunkan 9

5m

Soalan 10 (a)

Markah 6m

10 (b)

8m

10 (c)

- Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah - Raja sebagai bayangan tuhan - Rakyat takut menderhaka - Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan - Dipercayai memiliki kesaktian - Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja - bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status - Wujud adat istiadat pertabalan raja - Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin - Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah - Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta - bertujuan menjadi raja terulung - Mendirikan kompleks kota - Lambang konsep alam semesta/orde kosmos - Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha - seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat - Di bawah anak raja terdapat parvanda/senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat Apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara? - Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan - Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat - Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat tentang agama/Batu Bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha, - pemerintahan, raja/batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang - Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat, contohnya inskripsi di Palembang Butiran Nyatakan enam sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah - Perkataan dan perbuatan dipercayai kerana tidak pernah berbohong - Bijaksana dengan menyelesaikan perletakan Hajar Aswad (batu hitam) - Bersifat pengasih dan bertimbang rasa - Membantu isteri memasak/menampal pakaian/melayan anak/membersih rumah - Memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak - Mengamalkan cara hidup yang sederhana - Sentiasa merendah diri - Seorang yang pemaaf 10 Markah 6m

Soalan 11 (a)

11 (b)

11 (c)

- Sentiasa menyampaikan (tabligh) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai - Baginda menyampaikan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah - Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam - Memujuk dengan menggunakan akal - Menggunakan pendekatan membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam - Membacakan ayat al-Quran semasa menjawab pertanyaan para sahabat - Memberi penerangan/penjelasan tentang permasalahan Islam - Menunjukkan contoh teladan yang baik Nyatakan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan - Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan - dan berkongsi dengan teman baginda - Semasa berumur 12 tahun, baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam - Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah dengan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda - Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik - Memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan - Seorang pedagang yang dihormati - Menjadi contoh kepada masyarakat

8m

6m

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT


Markah Keseluruhan: 100 Markah Wajaran: 50%
Disusun oleh; Ebby Saifullah bin Ismail Che Long (Guru Akademik Sejarah SMK Belaga)

11

Anda mungkin juga menyukai