Anda di halaman 1dari 6

Pengurusan Nurseri

A) Pengenalan

Nurseri merupakan tempat di mana anak pokok dibiak dan disemai sebelum dipindahkan ke kawasan penanaman yang sebenar ataupun dijual kepada para penggemar tanaman. Terdapat tiga jenis nurseri di negara kita iaitu nurseri borong yang merupakan nurseri yang beroperasi secara kecil-kecilan iaitu bertujuan untuk membiakkan dan memasarkan tanaman berskala kecil. Nurseri borong pula adalah sebaliknya kerana menghasil dan memasarkan hasil tanaman secara besar-besaran atas dasar skala operasinya yang luas. Jenis nurseri terakhir adalah nurseri landskap yang bertujuan untuk memberikan pandangan tentang landskap dan penyelenggaraan pembinaan landskap mengikut kehendak pelanggan. Dengan adanya nurseri ianya lebih memudahkan penggemar tanaman untuk menanam sebarang tanaman kesukaan mereka kerana di nurseri mereka boleh memilih baka dan pokok-pokok yang mereka suka dan jika dibandingkan dengan menanam sendiri dengan menggunakan biji benih yang memakan masa lama ataupun tidak berhasil. Tujuan pengurusan dilakukan adalah sebagai tujuan memastikan kawasan nurseri sentiasa dalam keadaan yang baik agar kerja-kerja pengendalian dapat dilakukan dengan selamat dan lancar. Pengurusan nurseri juga adalah penting untuk pemilik nurseri mendapat tahu di mana terdapat masalah agar masalah tersebut tidak menyebabkan kerugian kepada sesebuah nurseri itu.

B) Objektif i) Pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana untuk menguruskan sebuah nurseri dengan cara yang betul dan efisien. ii) Menambahkan ilmu kepada para pelajar tentang operasi sesebuah nurseri dan memperincikan tugas-tugas setiap bahagian di dalam nurseri kepada pelajar. iii) Menggalakkan pelajar belajar etika kerja dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan iv) Mengetahui keselamatan bekerja di dalam sesebuah nurseri

C) Alatan yang digunakan: i) Sarung tangan ii) Polibeg iii) Penyodok tanah iv) Baja tahi ayam v) Kereta Sorong vi) Bekas pengisi baja

D) Langkah-langkah kerja

1) MENYEDIAKAN MEDIUM TANAMAN

Menyediakan medium tanaman yang sesuai untuk tanaman. Saiz polibeg yang digunakan hendaklah mengikut berapa lama anak benih tersebut akan berada di tapak semaian.

Jadual 1: Keperluan polibeg mengikut umur anak benih Umur anak benih di nurseri (bulan) 5,6 23 x 30 ( 9 x 12 ) atau 25 x 40 ( 10 x 16) 6 7 30 x 38 ( 12 x 25 ) 30 x 35 ( 12 x 22 ) Saiz Polibeg

Ketulan tanah berbatu yang besar hendaklah dibuang dan cara pengisian tanah adalah 3-4cm dari bibir plastik bagi mengelakkan plastik terlipat dan tidak menghalang semasa proses penyiraman dilakukan. Tempoh tanah diisi yang disyorkan adalah seminggu sebelum anak pokok ditanam atas dasar untuk mematikan unsur-unsur yang tidak diperlukan dalam tanah.

2) MEMBAJA Aktiviti membaja dilakukan selepas selesai melakukan kerja menyediakan medium tanaman. Pembajaan dilakukan bagi memastikan anak pokok sentiasa mendapat bekalan nutrien yang berterusan dan penggunaan baja organik seperti baja tahi ayam adalah sangat bagus kerana bersifat slow release yang boleh bertahan untuk tempoh seminggu atau lebih. Pada kebiasaannya pembajaan di nurseri dilakukan setelah pokok mengeluarkan daun pertama. Pembajaan haruslah di sekeliling anak pokok tanpa terkena pada batang agar kecederaan fizikal pokok dapat dielakkan.

3) MERUMPAI

Kerja merumpai merupakan aspek yang penting juga dalam pengurusan nurseri kerana aktiviti merumpai boleh membantu pokok tumbuh dengan lebih baik kerana kurang persaingan untuk mendapatkan makanan. Sebarang bentuk rumpai yang tumbuh berdekatan anak pokok haruslah dibersihkan agar rumpai tersebut tidak tumbuh dengan lebih besar dan seterusnya akan membantutkan pertumbuhan anak pokok yang ditanam.

4) PENANAMAN ANAK POKOK Penanaman anak pokok dilakukan setelah anak pokok yang disemai di tapak semaian telah menunjukkan kematangan. Proses pemindahan dilakukan dengan memindahkan terus pokok dari kawasan semaian tersebut ke dalam polibeg yang disediakan. Penanaman harus dilakukan dengan berhati-hati agar anak pokok tidak mengalami kecederaan dan pada masa yang sama pembajaan pertama harus dilakukan.

5) PENYIRAMAN Waktu yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti penyiraman adalah pada waktu pagi dan waktu petang kerana jika cuaca terlalu panas ia akan memberikan kesan kepada anak pokok yang disiram. Biasanya sistem drip irrigation ataupun menggunakan sprinkler adalah paling sesuai kerana jika penyiraman secara manual dilakukan sudah tentu anak pokok akan mengalami kecederaan akibat daripada penyiraman yang terlalu kasar. Selalunya sistem penyiraman secara titisan adalah paling sesuai untuk anak pokok yang baru membesar di tapak semaian.

E) STRUKTUR DALAM NURSERI 1. Rumah Tumbuhan Kawasan untuk meletakkan tanaman yang tidak tahan dengan pancaran terik matahari disamping untuk melindungi tanaman daripada persekitaran yang tidak kondusif. 2. Pejabat dan tempat jualan Tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar kawasan nurseri. Memudahkan para pelanggan untuk melakukan aktiviti jual beli secara langsung di nurseri.

3. Stor Tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia seperti baja, racun dan alatan pertanian seperti cangkul, kereta sorong, sabit, polibeg dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pengeluaran dan penyimpanan semula peralatan.

4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan Merupakan ruang yang berbumbung bagi menempatkan bahan medium seperti tanah, pasir dan bahan organik. Ruang ini disediakan untuk proses mencampur medium tanaman dan seterusnya proses mengisi medium tanaman ke dalam polibeg.

5. Tempat pembiakkan Ruang yang digunakan untuk proses pembiakan dan tempat sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum dipindah ke tempat pengerasan. Tempat ini berbumbungkan jaring hitam sebagai naungan kepada pokok daripada cahaya matahari sebanyak 80%

6. Tempat pengerasan Ruang terbuka supaya mudah untuk pokok mendapatkan cahaya matahari untuk proses pengerasan bagi menyesuaikan pokok dengan persekitaran baru.

Anda mungkin juga menyukai