Anda di halaman 1dari 5

Anda seorang pemberita. Anda dikehendaki menulis sebuah berita mengenai kemalangan yang berlaku.

KUANTAN, Isnin Kemalangan ngeri berlaku di persimpangan Jalan Harimau dan Jalan Singa. Sebuah lori yang terbabas terlanggar dengan pembahagi jalan kemudian melanggar sebuah kereta Kancil. Pemandu kereta Kancil adalah seorang ibu yang membawa 4 anak. Kelima-lima cedera serius dan kini berada di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan. Pemandu lori tersebut telah direman oleh polis dan masih dalam siasatan. Siasatan awal menunjukkan keadaan pemandu yang letih dan lori yang tidak diservis menjadi punca utama. Masa kemalangan berlaku adalah awal pagi 6.30, maka jalan tersebut agak sunyi. Menurut wawancara dengan keluarga mangsa, ibu terbabit membawa keempat-empat anak ke Sungai Lembing untuk melawat saudaranya. Polis mendapat maklumat daripada seorang saksi yang berada di kawasan berhampiran. Saksi yang hanya dikenali sebagai Michael Ling menyatakan bahawa, Ibu tersebut berlumuran darah dan masih bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan anaknya. Keadaan seumpama ini amat menyayat hati. Sesiapa yang menyaksikan kemalangan ini boleh menghubungi talian bebas 1300-82-5678.

Anda dikehendaki menulis tentang kes rompakan yang berlaku di bandar anda. KUALA LUMPUR, Selasa Sebuah kes rompakan berlaku di tempat meletak kereta pusat membeli-belah KAKIJALAN Mall. Seorang gadis berumur 27 tahun dirompak oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenali. Mangsa yang dikenali sebagai Wan Wan dikepung oleh 2 lelaki yang membawa parang. Wan Wan adalah pengurus Kilang Emas Gold dan diugut untuk membuka pintu kedai emas tersebut. Namun demikian, penjaga sekuriti ternampak situasi tersebut dan bergegas untuk menghulurkan bantuan. Dalam keadaan yang huru-hara, kedua-dua perompak menolak pengurus tersebut ke dalam kereta BMWnya. Dalam temuramah dengan Cik Wan Wan, Saya amat takut. Apabila mereka tidak perasan, saya terus membuka pintu dan lompat keluar. Mangsa tersebut mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan kakinya. Pihak polis mendapat gambaran kedua-dua perompak melalui kamera keselamatan dan sedang memburu mereka. Sesiapa yang mengenali mereka atau dapat menghulurkan maklumat, sila hubungi balai polis yang berhampiran.

Tulis sebuah berita tentang kes bunuh. Perenggan pertama: PEKAN, Rabu Siapa yang dibunuh? Pasangan yang sedang bercinta Lam Jing Yuan, 23 dan Johnny Koo, 25 Ditikam dengan pisau, ditetak Tempat: Rumah teres satu tingkat, Taman Sentosa

Perenggan kedua: Jiran terhidu bau busuk Masuk- kedua-dua mangsa reput Menurut temubual, 3 hari tidak ternampak mangsa Keluarga kedua dua mangsa enggan memberikan komen Pihak polis menerima kes ini sebagai homisid dan punca utama kemungkinan besar , persengketan kongsi gelap - Menurut siasatan, teman lelaki adalah ahli kongsi gelap Perenggan ketiga: Mayat boleh dibawa pulang selepas bedah siasat Diharap kes ini menjadi pengajaran kepada mudamudi Jangan menyertai kongsi gelap Melaporkan kepada polis jika menyaksikan aktiviti gangsterisme

PEKAN, Rabu- Sebuah pasangan muda yang bercinta telah mati terbunuh. Mangsa dikenali sebagai Lam Jing Yuan, 23 tahun dan Johnny Koo, 25 tahun. Mangsa wanita ditikam 15 kali dengan pisau manakala mangsa lelaki ditetak sekurang-kurangnya 5 kali dengan parang. Kedua-dua senjata pembunuhan tidak dijumpai dan mungkin telah disembunyikan oleh pembunuh. Tempat pembunuhan adalah di sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Sentosa. Jiran yang terhidu bau busuk memasuki rumah tersebut dan menyedari dua mayat yang telah reput. Menurut temubual, sudah 3 hari mangsa tidak dapat dihubungi. Beberapa hari lepas, sekumpulan remaja telah melawat mangsa tersebut. Keluarga kedua dua mangsa enggan memberikan komen.Pihak polis menerima kes ini sebagai homisid dan punca utama berkemungkinan besar adalah persengketan kongsi gelap. Menurut siasatan, teman lelaki adalah ahli kongsi gelap. Perenggan ketiga: Mayat boleh dibawa pulang selepas bedah siasat Diharap kes ini menjadi pengajaran kepada mudamudi Jangan menyertai kongsi gelap Melaporkan kepada polis jika menyaksikan aktiviti gangsterisme

Anda mungkin juga menyukai