Anda di halaman 1dari 11

[Type text]

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SIDANG 2012/2013 HGF 222 : GEOGRAFI FIZIKAL

"BINCANGKAN KEADAAN PERSEKITARAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBENTUKAN SATU SISTEM TERUMBU KARANG"

NAMA: MUHAMAD SYUKRI BIN SHAFIAI NO. MATRIK: 113313 NO.K/P: 910504015285 TUTORIAL: 11-12 pagi PENSYARAH : DR. ANISAH LEE ABDULLAH TARIKH SERAHAN : 30 OKTOBER 2012

[Type text]

Pengenalan

Terumbu karang adalah organisma yang kompleks dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu ia digelar taman syurga lautan dan juga hutan hujan tropika di lautan kerana kepelbagaian biodiversiti yang melimpah dipenuhi spesies flora dan fauna marin. Menurut kamus dewan terumbu (reef) bermaksud permatang batu atau pasir yang terdapat di bawah atau di atas permukaan laut. (coral) bermaksud batu kapur yang terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut. Hidupan marin ini dipercayai telah mula berkembang dan beradaptasi dengan persekitaran marin sekurangkurangnya 240juta tahun yang lalu. Organisma ini boleh didapati dikawasan perairan yang beriklim tropika dan subtropika yang cetek terutamanya dikawasan lautan indo- pasific, lautan indian, laut merah dan dikawasan perairan Australia (Great Barrier Reef). Kawasan koloni terumbu karang meliputi antara 30N dan 30S khatulistiwa (C. F.Bird, 1984). Terdapat juga karang laut yang hidup di dalam air beriklim sejuk, gelap pada kedalaman sedalam 20,000 kaki (6000 m). Kedua-dua karang berbatu dan karang lembut boleh didapati di laut dalam. Karang laut tidak mempunyai alga yang sama dan tidak memerlukan cahaya matahari atau air suam untuk terus hidup, tetapi mereka membesar dengan perlahan-lahan.

Terdapat dua jenis terumbu karang iaitu karang hermatipik (hermatypic coral) atau batuan karang (stony coral), karang hermatipik akan bersimbiosis mutualisme dengan zooxanthellae iaitu sejenis algae. Selain itu, terdapat juga karang ahermatipik (Ahermatypic coral) yang tidak mempunyai kerangka batuan kapur. Karang dihasilkan melalui proses biologi iaitu dihasilkan melalui sejenis organisma yang dipanggil polip. Polip-polip ini akan membentuk koloni di atas permukaan karang. Struktur fizikal terumbu karang terdiri daripada kalsium karbonat (CaCo3). Hidupan marin ini membentuk koloni dan berkembang saling berinteraksi serta bersimbiosis antara mahluk hidupan disekelilingnya. Pembinaan terumbu karang mempunyai hubungan mutualisme dengan sejenis alga iaitu zooxanthellae yang hidup dengan tisu polip karang. Kedua-dua polip dan zooanthellae ini saling melengkapi dan memberi manfaat bersama. Oleh sebab itu, perkembangan terumbu karang boleh didapati di kawasan yang membolehkan zooanthellae menerima cahaya matahari untuk proses fotosintesis

[Type text]

Kewujudan ekosistem terumbu karang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dunia dan juga setempat antaranya cahaya matahari, suhu lautan, tahap kemasinan air, pepejal terampai, sedimentasi dan kekeruhan air (turbidity), kekuatan arus ombak, pengaruh air pasang surut (tidal), paras laut dan kedalaman laut, nutrien, ketersediaan makanan, rantaian makanan dan mangsa-pemangsa

Cahaya
Cahaya matahari merupakan sumber utama dan terawal untuk ekosistem terumbu karang. Penyerapan cahaya oleh air amat berbeza dan bergantung pada jarak gelombang cahaya tersebut. Apabila cahaya suria sampai ke permukaan laut separuh daripada cahaya tersebut akan terpantul. Peratus yang dipantulkan bergantung kepada keadaan permukaan air dan juga kecondongan matahari. Di kawasan pinggir laut penyerapan cahaya jauh lebih cepat daripada kawasan laut terbuka kerana di kawasan pinggir laut terdapat banyak organisma marin terapung, partikel endapan terampai dan juga bahan-bahan organik terlarut (Zubir bin Din, 1989: 57). Cahaya matahari akan menembusi permukaan laut dan digunakan oleh tumbuhtumbuhan pengeluaran primer bagi melaksanakan proses fotosistesis dengan itu fitoplankton, algae, dan tumbuhan lain akan menukar tenaga cahaya kepada tenaga kimia. "the depth of light penetration determines the depth to which photosynthesis activity can occur (W. Seaman, 2000: 81)". Oleh itu, semakin tinggi kadar penembusan cahaya mengikut kedalaman, kebarangkalian proses fotosistesis berlaku juga tinggi. Melalui fotosintesis, zooxanthellae menukar karbon dioksida dan air kepada oksigen dan karbohidrat. Polip karang akan menggunakan karbohidrat sebagai nutrien. Malahan, polip juga menggunakan oksigen untuk pernafasan sebagai balasan karbon dioksida akan diberikan kepada zooxanthellae . Melalui pertukaran ini, karang dapat menjimatkan tenaga sekaligus dapat menyingkirkan/menghapuskan karbon dioksida. Zooxanthellae juga menggalakkan kalsifikasi polip (polyp calcification) dengan pengambilan karbon dioksida yang lebih banyak semasa fotosintesis. Dalam keadaan ph optimum, peningkatan pembinaan dan perkembangan kalsifikasi terumbu akan lebih cepat.

Suhu (temperature)
Sistem terumbu karang bergantung kepada keadaan suhu disekelilingnya. Kebiasaannya keadaan suhu tidak kurang dan tidak lebih antara 33-34C dan 17-18C. Oleh sebab itu komuniti karang memerlukan situasi suhu yang sederhana dan suam."...the temperature range of living organisms must lie between the freezing and boiling points of water (H. Friedrich, 1969: 59)". Suhu air laut berkait rapat dengan keadaan seperti perubahan musim, lokasi (latitud) dan kedalaman. "Water temperature lower than 18C for at least part of the year is the main reason for lack of reefs along the eastern coasts of oceans(A.S.Threnhaile, 1997: 237)"

[Type text]

Kebiasaannya suhu berbeza mengikut kedalaman iaitu suhu dipermukaan berbeza dengan suhu didasar lautan. Suhu yang sesuai berkeadaan suam dan tidak kurang dari 18C. "coral growth is confined to warm seas, where the mean temperature of coldest month does not fall below 18C and the warmest month does exceed 34C(C. F.Bird, 2008)". Perubahan iklim global menyebabkan peningkatan suhu air dan pengasidan laut. Hal ini dikaitkan dengan tahap karbon dioksida yang semakin meningkat. Suhu air yang tinggi menyebabkan organisma mikroskopik alga yang memberi makanan kepada karang berhadapan risiko mati seterusnya karang akan terdedah kepada pelunturan yang boleh memusnahkan koloni karang serta komuniti karang juga akan terdedah kepada ancaman dan musuh lain. Peningkatan kandungan karbon dioksida yang terlarut di dalam lautan juga menyebabkan perubahan kimia dan peningkatan keasidan ph air. Pengasidan laut bermaksud air laut menjadi lebih berasid seterusnya boleh mengurangkan kepekatan karbonat karang dan menyukarkan pembinaan rangka kalsium karbonat mereka. Pengasidan yang teruk dan berterusan boleh memecahkan struktur rangka terumbu karang sedia ada. Oleh hal yang demikian ia akan memusnahkan komuniti koloni karang tersebut. Kesanya, peningkatan suhu menyebabkan khazanah biodiversiti terumbu karang yang dihuni oleh beribu species hidupan marin semakin terancam dan berkurang.

Kemasinan Air (salinity)


Kemasinan adalah ukuran jumlah pepejal terlarut di dalam air. ia biasannya diukur dan dinyatakan mengikut skala 'parts per thousand (ppt)' dengan kemasinan air laut yang normal ditahap kemasinan dari 33 hingga 37 ppt. "coral are marine organisms, found where sea salinity is within the range of 27-38 ppt, and most luxuriant in 34-36ppt(C. F.Bird, 1984)". Kebiasaannya perubahan dinamik yang berlaku ke atas kemasinan air laut bergantung dan berkait rapat dengan faktor masa dan lokasi. "the more saline water of very hot areas, and where there is low salinity near the mouths of large rivers(A.S.Threnhaile, 1997: 237)". Hal ini kerana kawasan tropika lebih tinggi tahap kemasinannya berbanding sub kawasan lain serta tahap kemasinan juga kadang kala berubah mengikut masa, terdapat kajian yang mengatakan ketika musim tengkujuh (monsoon period) tahap kemasinan air meningkat. Selain itu, secara signifikannya tahap kemasinan air akan berkurang dikawasan yang berdekatan dengan kawasan air tawar (freshwater) seperti dikawasan kuala, mudik,teluk dan sebagainya."...salinity gradient between the ocean and the river can lead to baroclinic (density-driven) circulation, with seaward surface flow and landward subsurface flow(W. Seaman, 2000: 80)". Oleh itu, kemasukan air tawar yang banyak di kawasan ekosistem terumbu karang akan mengurangkan tahap kemasinan air laut sekaligus mengancam kawasan koloni terumbu karang. Kesimpulannya, kemasinan air laut perlulah bersesuaian dengan kawasan ekosistem terumbu karang supaya koloni terumbu dapat mengadaptasi dan berkembang.

[Type text]

sumber gambar : http://web.ipb.ac.id/

Pepejal Terampai, Sedimentasi dan Kekeruhan Air (Turbidity)


Kekeruhan (turbidity) adalah pengukuran terhadap jumlah zarah terampai (suspended particles) di dalam air manakala, kejernihan (transparency) adalah pengukuran terhadap kadar kemampuan cahaya untuk menembusi air. Komuniti terumbu akan cenderung berkembang dengan baik di lokasi air yang jernih. Hal ini kerana kejernihan air membolehkan kadar penembusan cahaya lebih banyak sekaligus meningkatkan hubungan simbiosis antara alga dengan tisu polip karang. Kebanyakan saintis percaya bahawa alga iaitu zooxanthellae akan menggalakkan kalsifikasi (calfication) polip. Kekeruhan air (turbidity) akan menyebabkan intensiti kadar penerimaan cahaya matahari berkurang lalu menganggu pertumbuhan karang sekaligus membantutkan proses fotosistesis Zooxanthellae. Terdapat juga anggapan dan teori yang mengatakan kekurangan terumbu karang di sesebuah kawasan persisir pantai dikaitkan dengan pemendapan (sedimentation) yang tinggi di kawasan tersebut. . "sediments affect corals by reducing light in the water column and thus affecting photosynthesis in the symbiotic zooxanthellae (Yentsch et.al, 2002)".

Selain itu, terdapat kawasan yang mempunyai ekosistem terumbu karang yang terhapus dan mati secara senyap akibat pengaliran arus deras air tawar (sungai) dan sedimen seperti lumpur, batuan kecil, kelodak, tanah liat dengan kuantiti yang banyak ketika hujan lebat. "Dilution by fresh water discharged by rivers impedes coral growth and contributes to the persistence of gaps in bordering reefs(C .F.Bird, 1984)". Hujan lebat yang membawa beban sedimen yang banyak menambahkan lagi kekeruhan air lalu membantutkan polippolip serta perkembangkan organisma karang. Tambahan pula, air banjir yang berlumpur boleh menengelamkan batuan karang di permukaan koloni-koloni tersebut dan akhirnya memusnahkan ekosistem terumbu karang. Terdapat juga beberapa tempat yang mempunyai kawasan lingkaran gunung berapi yang menjadi antara penyebab kemusnahan ekosistem terumbu karang. Rentetan itu, letusan gunung berapi akan mengeluarkan lava dan abu-abunya lalu mengalir ke lautan dan memusnahkan ekosistem terumbu karang.

[Type text]

Kekuatan Arus Ombak


Gelombang arus ombak bergantung kepada kekuatan angin, lokasi serta arah tiupan angin. Apabila angin bertiup diatas permukaan air, tenaga akan dihantar ke dalam air lalu gelombang akan terbentuk. Arus ombak memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem terumbu karang . Hal ini kerana arus ombak yang kerap dan konsisten akan membawa bersama karbon dioksida dan larutan oksigen atau oksigen terlarut (DO) yang terdifusi dari udara. Selain itu, zarah terampai, nutrient dan makanan yang diperlukan oleh polip seperti zooplankton, fitoplankton dalam proses penghidupan ekosistem terumbu karang. Sebaliknya permukaan laut di lokasi tertentu yang tenang dan menerima gelombang ombak yang minima akan menyebabkan keperluan makanan koloni terumbu terhad. Namun terdapat kawasan terumbu karang yang mempunyai bentuk morfologi yang berbeza iaitu koloni tersebut boleh beradaptasi dan menyesuaikan keadaan gelombang ombak yang berbeza sama ada gelombang perlahan, sederhana atau kuat. Gelombang ombak yang terlalu kuat seperti gelombang tsunami boleh memusnahkan terumbu karang kerana berlaku pergerakan dan perubahan topografi permukaan dasar laut tersebut sekaligus boleh menghancurkan kawasan koloni-koloni terumbu yang terlibat. Selain itu, kesan negetif arus ialah pemendapan larutan (sedimentation) yang tinggi di kawasan koloni karang seperti larutan campuran antara lumpur dan tanah liat kesannya sedimen tersebut menutupi permukaan karang dan akhirnya mengakibatkan kematian karang."corals also increace their resistance to high mechanical stresses by reducing the porosity of their skeletons (A.S.Trenhaile, 1997: 236)". Oleh sebab itu, secara semulajadi cabang-cabang tentakel memiliki kekuatan yang dapat mengharungi impak arus sederhana dan kuat. Kesimpulanya, kawasan terumbu karang yang terdedah dengan arus dan gelombang ombak lebih berkembang biak berbanding kawasan yang terlindung serta kurang mengalami arus dan ombak yang perlahan.

Pengaruh Air Pasang Surut (Tidal), Paras Laut dan Kedalaman Laut.
Air pasang surut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan terhadap bumi yang akan menyebabkan berlaku turun dan naik paras air lautan. "the height of the waves across the reef surface is governed by the interaction between the tidal water level and the elevation of the reef flat (G. Masselink & M. G. Hughes, 2003: 300)". Apabila air surut sejumlah besar koloni terumbu rata mungkin akan timbul, kejadian pemecahan ombak berlaku di atas permukaan karang dan hanya sebahagian kecil jumlah tenaga ombak merentasi terumbu rata. Sebaliknya, apabila air pasang atau semasa ribut paras air di permukaan terumbu akan tenggelam pada kedalaman 2-3 m dan membolehkan sejumlah besar tenaga ombak melalui seluruh permukaan karang. Ketika air surut bahagian karang yang timbul akan terdedah kepada radiasi dan ultraviolet menyebabkan karang mengalami hakisan dan kerosakan.

[Type text]

Pemanasan global menyebabkan kecairan air lalu meningkatkan paras air laut. Peningkatan paras air laut akan mengurangkan kadar penembusan cahaya keatas dasar laut seterusnya menghadkan zooxanthellae untuk mendapatkan sumber cahaya yang digunakan dalam proses fotosintesis dan akhirnya boleh menghalang pertumbuhan karang. Selain itu, paras air laut yang terlalu cetek akan menyebabkan koloni-koloni terumbu karang terdedah kepada radiasi solar yang tinggi dan akhirnya membawa kepada kematian terumbu karang. Pertumbuhan terumbu karang juga dipengaruhi oleh kedalaman dasar lautan iaitu dengan kedalaman maksimum kira-kira 50-70 meter dan secara umumnya ekologi terumbu berkembang pada kedalaman kurang 25 meter."...to depths of 25 to 40m, although maximum growth for most corals occurs at depths of less than 10m (A.S.Trenhaile, 1997: 237)". Kadar pertumbuhan terumbu karang juga dipengaruhi oleh faktor penerimaan cahaya dan kedalaman dasar lautan. Terumbu karang berkembang pada kedalaman dengan intensiti kadar cahaya sebanyak 15-20% dari intensiti di permukaan. Ekologi terumbu karang mempunyai hubungan simbiotik dengan sejenis alga mikroskopik oleh itu, cahaya matahari diperlukan bagi perkembangan dan kelangsungan hidup komuniti hidupan marin ini. Peningkatan kadar kedalaman penembusan cahaya membolehkan koloni terumbu boleh hidup dengan kedalaman yang lebih tinggi. Namun, terumbu karang yang tinggal di kedalaman laut yang tinggi berpotensi menyebabkan kerosakan dan kemusnahan. Hal ini berlaku apabila sejumlah koloni yang rapuh dan tinggal dicerun curam lalu jatuh bergolek dan berkecai dari sejumlah kelompok koloni yang lebih besar.

Nutrien
Nutrien juga mempengaruhi perkembangan dan kelangsungan hidup ekologi terumbu karang. Nutrien merujuk kepada organik dan inorganik yang membentuk element seperti nitrat, ammonia, fosfat, potossium, urea, amino asid dan sebagainya. Kadar nutrien yang optima dan mencukupi membantu proses pertumbuhan terumbu dari segi saiz, pigmen warna dan juga imuniti kolini terumbu. "Phytoplankton are very efficient extractors of nutrients and their growth supports other organisms which compete for space with corals. (D. Hopley et.al, 2007: 444)". Sejak akhir-akhir ini peningkatan nutrien dari dataran yang mengalir ke lautan besar kemungkinan memberi impak yang negetif terhadap sistem terumbu karang. "...extent of episodic event, such as exceptional plankton blooms. (GESAMP, 1990)". Aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian boleh menyebabkan peningkatan nutrien seperti nitrogen dan fosforus yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan alga membiak dengan mendadak "...and reduce the level of light (D. Hopley et.al, 2007: 444)" seterusnya kuantiti alga yang banyak menyebabkan penggunaan oksigen berlebihan dalam proses penghuraian. ''high nutrient concentrations encourage competitive growth of fleshy and filamentous algae, and inhibit coral development (A.S.Trenhaile, 1997: 263)". Peningkatan dalam kepekatan nitrat dan fosfat yang terlarut serta karbon organik bersama-sama dengan pengumpulan organik terampai dalam sediman telah membawa perubahan dalam struktur plankton dan komuniti terumbu. "A much greater threat than sediment of fresh water at present time may be eutrophication (D. Hopley et.al, 2007: 442). Eutrofikasi adalah tindak balas ekosistem dengan penambahan bahan tiruan atau semula jadi, seperti nitrat dan fosfat, melalui baja atau kumbahan, sistem akuatik.

[Type text]

Oleh itu, komuniti koloni terumbu karang perlu hidup pada tahap nutrien yang rendah, sebaliknya peningkatan nutrien akan menganggu pertumbuhan seterusnya menyebabkan kematian ekologi terumbu.

sumber: Google Image

sumber : Google Image

Ketersediaan Makanan, Rantaian Makanan dan Mangsa-Pemangsa

Sesetengah terumbu memakan zooplankton, fitoplankton, sisa organik dan zarah terampai yang terhanyut, tersebar atau menempel di sesebuah koloni terumbu. Oleh itu, akses untuk mendapatkan makanan juga bergantung dan berkait rapat dengan faktor lain seperti arus ombak kerana arus gelombang membawa sekali nutrien dan makanan yang diperlukan. Koloni terumbu akan menggunakan tentakel polip mereka untuk menangkap fitoplankton, zooplankton dan nutrien subtrat organik terampai yang lain." Competition itself is clerly an important force in shaping community structure (J. Roff & M. Zacharias, 2011: 124). Komuniti terumbu mendapatkan makanan apabila sekumpulan koloni berkerjasama iaitu rongga-rongga polip akan berhubungan dengan polip yang lain dalam sesebuah koloni untuk saling berhubung, menghantar dan berkongsi sumber makanan. Tentikal polip berlindung pada waktu siang kerana bagi mengelakkan koloni mereka diserang oleh musuh serta melindungi diri dari sinaran ultra violet. Mereka juga akan aktif pada waktu malam untuk mencari makanan kerana organisma seperti zooplankton bergerak pada waktu malam

[Type text]

Ikan memainkan peranan yang penting dalam ekosistem terumbu karang kerana haiwan tersebut membantu dalam proses rantaian makanan koloni terumbu. Ikan juga bertindak sebagai mangsa dan pemangsa malahan sisa-sisa makanan dan sisa buangan ikanikan tersebut dapat digunakan oleh koloni terumbu yang lain bagi nutrien dan makanan terumbu. Anemone sea sejenis polip mempunyai hubungan simbiotik dengan anemonefishers atau dipanggil clownfish. Cabang sesunggut anemone menyediakan perlindungan untuk ikanikan dan telur mereka dari pemangsa, sebagai balasan clownfish akan melingungi anemone dari pemangsa seperti butterflyfishes dan membersihkan parasit yang berada di koloni anemone tersebut.

sumber: wikipedia

sumber: wikipedia

Polip karang terdedah kepada banyak pemangsa antaranya sea star, parrotfishes, butterflyfishes dan lain-lain. Parrotfish ialah spesies ikan herbivor yang memakan algae dipermukaan batuan karang. Ikan ini akan menggunakan ketajaman giginya untuk mengikis permukaan karang keras. Haiwan ini secara tidak langsung akan menghancurkan exoskeleton karang untuk mendapatkan alga. Hidupan marin yang tinggal dan berlindung di terumbu seperti gamat, landak laut, 'sea stars', 'the crown of thorns sea star' berpotensi membinasakan terumbu dari segi biologi kerana haiwan ini akan memakan polip-polip karang sehingga meninggalkan hanya rangka kalsium karbonat. Populasi haiwan ini yang banyak menyebabkan kebarangkalian populasi ikan laut terjejas kerana sumber makanan primeir berkurang dan menganggu keseimbangan dalam rantaian makanan.

[Type text]

Penutup
Terumbu karang adalah ekosistem yang rumit dan mempunyai kepelbagai organisma. Ia juga dianggap sebagai hutan hujan tropika dasar laut. Terumbu karang mempunyai nilai estetika dan kepentingan yang tinggi kerana komuniti ini menyediakan ruang dan perlindungan kepada ikan untuk membiak dan membesar sebelum memasuki laut dalam. Selain itu, terumbu karang menjadi penampan semula jadi terhadap kuasa ombak kerana berupaya memecahkan gelombang ombak yang mampu menghakis pantai. Tanpa ekosistem terumbu karang, kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman seperti ribut dan kuasa ombak yang tinggi. Tambahan pula, terumbu karang mempunyai potensi ekonomi yang boleh memberi pulangan berjuta ringgit dari segi pelancongan. Saintis juga percaya bahawa terumbu karang mempunyai nilai kekayaan dari segi perubatan seperti mengubati penyakit kanser, pemedahan mengantikan tulang dengan menggunakan kalsium karang dan sebagainya. Masalah pemanasan global menjadi punca kepada kemusnahan biodiversiti terumbu karang iaitu apabila suhu air meningkat boleh menyebabkan pelunturan karang dan juga pengasidan laut"...nutrient cycling, pollution and direct dumping of debris (gear, twine, food containers, plastic bands etc). (J. Roff & M. Zacharias, 2011: 285)". Selain itu, pencemaran laut juga menganggu ekosistem dan rantaian makanan hidupan marin termasuklah terumbu karang. Jika terumbu karang merosot, populasi ikan dan spesies lain yang bergantung kepada terumbu karang untuk makanan dan perlindungan boleh berkurangan. Namun, faktor tindakan manusia juga tidak terkecuali dalam hal ini kerana ancaman oleh manusia lebih berbahaya serta boleh mempercepatkan kepupusan komuniti terumbu karang di lautan. Antara aktiviti yang memberi ancaman tersebut seperti penangkapan ikan yang berlebihan dan berleluasa dalam satu-satu masa dan pengambilan batuan karang untuk tujuan jualan akuarium tiruan. Selain itu, penggunaan bahan letupan atau dinamit akan merencatkan dan membunuh anak-anak ikan serta habitat hidupan marin termasuklah menghancurkan terumbu karang.

Oleh hal yang demikian tindakan yang proaktif dan konkrit perlu dirancang dan dilaksanakan demi memelihara dan memulihara khazanah alam biodiversiti hidupan komuniti marin ini. Jika terumbu karang dibiarkan terganggu dan musnah potensi untuk pupus amatlah tinggi kerana kesan besarnya ialah akan menganggu rantaian makanan hidupan marin dan sekaligus melibatkan manusia.

[Type text]

Bibliografi dan Rujukan


Buku dan Bahan Ilmiah Eric C.F.Bird (1984). Coasts, An Introduction to Coastal Geomorphology, 3rd edition. England : Basil Blackwell Publisher Limited. Trenhaile. A.S (1997). Coastal Dynamics ang Landforms. Oxford : Clarendon Press. Gerhard Masselink & Hughes. M.G (2003). Introduction to Coastal Processes & Geomorphology. New York : Oxford University Press inc. William Seaman,Jr (2000). Artificial Reef Evaluation with Application to Natural Marine Habitats. United States : CRC Press LLC. David Hopley, Smithers. S.G & Parwell. K.E (2007). The Geomorphology of The Great Barrier Reef, Development, Diversity, and Change. UK : Cambridge University Press. Zubir bin Din (1989). Oseanografi. Pulau Pinang : Penerbit USM. Hermann Friedrich (1969). Marine Biology an introduction to its problems and result. Londan : sidgwick & jackson press. John Roff & Mark Zacharias (2011). Marine Conservation Ecology. London : Earthscan Ltd. GESAMP (1990). The State of The Marine Environment. Nairobi, Kenya/Austria : Blackwell Scientific Publications. Yentch,C.S., Yentsch, C.M., Cullen, J.J., et al. 2002. Sunlight and Water Transparency: Cornerstones in Coral Research .J.Exp.Marr.Biol.Ecol.268, 171-183

Internet S. Hohn and A. Merico (2012). Coral polyp calcication. Biogeosciences Discuss., 9, 2655 2689, 2012 www.biogeosciences-discuss.net/9/2655/2012/doi:10.5194/bgd-9-2655-2012 Author(s) 2012. CC Attribution 3.0 License. Tim Wijgerde. How Coral Reef Grow. http://www.coralscience.org Coralreef.noaa.gov water.epa.gov/type/oceb/habitat/coral_index.cfm
http://coastalcare.org http://ocean.si.edu