Anda di halaman 1dari 1

Konsep Negara Bangsa Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu

u negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilainilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA: Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya. Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai