Anda di halaman 1dari 16

1

1. 2. 3.

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PEMARKAHAN REFLEKSI ESEI: (a) (b) FORUM JUMLAH

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


TAJUK

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN

KUMPULAN EL- P02 DISEDIAKAN OLEH NAMA LOW YOKE CHIN NO. ID D20102041311 NO. TELEFON 017-5165007

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ROSMA OSMAN TARIKH SERAH: 1-12-2011

Bagaimanakah pengetahuan dan pengalaman terhadap Etika Keguruan

Dan Peraturan Pendidikan Di Malaysia memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat, penggunaan kaedah pengajaran dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar. Di samping itu, guru merupakan seorang pendidik bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar kelas dan luar sekolah. Untuk meningkatkan profesionalisme guru, guru menjadi role model kepada anak didiknya tetapi juga kepada semua termasuk seluruh anggota masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Guru sentiasa menjaga kelakuan mereka kerana gerakgeri mereka akan sentiasa menjadi tumpuan walau kemana sahaja mereka pergi. Guru mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan kepada pelajar, ibu bapa,

masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia tetapi tahap kemuliaannya pada pandangan masyarakat baegantung kepada sejauh mana guru itu dapat meletakkan diri mereka diperingkat yang tertinggi dan terhormat. Guru mempunyai sifat profesionalisme yang tinggi dengan menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya guru menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Guru telah mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan tatasusila profesion perguruan sentiasa dipegang oleh guru serta sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan. Dengan inilah, pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana mereka menyukai cikgu itu.

Sikap dan penampilan guru juga banyak membawa kesan positif ke arah meminati sesuatu subjek. Contohnya, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah, tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan mengantuk pelajar. Keadaan sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut, maka mereka tidak akan memberikan berlangsung. Guru bertanggungjawab membentuk sahsiah dan akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. Guru telah membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan. Guru memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran

dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam professional perguruan yang sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Selain itu, kod etika juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab dalam bidang pendidikan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan imej profesion perguruan seacara hitam putih dan rasmi. Akhirnya, pengamalan etika dapat mengekal. dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Akauntabiliti Terhadap Negara


Guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi kemajuan Negara. Guru sentiasa menanam azam dengan meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara. Guru telah memupuk nilai dan sikap murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajarnya. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagia secara cergas delam kegiatan-kegiatan masyarakat juga ditunjukkan oleh guru. Akhirnya, guru sentiasa bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan


Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Guru bertanggungjawab untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, dan berguna kepada negara. Seterusnya, guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap kecemerlangan, pencapaian, dan kemajuan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Selain daripada melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tingkah laku diri sendiri. Guru menunjukkan teladan yang terbaik kepada murid-murid. Guru sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, rajin dan tegas, lemah lembut dan mesra, serta

amanah semasa menjalankan tugas.

Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa


Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap pelajar. Ini adalah kerana, bila ibu bapa memasukkan anak-anak mereka agar menjadi menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada bangsa. Harapan ibu bapa inilah telah menjadi tanggungjawab bagi guruguru. Oleh demikian, guru telah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah dengan, menepati masa, mematuhi jadual, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, guru juga sentiasa mengutamakan kebajikan, keselamatan dan kemajuan pelajar daripada hal-hal lain. Guru sentiasa bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang ganjaran. Dengan pelaksanakan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib) 2020, guru dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajiban seperti : Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial murid-murid atau keluarga mereka. Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid. Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa. Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid,

bidang pendidikan dan negara.

Guru juga telah bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik dan lain-lain. Guru juga mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Ini telah memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru sanggup mengajar mereka terutamanya dalam kelas tambahan tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan ini telah meningkatkan martabat profesion perguruan di mata mereka.

Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri


Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Oleh itu, guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri dengan menjaga kesihatan dengan sempurna supaya dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga. Guru juga mengawal emosi mereka semasa mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram. Di samping itu, guru juga sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dengan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru. Guru juga selalu melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama. Guru juga dapat mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan mereka sentiasa seimbang dengan perbelanjaan. Guru juga berpengetahuan dan sentiasa peka terhadap peristiwa di sekeliling mereka melalui media massa. Mereka juga melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah pada masa lapang.

Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja


Dalam program pendidikan, guru telah melaksanakan kebertanggungjawab mereka

dengan cemerlang seperti membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum. Guru juga telah memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid serta merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid.

Guru juga sentiasa mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat darinya. Selain daripada itu, guru juga selalu menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran mengajar. Di samping itu, guru juga telah mempertingkatkan kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti, guru telah berusaha dengan sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan akal dan akademik tanpa disokong pengurusan emosi dan spiritual tidak boleh dianggapkan sebagai guru yang berkualiti. Ini adalah kerana guru yang tanpa kestabilan emosi tidak akan mampu untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, guru sentiasa mengekalkan kestabilan emosi supaya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti, seterusnya dapat mendidik pelajar- pelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

Cabaran-cabaran Malaysia PENGENALAN

dalam

mengaplikasikan

pengetahuan

dan

pengalaman tentang Etika Keguruan Dan Peraturan Pendidikan Di

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan yang sempurna agar manusia itu memahami tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Istilah profesion pada umumnya adalah orang yang mendapat upah atau gaji dari apa yang dikerjakan baik dan dikerjakan secara sempurna maupun tidak ( Martinis Yamin 2007). Dalam konteks ini bahawa yang dimaksud dengan professional adalah guru. Hanya warga profesion perguruan saja yang berkemampuan memberi perkhdimatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personality, fizikal dan mental setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan 1993 ).

CABARAN CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN


Pendidikan sekarang memang banyak berubah. Cabaran yang dihadapi oleh guru lebih besar berbanding dahulu. Dalam era digital ini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru. Jika dihalusi cabaran-cabaran ini boleh digolongkan kepada seperti berikut.

Cabaran penambahan bilangan murid-murid di sekolah

Cabaran penambahan bilangan murid-murid di sekolah telah memberikan cabaran besar kepada guru-guru berikutan kurangnya prasarana, alat bantu mengajar dan sebagainya di sekolah. Jumlah murid yang terlalu besar dalan sesuatu kelas menyebabkan guru sukar mengawal disiplin dan persekitaran kelas. Pertambahan ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan dalam statistik kesalahan tingkah laku di sekolah. Menurut Shahril @ Charil & Habib (1999), jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat. Bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga sekolah yang mencapai angka 45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Kelas yang sesak akan menyukarkan guru mengajar dan mendidik. Oleh itu, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sedehana pandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa rendah diri dan terpinggir.

Cabaran berkaitan penggunaan alat bantu mengajar (ABM)


Menurut Robiah Sidin (1998), telah dibuktikan bahawa sesebuah negara maju adalah sebuah negara yang boleh mengadaptasi dan merubah sistem pengajaran dan pembelajarannya. Pembaharuan dalam sistem pendidikan adalah penting bagi memastikan sistem menjadi relevan dan tidak lapuk. Perkembangan dunia teknologi yang kian pesat di dunia masa kini menuntut perubahan dalam bidang pendidikan. Jesteru itu penguasaan dalam bidang ini perlu dikuasai oleh para guru bagi memastikan wujud perubahan paradigma dalam institusi pendidikan. WWW merupakan sumber maklumat yang paling baik untuk guru matematik yang merancang untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik yang efektif dan inovatif. Oleh itu adalah satu cabaran yang besar bagi golongan yang berkecimpung dalam kerjaya perguruan untuk menguasai dan memperkembangkan ilmu dan kebolehan mereka dalam dunia teknologi yang sentisa berkembang ini. Guru pada masa kini bukan saja perlu pakar dalam bidang yang diceburi tetapi juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini terutama dalam bidang teknologi untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.

Cabaran berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat

10

Guru berdepan dengan murid yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan, adat resam, peringkat umur, sosio ekonomi masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi. Salah laku dan isu-isu disiplin murid membuatkan guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko dicederakan akibat amarah remaja yang tidak ketentuan. Perilaku dan sikap melampau dari pelbagai pihak menjadikan kerjaya perguruan bertambah sukar dan menyebabkan pelbagai masalah timbul. Kes seperti guru dipukul, didakwa, diugut dan sebagainya sering terpapar di media cetak dan media elektronik saban hari. Situasi ini menyebabkan guru terpaksa bersedia dari segi emosi, fizikal dan mental bagi berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Cabaran berasaskan Wawasan 2020


Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti : Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Guru bertindak sebagai agen perubahan yang bertanggungjawab membentuk dan mendidik generasi masa depan yang bakal mencorak negara. Oleh itu, guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang telah disuarakan. Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara dipertanggungjawabkan kepada guru-guru terutamanya dalam meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap generasi masa akan datang. Kerjaya perguruan adalah merupakan satu kerjaya yang sangat mulia. Mereka adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru. Sumbangan, jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru untuk melahirkan generasi pelapis negara yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus

11

dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat harus sedar akan cabaran dan bebanan tugas yang dipikul oleh guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah kepada kerjaya ini.

Murid lebih ke hadapan daripada guru


Tugas guru semakin mencabar lebih-lebih lagi apabila anak murid lebih ke hadapan daripada guru. Malahan karenah dan harapan ibu bapa juga adalah satu cabaran buat guru masa kini. Apatah lagi dengan keadaan murid sekarang yang lebih ke hadapan berbanding guru dan ada juga yang kurang menghormati orang tua. Sebagai guru sekolah rendah, saya melihat murid sama ada di bandar atau luar bandar, mereka kurang pendedahan kepada dunia luar. Berbeza dengan murid yang pernah mengikuti ibu bapa mereka ke luar negara dan bersekolah di sana, apabila pulang ke sini, corak pengajaran dan sistemnya seperti menyekat kemahiran dan kreativiti mereka. Corak pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan pelajar mudah hilang arah. Jika guru boleh menerapkan lebih banyak elemen praktikal dalam pengajaran mereka, murid akan lebih proaktif dan dapat mengasah kemahiran.

TERLALU TUMPU PEPERIKSAAN


Tumpuan yang terlalu terhadap peperiksaan juga menyebabkan guru mengabaikan murid yang tidak berada di tahun peperiksaan. Sebagai guru di sekolah rendah, mereka memikul tangungjawab membentuk sahsiah. Dahulu, pembelajaran Bahasa Malaysia adalah satu daripada subjek yang boleh dijadikan medium membentuk peribadi pelajar. Misalnya sebelum memulakan pembelajaran, cikgu menerapkan nilai-nilai moral yang baik terhadap seisi kelas. Kemudian barulah pelajaran bermula. Malahan semasa sesi pembelajaran berlangsung, guru boleh bertindak menarik perhatian dan kesedaran pelajar tentang nilai-nilai murni.

Kecanggihan teknologi yang semakin pantas


Cabaran sebagai seorang guru matematik, cabaran utama pada masa kini adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas saban hari. Dunia kini ,kita boleh menyaksikan bahawa teknologi sentiasa di kemaskinikan atau updatedan boleh dikatakan penghasilan perisian atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Oleh itu, sebagai guru matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar seiring

12

dengan dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran dan pembelajaran matematik tradisional. Dunia semakin canggih walhal boleh kita boleh mengatakan pelajar-pelajar juga semakin pintar dalam penggunaan teknologi. Maka guru juga haruslah lebih cekap dan mengajar menggunakan strategi yang sesuai dengan zamannya. Menurut Saidina Omar AlKhattab ra pernah berkata, Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu. Kata-kata ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Sehubungan ini peranan seorang guru matematik adalah amat penting dan perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya. Bila difikikan secara positif, pengaplikasian teknologi dalam pengajaran matematik mampu menghasil generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi negara maju 2020. Seterusnya, guru matematik adalah persepsi pelajar-pelajar tentang subjek matematik itu sendiri. Subjek matematik dia ajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak kita dari bangku sekolah tadika lagi. Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita tetapi yang menghairankan kini mengapa subjek ini tidak digemari ramai pelajar dan ada mengatakan subjek ini adalah sebagai subjek killer yang hanya mencacatkan keputusan mereka sahaja. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran matematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka-angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata- ratanya bersifat negatif . Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah mereka berkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?. Cabaran seperti ini sudah berlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi, dan sebagai guru pada zaman globalisasi ini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif

13

pelajar kita ini dengan sentiasa berfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik , penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian, suasana kelas konduksif, budaya sekolah yang positif dan ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjek kritikal ini. Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

Cabaran komunikasi : (PPSMI)


Pelaksanaan PPSMI telah menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman. Penggunaan bahasa ibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal apabila digunakan dalam bahasa asing ini. Perkataan Yes dan No sahaja yang sering kali didengari apabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar pelajar pedalaman. Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh guru atas pelaksanaan PPSMI. Secara jelasnya, pelaksanaan PPSMI ini memberi kesan kepada kedua-dua belah pihak samada pelajar ataupun guru itu sendiri. Diakui terdapat guru-guru matematik dan sains kini yang lemah penggunaan bahasa Inggerisnya. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan dengan perubahan kurikulum yang baru, mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yang mungkin. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkan bahawa cabaran ini telah memberi keuntungan kepad mereka kelak.

Cabaran terhadap masalah disiplin


Masalah disiplin selalu berlaku di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang,mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, makan, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, membuat bising,

14

mengeluarkan kat-kata kesat, atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan kenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi kesediaan mereka untuk belajar, keselamatan psikologi para pelajar, dan tingkah laku masa depan mereka. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes disiplin yang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 1991. Gejala-gejala disiplin pelajar seperti ponteng rsekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok, merosakkan harta sekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar.

Beban kerja guru yang terlalu banyak


Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah beban kerja guru yang terlalu banyak. Ini termasuklah kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan menyiapkan stastistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta fail pelajar. Selain itu, guru turut terlibat dengan pelbagai kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan kelab. Pelbagai beban tugas utama mereka di sekolah, iaitu mengajar dan mendidik. Guru bukan sahaja gagal menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar bahkan gagal memberi bimbingan kepada pelajar. Kesannya, ramai pelajar yang terbiar dan ketinggalan dalam pelajaran.

Sikap pelajar yang malas dan pasif


Ramai pelajar yang malas membaca dan membuat latihan yang diberikan oleh para guru, sebaliknya menggemari bahan berbentuk picisan seperti majalah Mangga, URTV, Hai, Ujang dan lain-lain yang kurang bermanfaat. Sikap malas juga menyebabkan mereka sering mengharapkan guru memberikan 100 peratus ilmu kepada mereka. Lambakan bahan ilmiah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bernilai RM400 juta membuktikan para pelajar sekarang malas menimba ilmu pengetahuan. Sikap mereka yang berterusan ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri bahkan juga kepada negara.

Kesimpulan

15

Dunia pendidikan hari ini menghadapi terlalu banyak cabaran dan kekangan. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat, selain pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini. Cadangan menambahkan guru disiplin dan kaunselor di sekolah harus direalisasikan di samping kempen-kempen kesedaran terhadap buku.

Rujukan
1. http://pertadi.ukm.my/index.php/artikel/82-ict-cabaran-dan-peluang 2. http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/ 3. http://fatamorghana.wordpress.com/2009/04/12/tujuan-pendidikan/ 4. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/12/cabaran-cabaran-yang-dihadapioleh-pihak-sekolah-dalam-usaha-melahirkan-pelajar-yang-cemerlang/ 5. http://pertadi.ukm.my/index.php/artikel/82-ict-cabaran-dan-peluang 6. http://kpli2005.blogspot.com/2005/07/sejauh-manakah-etika-profesion.html 7. http://webmastering1.tripod.com/nantha/rank2.html

16

Anda mungkin juga menyukai