Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS KANDUNGAN

Analisis Kandungan adalah satu bentuk analisis terhadap bahan-bahan media cetak
(seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, kitab, laporan bertulis, minit mesyuarat dan
sebagainya) juga bahan-bahan elektronik (seperti filem, drama, rancangan radio, tv,
cd dan papan iklan). Ia digunakan bagi mengkaji beberapa istilah, perkataan,
konsep, tema, frasa, atau ayat yang ada dalam media berkenaan. Analisis
kandungan boleh digunakan dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, sosial,
pengurusan, pendidikan dan Pengajian Islam.

Terdapat dua bentuk analisis kandungan iaitu Analisis Konseptual dan Analisis
Relational. Analisis Konseptual adalah satu analisis yang mengutamakan huraian
atau penjelasan tentang konsep dalam sesuatu kandungan yang dikaji seperti
kandungan ucapan. Makna-makna yang bersifat implisit dijelaskan. Beberapa
perkataan utama dan kekerapan penggunaannya dikenalpasti. Analisis dimulakan
dengan mengenalapsti peroalan kajian dan memilih sampel kajian. Perkataan atau
ungkapan yang dipilih kemudiannya dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut
keutamaan penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik memilih ucapan-ucapan Dato’
Seri Abdullah Badawi bagi membuat satu perangkaan terhadap perkataan yang
digunakan sama ada bersifat positif atau negatif terhadap parti pembangkang.

Analisis Relational (atau Analisis Semantik) adalah analisis hubungan antara


konsep-konsep dalam kandungan. Ia menggunakan metode yang sama seperti
Analisis Konseptual tetapi lebih daripada itu ia menganalisis hubungan sesuatu
konsep yang ada dalam sesuatu kandungan bahan yang dikaji. Analisisnya juga
lebih kepada semantik atau makna sesuatu perkataan dan hubungannya dengan
konsep-konsep lain. Antara langkah seterusnya ialah: memastikan apakah konsep
yang akan digunakan dalam analisis, memastikan soalan-soalan yang akan dikaji,
memilih sampel untuk dianalisiis, menentukan jenis analisis, menerokai hubungan
antara konsep, mengenengahkan analisis statistik dan menjelaskan dalam bentuk
graf atau jadual. Berikut contoh Analisis Kandungan tentang Keganasan Rancangan
TV

Satu temubual tentang episod keganasan rancangan TV mungkin boleh


digunakan untuk menganalis melalui dengan soalan-soalan berikut:

1. How long did you last, in minutes and seconds?


2. What program were you shown on?
3. On what channel, what date, and what time?
4. Was that program local or imported? Series or one-off?
5. What was the nature of the violent action?
6. How graphic or realistic was the violence?
7. What were the effects of the violence on the victim/s?
8. Who did the violent act: heroes or villains? Men or women? Young or
old? People of high or low social status?
9. Who was the victim/s: heroes or villains? Men or women? (etc.)
10.To what extent did the violent action seem provoked or justified?

Dan sebagainya lagi. Jawapan atau analisis boleh diberikan dalam bentuk
skala.