Anda di halaman 1dari 19

INTERAKSIONIS

Interaksionis

• Persekitaran luaran dan faktor


bawaan semula jadi memainkan
peranan yang sama penting dalam
pemerolehan bahasa kanak-kanak.
• Kanak-kanak dilihat bukan sebagai
penerima latihan bahasa yang pasif
daripada ibu bapa mereka dan bukan
juga sebagai pemproses bahasa
yang aktif yang memiliki struktur
dalaman sebagai penentu primer
dalam pemerolehan bahasa.
Interaksionis

• Interaksionis banyak melihat faktor


seperti persekitaran sosial,
pematangan, biologi, dan kognisi
yang memainkan peranan penting
dalam perkembangan bahasa.
• Elemen-elemen ini saling berinteraksi
dan melakukan penyesuaian antara
satu dengan yang lain.
Interaksionis

• dua pendekatan utama dalam aliran


ini,
– pendekatan kognitif
– pendekatan sosial.
Interaksionis
• Piaget (1926) dan ahli teori kognitif yang lain
mengatakan pemahaman kanak-kanak tentang
bahasa berakar umbi daripada perkembangan
kognitif, misalnya keupayaan untuk mewakilkan
objek secara mental. Bahasa merupakan satu
cara untuk melahirkan pemikiran yang simbolik.
• Interaksionis sosial berpendapat bahawa
perkembangan bahasa mestilah lahir daripada
persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu
bapa. Interaksi sosial yang menghasilkan operasi
dua hala antara ibu bapa dengan kanak-kanak
memberikan pengalaman bahasa dan merupakan
alat sosial yang penting bagi kanak-kanak
tersebut.
Interaksionis
• Halliday (1975) telah mencuba
menghuraikan perkembangan bahasa
kanak-kanak dari sudut sosiolinguistik.
• Pendekatan huraian bahasa Halliday juga
dikenal sebagai pendekatan fungsian.
• Sebagai seorang Interaksionis, Halliday
beranggapan bahawa perkembangan
bahasa kanak-kanak melibatkan proses
kognitif dan proses interaksi bahasa.
Halliday telah menggunakan bukti-bukti
daripada pemerhatian terhadap
perkembangan bahasa kanak-kanak bagi
menguji hipotesisnya tentang
perkembangan bahasa kanak-kanak.
Interaksionis

• Halliday berpendapat bahawa kanak-


kanak memperoleh bahasa kerana
mereka mempunyai keperluan untuk
berinteraksi dengan ahli masyarakat
dalam persekitaran mereka.
Pertuturan yang dilakukan pada
peringkat awal bertujuan untuk
memenuhi fungsi instrumental,
pentertib, interaksi, peribadi,
heuristik dan imaginatif (Halliday,
1975).
Interaksionis
• Setelah kanak-kanak menguasai keenam-
enam fungsi tersebut, barulah timbul fungsi
yang ketujuh, iaitu fungsi informatif yakni
untuk menyampaikan maklumat kepada
orang lain. Pada pandangan Halliday,
interaksi bahasa atau perbualan amat
penting untuk membantu kanak-kanak
menguasai sistem bahasa.
• Walau bagaimanapun, Halliday juga
beranggapan bahawa proses kognitif
penting dalam perkembangan bahasa
khususnya dalam usaha kanakkanak
mentafsirkan makna yang terdapat dalam
situasi sosial mereka dan kemudian
menggambarkan makna tersebut dalam
bentuk bahasa.
Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran bahasa ialah proses


mental dan linguistik.

• Dalam sesuatu interaksi bahasa,


penyampaian makna lebih diutamakan
daripada struktur bahasa.

• Struktur bahasa dapat dikuasai dengan


cara yang lebih berkesan jika pelajar
menumpukan perhatian terhadap
tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang
bermakna.
Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran ialah satu proses yang


aktif. Sesuatu pengetahuan tidak
akan diterima secara terus tetapi
akan diproseskan dahulu.
Pengetahuan baru haruslah dapat
disesuaikan dengan pengetahuan
sedia ada agar dapat diterima
dengan berkesan.
Ciri Teori Interaksionis

• Proses pembelajaran berlaku dalam


beberapa cara mengikut keadaan
dan masa tertentu, misalnya sesuatu
hal itu mungkin mudah diterima,
sekiranya ada kaitannya dengan
perkara yang menggembirakan.
Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran berlaku sekiranya


sesuatu yang disampaikan itu
mempunyai makna, dan hubungan
dengan pengalaman sedia ada.

• Antara pengajaran dan pembelajaran


tidak ada hubungan secara langsung.
Pembelajaran tidak boleh disamakan
dengan pengajaran. Sesuatu yang
diajar tidak semestinya dapat dipelajari.
Itulah sebabnya guru harus memahami
strategi pembelajaran murid untuk
menimbulkan suasana pembelajaran
yang berkesan.
Ciri Teori Interaksionis
• Pembelajaran melibatkan perasaan,
dan berkait rapat dengan emosi
seseorang. Peranan pelajar haruslah
dijaga agar timbul rasa yakin
terhadap diri sendiri.

• Pembelajaran juga melibatkan


pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan
dan kebolehan dalam bahasa saling
berkait.
Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran berlaku sedikit demi


sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan
masa. Ada antaranya dapat dipelajari
dengan banyak dalam masa yang
pendek atau sebaliknya. Oleh itu,
guru tidak harus membuat
kesimpulan bahawa setiap yang
diajar dapat dipelajari terus dalam
masa yang ditetapkan.
Prinsip Aliran Interaksionis Dlm Pengajaran
Bahasa
• Pembelajaran bahasa ialah proses
mental dan linguistik.
• Dalam pembelajaran bahasa, proses
pembentukan hipotesis tentang
tatabahasa amat penting.
• kebolehan untuk menggunakan
struktur-struktur bahasa yang betul dari
segi tatabahasa dan makna penting
untuk membolehkan seseorang kanak-
kanak berkomunikasi dalam
masyarakat bahasa itu.
Interaksionis
• Dalam pengajaran bahasa, guru
perlu menentukan bahawa bahan-
bahan pengajaran bahasa yang
dipilih mempunyai perkara-perkara
yang berikut:
– Latihan yang membolehkan murid
menggunakan sistem bahasa yang
betul.
– Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna
untuk membolehkan murid
menggunakan struktur bahasa yang
dipelajari dengan cara yang berkesan.
Interaksionis

• Dalam sesuatu interaksi bahasa,


penyampaian makna lebih diutamakan
daripada struktur bahasa.
• Dalam proses pembelajaran bahasa
pertama, tidak terdapat pembetulan
kesilapan-kesilapan secara sedar tetapi
ibu bapa menjalankan teknik
pembentukan bahasa secara tidak
sedar. Contohnya, ibu bapa
mengubahsuaikan ujaran-ujaran
mereka dan anak-anak mereka, supaya
mudah difahami (Cross, 1977; Snow,
1977; Fash dan Madison, 1981).
Interaksionis

• Dalam pengajaran bahasa, selain


latih tubi struktur, guru juga perlu
menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa
yang berkesan dan bermakna.
Contohnya, permainan bahasa.
Aktiviti seumpama ini adalah untuk
membolehkan murid-murid
menguasai struktur-struktur yang
ada dalam sistem bahasanya.
Interaksionis

• Struktur bahasa dapat dikuasai dengan


cara yang lebih berkesan jika pelajar-
pelajar menumpukan perhatian
terhadap tugas-tugas atau aktiviti-
aktiviti yang bermakna.
– Jika guru bahasa dapat menyampaikan
pelajaran bahasanya dalam bentuk aktiviti-
aktiviti bahasa (menyelesaikan sesuatu
'puzzle' atau teka-teki, berbahas, melatih
mengisi borang-borang menyimpan wang
di pejabat dan yang lain lagi) murid-murid
bukan sahaja dapat memperbaiki
penggunaan sistem bahasa tetapi
berkemampuan untuk menggunakan
bahasa dengan fasih.