Anda di halaman 1dari 6

Teori Bahasa

saling tidak faham-memahami antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, melalui
kajian linguistik komparatif, persamaan-persamaannya dapat dikesan dan dapat
disimpulkan bahawa bahasa-bahasa itu asalnya adalah daripada satu induk.

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang kajian linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya
melalui masa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang
tertentu. Di samping itu pula, bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan
asal-usul (etimologi) sesuatu bahasa. Segala punca, sebab dan akibat yang dialami
hasil daripada perubahan untuk mengetahui yang sebenarnya berlaku terhadap
bahasa itu. Punca perubahan itu mungkin datangnya dari luar atau dari dalam.
Punca dari luar misalnya, kemasukan pengaruh-pengaruh asing ke dalam bahasa
itu; sementara perubahan dan perkembangan yang berpunca dari dalam pula
mungkin hasil daripada berlakunya perubahan sikap penutur yang mahu melakukan
perubahan secara sengaja terhadap bahasa itu dalam usaha menjadikan bahasa itu
maju dan berkembang, sesuai dengan peredaran zaman.

Satu hal yang penting, dalam kajian linguistik sejarah ini ialah kajian tertumpu
kepada lebih dari satu zaman. Walau bagaimanapun, bagi mengasingkan secara
rigid akan tahap sesuatu zaman itu adalah mustahil kerana bahasa itu berubah atau
berkembang secara evolusi bukan secara drastik. Antara satu zaman dengan zaman
yang lainnya tidak ada garis pemisah yang nyata kerana penggunaan bahasa
bertali arus dari satu masa yang berikutnya. Pemisahan yang dibuat hanyalah
semata-mata demi kepentingan kajian. Dalam bahasa Melayu umpamanya,
pemisahan zaman dalam perkembangan bahasa, sering dibuat berdasarkan kepada
pengaruh yang mendatang misalnya, peringkat perkembangan bahasa Melayu pada
zaman kerajaan Melaka, sebelum datangnya agama Islam, sebelum penjajahan dan
selepas penjajahan, iaitu sejak merdeka hingga sekarang.

Dalam kajian linguistik sejarah kajian secara sinkronik adalah penting. Seorang
pengkaji mestilah mengkaji secara terperinci akan keadaan bahasa yang dikajinya
itu dalam beberapa zaman atau masa yang tertentu dan tempat yang tertentu juga.
Setelah melakukan kajian secara diakronik, iaitu membuat perbandingan antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan
perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat
dari berbagai-bagai segi misalnya, dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, makna,
ejaan, sistem tulisan dan sebagainya.

Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna
merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna
mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa.
Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu
penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini
memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif,
bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengah-
setengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah
pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan
sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'.

Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara
makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan
seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan
berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua
jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis
kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis
dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi.

sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu


dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang
kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya
masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.

Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal


tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu
dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan


gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang dihadapi oleh ahli-ahli
bahasa di dunia hari ini ialah masalah bahasa dalam negara-negara xa.ng
membangun. Masalah ini secara langsungnya berkaitan dengan pembinaan dan
perancangan bahasa. Keperluankeperluan negara dalam bidang sains, teknologi,
ekonomi dan sebagainya memerlukan usaha yang berterusan bagi mengemaskan
lagi kemampuan bahasa itu bagi memenuhi keperluan-keperluan zaman, khususnya
zaman moden. Pemilihan dan penentuan bahasa tertentu untuk dijadikan bahasa
kebangsaan perlu diperlakukan untuk mencapai tujuan-tujuan dan matlamat
perpaduan negara yang dikehendaki itu. Persoalan-persoalan inilah yang telah
menjadi antara tugas-tugas ahli bahasa yang tergolong ke dalam kumpulan disiplin
"sosiologi bahasa" atau "sosiolinguistik" itu.

Secara prinsipnya, Sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melibatkan


aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi
sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
Dengan kata lain, Sosiolinguistik meneropong hubungan bahasa dengan
masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Selain itu, bidang ini
memaparkan perkaitan antara bahasa dengan masyarakat. Kajiannya juga
melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan
status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta yang
penting dalam Sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat
pengguna sesuatu bahasa itu.

Satu lagi trend dalam fungsi Sosiolinguistik ialah perbandingan antara bahasa rasmi
dengan bahasa vernakular (yang tidak rasmi), iaitu satu perihal yang melibatkan
apa yang dikenali sebagai "perancangan bahasa" dalam menegakkan identiti
sesebuah negara.
Secara kesimpulannya, Sosiolinguistik mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang
berhubung dengan aspekaspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang
berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek
dan bentuk-bentuk gaya dan sebagainya. Ringkasnya Sosiolinguistik ialah bidang
yang cuba menyelesaikan masalah seperti hal-hal yang melibatkan kedwibahasaan,
perancangan bahasa dan fungsi bahasa dalam masyarakat.

Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi
struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar
atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol
bahasa pada hal-hal ekstralingual.

Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang
berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik
dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang
mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan
sebagainya.

Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik


dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah
pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk
berhubung dalam bahasa tertentu.

Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah
pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang
dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial,
dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.

Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan
penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau
penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan
maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu,
menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan,
menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada
pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang
bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau
perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat
berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang
mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara
tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik
ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh
penyampai.
Selain itu, katanya kajian sebegini memerlukan seseorang itu melibatkan
pentafsiran terhadap apa yang dimaksudkan mengikut konteksnya. Bagaimanapun,
pentafsiran itu dapat difahami dengan sempurna jikalau penyampai itu mampu
menyusun maklumatnya dengan baik atas kesedaran bahawa dengan siapa dia
berurusan, dengan kanak-kanak, dengan remaja, dengan guru, dengan pensyarah,
dengan pekedai, dengan penjual, dengan pelancong, dengan bapa, dengan ibu,
dengan murid, dengan penghulu, dengan raja, dengan pemimpin agama, pemimpin
negara, atau dengan sesiapa sahaja baik dengan lelaki, dengan perempuan atau
sesama lelaki atau sesama perempuan dan sebagainya. Selain itu, penafsiran itu
dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan suasana atau
keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan tersebut
mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan
dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks.

Namun demikian, dari satu segi difahami bahawa ada kalanya penerima itu akan
membuat pelbagai tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang
tersurat atau yang tersirat atas sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya.
Kemampuan penerima membuat penginterpretasian terhadap apa yang tidak
ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak tertulis oleh penyampai atau penulis
itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang bermakna dalam komunikasi
daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu menggunakan
kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan
maksud yang tidak ternyata itu. Dengan itu, pragmatik ialah kajian yang
berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam
komunikasi.

Di samping itu, dalam mendekati dan mentafsir sesuatu maksud antara yang
ternyata dengan yang tidak ternyata, kadang-kadang kita dengan pelbagai
kemusykilan untuk memilih dan menentukan maksud sebenar. Ada sesetengah
daripada kita mungkin akan terus mempertimbangkan yang tersurat atau kita
mungkin memihak dengan yang tersirat. Soalnya, kenapa pertimbangan yang kita
pilih itu berbeza? Mungkinkah kerana pengetahuan, kerana budaya, kerana
kepercayaan atau yang lain daripadanya? Bagaimana dengan keakraban hubungan
kita dengan penyampai? Adakah hal yang demikian memainkan peranan penting
dalam pemilihan itu? Sehubungan dengan persoalan itu tidak dinafikan bahawa
aspek persamaan inemainkan peranan penting dalam pemutusan, iaitu persamaan
kebudayaan dan persamaan cara hidup, pegangan agama yang serupa,
pengalaman, pengetahuan dan keakraban hubungan antara penyampai dan
penerima. Ringkasnya, ini bermakna pragmatik ialah kajian yang menyentuh
kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi.

Dengan demikian, empat perkara itulah yang dirangkumi oleh pragmatik. Jadi untuk
mendalaminya dengan lebih terperinci lagi, kita harus tinjau kembali sempadan
yang diliputi oleh bidang makna dan pragmatik dalam bahasa.

Di manakah letaknya perihal makna dan pragmatik, khususnya dalam bidang


bahasa? Beberapa orang ahli bahasa pernah menjawab persoalan ini dengan
mengemukakan pelbagai model analisis. Namun begitu, model yang paling
sederhana meletakkan bahasa itu tercerai kepada dua bahagian, iaitu bentuk
bahasa (form) dan makna (meaning) bahasa.
Bahasa

Bentuk Makna

Model yang kedua menyatakan bahawa bahasa pada asasnya dapat dipecahkan
menjadi tiga bahagian, iaitu pengujaran atau fonologi, ay at atau sintaksis, makna
atau semantik.

Bahasa

Fonologi Sintaksis Semantik

Model yang ketiga pula memisahkan bahasa kepada dua bahagian utama, iaitu
struktur dan penggunaan. Antara dua bahagian itu ialah pragmatik. Pragmatik ialah
ilmu yang menjadi penghubung antara struktur bahasa dengan penggunaannya.
Secara mudah pembahagian bahasa itu dapat digambarkan sebagai yang berikut:-

Bahasa

Struktur Pragmatik Penggunaan

Semiotik

Semiotik ialah kajian ilmu tentang simbol. Malahan dikatakan juga bahawa semiotik
ialah pengkajian sistematik tentang tanda dan lambang linguistik serta lambang
bukan linguistik yang digunakan dalam perhubungan berpola manusia (Kamus
Linguistik, 1997: 202). Selain itu, dijelaskan bahawa semiotik terbahagi kepada tiga
cabang utama, iaitu pragmatik, semantik dan sintak.

Istilah 'semiotik' berasal daripada kata Yunani semeion yang bermaksud "simbol
atau tanda". Simbol ada di mana-mana: kata ialah simbol, begitu juga dengan gerak
isyarat, lampu lalu lintas, bendera, dan sebagainya. Struktur filem, bangunan,
nyanyian burung atau siulan dapat dianggap sebagai simbol. Segala macam dapat
menjadi simbol.
Ahli falsafah Amerika, Charles Sanders Peirce menjelaskan bahawa kita hanya dapat
berfikir dengan media simbol. Hal ini bermakna bahawa tanpa simbol kita tidak
dapat berkomunikasi.

Walau bagaimanapun fungsi simbol dan penggunaannya telah pun digunakan oleh
ahli falsafah Yunani sejak dua ribu tahun yang lalu, tetapi istilah semiotik baru
sahaja digunakan pada abad ke-18 oleh Lambert, iaitu seorang ahli falsafah Jerman.
Namun, pemikiran secara sistematis dan perbahasan tentang penggunaan simbol
ini hanya baru pada abad ke-20. Antara pembahasnya ialah Charles Sanders Peirce
(1931) yang mengetengahkan teori tentang semiotik, Roland Barthes telah
membincangkannya di dalam bukunya Elements de Semiologie (1953), L.J. Prieto di
dalam bukunya Message at Singnaux (1966), J. Kristeva di dalam Semeiotike (1996),
G. Mounin di dalam bukunya Introduction a la Semiologie (1970), Umberto Eco di
dalam bukunya A Theory of Semiotics (1976), Charles