Anda di halaman 1dari 6

Pentingnya Disiplin

Setiap Sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Peraturan-peraturan tersebut dikenakan dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya berkelakuan baik, menghormati anggota masyarakat dan mempunyai disiplin diri yang baik. Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan-peraturan berlaku disebabkan tidak diternagkan kenapa peraturan-peraturan di Sekolah perlu diadakan. Oleh itu peraturanperaturan di Sekolah perlu diterangkan kepada murid-murid supaya mereka benar-benar faham akan peraturan itu dengan penuh tanggungjawab.

Matlamat Disiplin
Untuk melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta mewujudkan masyarakat yang berakhlak, adil, dan progresif.

Merotan
Bukanlah Satu-Satunya Jalan Penyelesaian di Dalam Bidang Pendidikan. Utamakan Perbincangan/Muzakarah Bersama

Peraturan Sekolah

Kehadiran
7:30 pagi 4:30 petang Hari Isnin (pagi) Perhimpunan Hari Jumaat (petang) Perhimpunan Hari Selasa, Rabu, dan Khamis perhimpunan ringkas diadakan waktu pagi Murid wajib hadir ke Sekolah. Jika tidak dapat hadir, hendaklah mengemukakan surat daripada ibubapa/doktor. Murid diwajibkan memakai lencana Sekolah disepanjang waktu persekolahan. Bagi murid yang lewat lebih 3 kali berturut-turut akan digantung. Murid juga dilarang menunggu bas atau ibubapa/penjaga di luar kawasan sekolah.

Pakaian Yang Dilarang


Murid perempuan dilarang bersolek dan memakai barang kemas (bernilai). Murid lelaki dilarang memakai kopiah. Murid tidak dibenarkan memakai selipar. Pakaian yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang sama sekali.

Handphone
Dilarang! Telah dikuatkuasakan. Pendekatan Sila rujuk di papan kenyataan sekolah. Pihak sekolah menggunakan kaedah Program Sistem Penalti (PSP) yang dikeluarkan oleh JAIS.

Dilarang Membawa Perkara-Perkara Berikut


Alat permainan (seperti Game dan lain-lain) Permainan berunsur judi Kamera, Video, Radio, Walkman, Teropong Gambar/majalah berunsur humor dan lucah Pita Video/VCD/Kaset Alat tajam seperti pisau/gunting Lain-lain alat yang membahayakan

Bentuk Hukuman
Rotan (oleh Guru Besar) Khidmat Masyarakat seperti: Mengutip Sampah, Membersihkan Surau, Membersihkan Longkang, Membersihkan Tandas Sekolah, dan Membersihkan Tingkap Kelas Denda menghafaz ayat al-Quran (Juzu Amma) Denda/Saman berbentuk duit (atas kesalahan) Digantung Sekolah Dibuang Sekolah

Renungan Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari Akhlak yang lebih baik dalam timbangan di akhrat kelak. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati Ibubapa/Penjaga dan Guru-Guru Hendaklah Bekerjasama Untuk Mempertingkatkan Mutu Disiplin Sekolah

Pakaian: Isnin hingga Khamis

Pakaian: Jumaat

Rambut Lelaki

Renungan Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari Akhlak yang lebih baik dalam timbangan di akhrat kelak. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati Ibubapa/Penjaga dan Guru-Guru Hendaklah Bekerjasama Untuk Mempertingkatkan Mutu Disiplin Sekolah

SEKOLAH BENTENG DISIPLIN


Masalah disiplin anak-anak muda bukan masalah baru cuma pendekatannya yang berbeza. Memang anak-anak muda zaman dulu tidak merempit, tidak akan melawan guru atau tidak memecahkan harta benda awam, tetapi kes lain seperti pergaduhan, mencuri, mencederakan rakan telah berlaku dan masih dalam ruang lingkup yang sama iaitu salah laku membabitkan pihak tersebut.

Krisis nilai di kalangan anak-anak muda kini membimbangkan pelbagai pihak. Bukan saja ibu bapa penting memikirkan anak-anak mereka terutama ketika di luar rumah, masyarakat sekeliling turut bimbang dengan pelbagai keadaan yang berlaku membabitkan remaja. Boleh dikatakan saban hari kita disogokkan dengan berita atau cerita membabitkan kanak-kanak mahupun golongan remaja dan kebanyakannya masih di bangku sekolah. Kita tidak hairan jika berita atau cerita tersebut mengenai kejayaan mereka dalam sesuatu bidang tetapi agak malang jika kita didedahkan dengan berita penangkapan mereka kerana melakukan kesalahan. Paparan media massa tentang pelbagai salah laku termasuk jenayah memang cepat mempengaruhi kanak-kanak. Sejak kecil mereka dipengaruhi norma hidup yang mengelirukan dalam menjalani kehidupan harian dan menempuh masa depan. Segala kemelut ini mesti diberi perhatian malah diatasi dengan memberi penekanan nilai-nilai murni melalui subjek dan aktiviti luar bilik darjah yang membentuk jiwa mereka supaya menjadi masyarakat yang mampu bertahan dengan cabaran di luar kelak. Subjek Sekolah dan Aktiviti Luar Bilik Darjah Di sekolah antara subjek yang mengandungi penekanan nilai-nilai murni termasuk Kesusasteraan, Bahasa, Pendidikan Moral dan Agama. Subjek ini dirasakan sudah cukup membimbing murid kearah kemantapan jiwa dan sahsiah. Bagi pelajar sekolah menengah, pengenalam Komponen Sastera (komsas) sejak tahun 2000 menambahkan lagi khazanah atau pendedahan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sejak mereka di tingkatan satu lagi. Hasil sastera baik prosa moden dan tradisional, puisi, novel dan drama menyelitkan pelbagai nilai murni yang boleh digarap pelajar. Pelbagai aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan, pasukan pakaian seragam dan sukan tidak kurang penting memainkan peranan membentuk murid menjadi insan yang mengamalkan nilai kerjasama, bantumembantu, tabah, sabar dan rajin dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pihak sekolah mesti memastikan setiap aktiviti ini dilibatkan pelajar dan bentuk tindakan yang mendidik perlu dikenakan jika ada pelajar enggan memberi kerjasama atau memperlekeh usaha untuk mengisi masa mereka dengan perkara berfaedah Sekolah mesti mengambil kira jalinan hubungan dengan ibu bapa sekiranya ada pelajar memandang rendah kepada setiap peraturan ditetapkan sekolah . Sekolah tidak boleh berlembut dengan ibu bapa yang selalu menyebelahi anak walaupun anak mereka melanggar peraturan sekolah. Jika sekolah berlembut, sampai bila segala peraturan di sekolah akan di pandang tinggi oleh pelbagai pihak yang mahu mengukuhkan imej institusi pendidikan sebagai tempat untuk menimba ilmu dan membina sahsiah pelajar. Jadi apabila akhir-akhir ini kita kerap didedahkan dengan pelbagai salah laku di kalangan remaja seperti buang bayi, dadah, pergaduhan, kita tidak perlu menyalahkan sistem pendidikan sedia ada di negara ini.

Pemahaman Murid Sebenarnya pemahaman dan penglibatan murid dalam aktiviti yang ditetapkan di sekolah sudah cukup menjadi benteng untuk menghalang mereka daripada melakukan salah laku tersebut. Sikap sesetengah pelajar yang mempunyai kefahaman cetek atau memandang ringan terhadap aktiviti luar bilik darjah menjadikan mereka liar dan tidak memahami tujuan setiap aktiviti yang dijalankan. Kedangkalan mereka tentang pelbagai nilai yang terkandung dan terselindung disebalik kebanyakan subjek di sekolah menjadikan mereka lepas tangan atau tidak mengambil kisah tujuan sebenar setiap subjek yang mereka pelajari. Oleh hal demikian, kebejatan social kini perlu dilihat sebagai ancaman yang boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup. Selain ibu bapa dan masyarakat sekeliling sekolah mesti melihat masalah ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian lebih serius, termasuk berusaha memperkemas sistem pendidikannya kearah melahirkan insan lebih bijak menilai yang mana kaca dan mana permata. Sejak tahun 70-an lagi, kita menyedari sistem pendidikan kita condong kearah kecemerlangan akademik. Ia dikatakan menjadi satu penghalang untuk membentuk sahsiah murid. Kita agak ketinggalan kerana sampai sekarang kita masih melaung-laungkan perkara sama sedangkan sudah lebih tiga puluh tahun perkara ini sering diungkit. Oleh yang demikian sampai masanya kita mengubah sistem pendidikan dan persepsi tersebut supaya kita dapat mengurangkan pelbagai masalah yang membelenggu hidup pelajar di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai