Anda di halaman 1dari 2

KUALA LUMPUR, Isnin, 25 Mac Sekumpulan petunjuk perasaan telah menunjuk perasaan membantah tindakan pihak berkuasa tempatan

n merobohkan rumah di kawasan perumahan setinggan Krinci. Petunjuk perasaan bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan khabar angin bahawa pihak berkuasa ingin merobohkan rumah mereka yang dibina atas tanah kerajaan. Para petunjuk perasaan mula berkumpul secara aman sejak pukul 7 pagi, kemudian bertukar menjadi ganas apabila pihak berkuasa menghalang mereka daripada meneruskan tindakan mereka. Dalam insiden tersebut petunjuk perasaan bertindak membaling kayu, botol dan batu ke arah pihak berkuasa. empat orang awam dan seorang anggota polis telah cedera dalam kejadian tersebut. Menurut pihak berkuasa polis, tunjuk perasaan ini telah bermula seawal 7 pagi di mana kira-kira 50 penduduk Kampung Krinci berkumpul dan kemudiannya bertambah kepada 300 petunjuk perasaan. Menurut polis, tunjuk perasaan ini adalah kerana salah faham antara penduduk Kampung Krinci dan pihak berkuasa Bandaraya. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tersebut untuk mengucar-kacirkan keadaan ini demi kepentingan mereka. Sebenarnya pihak berkuasa Bandaraya ingin mengadakan rundingan dengan penduduk mengenai perkara ini tetapi penduduk telah bertindak mendengar khabar angin. Manakala, menurut petunjuk perasaan pula, mereka bertindak demikian kerana tterkejut percaya pada khabar angin bahawa rumah mereka akan diroboh oleh pihak berkuasa tanpa rundingan dan ganti-rugi. Pihak polis juga mendakwa tindakan tunjuk perasaan telah menyusahkan banyak pihak terutamanya para peniaga dan orang awam. Para peniaga mengadu tidak dapat berniaga .menyebabkan kerugian kerana takut premis perniaga kan dirosakkan. Kenderaan-kenderaan awam serta orang tidak boleh menggunakan jalan tersebut menyebabkan mereka lambat ke kerja.Disamping itu, harta benda awam juga telah dirosakkan oleh petunjuk perasaan yang tidak bertanggungjawab. Peristiwa ini berlaku disebabkan oleh salah faham antara para penduduk dan pihak berkuasa dan tindakan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin yang palsu demi kepentingan mereka. Sepatutnya penduduk Kampung Krinci menyiasat khabar angin tersebut untuk mengetahui kebenaran dan bertindak secara aman. Pihak berkuasa dalam hal ini bertindak atas arahan pihak atasan namum merekan perlulah bertindak secara sederhana. Tindakan begini tidak menguntungkan sesiapapun, malah hanya membawa kesusuhan dan kerugian kepada orang awam. Akhir kata, tunjuk perasaan ini telah menyebabkan pelbagai pihak mengalami kesusahan dan kerugian. Pihak kerajaan terpaksa berbelanja untuk membaiki kerosakan harta benda awam. Yang paling merugikan ialah, imej negara sebagai negara yang aman terjejas pada pandangan negara luar. Ini boleh menjejaskan ekonomi negara. Kita perlu beriktibar bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan secara rundingan dan siasat dahulu sebarang khabar angin supaya kita boleh bertindak dengan bijak dan waras. Oleh, KRISNA SUBRAMANIAM

Anda mungkin juga menyukai