Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Aras Sintesis dan Penilaian. c) Huraikan kandungan Bidang Menggambar dari tahun 1 sehingga tahun 4 mengikut tahun pembelajaran murid.
i. ii. iii.
PENGENALAN:
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Visual KBSR, bidang menggambar ialah ; Satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Kegiatan :
lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
DEFINISI :
Representasi visual (Ilustrasi) sesuatu objek atau imej 2 dimensi yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia juga mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna.
Sebelum memulakan sesuatu P&P, penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Pengaplikasian alat, media dan teknik perlu mengambil kira keupayaan dan sikap murid-murid yang berbeza.
TUJUAN :
Melalui menggambar, hasil pembelajaran yang harus dicapai murid-murid ialah; Asas menggambar ~ Tahun 1 Menggambar ~ Tahun 2 Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar ~ Tahun 3 Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema dan imaginasi murid ~ Tahun 4 Menggambar berdasarkan tema, pengalaman dan imaginasi secara manual dan berbantukan komputer ~Tahun 5 Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer ~ Tahun 6
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi. Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan.
12. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif 13. Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif 14. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam kegiatan menggambar 15. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual 16. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman
KEPENTINGAN :
Melalui kegiatan menggambar, murid dapat : 1. Berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain iaitu rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. 2. Meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970), terdapat empat cara bagaimana guru dan muridmuridnya berbincang mengenai hasil kerja seni: 1. Apa yang kamu lihat? (penerangan/diskriptif) - menggunakan deria lihat dan menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. 2. Bagaimana objek/imej itu disatukan? ( formal analisis) - mengenal pasti alatan dan media, teknik-teknik, unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan sesuatu hasil karya. 3. Apakah yang ingin disampaikan oleh seseorang artis itu? (Interpritasi) - spekulasi murid tentang makna yang tersirat dalam hasil karya dan andaian tentang tujuan pelukis menghasilkan karya. 4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu? (Penilaian) - murid mengemukakan pandangan dan cadangan yang bersifat terbuka dan diterima tanpa memikirkan sama ada betul atau salah.
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL BIDANG MENGGAMBAR : Tahun 1 : Asas menggambar Aras 1
i. ii. Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran. Melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang.
Aras 2
i. Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah.
Aras 3
i. Menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara: a) menekap b) memotong c) menampal d) mencantum e) menyusun gambar Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri. Mengumpul hasil kerja.
ii. iii.
Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak, dan bahan kering.
Aras 3
i. ii. iii. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri. Mengumpul hasil kerja.
Tahun 3 :
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
Aras 1
i. Menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.
Aras 2
i. Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar.
Aras 3
i. ii. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.
Tahun 4 :
Menggunakan Asas Seni Reka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid.
Aras 1
i. ii. Mengenali pelukis tempatan dan hasil karya mereka. Mengenali Asas Seni Reka seperti warna, garisan, bentuk, imbangan dan penegasan dalam aktiviti menggambar.
Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta mengaplikasikan Asas Seni Reka.
Aras 3
ii. iii. iv. Menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi murid dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio.
Tahun 5 :
Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Aras 1
i. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka yang sesuai dalam menggambar.
ii. Mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi.
Aras 2
i. ii. Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. Menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat, bahan dan teknik.
Aras 3
i. ii. iii. iv. Menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Menghargai sumbangan pelukis tempatan. Mengumpul dan merakam maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio.
Tahun 6 :
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Aras 1
i. ii. Menggambar dengan memberi penekanan kepada konsep perspektif dan kadar banding. Memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu komposisi.
Aras 2
i. ii. Mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar. Mengaplikasi elemen Asas Seni Reka dalam kegiatan menggambar berbantukan komputer.
Aras 3
i. ii. iii.
iv.
Menggambar dengan menampakkan perspektif dan kadar banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas. Menyatakan pendapat dan membuat perbandingan secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual. Menghargai sumbangan pelukis tempatan. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio.