Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN KURSUS UNTUK SRU 6024 KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF PROJEK 1 (35%)

Ambil mana-mana laporan atau tesis kajian kuantitatif seboleh-bolehnya dalam Pendidikan Matematik dan peringkat Sarjana. Beri ulasan serta kritikan tentang aspek-aspek berikut: a) b) c) d) Pernyataan masalah Objektif, soalan dan hipotesis kajian Metodologi termasuk analisis data Hasil dapatan kajian (adakah menjawab soalan kajian)

Setiap kumpulan mesti hantar 5 (atau 4) ulasan dari 5 (atau 4) laporan atau tesis yang berbeza. Juga, ulasan-ulasan dan kritikan ini perlu dibentang dalam bentuk powerpoint atau mana-mana cara yang difikirkan sesuai. Pembentangan adalah pada hari Ahad 2 Jun 2013. Setiap pembentang diberi masa 5 sehingga 10 minit sahaja. Laporan-laporan ulasan bagi setiap kumpulan mesti disatukan dan hantar pada hari Isnin 3 Jun 2013.

TUGASAN 1 (10%)
Bentuk satu soalselidik berkenaan satu kajian kuantitatif bagi Pendidikan Matematik. Setiap kumpulan wajib menghantar dua soalselidik yang berlainan.

PROJEK 2 (35%)
Tulis satu cadangan (proposal) penyelidikan kuantitatif untuk pendidikan matematik. Ini adalah tugasan individu. Setiap pelajar wajib menyediakan proposal itu dengan menyatakan secara ringkas aspek-aspek berikut: a) Pernyataan masalah (nyatakan sebab-sebab anda ingin melakukan kajian itu berdasarkan pengalaman atau dari pembacaan mana-mana artikel) b) Objektif kajian c) Soalan kajian d) Hipotesis kajian e) Kepentingan kajian f) Sorotan kajian yang ringkas (termasuk hasil dapatan kajian-kajian lepas) g) Metodologi ( pendekatan, metod dan instrumen yang digunakan, analisis data)

Pembentangan proposal ini adalah pada hari Jumaat 7 Jun dengan menggunakan powerpoint atau sebagainya. Setiap pembentangan adalah selama 5 sehingga 10 minit. Proposal ini juga perlu dihantar dalam bentuk esei pada hari yang sama.

TUGASAN 2 (10%)
Dapatkan mana-mana data untuk sepasang pembolehubah x dan y. Contohnya x mungkin skor untuk matematik dan y skor untuk sains. Saiz data adalah sekurang-kurangnya 30 setiap satu pebolehubah. Analisiskan data ini secara manual untuk mendapat pekali korelasi Pearson dan juga untuk mendapatkan persaman regresi mudah Setiap kumpulan mesti menghantar dua laporan untuk tugasan (gunakan set data yang berbeza bagi setiap laporan ini. Tarikh penghantaran adalah pada hari Khamis 6 Jun 2013

KUIZ (10%)
Kuiz mengandungi 30 soalan pelbagai pilihan. Ini akan diadakan pada hari Khamis 6 Jun 2013. Masa 1 jam.

Beri Nilai