Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan

Islam merupakan agama yang universal iaitu merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kejadian tentang makhluk dan manusia. Mengikut pandangan Islam Allah yang berkuasa dalam mencipta kejadian makhluk dan manusia seperti yang ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud; Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Ia berkehendak ( untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia. (Surah Al-Baqarah: 117 ) Makhluk ciptaan Tuhan yang dianggap sebagai makhluk yang mempunyai keistimewaan dari pelbagai makhluk lain. Menurut al-Quran, Nabi Adam merupakan manusia pertama dijadikan Allah S.W.T. yang dikatakan berasal dari tanah dan sedikit air. dan kami menciptakan manusia daripada sari tanah, kami jadikan sari itu air mani (yang di simpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Air mani itu dijadikan segumpal darah, segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan segumpal tulang belulang. Tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Dan sesudah itu kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka maha sucilah Allah mencipta yang baik. (Al-Mukminun: 12-14)

Proses Kejadian Manusia (selepas Nabi Adam)

1. Air Mani (Lelaki) + Telur (Benih Wanita) 40 hari 2. Segumpal Darah (Alaqah) 40 Hari 3. Seketul Daging (Mudqah) 40 Hari 4. Ditiupkan Roh 5. Dicatakan 4 Perkara (Rezeki, Umur, Amalan, Celaka/Bahagia)

Komponen & Proses Kejadian Manusia (Adam)

1) Pertama: Peringkat Saripati Tanah Kemudian Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) dari tanah (surah Al-Mukminun (23): 12) 2) Kedua: Peringkat Tanah Melekat Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat. (surah As-Shaffat (37): 11) 3) Ketiga: Peringkat Tanah Berbau Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (surah Al-Hijr (15):26) 4) Keempat: Peringkat Tanah Keras Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar yang

(surah Ar-Rahman (55):14) 5) Kelima: Peringkat Roh

Kejadian Manusia Mengikut Hukum Sunnahtullah

i.

Asal Kehidupan Daripada Air Tindakkan orang kafir melihat bahawa langit dan bumi bercantum: kemudian Kami pisahkan kedua-duanya dan Kami jadikan setiap benda yang hidup daripada air? Adakah mereka tidak percaya? (Al-Anbiyaa: 30)

ii.

Asal Kejadian Daripada Tanah Kami ciptakan kamu dan kemudian Kami membentuk kamu: kemudian Kami suruh Malaikat tunduk kepada Adam. (Al-Araf:11)

iii.

Keharmonian Kejadian Manusia Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dalam beberapa peringkat. (At-Tin: 4) Kami telah menciptakan mereka dan meneguhkan bangunan tubuh mereka, dan kalau Kami sanggup menggantikan mereka sepenuhnyaa dengan orang-orang yang serupa dengan mereka. (Ad-Dahr: 28)

Tahap-Tahap Perkembangan Manusia

1) Nutfah (mani) 2) Alakah (darah) 3) Mughah (daging) 4) Izam (tulang) & Lahm (daging) 5) Khalqan Akhbar (janin)

RUJUKAN

Thalib, M. (1980). Manusia dalam pandangan Islam. Singapura: Alharamain.

Mahmood Zuhdi , A.M.(2010). Apa kata Islam mengenai manusia & alam. Batu Caves: PTS Islamika

Prof. Dr. Haron, D.(1990). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Keajaiban Kejadian Manusia. (2002, November). Retrieved March 23, 2013, from http://scienceandislam.tripod.com/imej/keajaiban_kejadian_manusia.htm

Anda mungkin juga menyukai