Anda di halaman 1dari 10

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

1.0

Pengenalan Malaysia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang mengalami

pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Keajaiban ini bermula dalam tahun 1980an berikutan tindakan kerajaan membangunkan sektor perindustrian serta

mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur menerusi kerjasama dan gandingan ekonomi dengan negara Asia termaju iaitu Jepun. Selain itu, usaha kerajaan dalam meliberalisasi sektor domestik bagi menarik kemasukan pelaburan asing pula dilihat telah merancakkan lagi pertumbuhan output dalam tahun 1990an. Namun begitu, jika diperhalusi arah aliran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa, didapati berlaku turun naik dalam kadar pertumbuhan KDNK. Aspirasi dan azam Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi bermula dengan langkah penting yang telah diambil dalam Bajet 2010. Model Ekonomi baru (NEM) dan Rancangan Malaysia Ke-10 telah dibentangkan pada 30 Mac dan 10 Jun 2010. Dalam Bajet 2011 pula, diharapkan dapat mempercepatkan lagi agenda transformasi nasional melalui pelbagai strategi dan langkah bagi merancakkan semula pelaburan swasta, pengukuhan pembangunan modal insan melaui Gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan lain-lain. Isu kebajikan manusia seperti kemiskinan tegar merupakan salah satu indikator untuk memastikan keberkesanan penjanaan pertumbuhan ekonomi. Malaysia merupakan salah satu contoh negara sedang membangun dan dikenali sebagai negara dunia ketiga. Isu-isu lain seperti sistem dan budaya politik, perkembangan sosial, serta hala tuju pembangunan ekonomi merupakan antara isu yang mempunyai kaitan dengan negara sedang membangun. 1 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

Melalui pertemuan di antara Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton dalam lawatan selama enam hari ke negara itu baru-baru ini, Malaysia bakal meluaskan lagi usahasama antara kedua-dua negara. Antaranya adalah satu perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala yang bertujuan untuk mengintegrasikan ekonomi rantau Asia-Pasific. Didalam pertemuan itu juga, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton ada mengatakan yang Malaysia boleh dijadikan

negara contoh kepada negara membangun yang lain kerana kemampuan dalam menggabungkan demokrasi, kerajaan efektif dan pembangunan yang berterusan.
(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Malaysiacontohbaiknegaramembangun/Article/i ndex_html)

Pada 11 Februari 2008, koridor kelima negara iaitu Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu Negeri Sarawak (SCORE) telah dilancarkan di Bintulu, Sarawak. Perlaksanaan SCORE mensasarkan membanteras sepenuhnya kemiskinan tegar di negeri ini menjelang 2030. Ia bermatlamat untuk mendidik dan membuka peluang kepada rakyat Sarawak, khususnya di pedalaman dan kawasan kurang maju untuk turut serta dalam ekonomi moden. (Sumber: Pedoman Rakyat, Penggerak Fikiran Rakyat
oleh Jabatan Penerangan Malaysia-1/2008/ISSN 0217 1380)

2.0

Definisi dan Konsep Pertumbuhan Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berkait rapat dengan kebajikan manusia. Simon Kuznet mendefinisikan pertumbuhan ekonomi suatu negara sebagai kemampuan negara itu untuk menyediakan barang-barang ekonomi yang terus meningkat bagi 2 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

penduduknya, pertumbuhan kemampuan ini berdasarkan pada kemajuan teknologi dan kelembagaan serta penyesuaian ideologi yang dibutuhkannya.

(http://putracenter.net/2009/07/03/definisi-pertumbuhan-ekonomi-danpenjelasannya/). Terdapat pelbagai terjemahan lain untuk pertumbuhan ekonomi. Menurut Sadono Sukimo (1996: 33), pertumbuhan dan pembangunan ekonomi memiliki definasi yang berbeza, iaitu pertumbuhan ekonomi ialah proses kenaikan output perkapita yang terus menerus dalam jangka masa panjang. Pertumbuhan ekonomi tersebut merupakan salah satu indikator keberhasilan pembangunan. Dengan demikian makin tingginya pertumbuhan ekonomi biasanya makin tinggi pula kesejahteraan masyarakat. http://elasq.wordpress.com/2010/08/03/pengertian-

pertumbuhan-ekonomi-menurut/). Di dalam sesebuah negara, pertumbuhan ekonomi adalah satu kemestian. Tetapi satu kemestian bukan menjamin keberkesanan terhadap isu kebajikan manusia. Memang terbukti banyak negara sedang membangun mengalami pertumbuhan ekonomi, namun masih banyak lagi permasalahan yang belum terungkai seperti masalah pengangguran, pembahagian pendapatan tambah yang tidak sekata dan masih terdapat masalah-masalah kemiskinan. Agihan pendapatan adalah amat penting dalam menentukan

keberkesanan pertumbuhan ekonomi, ia boleh di tafsirkan sebagai satu contoh tindakan di mana pendapatan perlu di agihkan secara saksama yang bermaksud setiap manusia akan mempunyai pendapatan yang sama. Tetapi ketidaksamaan agihan pendapatan akan tetap berlaku disebabkan pengagihan sumber yang tidak sekata. Economic Definition menjelaskan perkara tersebut iaitu: Income Distribution is the manner in which income is divided among the members of the economy. A perfectly equal income distribution would mean everyone in the 3 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

country has exactly the same income. A certain amount of inequality in the income distribution is to be expected because resources are never equally distributed. (http://glossary.econguru.com/economic-term/income+distribution)

3.0

Agihan Pendapatan

Terdapat dua bentuk agihan pendapatan iaitu agihan fungsional dan saiz agihan. Agihan Fungsional merujuk kepada pembahagian pendapatan nasional yang digunakan untuk mengukur sumbangan yang dibuat oleh faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan kapital terhadap pendapatan negara. Saiz agihan merujuk kepada pengukuran ke atas jumlah pendapatan kesemua bentuk fungsional yang diterima oleh individu dan keluarga. Seperti yang kita ketahui, di dalam pengagihan pendapatan, terdapat ketidaksamaan. Darjah Kewujudan Ketidaksamaam dari pengagihan pendapatan dan diperjelaskan dalam nisbah penumpuan Gini(Gini concentration ratio).

4.0

Konsep Kemiskinan

Kajian mengenai kemiskinan telah mula dilakukan sejak dari tahun 1800-an. Kemiskinan pernah menjadi agenda utama negara, di mana menurut Penyelaras Tetap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Dr Richard Lee, kira-kira 1.2 juta penduduk Malaysia masih hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan sungguhpun negara mencatatkan kemajuan yang memberansangkan dalam mengurangkan kemiskinan mutlak. Kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan dari segi material dan sumber4 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

sumber budaya bagi mengekalkan kewujudan seseorang dengan sewajarnya (Jary & Jary, 1991: 489). Berdasarkan kajian oleh Rowntree (1901)[1] dalam tahun 1899, beliau berpendapat bahawa mereka yang tergolong dalam kemiskinan utama ialah keluarga-keluarga yang jumlah pendapatannya tidak cukup untuk mendapatkan keperluan minima untuk mengekalkan kecekapan fizikal. Tetapi definisi ini telah disangkal oleh Townsend (1979), beliau memberikan definisi kemiskinan sebagai "kekurangan sumber yang diperlukan untuk membolehkan seseorang berpartisipasi di dalam aktiviti-aktiviti, adat dan pemakanan yang biasanya diterima masyarakat". Di Malaysia, perbincangan pertama tentang kemiskinan telah dilakukan dalam tahun 1923 oleh Za'ba (1923). Ungku Abdul Aziz (1964; 1965), yang menulis lebih kurang 40 tahun selepas Za'ba mengemukakan tiga sebab utama kemiskinan di kalangan orang Melayu, iaitu pengabaian pemerintah, daya pengeluaran yang rendah dan eksploitasi Di Malaysia, Unit Perancang Ekonomi diwujudkan di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam menjalankan kajian Pendapatan Isi Rumah (Household Income Survey) bagi penduduk Malaysia dimana objektif utamanya adalah untuk mengukur kestabilan ekonomi penduduk, mengumpul maklumat tentang pengagihan pendapatan dan menyediakan pangkalan data untuk mengira paras kemiskinan yang dikenali sebagai Pendapatan Garis Kemiskinan ( Proverty Line Income). ( Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, http://www.epu.gov.my/household-income-poverty ) Kerajaan telah mensasarkan untuk membasmi 44,643 isi rumah miskin tegar menjelang akhir 2010.. Terdapat dua kategori kemiskinan bagi menghuraikan secara terperinci maksud kemiskinan. Yang pertama ialah kemiskinan mutlak yang wujud

5 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

apabila individu tidak mempunyai sumber yang cukup untuk menjalani kehidupan asas. Sebagai contoh, tidak mempunyai makanan dan tempat tinggal yang bersesuaian. Suatu ketika dahulu, kita pernah dikejutkan dengan masalah kemiskinan apabila akibat dari kemiskinan sebuah keluarga di Sarawak makan siput babi dan tinggal di dalam pondok usang walaupun negara sedang pesat membangun.Kemiskinan relatif pula merujuk kepada keperluan budaya seseorang individu dan keluarga dalam konteks masyarakat secara keseluruhan. Contohnya, individu tersebut menjalani kehidupan asas yang mencukupi tetapi tidak dapat untuk melibatkan diri atau bergaul dalam masyarakat kerana tidak mempunyai standard yang setanding.

5.0

Perbezaan Perspektif Kemiskinan

Kemiskinan dilihat oleh para sarjana dalam dua perspektif iaitu pandangan liberal (strucutral) dan pandangan konservatif (individual). Jika diamati dua perspektif oleh para sarjana ini, pandangan liberal lebih optimis iaitu beranggapan agenda kemiskinan ini boleh diperbaiki manakala pandangan konservatif lebih bersifat pisimis dan menghukum dengan menganggap tiada apa dapat dilakukan demi untuk mengubah kemiskinan. Menurut pandangan liberal, kemiskinan terwujud akibat daripada faktor sekeliling di mana tempat golongan miskin ini tinggal. Contohnya kegawatan ekonomi, penganggran akibat tiada peluang pekerjaan, diskriminasi ataupun manipulasi ekonomi oleh golongan pemegang kuasa serta pemgimportan buruh asing yang lebih murah upah berbanding penduduk tempatan seperti yang

6 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

berlaku di negara kita sekarang. Namun, pandangan liberal amat optimis bahawa semua masalah ini dapat di atasi dengan penstrukturan atau pengagihan semula sumber. Kerajaan memainkan peranan penting dan perlu memberi jaminan ke atas amalan persamaan substantif dan menjadikan manusia bebas dan ada persamaan serta manusia dapat manfaat yang terbaik. Antaranya ialah dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada orang miskin dan menyalurkan agihan sumber terus kepada orang miskin. Pandangan konservatif pula menyatakan bahawa kemiskinan yang di alami adalah secara lahiriah. Individu tersebut yang menentukan nasibnya. Contohnya, individu yang miskin akan terus miskin kerana mereka tidak produktif, tidak bermotivasi untuk memperbaiki diri, tidak mempunyai kemahiran, tidak berdaya saing dan keengganan mereka yang tidak mahu merebut peluang yang tersedia akan terus menjadikan mereka kelompok miskin. Oleh yang demikian, kerajaan beranggapan bahawa tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengubah tabiat atau budaya miskin (culture of proverty) dan menyerahkan kepada sektor swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan.

6.0

Pandangan Dan Kejayaan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Komitmen dan usaha kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi tidak akan tercapai tanpa perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang jitu. Ini merupakan bukti hasil kerjasama rakyat dan kerajaan demi mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi. Seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

7 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

bahawa prospek ekonomi Malaysia memerlukan satu transformasi yang menyeluruh bagi memastikan perpindahan pelabur asing tidak merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dasar tranformasi ekonomi akan memberi impak yang luar biasa kepada pertumbuhan ekonomi negara dan dijangka berterusan dan membawa ekonomi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sekaligus tergolong dalam kumpulan negara maju.Menurut Dr Zakaria Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), sektor elektronik dan eletrikal dijangkakan akan kembali menerajui pertumbuhan ekonomi negara dan kerana wujud petunjuk sektor berkenaan akan meneruskan peningkatan sebanyak 23.5 peratus. Di samping itu, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton juga memuji pertumbuhan ekonomi Malaysia. Beliau dan temubualnya bersama Berita Harian 04 November 2010, menyatakan bahawa Cabaran ditempuhi kepimpinan dan rakyat Malaysia untuk terus meletakkan negara ini ke landasan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

8 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

7.0

Kesimpulan Malaysia telah banyak mengambil langkah proaktif dari semua aspek dalam

meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Antaranya ialah membangunkan sektor pertanian yang suatu ketika dahulu merupakan mata pencarian penduduk melayu yang miskin. Tetapi sekarang, Malaysia telah melakukan transformasi besar dengan mengkomersialkan pertanian sebagai ekonomi moden dan berdaya saing. Ini seterusnya, bukan sahaja meningkatka taraf hidup bahkan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Sungguhpun banyak usaha telah dijalankan sehingga

pertumbuhan ekonomi negara memberansangkan seperti sekarang, ia masih tidak menjamin kebajikan manusia secara keseluruhan. Oleh yang demikian, strategi penyusunan kehidupan dan pengagihan semula sumber perlulah diberi perhatian oleh pemerintah jika ingin kebajikan manusia selari dengan pertumbuhan ekonomi.mencapai kemajuan ekonomi di samping menyediakan kebajikan hidup rakyat.

9 194707

MGF 2213 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam

10 194707

Anda mungkin juga menyukai